Follow Us @soratemplates

08/01/2013

2013 - Iman saya masuk sekolah

January 08, 2013 0 Komen
Blog
Rindu aku tak?
Aku tau kau mesti rindu
Aku pun rindu kau, blog
Hehehe

Maaf blog lama tak jenguk kau
Aku kesibukan
Al-maklumlah blog
Hujung-hujung tahun gitu
Sekarang dah awal tahun

Oh, ya blog
Belum terlambat lagi kan aku nak wish kau
Happy New Year 2013
Apa azam kau tahun ni blog?
Eh, nanti lah ye kau story
Biar aku dulu story
Ada benda yang lagi penting daripada azam kau tu

Blog, anak aku Iman Madihah kan
Dah masuk sekolah
Hihihihi
Tak sangka kan blog
Cepat jer masa berlalu
Terasa baru tahun lepas kahwin dengan laki aku

Tahun ni anak sulung aku masuk 4 tahun
4 tahun, wa cakap lu
Ertinya tahun ni 5 tahun aku dah jadi isteri laki aku, blog
Hahahaha
Aku cuti masa anak aku masuk sekolah
Tapi aku takdelah jaga anak aku kat sekolah
Oops, aku cuti, tapi aku pi opis jugak ler ari tu
Sebab ada meeting
Apalagi masa meeting main FB jer lah sambil abiskan bateri henpon
Tetiba kan blog
Ternampak macam muka anak aku kat wall FB aku tu
Erkkkk....
Memang terkezut katak aku sekejap
Terus aku besarkan imej anak aku tu
Dan tengok sapa yang post
Oh, rupanya kawan aku yang post
Anak dia 1 sekolah ngan anak aku rupanya
Huhuhu
Legaaaaa...
Nak tengok gambar anak aku yang menumpang di gambar orang lain?
Hahahaa


Cer teka mana 1 anak aku blog?
Haaa...mestilah yang jeling orang yang ambik gambar tu?
Comel kan? Comel kan?
Hahahaha

Tak malu sungguh anak aku kan blog?

Pastu, tetiba... naik lagi 1 gambar di wall aku
Dengan budak laki pulak dahhhh


Tu diaaa...
Iman dan Iman
Sorang Iman versi lelaki, sorang lagi versi perempuan
Jiran kat umah mak aku pulak yang pos gambar di FB
Kiranya kan blog, semua gambar anak aku baru masuk sekolah aku dapat dari FB orang lain
Hihihihi
Aku? Satu pun takde ambik gambar

Lepas habis tadika, Iman pergi day care, kat sebelah je
Bukan apa, aku nak dia belajar berdikari
Kesian memang kesian, tapi terpaksa
Nak didik anak kan...

Hari Jumaat, hari ke-3 bersekolah dan aku masuk kerja
So far, takde masalah
Sebelum aku gi kerja
Iman transit kat umah nenek yakni mak aku
Then dari situ Iman pergi ke sekolahnya iaitu LBT
Little Bright Thinkers


Dan hari Jumaat, kena pakai baju kurung


Pisyo!
Itulah anak aku, Iman Madihah yang minat kumpulan #saywho Maharajalawak Mega 2012
Hihihihi

Tapi
Menjelangnya hari Isnin
Dia buat hal pulak dahhhhhh
Bila ditransit umah nenek, Iman taknak mandi, taknak kemas gi school
Menangis!
Aduyaiiiii.... nasib baik Ayah belom masuk opis lagi
Terus si Ayah Iman bergegas ke rumah nenek
Nasib baiklah terus ok dan nak pergi sekolah
Hari Isnin pakai baju PJ tapi aku lupa nak suruh dia pakai kasut
Adakah patut blog?
Suruh anak PJ guna selipar
Waawaaawaaaa
Ibu apakah aku ini
Kesian anak aku, blog


Cer lihat, cer lihat... Iman Madihah aku yang pakai selipar
Ni gambar yang dicandid oleh laki aku dari dalam kereta

Kesimpulannya, anak aku dah masuk sekolah (kau hade?)
Aku dah lama jadi bini orang (mestilah kau takde)
Aku dah makin menua (kau.. aku tak tau plak blog)

Sekian, blog
Nanti kalau rajin aku conteng kau lagi


04/12/2012

On air di konti CATS.fm

December 04, 2012 3 Komen
Blog.
Kau nak tau tak?
Minggu lepas aku dan bebudak aku pegi buat lawatan
Saje je, budak dah abis exam kan
Sebelum cuti tu buat ler lawatan
Ke mana?
Haaa... kau kenal Kak Lehot?
Tak?
Datin Baah?
Tak kenal jugak???
Kesiannyer kau
Meh aku gelakkan kau
Hahahaha
Aku pegi CATS.FM lah
Kau tak tau apa bendalah cats.fm tu?
Alah.. kesiannya kau
Tu radio swasta pertama di Sarawak daaa...
Sekarang dah tau??

Sebenarnya ada ex-student aku yang kerja kat situ
Sebab tu jugak nak pergi ke situ
Nak bagi semangat sikit kat bebudak yang belom abis study ni
Supaya percaya pada diri ataupun meningkatkan self-confidence diorang
Biasalah bebudak aku ni memang tak konfiden dengan diri sendiri
Kalo konfiden takdenya diorang masok kolej komuniti kot
Kot laa...

Haa... blog, kau diam je ek
Takpe, kau dengar je
Biar aku taip, kau baca k
Kau tau tak sape ex-student aku tu?
DJ Nezz la
Dulu masa subjek aku, secara tak tak sengaja aku terkorek bakat dia
Masa tu buat assignment jadi DJ, guna Sound Forge
Dan assignmentnya sangat cemerlang terbilang gemilang sekali
Dia berjaya menjadi DJ sebenar
Walaupun aku ajar sikit jer basic
Tapi kerana minat, bakat, dia dapat siap dengan skrip yang macam DJ
Memang ada bakatlah jadi DJ
Dan sekarang alhamdulillah memang jadi DJ pun
Baguslah Nazmi, semoga awak berjaya dalam bidang yang awak gemari

Meh aku show off kat kau gambar-gambar aku kat konti
Haa.. aku on air jugak tau!
Hahaha
Mesti kau takde dengar kan, blog?
Sori, kau pekak kan?
Hahaha..

Bukan lama pun aku on air
DJ Nezz tanya soalan sikit je
Tak luak mun air liur aku
Huhuhuhu
Ooops... kau marah ke blog?
Ok, sori aku tak sengaja terpercik air liur kat kau
Hahahaa

Jap eh, kau jangan marah aku plak


Cakkk... seswai tak aku jadi DJ?
Hahaha
Jap eh..


Ni sebelum aku on air
Sempat posing kan?
Sebab nak suruh kau cemburu la blog


Aku tengah on air ler nih
Hahahaha...
Gila gelak pulak aku hari ni kan?

Oklah, aku nak gitau colleague aku plak
Tadaaa....
Dari kiri....


Nama?
Tak payah lah aku gitau eh
Kau takkan ada urusan dengan diorang pun


Ni plak beberapa orang bebudak aku
Diorang buat voice over
Saje je... bagi chance..
Bukan aku nak
Ivy cats.fm tu yang bagi chance... hoccayy


Diorang buat teaser ni jer...
Nang antapppp!
Live gitu experience kami ari tu
Bestttt!
Tapi sampai ke ari ni aku belom dengar lagi teaser ni keluar kat radio


Dan time ni DJ Nezz tengah on air
Kami seramai 45 orang penuh jer dalam konti
Tengok tu semuanya dok berdiri belakang Nezz
Suruh apply jadi DJ takmo
Apa daaa..


Last but not least
Nang best koh blog, ngabas sidak di cats.fm
Rindok sa ati mun jadi DJ
Macam best jak
Ingin juak rasa ku nak encoba koh blog
Tapi malu kedirik jak rasa
Hahaha



18 tolak 4

December 04, 2012 0 Komen
Blog.
Jangan nak perasan ye.
Aku belum fikir lagi nama kau.
Sori ye.
Mungkin kau agak excited jugak ler kan?
Sebab nak dapat nama
Kiranya kau ada kad pengenalan lah gitu
Tapi, harap maaf, talian sedang busy
Aku ketandusan idea
Sebab teori 18 tolak 4 ni lah
Hadoi, jenuh otak aku pikir jawapan ni

Kau senang lah blog.
Dok diam je.
Kau ada kawan tak?
Anak ada tak?
Adik?
Saudara?
Semuanya takde kan?
Laki apatah lagi.
Aku ada, kau takde.
Hahahaha

Oi blog.
Kau tolong aku cari jawapan 18 tolak 4 ni.
Boleh ke tak?

Hahahahahaaaaaaa....


Nama nya .... (isi tempat 0)

December 04, 2012 0 Komen
Hai blog.
Hari ni dah hari ke-4 di bulan terakhir pada tahun 2012.
Tahun 2013 akan menjelmakan dirinya tak lama lagi.
Terasa sekejap jer masa berlalu tahun ni.
Baru terasa bulan lepas melahirkan Irfan, ni dah hujung tahun dah.
Dan rasanya tahun ni lah tahun yang paling kurang 'lepak' di sini.
Kan blog?

Blog, sepanjang aku selalu lepak kat sini aku tak pernah bagi nama kau ye?
Kesian kau blog.
Terasa aku nak bagi nama lah kat kau.
Kau nak ke?
Kalau tak nak, aku malas nak fikir jugak.
Tapi, nantilah aku fikir dulu nak bagi nama apa kat kau.
Supaya nanti aku lebih bersemangat nak bercerita dengan kau.
Kau sudi kan jadi pendengar cerita aku?

Nanti ye aku fikirkan nama kau.
Kau tunggu je.
Bagi aku masa k.



26/11/2012

Diam tak berisi

November 26, 2012 2 Komen
Assalamualaikum kepada mommies blogger yang ada berkunjung di sini. Minta maaf kiranya masuk ke sini tapi takde jugak update dari saya. Saya ada, cuma takde idea nak cerita apa kat sini. Harap maaf ye.

Apapun ceritanya kami sekeluarga alhamdulillah, sihat. Cuma hari tu budak kecik Irfan demam sebab tumbuh gigi. Tapi alhamdulillah 9 bulan dah dia masih tetap dengan susu Ibu. Sekarang dah pandai memilih, taknak susu Mak Ngah die (susu ibuan). Hehehe. 

Sekarang cuma aktif kat FB, sejak berkecimpung dengan Shaklee. Nak share dengan kawan-kawan, kalau yang berminat tu (yang area Kuching) boleh lah roger ye. Nak cerita pasal Shaklee kat sini, belom reti lagi. Hehehe

Ok lah ye kawan-kawan, sehingga kita berjumpa lagi. Take care semua!

*mode penulisan agak skema dan janggal, lama tak berblogging. ahaks!


24/10/2012

Mana perginya yang 2 tu?

October 24, 2012 2 Komen
Pelik
Semalam 261
Hari ni 259
Mesti 2 orang dah unfollow dah

Kenapa ek?

Entri kat sini boring kot

Hmmm....
Akak dah tak reti berblog dah
Boring kan asik cerita benda yang sama je?

Takpelah, janji ada catatan untuk diri sendiri
Nanti Iman & Irfan boleh baca
Insya Allah