Follow Us @soratemplates

12/08/2014

Mencari

August 12, 2014 0 Komen
Yep.
Saya masih mencari.
Dan tercari-cari.



Saya tidaklah terlalu cerewet.
Juga bukanlah terlalu memilih.
Saya sukakan simplicity.
Dan juga minimalis.
Kurang suka yang terlalu complicated.
Sebabnya blog untuk dibaca.
Gambar sekeping 2 untuk aksesori.

Teringin nak mendesign template sendiri.
Tapi... tak reti.
Dan masa pun sangat mencemburui.
Oops... mungkin saya yang cemburukan masa.
Bukan masa mencemburui saya.
Masa 24 jam terasa seperti 8 jam sahaja.
Cepatnya masa berlalu.

Dan saya masih mencari.
Banyak yang masih dicari.
Tapi perlu ditemui.

Dan.. manusia.
Begitulah.
Selalu tak puas dengan apa yang ada pada diri



08/08/2014

Lukisan kakak

August 08, 2014 0 Komen
Lukisan si kakak. Harap-harap nanti dia dah besar dia bukak balik blog ni dan tengok lukisan masa umur dia 4 tahun 10 bulan.


Agak-agaknya kenapa lukisan ni ada 3 karakter? Ha.. jawab jangan tak jawab.

 
Dan ini pulak lukisan apa? Senang jer kan? Ini lukisan seorang cikgu. Tapi tengoklah cikgu tu mengajar B C A instead of A B C. Hehehehe

Gambar yang 3 karakter tu? Menjadi persoalan kami adik beradik. Last-last si Ayah yang dapat merungkai persoalan karakter yang sedang angkat tangan di tengah-tengah tu.

Lukisan tu ialah Elsa (Frozen). Iman cakap dia tak reti nak lukis Elsa, tu jer dia pandai. Ok lah kan? Hahahaha

Yang 2 tu lagi? Mungkin Anna & Hans kot? Mungkin lah. Hahahahaha



05/08/2014

Superheroes Ibu

August 05, 2014 0 Komen
Ini superheroes saya. Abang dan adek.



Tengoklah si adek. Dia tengah geram. Adek macam kakak kan? Rambut pun dah golong-golong. Hehehehe.

Abang pulak? Orang cakap macam Ibu. Orang cakap la. Ibu pun tak tau nak cakap apa. Muka Ibu macam Abang ke? Hehehehe

Dah 2 rupanya anak lelaki saya... hehehehe


Cerita si kakak

August 05, 2014 0 Komen
Ini si kakak. Iman Madihah. Dah besar dah. Tahun ni dah 5 tahun. Dan for sure blog ni pun lebih 5 tahun dah. Hmmm....

Siapa yang follow blog ni, tau lah sejak bila blog ini wujud.



Kerana si kakak lah blog ini meriah. Dulu suka cerita pasal si kakak. Bila kakak dah ada adik, Ibu dah jarang cerita pasal si adik. Si kakak apatah lagi. Bila si kakak dah ada 2 orang adik, adik pulak dah jadi abang, makin lah Ibu membisu seribu bahasa. Sayangnya blog ni. Memanglah sekarang bukan zaman kegemilangan blog lagi, tapi nak tutup blog masih terasa masih ada cinta yang tersisa buat blog. Chewah. Lama tak mengasah bahasa. Asyik bahasa rasmi je. Dah lama tak membungakan bahasa. Rindunya zaman dulu-dulu. Zaman rajin mengupdate entri. Tapi itu dulu. Dulu zaman berdua, bertiga. Sekarang, berlima! Hah, hambek kau! Balik kerja memang takdan nak pegang lappy. Nak on PC lagilah. Kat ofis plak kalo tak banyak kerja baik akak gi tido. Penat tau. Hehehe. Sebab tu kena recharge, kalo tak maunya tertido sambil drive. Naya.

Kakak... terima kasih sebab kakak lah blog ini terisi. Ibu sayang kakak.



04/08/2014

Raya berlima

August 04, 2014 0 Komen
Alhamdulillah. Tahun ni 1st time beraya berlima. Ayah, Ibu, Iman, Irfan dan Imran. Memang kecoh lah Ibu dengan triple I ni. Nak nak si kecik Imran ni kekadang takmo Ayah dokong. Ibu jugak. Si kecik Imran dah 3 bulan. Sepanjang 3 bulan si Adek dah 2x kena tinggal, Ibu pergi outstation. Kesian Adek. Tapi, alhamdulillah masih lagi fully bf. Syukur...


Selamat hari raya, maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.


03/05/2014

Introducing another IMAN in the family!

May 03, 2014 4 Komen
Alhamdulillah.
Saya telah selamat bersalin pada 15 April yang lalu.
Syukur.. kali ni pun normal.
Baby boy, 2.8 kg.. lahir pada 37 minggu.
1st baby LSCS, 2nd normal dan 3rd pun normal.
Siapa kata kalo sekali dah 'dipotong'' seterusnya wajib keluar ikut tingkap jugak?
Alhamdulillah... kerana telah dipermudahkan.
Syukran ya Allah.

Ibu & Imran Mudzaffar