Follow Us @soratemplates

25/04/2013

Repost from someone's status on FB

April 25, 2013 0 Komen
Wajar dibaca dan fahami oleh semua rakyat Malaysia bahawa DAP dengan Malaysian Malaysia tidak akan mampu menjadikan dan melahirkan Perpaduan Nasional yang sebenar. Inilah perkongsian kuasa dan tanggungjawab yang perlu dipelihara dan terbukti berjaya.

Kalau pokok berulat, tumbuh kulat, ranting tua kita cantas dan baja, sirami air jangan SESEKALI DITEBANG pokok itu.

Fahami sejarah dan USAH POLITIKKAN hanya kerana yang mewarisi kepimpinan terdahulu itu kini sarat dengan masalah. BERUBAH perlu didasari dengan ASAS yang KUKUH bukan BERUBAH KERANA SEKADAR MAHU BERUBAH (Change for the sake of Change).
 

23/04/2013

Mini Library, Impianku!

April 23, 2013 3 Komen
Habit bila dah agak berusia ni, beli majalah, tak habis baca, beli buku, tak habis baca, kalau zaman muda remaja dulu, beli novel petang, malam tu jugak bersengkang mata tak tidur malam nak habiskan 1 buku tu. Tapi sekarang dah lama giler lah tak beli novel. Tak minat dah baca novel. Kalau nak beli buku sekarang, selalunya beli buku parenting, buku motivasi, buku agama. Suka. Tapi masalahnya tak habiskan baca pun. Sebab tu saya prefer baca online. Sebab before tidor boleh baca bawak phone. Kalau buku ko nak bawak before tidor nak baca? Kompom, buku tu jadi buku. Dengan Irfan nya lagi nak berebutkan buku nya, dengan dia nak nenen nya. Senang bawak BB jer. Kecik pun kecik lah, jadi boleh baca sampai tertido.

Hari ni 23 April, hari Buku dan hari Hak Cipta Sedunia. Tadi masa nak gi kerja dengan hot.fm dengan topik ni. Adalah sorang caller tu, umur sebaya FF, dia kata last dia baca buku masa Form 5. Biar betul! Memang tak membaca langsung ke? Atau dia baca online kot. Tapi kesian lah kalau memang tak membaca buku (fizikal) atau online. Kesian sangat.

Impian saya, yang masih belom kesampaian. Nak buat mini library kat rumah IMAN. Buku memang dah ada koleksi. Novel lagi. Ada yang kat umah mak lagi. Tapi masih lagi kat rak yang biasa tu. Belom lagi terbeli rak yang besar untuk simpan semua koleksi tu. Majalah?? Banyak jugak. PaMa banyak, sayang nak buang tau. Sebab nanti boleh belek-belek lagi untuk rujukan. Banyak info parenting majalah PaMa tu.

Kalau dapat buat macam ni, memang awesome dan marbelles lah!


Ruang dah ada cuma perlu digabung sekali dengan bilik solat. Bilalah impian tu nak jadi kenyataan. Oh, mini library ku!


Macam ni pun best kan?? Stylo tapi tak banyak buku yang boleh muat. Ececeh... macam kau ada banyak sangat buku nyah... Hahaha


Oklah, oklah, saya berpijak di bumi yang nyata. Mini library + work station macam ni saya mampu. PC dah ada, Rak macam tu pun memang dah ada, cuma perlu tambahan lagi. Cheh... nak jugak over. Saya nak workstation yang agak besar sebab saya mengidamkan SOHO jugak sekarang. Adoh, Macam-macam kau nyah... Hahahaha... Takpe, nak kabulkan permintaan mini library dulu. Fighting! Chaiyok chaiyok!


22/04/2013

Bakal Penghibur?

April 22, 2013 0 Komen

Inilah dia bakal penghibur generasi-Y. Hehehe. Irfan ni lain sikit minatnya. Lebih ke arah muzik. Dari kecik lagi perut goyang-goyang kalau dengar muzik. Dan kegemaran dia sekarang ialah main gitar. Guna sikat pun boleh. Gimana tu?

Goreng gitar sambil nyanyi lah kot. Cicit Man Kidal? Hihihihi.

Tueja, kata orang Serawak. Macam ye-ye je dia pandai main. Hehehehe.



18/04/2013

The IMAN yang berdahi XL?

April 18, 2013 6 Komen

Tu dia. The IMAN saya. Berdahi luas kan? Orang kata pemikir. Nama Irfan tu pun dah maksudnya 'kebijaksanaan'. Mudah-mudahan bijaksanalah kedua-dua anak saya ini. Amin.


ORANG YANG BERDAHI LEBAR

Ciri-ciri: Saiz dahi XL, lapang lagi luas mata memandang
Faktor-faktor Best: Tidak suka 'port' tentang hal peribadi orang lain, berjimat cermat.
Faktor-faktor Kureng: Sering disalah anggap sombong kerana berat mulut untuk memulakan bicara.



Kita tengok nanti, ada tak ciri-ciri ni kat The IMAN



Kamar Beradu Pengantin 2008

April 18, 2013 4 Komen
Tetiba je. Terasa macam nak buat preparation kawen. Sekali lagi? Hahaha. Syoknya kan? Adik ada 4 orang lagi belom kawen tapi macam lama lagi nak kawen. Bila nak kawen tu macam-macam perasaan ada, excited, berdebar, risau, bingung. Bingung tak cukup duit nak beli itu ini. Hehehehe. Dulu masa kawen hantaran saya takdelah macam orang sekarang sampai berpuluh-puluh ribu. Hantaran tu untuk majlis jer. Lain-lain kami prepare sendiri, share-share. Takdelah nak kikis duit laki semua. Dah kita ni bekerja, ada taste sendiri. Keluar jugak lah, bukannya untuk orang lain, untuk kepuasan diri sendiri jugak. Ye tak gitu? Hehehe. Rindu kat bilik pengantin dulu. Sekarang semuanya dah tinggal kenangan di rumah Mak. Aircond, curtain, built-in cabinet tu memang niat nak buat untuk Mak pun. Bawak lari katil dan side table je.


Dari pintu kamar....chehhhh....macam tajuk lagu pulak. Mengintai dari tirai kamar. Hikss. Dan yang bawah ni my built-in cabinet suatu ketika dulu. Yang ni titik-peluh saya yang baru setahun kerja time tu. Alhamdulillah. Sekarang dah digunakan oleh my parents pulak. Rumah sendiri sekarang takde built-in cabinet untuk master bedroom. Tunggu masyuk dulu. Nak jugak nanti. In sha Allah. Semoga ada rejeki sampai ke situ.

Alhamdulillah, kawen dengan hasil titik peluh sendiri. Bangga dan puas. Memang ada jugak yang tak puas hati tapi apa boleh buat. Tak semua benda yang kita nak kita akan dapat, dan tak semua benda akan sempurna seperti yang dirancang. Apapun tahun ni masuk tahun ke-5 kami hidup bersama, dan telah diserikan 2 orang cahaya mata. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.



17/04/2013

My handmade brooch juntai-juntai

April 17, 2013 2 Komen
Hari ni saya belajar 1 kemahiran baru, buat brooch juntai-juntai. Ropanye... senang jer membuatnya. Cuma, nak atau taknak je. Pasni nak teruskan atau?? Haaa.... nak atau taknak??? Tu jer lah jawapannya