Follow Us @soratemplates

06/03/2014

Arjuna Beta - lagu dari bonda untuk anakanda

March 06, 2014 0 Komen
First time dengar lagu ni terus jatuh cinta!
Alangkah bestnya kalo dapat buat lagu khas untuk anak-anak.
Jangan jadi anakku Sazali... udah ler.



Arjuna Beta - Fynn Jamal

Verse 1

Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
Datang petir menyambar
Jengking dan ular–
Bonda takkan berundur

Nyamanlah Arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa

verse 2

Kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
Jalan betul, anakanda,
Tak jelas mata–
Ambil yang sarat duri

Hiduplah Arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama Tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Chorus

Ngeri tak terbayang mata
Bonda takkan ada sentiasa
Nanti moga kau tak lupa
Bonda memujukmu, anakanda

Hiduplah arjuna beta
Biarkan jasad yang luka
Selama tuhanmu ada
Takkan engkau tercela

Nyamanlah arjuna beta
Mimpikan yang indah saja
Nanti bila kau buka mata
Semua tak serupa




05/03/2014

Bestnya dapat title hubby tapi belom nikah

March 05, 2014 1 Komen


Budak-budak zaman sekarang
Belom kawen dah ada hubby
Sekali akak sindir... hihihi

Jangan marah, dik!
Saja je...
Selalu sangat tengok
Nanti tak jadi nikah, sape gak yang malu?
Kan? Kan?


04/03/2014

Hati-hati bila menggunakan debit card

March 04, 2014 0 Komen
23 Februari 2014
Hari yang sangat malang
Excited nak beli baju baby
Beli sekali dengan baju kakak dan abang
Dan macam biasa saya memang tak suka withdraw duit
Gunalah debit card



Cashier tu dah cakap, kalau boleh, boleh lah
Sebab mesin kat situ ada prob sket
Sekali cuba, tak boleh
2x juga tak berjaya
3x pun hampa
Kaki pulak dah cramp!
Memang petanda tak baik betol

Kali ke-4 guna mesin lain
Berjaya!
Ok... selesai

Itu kisah hari Ahad
Isnin berlalu macam biasa
Selasa menjelma
Terbuka hati nak cek akaun rimau
Kebetulan hari payday
Tapi payday bukan di akaun rimau
Aiks? Kenapa sikit benar balance?
Tak puas hati
Check transaction
Rupanya....

1,2,3,4x transsaction yang sama!
Pada hari Ahad tu!
Gila!
Mendidih darah

Bayangkan beli barang RM355.70
Tapi dah kena deduct Rm355.70 x 4!
Tak ke gila kau?!!
Rasa nak nangis pun benda dah terjadi
Terus takde mood Kebetulan hari tu ada appointment dengan orang di luar
So kemas-kemas barang
Pasni kuar terus ke bank rimau
Nak buat report
Time tu tak bagitau lagi kat Encik Suami
Bila dah ada di bank rimau, baru gitau Encik Suami
Dia pun datang la ke bank
Menemani isterinya yang tengah kacau-bilau tu
Terus takde mood dah

Orang bank rimau kata dia akan submit report ke KL
Dan akan ambik masa dalam 45 hari untuk dapat refund

Kalau itu rezeki saya, alhamdulillah
Kalau bukan rezeki saya... alhamdulillah jugak
Tapi tobat dah takmok pakai debit card lagi



Diari Selasa

March 04, 2014 0 Komen
Yezza.
Hari ni kembali masuk ofis setelah 5 hari bercuti (termasuk weekend).
Masuk jer toilet terjumpa auntie cleaner.

"Eh, ada rupanya. Ingatkan dah meletop"

Hihihi.
Ada jugak yang prihatin rupanya.
Saya belom nak meletop lagi la auntie.
Saya cuma bercuti.

Best ke tak best cuti?
Best... tapi penat.
Dok opis lagi boleh rehat.
Kat opis otak jer penat.
Kat umah, mental fizikal memang penat.
Serius.
No wonder pekerjaan yang paling mulia ialah ibu rumah tangga.
Surirumah ler.

Kalo nak diikutkan hati memang nak jer sambung cuti lagi hari ni.
Tapi memandangkan banyak lagi kerja di ofis yang masih tergendala,
maka dikuatkan hati untuk tidak menyambung cuti.

Nasib baik bekfes sedap hari ni.
Tadaaaa....

Meatball & veggie. Alhamdulillah
Serius rindu budak manja ni.
Bangun tido mesti tengok muka Ibu dulu.
Kalo tak, nangis.
Bila Ibu muncul jer, terus senyum... stop nangis dan "Ibu".
Suka layan Irfan Mustaqim bercakap sekarang.
Walaupun cakap hujung-hujung jer tapi dia faham apa yang kita borakkan.
Memang anak Ibu bijaksana, sebijak namanya Irfan = kebijaksanaan.



03/03/2014

Update secara laju!

March 03, 2014 0 Komen
Baiklah.
Quick update ok.
Sementara my little hero masih tidor.
Oh, ya. Saya cuti hari ni. BS si little hero masih bercuti.
Saya pun dah start cuti sejak hari Khamis minggu lepas.
Agak panjang jugak ler kan cutinya.
Bukan selalu pun.
Cuti bersebab.
Bukan cuti saja-saja.
Lagipun budak-budak masih cuti semester jugak.

Hari ni bukak blog takde apa-apa perubahan.
Cumanya tak sangka my bff masih lagi nak baca blog ai yang bersawang ni.
Ye lah berkurun tak update.
Bila ada orang respon baru baca, terus semangat nak update.
Hihihi.

Banyak benda nak update sebenarnya.
Semuanya dah save dalam kepala ni.
Tapi nak menaip dan meluahkannya dalam bentuk perkataaan tu yang M.
Huhuhu.
Semenjak 2 menjak ni memang agak M sikit la.
Nasib badan.

Sebab tak buat papa so saya klik-klik jer link blog yang saya follow.
Yang memang saya baca dari dulu lagi.
Rupanya memang ramai blogger yang dulunya katif sekarang jadi macam ai jugak.
Saya tak berkeseorangan lah nampaknya.
Hihihihi.
Ni angkara media sosial jugak lah kot.
Dulu masa aktif blog bukan suka pun nak update FB ke IG ke Twitter ke.
Bila FB dah jadi fenomena, kesian blog ai ni.
Terus diabaikan dan dianak tirikan.

Eh, saya dah nak masuk 32 minggu dah.
Baby bunmp rasanya comel jer.
Kali ni memang agak slow perubahan baby bump.
Tapi berat naik maintain.
2 kg lebih setiap kali check up.
Tapi bila dah 2 minggu sekali ni, tak tau plak berapa.


kata pun quick unpdate.
Nak kejar masa ni.
Terasa nak lipat baju yang menggunung pulak tu.
Sementara little hero masih tidor kan, kalo tak, tak dapek.
Dia mesti nak tolong jugak.
Ok bye.


24/02/2014

Mode renovation yang tertangguh

February 24, 2014 0 Komen


Lama dah tak update pasal rumah IMAN kan? Sebenarnya dari dulu lagi nak buat 'sesuatu' di ruang segiempat yang kosong tu tapi asyik tertangguh jer. Dulu orang dah ukur dah bahagian tu tapi sampai sekarang diorang tak hantar quotation lagi. 

Apa yang nak buat kat situ?

  • Plan 1 nak buat cermin muka. Ngam-ngam sama besar dengan ruang segiempat tu. Sebab nak ruang kat situ jadi besar. Tapi boleh tak nak letak cermin kat situ? Kena tengok logik jugak kan?  
  • Plan 2 nak buat para-para. So boleh la letak hiasan kecil-kecil kat situ. Tapi takut serabut pulak. Tapi... adei, banyak benar tapinya. Ye lah, kalo letak hiasan mestilah berhabuk pulak kang. 
  • Plan 3 nak combinekan cermin dan para-para. Hambik kau. Tamak betol kan? Tapi boleh tak impian ini direalisasikan? Kena tanya yang pakar dulu. Bukannya nak main letak sukati certmin tanpa memikirkan struktur dinding tu semua.

Agaknya boleh tak impian ini tercapai? Huhuhu...