Follow Us @soratemplates

21/02/2014

14:2- Kisah Teladan Suami Isteri - Sebelum Semuanya Terlambat

February 21, 2014 0 Komen

Seorang isteri mengadu pada suaminya…..
”bang badan saya sakit-sakit”….
lalu suami berkata….
”itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat kot”.

Seorang isteri mengadu…
”bang saya rasa pening rasa nak pitam”…
lalu suami berkata….
”dah lah tu…makan panadol…..penatsangat tuh”.

Seorang isteri mengadu…..
”bang duit belanja dapur dah habis”….
lalu suami berkata…”aik…kan baru bagi lagi…
takkan dah habis…pening la macam ni”.

Seorang isteri mengadu…
”bang saya rasa penat nak bersama”….
lalu suami berkata…”ala asyik penat jer….stress betul”.

Seorang isteri mengadu …..
”bang badan saya kebelakangan ni rasa sejuk-sejuk jer, kenapa?”...
lalu suami berkata…..”nak demam kot”.

Seorang isteri mengajak…..
”bang boleh bawak saya bergi buat check –up tak”…
lalu suami berkata….”lain kali la…abang busy…lain kali kita pergi”.

Seorang isteri memohon…..
”bang….boleh bagi saya cuti satu hari….saya nak berehat…abang bawak anak keluar…saya betul-betul dah penat”….
suami berkata…..”alaaaa…abangpun penat juga”.

Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana diingini…..

Namun suatu hari….

Si isteri merayu sambil menangis….
”bang sempena hari ibu ni saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak? Tolong bawa anak-anak keluar sekejap tak saya nak tidur”.

Lalu melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami bersetuju….
”baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik”.

Namun, sekembalinya suami ke rumah……
si isteri dilihat tidur dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk selamanya…..

Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat baginya….

SAYANG….
abang mintak maaf….

Bila SAYANG mengadu sakit2 badan….
Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..
tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG….

Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…
abang sangkakan…..
penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer….

Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANG pun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der….

Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah….

Bila SAYANG ajak abang pergi buat check up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan…..

Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi…..

Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …
abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….

SAYANG…maafkan abang….abang tak pernah nampak semua kesakitan yang SAYANG alami tuh….kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang mengadu macam tuh jer…..

Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan SAYANG…..
Namun….semuanya dah terlambat…. SAYANG dah pergi untuk selamanya….
Segalanya takkan berpatah balik….

Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG …..
abang ambil cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG…..
Bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat….
Agaknya sebab tulah SAYANG penat sangat….

Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat……




14/02/2014

14:1 - Buku pink ketiga

February 14, 2014 2 Komen
Last update Oktober ek?
Sekarang dah tahun baru 2014.
Februari pulak tu.
2 bulan di tahun baru.

Pagi ni terbuka hati nak bukak blog.
Approve komen.
Ada blogger yang komen suh update blog.
Baiklah.
Kakmim update la ari ni.
Jangan terkezut pulak eh.

Tadaaaaa....
Ini adalah buku 'pink' ketiga Kakmim.


Alhamdulillah...Kakmim dah sampai ke trimester ketiga.
Tiga?
Yup.. trimester ketiga untuk anak ketiga.
Hehehe... hari ni 29 minggu.
Syukur.
Kali ni tak banyak ragam.
Semuanya dipermudahkan dari awal lagi.
Semoga hingga melahirkan, kami dipermudahkanNya.

Taktau nak update apa.
Lama tak memblog kan.
Janggal pulak rasanya.


Iklan tak berbayar:
Hamil? Selalu kejang di betis? Jom baca http://bit.ly/1dMEvpJ


29/10/2013

29 Oktober 2008 dan sekarang

October 29, 2013 2 Komen
Hari ni 29 Oktober 2013... jom kita tengok apa yang kakmim dah post di sini pada tarikh yang sama pada 2008... hehehe

Jom klik kat sini http://bit.ly/1aaY2xY

Sekarang... kakmim dah tak macam tu. Sejak usia semakin bertambah kakmim sentiasa berpijak di bumi yang nyata. Banyak lagi benda lain yang kakmim nak fikirkan. Bukan setakat nak benda yang remeh-temeh yang mesti nak dapat jer,,, walaupun tak penting. Yes. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Manusia memang boleh berubah.

Sekarang kakmim banyak fikirkan anak-anak. Kekadang nak beli baju sendiri pun fikir 2-3 kali. Takpelah sendiri pakai baju ulang tayang berkali-kali. Janji anak-anak gembira. Rindu pulak kat si cerdik 2 orang tu. Hmmm...



23/10/2013

Kenapa Suami Isteri Dianjurkan Berjimak Pada Malam Jumaat?

October 23, 2013 0 Komen
Bagi pasangan suami-isteri, terutama pihak suami, malam Jumaat itu “keramat”. Sebabnya tentu saja, kerana ada anjuran [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] untuk berjima’ di malam ini. Dalam sunnah, ada kewajiban. Dalam kewajiban ada sunnah. Sungguh indah Islam! Lebih dari itu, dalam kewajiban dan sunnah tersebut, ada kenikmatan syahwat dunia yang halal. Halal, tentu berarti berpahala.



“Suami wajib menjimak isterinya sekurang-kurangnya satu kali dalam sebulan,” kata Ibnu Hazm, “kalau tidak, berarti ia durhaka terhadap Allah.”

Jika Ibnu Hazm berbicara tentang kewajiban jima bagi suami isteri, Imam Al Ghazali menjelaskan mengenai kepatutannya.


“Sepatutnya suami menjimak isterinya pada setiap empat malam satu kali. Ini lebih baik,” kata ulama bergelar hujjatul Islam itu. Namun, Al Ghazali tidak memaknai batasan itu secara kaku. 

“Bahkan sangat bijaksana kalau lebih dari sekali dalam empat malam, boleh pula kurang dari itu, sesuai keperluan isteri.”

Lalu jika perlu memilih hari dalam jima, adakah keutamaan malam Juma’at dibandingkan malam-malam lainnya? Dalam hal ini, hadith yang sah dijadikan rujukan adalah riwayat Tirmidzi nombor 496, An-Nasai 3/95-96, Ibnu Majah nombor 1078, dan Ahmad 4/9. Hadith-hadith itu senada, yang terjemahnya sebagai berikut:

“Barangsiapa (yang menggauli isterinya) sehingga mewajibkan mandi pada hari Juma’at kemudian diapun mandi, lalu bangun pagi dan berangkat (ke masjid) pagi-pagi, dia berjalan dan tidak berkendaraan, kemudian duduk dekat imam dan mendengarkan khutbah dengan khusyu’ tanpa sendau gurau, nescaya ia mendapat pahala amal dari setiap langkahnya selama setahun, balasan puasa dan solat malam harinya.” (HR. Tirmidzi, An-Nasa’i, Ibnu Majah dan Ahmad)

Dari hadith tersebut tergambar betapa besarnya balasan pahala bagi orang yang melakukannya. Yakni “bercinta”, mandi, bangun pagi, berangkat awal ke masjid untuk menunaikan solat Juma’at, [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] imam dan mendengarkan khutbah dengan tekun. Pahala dalam hadith ini diberikan kepada orang yang melakukan paket enam amal itu, tidak terpisah-pisah. Namun demikian, tergambarlah keutamaan berjima [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah] Jum’at.

Memang ada yang berpendapat bahwa sunnah dalam hadith tersebut adalah “bercinta” pada hari Juma’at (pagi), mengingat mandi Jum’at itu dimulai setelah terbit fajar di hari Juma’at. Namun yang lebih popular adalah “bercinta” di malam Juma’at, sedangkan mandinya boleh saja ketika terbit fajar sebelum menunaikan Solat Subuh berjama’ah.

Abu Umar Basyir di dalam bukunya Sutra Ungu menambahkan, “Di negara yang menerapkan cuti pada hari Juma’at, tentu tidak masalah jika seseorang ingin berhubungan seks pada hari itu. Lalu bagaimana di negara yang menetapkan hari Juma’at sama seperti hari-hari kerja lainnya? Bagaimanapun, hukum sunnah tetap saja sunnah. Jadi itu hanya soal kesempatan melakukannya saja. Jika mampu dilakukan, Insya Allah membawa berkah. Di situlah, pengurusan waktu berhubungan seks menjadi perlu diatur.

Kerana itu boleh saja dilakukan menjelang subuh, atau sesudah solat Subuh. Tiap pasangan suami isteri tentu lebih tahu mana saat yang paling tepat.” Wallaahu a’lam bish shawab. [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah]

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang.” (Surah Al-Ruum: 21)

Dipetik Dari – [Maraji': Fiqih Sunnah karya Sayyid Sabiq, Kitab Fadhail A’mal karya Ali bin Muhammad al Maghribi dan Sutra Ungu karya Abu Umar Baasyir/bersama dakwah]
Wallahualam

Kredit: Web Berita


18/10/2013

Sajer jer..

October 18, 2013 0 Komen

Kakmim saja nak try test update via mobile. Banyak benda yang nak diluahkan tapi memang tak sesuai pun nak luah kat FB. Ye lah sejak ada FB ni blog ni jarang dah bukak. In sha Allah pasni kalo Kakmim rajin Kakmim update blog je lah kan?

19/08/2013

Aidil Fitri 2013

August 19, 2013 1 Komen
Entah kenapa. Mood blogging memang ke laut. Lautan Hindi atau Lautan Pasifik sana kot. Tapi bila baca blog rakan-rakan blogger terasa rindu pulak nak update semua perkara dalam blog macam dulu-dulu.

Baiklah. Sempena lebaran 2013 yang masih lagi di hari ke 13 ni, kami keluarga The Iman ingin mengucapkan Salam Aidil Fitri 2013, maaf zahir batin. Hehehe.

Raya tahun ni macam biasa. Bagi kami lah, mak-mak dan bapak-bapak. Tapi bagi anak-anak diorang seronok kot. Ayah cuti lama, Ibu tiap-tiap hari ada, asyik keluar je. Hari raya tahun ni sehari je tunggu tetamu kat umah, selebihnya, berziarah jer kerojenye. Tapi masih jugak tak khatam umah sanak-saudara dan kawan-kawan. Mintak mahap lah semua ye. Faktor sebuah rumah berjam-jam kot, sebab tu tak pandai habis rumah nak diziarah.

Tambahan pulak si hero makin lasak. Adoh... memang mencabar. Bertubuh kecil tapi berjiwa besar. Hahaha. Nantilah update lagi. Hehehe. Akak lapor ni. Daaa...

Terimalah potret The Iman's untuk Aildil Fitri 2013.



Maaf Zahir Batin yer. (Ayat kopipes dari dulu sampai ler sekarang)
Hehehe.