Follow Us @soratemplates

24/12/2014

Balo Kito 2014 mencipta sejarah

December 24, 2014 0 Komen
Hmm... hari ni dah 24.12.2014.
3 hari telah berlalu.
Namun kehangatan Majlis Balo Kito 2014 masih terasa.
Gambar-gambar semasa majlis berlangsung masih menjadi viral di laman sosial dan juga di grup Whatsapp Balo Kito dan Dangsanak.
Ternyata majlis ini telah meninggalkan kenangan manis bagi semua keluarga Balo Kito dari Kampung Lingga, Sri Aman, Sarawak Bumi Kenyalang dan Dangsanak dari Kampung Burong Pingai, Brunei Darussalam.




Bah, kita menjamu mata dulu.


Utusan Borneo, 23.12.2014



Borneo Post, 23.12.2014

Alhamdulillah.. majlis Pertemuan Jejak Kaseh Balo Kito & Dangsanak Pureh Burong Pingai telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21.12.2014 di Kompleks Belia dan Sukan, Kuching. Gambar di atas adalah Dangsanak seramai 132 orang yang telah membanjiri bandaraya Kuching selama 4 hari 3 malam. Mereka datang ke Kuching menggunakan jalan darat dan jalan udara. Syukur semuanya telah dipermudahkan.


Orang-orang kuat

Yup. Majlis ini tidak akan berjaya tanpa AJK Pelaksana yang berhempas-pulas siang dan malam untuk menjadikan majlis ini sempurna. Memang.. majlis ini belum mencapai tahap sempurna 100% tetapi ianya sangat membanggakan. Dan semakin bangga kerana Kakmim juga sebahagian daripadanya. Semuanya terasa berbaloi bila melihat wajah-wajah tua gembira pada malam tersebut. 

Tag urusetia

Plaque cenderahati dan plaque penghargaan generasi tertua Balo Kito & Dangsanak

Pentas
Dengan bangganya, persiapan pentas telah dilakukan kami adik-beradik #mfbn dan kazen-mazen #TheASAZ dan tidak lupa my dear hubby. Hehehe. Semuanya kami, daripada backdrop, deco scallop dan peralatan di atas pentas termasuk kain dan gong. Gong dan kain untuk deco dipinjam dari Kolej. Hihihi. Terima kasih Pengarah KKMG kerana tiada halangan meminjamkan kain dan gong untuk majlis kami ini.

Superman pun sibuk juga membantu. Hihihi

Kami semua boleh. Chaiyok #mfbn

DIY Guest Book dari kami the #mfbn


Seperti biasa, kalo handle majlis selalu lupa bergamba. Kalo time kerja pun macam tu jugak. Memula ingatkan boleh bergambar 1 famili sebab semua dah pakai 'uniform' tapi at last lupa jugak. Hihihi.

Bersama mfbn #2
Gambar ikhsan hp orang
Backstage ladies...pun ikhsan hp orang lain
Dari meja VIP Balo Kito & Dangsanak
Rombongan Dangsanak yang bertolak dari Brunei ke Kuching menggunakan bas

Sempat jugak mengadakan golf persahabatan yang telah dimenangi oleh Balo Kito
Di mana ada kemahuan, di situ jugak boleh bermain golf.

Apapun, tahniah kepada semua ahli kelurga Balo Kito dan Dangsanak Pureh Burong Pingai di atas penganjuran reunion keluarga yang telah terpisah berabad-abad lamanya ini. Semoga silaturahim di antara 2 rumpun dari Kepulauan Borneo ini akan berkekalan.Amin.






12/12/2014

Disember Bulan Cinta

December 12, 2014 0 Komen
Okay. Dah Disember.
Misi November hampeh... tak tercapai.
Hihihi.
Sibuk.. memang tak dan nak menaip entri di ofis.
Di rumah, otak dah letih... memang tak larat nak on laptop segala.

Hari ni 12.12.14
Kita #throwback apa yang berlaku pada 12.12.08
Iaitu 6 tahun yang lalu.
Jeng jeng jeng!!!

Ya!!! Ini yang berlaku ya...

Berlakunya malam tadi.



Siang ni berlakunya ini...




Rumah pun dah berseri macam ni



Hehehehe...
Tak sangka 6 tahun dah berlalu.
Dan hari ni Kakmim dapat jemputan majlis kawen seorang blogger.
Ya! Ertinya 6 tahun dah kenal melalui blog dan masih kontek hari ni.
Walaupun jarang berjumpa tapi selalu ada di laman sosial.
Begitulah penangan blog.
Dari tak kenal jadi kenal.
Dan rasa macam excited pulak nak ke majlis Fieza cik adik yang gila purple ni.
Heharap dapatlah jumpa blogger yang lain.

Anyway, selamat menghitung hari untuk menukar status single kepada married ye cik adik Fieza!
Insya Allah kamek akan datang ke majlis kitak kelak.



01/11/2014

C30H-1: Kenapa saya tak suka berselfie?

November 01, 2014 0 Komen
Cabaran Hari-1: 1 gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda

Alamak. Nak gambar terbaru ke? Nasib baik 2 hari lepas saya dibukakan hati untuk berselfie semasa nak ke tempat kerja. Masa driving pulak tu. Nasib ler dah time tu jugak gelorat kata orang Serawak, atau kejeron.. hah? Excited lah tu.. nak berselfie. Bukan selalu tau Kakmim kompiden selfie. Ahahaha... ye lah saya bukannya muda remaja lagi nak berselfie bagai. Takde masa nak buat semua tu. Baik ambik gambar anak Kakmim yang comel-lote gitu. Haih? Masuk lif tekan sendiri. Hihihi..

Kakmim

Yezza. Ini gambar terbaru Kakmim. Memang baru. Yang serius hari Rabu. Yang tak serius hari Khamis. Hari ni hari Sabtu. Baru kan? Hehehe. Ok tak ok? 

  1. Tapi ni lah hakikat, dah 33 tahun dah tahun ni. Kalau nak diikutkan dah 10 tahun jadi blogger. Tapi blog yang mula-mula dulu dah tak boleh nak access di http://nagacute.blogdrive.com/. Nak login balik of course password akak dah lupa! Apa leh buat. Email yang masa guna blog tu pun dah lama tak login dan of course sekali lagi dah taktau password. Semuanya jadi sejarah je lah.
  2. Kakmim tak suka selfie. Sebab? Adakah Kakmim tak kompiden dengan kecantikan rupa paras Kakmim? Ahahaha. Cantik ke? Itulah masalahnya. Alhamdulillah, tetap bersyukur apa yang telah dikurniakan. Sebab tak suka selfie? Sebab Kakmim rasa... rasa apa yek... orang Serawak cakap ingga kedirik. Hmmm... kalo paham bisa. Tapi... Kakmim suka jer tengok orang selfie. Cuma sendiri nak buat tu rasa, eh, ko tak muda lagilah nak selfie bagai macam. Please lah sedar diri. Okbai.
  3. Suka benda-benda positif. Sejak menShakleekan diri sampai sekarang, Kakmim suka word yang positif. Aura positif. Environment yang positif. Kawan-kawan positif. 
  4. Gila cheese dan coklat! Suka sangat benda-benda yang ada kombinasi 2 ni. Especially Choc Cheese Secret Recipe! Haipppp!!! 
  5. Last but not least, Kakmim punya 1 lagi impian nak ada sorang baby girl. So ada girl, boy, boy dan girl. Semoga dipermudahkan dan dimurahkan rezeki. Doakan ye!

Dah. Cukup dah 5 fakta mengenai diri saya. Cabaran hari pertama pun telah terjawab. Ada 30 hari lagi. Huhuhu. Bertabahlah menghapdet Kakmim.



Pre-tajuk untuk November

November 01, 2014 0 Komen
Semangat nak update sebab dah ada tajuk nak mengarang. Boleh macam tu? TQ Whiteymommy sebab sediakan tajuk-tajuk untuk November ni ye. Harapnya berterusan lah dapat mengupdate blog ni. Hehehe.

Sepanjang November nih saya akan terus menaip berdasarkan tajuk-tajuk bawah ni:
Boleh ke? Ya..saya tengah mencabar diri saya. Doakan ye!

31/10/2014

29/10/2014

Terselap

October 29, 2014 1 Komen
Ok. Tok kisah #throwback
Mun urang Serawak madah terselap

Ari tok 29 Oktober 2014
Mun 5 tahun yang lepas, ari toklah Kakmim nyerah dirik di SGH
Apa tek nak operate
Sebab baby rilek gilak duduk di dalam nun

Awal pagi dah ke SGH
Tapi sampei jak di Mat Ward lom ada katil
Nurse madah "Pegi jak kitak kuar minum lok, kelak dah beranak sik dapat makan nyaman agik"
Oh, baiklah nurse
Sungguh baik hati mu nurse
Alu lah Kakmim dengna laki Kakmim pegi bekfes
Tapi sik juak jauh ne dijalan mek duak
Nun di Hung Hung ya ajak
Tedah... rasa pelarian jak rasa
Dah lah nak makei gelang hospital ya
Hihihi

Hmm.. yang sik best nya Kakmim sik ingat Kakmim makan apa time ya
Sik apa lah ooo...
Dah lepas minum makan apa indah
Alu nait agik ke wad
Dah ada dah katil
Alu diberik baju pink yang mahal dan kaccc gill ya
Alu dirasuk...berkemas barang apa indah
Alu laki tek balit
Alu lah Kakmim sorang dirik di wad ya
Berserah jak time ya oi!
Hahaha

Ya sehari sebelum ceaser
Esok ari (30.10) baruklah Kakmim dibelah perut
Dan baruklah officially seorang IBU

Ya jak lah tek terselap Kakmim ari tok
Cun gilak timing koh

Oklah. Daaa~