Follow Us @soratemplates

26/11/2012

Diam tak berisi

November 26, 2012 2 Komen
Assalamualaikum kepada mommies blogger yang ada berkunjung di sini. Minta maaf kiranya masuk ke sini tapi takde jugak update dari saya. Saya ada, cuma takde idea nak cerita apa kat sini. Harap maaf ye.

Apapun ceritanya kami sekeluarga alhamdulillah, sihat. Cuma hari tu budak kecik Irfan demam sebab tumbuh gigi. Tapi alhamdulillah 9 bulan dah dia masih tetap dengan susu Ibu. Sekarang dah pandai memilih, taknak susu Mak Ngah die (susu ibuan). Hehehe. 

Sekarang cuma aktif kat FB, sejak berkecimpung dengan Shaklee. Nak share dengan kawan-kawan, kalau yang berminat tu (yang area Kuching) boleh lah roger ye. Nak cerita pasal Shaklee kat sini, belom reti lagi. Hehehe

Ok lah ye kawan-kawan, sehingga kita berjumpa lagi. Take care semua!

*mode penulisan agak skema dan janggal, lama tak berblogging. ahaks!


24/10/2012

Mana perginya yang 2 tu?

October 24, 2012 2 Komen
Pelik
Semalam 261
Hari ni 259
Mesti 2 orang dah unfollow dah

Kenapa ek?

Entri kat sini boring kot

Hmmm....
Akak dah tak reti berblog dah
Boring kan asik cerita benda yang sama je?

Takpelah, janji ada catatan untuk diri sendiri
Nanti Iman & Irfan boleh baca
Insya Allah


23/10/2012

ESP untuk semua

October 23, 2012 1 Komen
ESP atau Energizing Soy Protein bukan untuk ibu yang menyusu sahaja. Tanggapan tu sebenarnya auta. ESP adalah untuk seisi keluarga, untuk semua kerana ESP membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana ia mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.

Oleh sebab itulah saya berani katakan ESP ialah minuman untuk semua!



Bagi ibu bekerjaya, kini anda tak perlu risau, anda boleh menjadi superIbu yang bertenaga hingga ke petang dengan segelas ESP sahaja! ESP sedap tau!

Nak cuba keenakan ESP? Boleh email saya di mfaizura at gmail dot com (mfaizura@gmail.com)



Kenali Shaklee

October 23, 2012 0 Komen
Sebuah syarikat yang berlandaskan falsafah dalam menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik. Shaklee selaras dan patuh pada prinsip yang telah dibina oleh pengasasnya, Dr Forrest C Shaklee.


Bermula semenjak 50 tahun yang lalu dan telah berada di Malaysia semenjak 2 dekad. Shaklee adalah jenama yang tidak asing lagi bagi produk supplemen yang terkenal dengan kualiti dan berkesan.

Shaklee Malaysia menjalankan operasi perniagaannya mengikut garis panduan Akta Jualan Langsung 1993 dengan Lesen Jualan Langsungnya yang bernombor AJL93747.



22/10/2012

Happy Birthday, Love...!

October 22, 2012 0 Komen
Tetiba terbaca entri Saya tanpa BFF
Terus terkenangkan nasib diri
Ya, saya tiada BFF
Sobb...sobbb...
Cuma ada suami yang sudi jadi BFF saya

Sebenarnya
Hari ni birthday BFF saya
Birthday Ayah kepada anak-anak saya lah!
Hehehe


No present, no celebration
Just love, love, love..
Love from Ibu, Iman & DekPan



Melentur buluh atau rebung?

October 22, 2012 1 Komen
Hai, salam Isnin
Lamak dah sik ngerepak hal miak dalam blog koh
Dah lamak gilak
Hihihi
Sebabnya dah malas dah nak ngerepak
Mun dolok rajin, masa belom kawen dolok
Bila dah kawen, dah beranak, adoh, malas nak nganok anak urang
Saklah urang madah ngajar jak, sik mendidik
Sebab susah juak mun nak melentur rebung dah tua tok

Kotan tek dah lamak gilak sik masuk kelas
Masuk pun sik ngajar gilak, assist jak
Jarang juak lah nak nengar miak presentation
Sekali sidak present, masih juak sik berubah
Camnelah nak ngajar oh
Masih juak masih maok bersapik
Sampei bilalah kitak orang nak belajar ngaut makanan dikpun
Hmmm... susah... dah terbiasa gilak

Tapi ada juak lah yang maok usaha dikpun
Mana yang datang ke kolej sebab mak bapak nyuruh
Ya lah masalahnya
Sik disapik, biar kelaparan sik makan
Kelak kantoi masa exam
Dalam kelas main FB ajak
Malassssss ku dah melarang
Sidak bukan miak kecik agik
Nak dianok-anok selalu nak?

Ya jak lah kengerepakan untuk ari tok
Sikdalah manas, just entah lah..
Terkilan sebab walaupun tukar sem, tukar miak
Tapi perangei tetap sama!
Sik berubah juak