Follow Us @soratemplates

16/06/2012

Gambar berdua

June 16, 2012 2 Komen
Lamanya tak tangkap gambar berdua!!!
Kali terakhir?
Pun tak ingat bila.
Mungkin ada tapi tak ingat ambik guna HP siapa.


Raya pun tak ingat ada tak ambik gambar famili tahun lepas.
Malas dah nak bergambar-gambar sekarang.
Bukan zaman dulu-dulu.
Kalau ada pun tangkap gambar anak je bukan gambar ibu atau ayahnya.
Hehehehe.


Gambar berdua terkini, Jun 2012.


15/06/2012

Ia kini milik saya

June 15, 2012 3 Komen
Percubaan membawa Irfan Mustaqim ke shopping complex menggunakan stroller adalah gagal. Maka sejak itu dia selalu ditinggalkan apabila kami hendak berfoya-foya. Kesian si bongsu Irfan, tapi takpelah, teringat peribahasa lama sayangkan anak tinggal-tinggalkan. Ooops?? Jangan buang anak sesuka hati ye *pesanan khidmat masyarakat*

Hendak dijadikan cerita sebelum naik ofis selepas bercuti 3 bulan saya mendapat perkhabaran menggembirakan bahawanya saya telah mendapat APC untuk tahun 2011 dan majlisnya semestinya nun di seberang Laut China Selatan. Bila dikhabarkan dengan Mak, beliau begitu teruja sekali untuk membawa kedua-dua cucunya bercuti ke seberang laut. Dan dipendekkan cerita kami sekeluarga pun pergilah ke sana menempah tiket yang agak last minute jugak la. Ye lah memang tak plan pun nak bawak Irfan yang baru 3 bulan tu berfoya-foya luar dari Sarawak.

Bila dah ke seberang sana sudah tentulah malas nak bawak stroller, dengan kebarangkalian Irfan enggan masuk dalam stroller lagi maka saya pun mencari alternatif lain. memiliki ring sling memang menjadi idaman saya sejak dalam pantang lagi kerana budak kecik Irfan ni sangat ler manja. Asyik nak dukung jer. Dan bila nak bercuti-cuti Malaysia terus jer idaman saya tu termakbul.

Dan saya pun kelabu mata jugak ler nak memilih yang mana satu idaman kalbu di Manjakuhappy. Akhirnya saya pun memilih polkadot merah-hitam yang ni. Tak tau ler mata ni suka sangat dengan kaler merah.



Nasib baik Irfan ok jer dok dalam ni. Tapi kalau dah lama sangat gelisah jugak. Tapi ok la. Boleh la berjalan dengan senyuman. Bila naik tren semua orang bagi tempat duduk. Orang-orang KL dah berubah lah. Tak pernahnya tak duduk, walau penuh mana pun tren pasti ada yang cuit bahu bagi tempat duduk. Macam tu lah orang Malaysia, berbudi bahasa budaya kita.


Siap tidor lagi Irfan kat dalam sling. Memang manja suka nak kena peluk jer kerja dia.



Percaya pada diri

June 15, 2012 2 Komen
Walaupun pam punya pam hasil tetap tak seberapa
Tapi saya masih percaya pada diri
Susu masih ada dan mencukupi untuk si dia
Hasil pam jam 9.00 pagi tadi


Bagusnya brestfeeding ni
Nilai positif mesti sentiasa ada dalam diri
Kena yakin, rajin, tawakal, cekal
Semua ada lah!

Pasni nak try Habbatus Sauda lah
Persediaan untuk stok Ramadhan
Memandangkan stok dalam freezer di rumah bakal expired bulan 7 ni nanti



14/06/2012

Hari kelupaan

June 14, 2012 2 Komen
Pagi tadi dah sampai di umah BS Irfan baru teringat terlupa botol susu Irfan.
So hari ni ada 1 botol susu je untuk dia pakai sampai jam 6.oo petang nanti.

Pastu sampai ofis, siap mengepam nak simpan stok perahan.
Baru perasan terlupa masukkan botol kosong ke dalam beg pam.
Nasib baik ler ada storage bag dalam beg pam.

Macam mana ler semuanya boleh jadi tertinggal dan kelupaan hari ini.
Apa laa nasib..



12/06/2012

Gaji daripada Nuffnang

June 12, 2012 4 Komen
Saya dah mula menulis blog sejak tahun 2006 lagi, sekarang dah tahun 2012. Dan blog ni lah satu-satunya blog kesayangan saya yang masih kekal hingga sekarang. Blog zaman muda remaja dah dilupuskan untuk menjaga hati pihak² tertentu. Chewahhh.

Tapi saya bukan nak bercerita mengenai berapa buah blog yang pernah saya buat tapi nak bercerita mengenai 'gaji' daripada blog. Walaupun saya dah lama ada blog tapi memang tak terfikir pun nak mengkomersilkan blog sendiri. Segan ler kalo student search tetiba blog saya yang keluar dalam Google so saya sembunyikan blog saya. Itu dulu. Dan apabila penulisan blog saya semakin bertapis, saya dah unhide blog saya daripada Google dan masa tu baru saya pasang Nuffnang di blog. Hmmm... setakat ni ada jugak ler 'gaji' hasil daripada blog. Walaupun takdelah ribu-raban macam orang lain tapi tak sangka dapatlah jugak merasa gaji daripada Nuffnang macam orang lain.

Bila melihat 'gaji' selalu jer bertambah terfikir jugak, kenapalah dari dulu lagi saya tak bersimbiosis dengan Nuffnang. isk, nyesal pun ada jugak. Tapi menyesal dahulu pendapatan, menyesal sekarang dah tak boleh nak undurkan masa. Terimalah hakikat memang tu jer rezeki daripada blog yang saya dapat. 

Apapun saya tetap puas hati. Walaupun dah tak segian dulu mengupdate blog tapi tetap jugak 'bergaji'.Terima kasih Nuffnang! 


 

12.6.2012

June 12, 2012 6 Komen

Hari ini genap si bujang Ibu 4 bulan.
Masih fully bf walaupun susu tak semeriah orang lain.
Semoga dipermudahkan lagi perjalanan kami.

Last week baru balik cuti-cuti Malaysia.
Sepanjang bercuti memang jarang pam.
Akibatnya tanggung ler sendiri.
Stok dalam chiller memang takde.
Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang je sekarang.
2 hari ni ok lagi masih cukup bekalan.
Stok frozen plak tak kacau lagi, masih ragu-ragu lagi camne nak pakai.
Selalunya dah transfer ke chiller 12 jam pun masih ada ais.
Pastu tak pakai, buang.
Masih kurang ilmu frozen EBM tapi macam takde masa je nak menggali ilmu.
Kepada nursing mommy yang terbaca entri ni diharap boleh share di bahagian komen ye.