Follow Us @soratemplates

22/08/2014

Malaysia Berkabung #mh17

August 22, 2014 0 Komen
Hari ni seluruh Malaysia menghormati ketibaan jenazah mangsa MH17 yang dipercayai ditembak di Ukraine pada 17 Julai yang lalu dengan bertafakur selama seminit setibanya kapal terbang yang membawa jenaza touch down di KLIA. Sedih. Mereka tidak berdosa tetapi perancangan Allah itu pasti ada hikmahnya. Mereka tetap dipanggil ke alam yang abadi di sana kerana Dia menyayangi mereka. Al- Fatihah buat semua mereka yang beragama Islam. Walaupun tidak mengenali mereka, tetapi perasaan sedih dan hiba tu tetap ada.

Al-kisahnya hari ni kami di ofis ada meeting pengurusan. Masa meeting kami take 5 sebentar untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah mangsa. Sebaknya.


Beramai-ramai menonton TONTON untuk live telecast dari Kompleks Bunga Raya. Alhamdulillah. Insiden macam ni hikmahnya kita semua bersatu-padu, ye tak? Lepas tu kami sambung balik la meeting. Walaupun sedih dan hiba, hidup tetap perlu diteruskan.

Semoga keluarga dan waris mangsa tabah dan redha dengan ketentuan ini. Sangat sedih melihat gambar adik Abderrahman, satu-satunya anak kepada co pilot Ahmad Hakimi. Comel sangat. Apalah yang budak sekecik tu tau. Agaknya macam manalah mak dia nak explain kat dia bila dia dah mengerti makna kematian tu nanti.

Kiri: Abderrahman dan ayahnya, Kimi... happy jer diorang
Kanan: Abderrahman seakan mengerti kesedihan rakan sejawat ayahnya yang didukung semasa solat jenazah

 
Anak tunggal salah seorang pramugari MAS yang menangis di sebelah keranda ibunya. Hancur rasanya hati ini melihat kesedihan anak-anak ini.


Ya Allah.. peliharalah anak-anak yatim ini ya Allah. Tempatkanlah ibu bapa mereka di kalangan mereka yang beriman di sisiMU.

Al-Fatihah




20/08/2014

Mee tomato simple lagi enak!

August 20, 2014 0 Komen
Sebenarnya semasa pregnant Imran, saya teringin sangat nak buat mee tomato selepas tengok FB member. Bukan makan ye. Tapi nak buat. Nak masak. Sebab saya memang bukan penggemar mee tomato. Kalo nak order di kedai pun saya akan order mee hongkong, adik beradik mee tomato jugak kalo di Sarawak ni.

Semalam.. tercapai jugak hasrat nak buat mee tomato. Walaupun ala kadar, at least dah tak mengidam dah. Mengidam masak! Macam pelik kan? Senang jer nak membuatnya. Bahan-bahan pun mudah yang kita memang guna hari-hari.

Bahan kisar:
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Cili kering

 Kuah:
Sup Tomato dalam tin
1 biji tomato (dicincang)
Air rebusan ayam (kalo takde boleh masukkan kiub ayam tu)
Isi ayam (dipotong)
Gula
Garam
Sos tiram
Sos tomato
Sos cili

Aksesori:
Daging ayam (dicarik)
Fishcake
Bebola ayam
Sayur sawi (dicelur)
Tauhu
Daun sup
Bawang goreng
Tomato
Cili merah potong

Kalau nak pakai seafood (udang atau sotong) pun boleh jer.

Cara membuatnya:

1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar sehingga naik wangi.
2. Masukkan gula pasir dan potongan ayam, tunggu sehingga masak.
3. Masukkan tomato cincang dan sup tomato.
4. Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram.
5. Kemudian, masukkan air rebusan ayam.
6. Masukkan garam, dah cukup rasa, didihkan dan angkat!

Untuk mee pulak.

1. Panaskan sedikit minyak.
2. Masukkan mee kuning.
3. Tuang kicap pekat dan kicap manis.
4. Kacau dan sedia untuk dihidang.


1st batch masa kawan nak datang tu, tak sempat dah nak goreng mee kuning tu. Tapi.. layan jugak. Dah 2nd batch mee tu baru sempat nak menggoreng.


Kalau makan dengan kicap pedas, lagilah layannnn. Hehehe.



13/08/2014

Projek Wakaf untuk Surau SRK Encik Buyong

August 13, 2014 0 Komen
Satu lagi aktiviti Alumni sekolah rendah kami pada tahun ini, iaitu projek wakaf. Alhamdulillah 1st aktiviti iaitu Reunion Raya dulu dah berjaya dilaksana dan mencapai objektif. Diharap aktiviti kali ni pun begitu juga... mendapat sambutan alumni. Insya Allah




12/08/2014

Dah 5?

August 12, 2014 0 Komen
Saya rasa semua ibu mengalami perasaan ini.
Perasaan pabila anak semakin membesar.
Dulunya kecil... dikendong... diriba.
Bila semakin membesar... perasaan lain pula akan datang.

Begitu cepatnya masa berlalu.
Oh, entri kedua pada hari ini yang menyentuh berkenaan masa.
Dulunya dia masih kecil.
Sekarang tahun ke-5, dia semakin besar.
Semakin cerdik.
Semakin cantik.
Semakin comel.
Biaq pi lah orang cakap masuk lif tekan sendiri.
Kalau tak kita sendiri yang mendoakan anak kita siapa lagi kan?

Dulunya... dia bergantung dengan kita.
Sekarang.. dia semakin membesar.
Dia boleh tidak bergantung dengan kita.
Sedih pulak rasa.

Dia boleh diharapkan menjaga si adik-adik.
Dia boleh membebel dengan si adik.
Dia ibarat ibu pulak kepada si adik pabila Ibu tiada berdekatan.
Betapa anak sulungku telah membesar.


Dan dia juga semakin petah berbicara.
Pandai bergaya.
Juga suka berposing bila bergambar.
Ibu memang angkat tangan, surrender.
Ibu dari dulu memang kaku bergambar.

Cepatnya dah 5 tahun.
Nasib baik ada si adik yang copy paste si kakak.
Rindu rambut golong-golong kakak.
Rambut adik pun dah golong-golong jugak.
Bezanya si adik... lelaki!





Mencari

August 12, 2014 0 Komen
Yep.
Saya masih mencari.
Dan tercari-cari.



Saya tidaklah terlalu cerewet.
Juga bukanlah terlalu memilih.
Saya sukakan simplicity.
Dan juga minimalis.
Kurang suka yang terlalu complicated.
Sebabnya blog untuk dibaca.
Gambar sekeping 2 untuk aksesori.

Teringin nak mendesign template sendiri.
Tapi... tak reti.
Dan masa pun sangat mencemburui.
Oops... mungkin saya yang cemburukan masa.
Bukan masa mencemburui saya.
Masa 24 jam terasa seperti 8 jam sahaja.
Cepatnya masa berlalu.

Dan saya masih mencari.
Banyak yang masih dicari.
Tapi perlu ditemui.

Dan.. manusia.
Begitulah.
Selalu tak puas dengan apa yang ada pada diri



08/08/2014

Lukisan kakak

August 08, 2014 0 Komen
Lukisan si kakak. Harap-harap nanti dia dah besar dia bukak balik blog ni dan tengok lukisan masa umur dia 4 tahun 10 bulan.


Agak-agaknya kenapa lukisan ni ada 3 karakter? Ha.. jawab jangan tak jawab.

 
Dan ini pulak lukisan apa? Senang jer kan? Ini lukisan seorang cikgu. Tapi tengoklah cikgu tu mengajar B C A instead of A B C. Hehehehe

Gambar yang 3 karakter tu? Menjadi persoalan kami adik beradik. Last-last si Ayah yang dapat merungkai persoalan karakter yang sedang angkat tangan di tengah-tengah tu.

Lukisan tu ialah Elsa (Frozen). Iman cakap dia tak reti nak lukis Elsa, tu jer dia pandai. Ok lah kan? Hahahaha

Yang 2 tu lagi? Mungkin Anna & Hans kot? Mungkin lah. Hahahahaha