Follow Us @soratemplates

12/09/2012

Kenapa Wordless Wednesday?

September 12, 2012 0 Komen
Korang.
Mengaku blogger tegar.
Tapi kenapa mesti terikut-ikut budaya Wordless Wednesday?

Lainlah kalau blogger chipsmore macam saya.
Yang malas update entri.
Kejap ada, kejap takde.
Nang cun lah bak kata orang Serawak.
Update entri yang bertajuk Wordless Wednesday.

Entri yang setakat post gambar semata-mata.
Baik korang update Instagram jer.

Hah!
Apalagi? Nak update blog ke Instagram?




11/09/2012

Apa jaklah!

September 11, 2012 0 Komen
Macam ne oh?
Mun kita dah lejuk
Dah boring
Dah sik suka
Apa perlu kita polah?
Perlu sik padah ngan nya?

Makin sehari makin boring
Dah sik tekabir air agik dah nak melayan boring
Sik boleh jadi tok

Adoh doh..
Sapa dapat nulong kamek madah ngan nya oh?
Kamek dah sik maok nya agik
Kamek sik tahan camtok agik
Camne tok?

Eh
Nak madah ngan sapa?
Sorang pun sik tauk sapa

Sekda kenak mengenak dengan yang idup atau pun yang mati
Dengan manusia?
Nang jauh far away lah

Sekda kaitan langsung

Apa jaklah ooh!



10/09/2012

Cahaya Mata

September 10, 2012 1 Komen
Sebenarnya sangat susah nak ambik gambar anak-anak saya yang 2 orang tu.
Kakaknya lah yang sangat susah bergambar sekarang.
Ada je songehnya kalau nak digambar.

Tapi, ada jugak lah daripada takde langsung.
Layannn...

Kakak & Adek: Makan-makan kat SCR

Kakak & Adek: Bangun tidur

Abang & Adek: Balik jalan-jalan dengan Adek Azzalea




Dabai fruit aka dabei

September 10, 2012 0 Komen
Dabai fruit atau orang Sarawak panggil buah dabei. Sedap tau.



Tapi kalo orang tak pernah makan memang tak boleh masuk. Dulu pernah bawak buah dabei ni masa study, tapi room mate tak boleh masuk rasanya. Masa tu bawak dabei dijeruk kicap, takpe lah, dia takleh makan, akak ni bisa ajer menghabiskannya.

Buah dabei ni hanya terdapat di Sarawak. Selalunya buah ni sinonim dengan musim durian. Kalo musim durian, melambaklah buah dabei ni di pasaran. Kalo buah dabei dah ada di pasar, ertinya dah adalah buah durian.

Selalunya buah dabei ni direndam dengan air panas sehingga lembut isinya dan makan dengan garam. Tak makan ngan garam pun sedap jugak. Rasanya lemak-lemak gitu. Tapi famili saya suka cecah dengan kicap pedas. Pergh, meletop la. Sedap.

Kalo buat jeruk kicap pun sedap jugak. Boleh tahan lama simpan dalam peti sejuk. Tapi yang menu nasi goreng dabei di kedai-kedai makan kat Sarawak tu diorang pakai dabei jeruk yang dah dimasinkan, bukan dabei yang segar.

Baru-baru ni saya try menu lain pulak berasaskan dabei. Dabei celur macam biasa, kemudian dikupas, biji tu buang atau boleh makan juak, cungkil isi biji tu rasanya macam kuaci, hehehe... potong bawang besar, cili, kemudian tumis bawang dan cili, masuk ikan bilis, masukkkan isi dabei, letak garam sikit or kicap manis. Siap! Menjadilah menu baru dabei. Sedapnya makan dengan nasik panas. Hehehe


Mode lapar ni. Grr...




04/09/2012

Tersembul, Terselit

September 04, 2012 0 Komen
Pernah tak terjadi?
Di saat anda tengah kesengkekan
Tiba-tiba di celahan baju ke buku ke fail ke
Ada not-not kertas yang berwarna merah
Atau hijau
Atau lebih best lagi ungu!
Wahhhhh!
Sokaa! Sokaa!

Semalam masa balik kerja
Nak isi minyak dulu
Selaklah tempat letak cd dalam kereta
Nak ambik kad Bonuslink sebenarnya
Tetiba tersembullah not-not merah
Lagi, eh ada lagi
Ada 4 keping!
Hiiiii.....

Teruslah ai isi minyak full tank lagi
Tak payah dah bukak purse u'olss

Suka kan kalau selalu macam tu?

Heppp!
Of course lah
Itu memang duit I

Dulu pernah isi minyak, pecah not 50
Balance selit-selit jer kat mana-mana tempat CD
Sebab tu lah terjadinya peristiwa tersembul terselit semalam




 

03/09/2012

Bila Isnin

September 03, 2012 4 Komen
Kenapa mesti ada Isnin?
Kalau Isnin diganti dengan Selasa, kenapa mesti ada Selasa?
Kenapa?
Faham kan kenapa ada statement ni?

Teringat.
Dulu masa pregnant Irfan, bukak bekal kat pantri untuk breakfast.
Tetiba sorang staff lelaki masuk.

Dia- "Ko masak ke?"
"Aah."
Dia - "Sempat jugak ko masak?"
"Sempat, aku bangun kol 5 masak bekfes."
Dia - "Baguslah, wife aku tak sempat apa-apa, nak uruskan anak-anak lagi"

Tu masa ada Iman Madihah jer..
Aku bangun seawal 5 pagi dia pun masih nyenyak tidur.
Sekarang pukul berapa pun aku awal bangun kalau Irfan terjaga sama aku kena susukan dia dulu.

Sekarang dah lama tak bawak bekal dari rumah.
Tak sempat nak masak-masak di awal pagi lagi dah.
Nak goreng telur pun takut tak sempat.
Sempat jer rasanya.. tapi aku kena gerak awal dari umah.
Nak hantar Irfan lagi.
Daripada terlambat baik aku gerak awal.

Dah taktau nak bekfes apa kat kedai depan tu.
Berapa tahun dah menu sama je.


Rindu budak 2 orang ni!
Sama-sama bising.
Sama-sama masam.
Sama-sama busuk.

Tak puas cuti 3 hari.
Tak sabarnya nak tunggu hari Khamis!