Follow Us @soratemplates

15/04/2013

Jalan-jalan?

April 15, 2013 0 Komen
Dan kerana 2 minggu berturut-turut busy dengan penyediaan dokumen untuk validasi, sampai anak-anak pun terabai, hujung minggu pun tak enjoy macam biasa, makanya hujung minggu hari tu pelawaan untuk 'lari' dari bandaraya Kuching dari mak pun diterima dengan hati dan tangan terbuka. Tak dapat check-in pun takpe lah (sebab fully booked) janji boleh jalan-jalan cuci mata bersama keluarga.


Kami ke Taman Negara Gudung Gading! 1 jam setengah dari Kuching, kami guna lebuhraya pesisiran dan naik feri di Batang Rambungan. Kalau guna jalan yang tak payah feri tu 2 jam jugak lah driving. Dan yang bestnya, sekarang ni memang masa untuk rafflesia berkembang! Tapi, saya tak pegi pun carik rafflesia tu, biasalah yan gpempuan kan sibuk dengan makanan, masak-masak lagi.


Ni lah dia rafflesia di Gunung Gading. Yang kaum lelaki jer yang pergi naik atas, ada lah kira-kira 1 jam macam tu untuk carik rafflesia tu. 

Ayah Iman dan rafflesia.  
Iman, dah besar kan?
Ibu Iman, tak membesar jugak kan? Haha

Rasa macam nak cuti-cuti Malaysia je. Nak makan-makan. Shopping-shopping. Oops... terlebih sudah. Ayah Iman target setiap tahun mesti bawak family jalan-jalan.

2009 - baru kahwin, honeymoon di Langkawi
2010 - Iman Madihah 1 tahun: jalan-jalan di Penang & Kedah, adik ipar kahwin di Changlun
2011 - Iman Madihah 2 tahun: jalan-jalan di KL je
2012 - Iman Madihah 3 tahun, Irfan Mustaqim 4 bulan: jalan-jalan Melaka, KL
2013 - ?

2013 masih menjadi persoalan. Ingat nak pergi Langkawi lagi, bawak Adik, tapi rasa nak pergi KK pun ada jugak. Nak pergi oversea? Tu nanti dulu, belum ada perancangan lagi, kecuali Singapore. Universal Studio?? Bestttt...

Apapun, kena kumpul RM dulu. Yeehaaa!


Kronologi Validasi

April 15, 2013 0 Komen
Semuanya bermula pada awal Disember tahun lalu.
Bila iklan kenaikan pangkat dibuka.
Maka busy lah kami, mengisi itu dan ini, menyediakan itu dan ini.
Dan folio pun siap juga akhirnya untuk dihantar ke sana.
Itu cerita tahun lepas.


Pertengahan Mac 2013, tarikh validasi pun diumumkan.
Masa tu tarikh takde lagi, cuma dimaklumkan 1-20 April.
Apalagi, kami pun busy lagi.
Menyediakan folio lagi.
Tambah apa yang perlu, buat apa yang tak ada.


Bilik pun masa tu tak perlu cakap lah.
Dah bertimbun dengan fail.
Sampai yang jarang masuk ke bilik kami, terperanjat beruk melihat keadaan bilik kami.
Gambar masa tu memang tak terfikir pun nak ambik.


Dan 9 April, tarikh keramat bagi kami.
Kami telah selamat divalidasi.
Proses validasi pun berjalan lancar.
Alhamdulillah, semuanya telah dipermudahkan.
Sekarang boleh lah konsentret tugasan-tugasan lain.
Dapat tak dapat tu belakang cerita.
Kalau ada rezeki, alhamdulillah.
Kalau belom ada rezeki, cuba lagi.
Yang penting kami dah cuba dan buat yang terbaik.


22/03/2013

Kami 2013

March 22, 2013 4 Komen
Kan hari tu cakap nak photoshoot kan?
Baca di sini --->KLIK KALO NAK BACA
Keesokkannya terus gunakan kuasa veto arahkan adik ambik gambar kami anak beranak.
Hahaha.

Dan inilah hasilnya.


Dan ini.


Bukan pro pun ambik, so biasa-biasa je lah hasilnya kan?



21/03/2013

1 tahun 9 hari

March 21, 2013 2 Komen
Alhamdulillah, saya masih diberi peluang untuk menyusukan anak bujang saya sehingga ke hari ini. Irfan memang taknak terima susu fm. Dia lebih sanggup minum air suam daripada minum susu fm.


Susu sekarang dah tak banyak sebab dah tak disiplin mengepam, dan malas telan supplement. Tapi, alhamdulillah, masih tetap mengepam untuk si bujang saya.


21/02/2013

Bukan Yang Pertama

February 21, 2013 1 Komen
Hari ni meredah segala folder dalam external hardisk tetapi hampa. Memang terlalu sedikit gambar si kedua itu. Sedih. Nasib dia kerana bukan yang pertama.

Saya anak pertama. Banyak sangat gambar-gambar kenangan semasa baby. Ada beberapa album. Iman Madihah juga anak pertama. Pun banyak gambar-gambar masa baby. Ada beberapa folder.

Irfan Mustaqim, sedih. Ada 1 folder jer gambar dia. Tu pun gambar boleh bilang dengan jari. Ya Allah, tak adilkah kami melayan anak-anak kami?

Masih dalam mode terkilan. Terasa nak buat photoshoot malam ni jugak!!



18/02/2013

Si Dia Dah Setahun

February 18, 2013 5 Komen
Si dia telah genap setahun pada 12.02.2013 yang lalu
Alhamdulillah, berjaya jua misi penyusuan eksklusif Ibu selama setahun
Walaupun si dia tidaklah sechubby kakaknya ketika berusia setahun
Tapi syukurrrr
Si dia amat jarang demam
Alhamdulillah....

Si dia, Irfan Mustaqim semakin cerdik sekarang
Dia seolah-olah faham semua arahan kita
Ditanya nak makan, angguk
Tapi kalau dah taknak makan, geleng
Ditanya nak nenen, angguk
Terus selak baju Ibu
Hahahaha
Geram!


Si dia makin hensem kan?
Hahaha...
Masuk lif tekan sendiri yer

Rambut dah semakin panjang
Masih ada jugak yang kompius si dia ni perempuan
Pasni nak botakkan lagi kepala si dia saya ni


Inilah kek idaman Ibu
Hahahaha
Kek no 1
Ibu pulak yang mengidam kan?
Memang, si Ibu yang terlebih teruja
Seperti biasa kontrak kek dengna BFF Ibu


Kesian si dia
Dia nak tiup tapi tak jugak padam candle tu
At last si kakak yang tiup
Padam semua
Hehehehe


Sedap, sedap, sedap
Rasa ice cream pun ada

Semoga si dia Ibu membesar dengan sihat, bijak dan cerdik
Semoga si dia Ibu menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada Ibu dan Ayah
Amin...