Follow Us @soratemplates

12/03/2015

Apakah penyakit talasemia?

March 12, 2015 0 Komen
Talasemia. Pernah dengar. Selalu dengar. Dan ada anak buah yang mengidap talasemia. 2 orang. Mereka adalah anak sulung dan anak keempat daripada 5 orang adik beradik. Sepupu kakmim dan wife adalah pembawa so kebarangkalian anak sulung memang tinffi untuk menjadi pesakit talasemia major. Memang dari kecik mereka (anak buah) nampak macam tidak sihat. Muka lah yang paling obvious, pucat! Hmmm....

Apakah sebenarnya talasemia?

Talasemia merupakan penyakit genetik sel darah merah. Pesakit Talasemia tidak dapat menghasilkan sel darah merah yang berkualiti dalam kuantiti yang mencukupi. Ini kerana gen yang mengawal penghasilan hemoglobin telah terjejas. Hemoglobin adalah satu protein di dalam sel darah merah yang berfungsi untuk membawa oksigen ke seluruh tisu-tisu di dalam badan kita. 

Bagaimana Talasemia merebak? Talasemia adalah penyakit genetik atau keturunan di mana anak mendapat gen Talasemia daripada ibu bapa. Ianya bukan penyakit berjangkit iaitu tidak boleh ditransmisi melalui darah, udara, air atau pun sentuhan fizikal. Lelaki dan perempuan mempunyai peluang yang sama untuk mendapat penyakit ini. Satu daripada 20 penduduk Malaysia adalah pembawa gen Talasemia. 

Apakah penyakit talasemia?


Terdapat 2 jenis Talasemia yang utama iaitu Talasemia minor (pembawa gen Talasemia) dan Talasemia Major (Pesakit Talasemia). Pembawa gen Talasemia tidak menunjukkan sebarang masalah kesihatan tetapi seorang pembawa gen Talasemia boleh menurunkan gen Talasemia kepada anak-anaknnya. Manakala pesakit Talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3-18 bulan.

Simptom penyakit talasemia

Antara gejala tersebut adalah seperti badan sentiasa lemah dan resah, kesukaran bernafas, perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa, tumbesaran terbantut dan terdapat perubahan pembentukan pada muka apabila anak semakin membesar. Rawatan bagi pesakit Talasemia ini dikenali sebagai rawatan transfusi darah sebanyak 1 hingga 2 kali sebulan dalam seumur hidup pesakit Talasemia. Rawatan ini akan mengambalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi. Namun, proses rawatan transfusi darah yang berpanjangan ini akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting di dalam badan seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin yang akan terjejas fungsinya. Justeru itu, rawatan penyingkiran zat besi amat penting bagi pesakit Talasemia major. Ia boleh diberikan secara suntikan. Pilihan lain adalah pembedahan membuang limpa bergantung kepada situasi tertentu. 

Rupa pesakit talasemia

Walaubagaimanapun, terdapat langkah pencegahan untuk mengelakkan Talasemia dan perlu dilakukan oleh pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga sebagai langkah keselamatan. Langkah yang pertama adalah menjalani penyaringan darah bagi mereka yang mempunyai sejarah keluarga menghidap Talasemia. Langkah kedua, sekiranya anda mempunyai ciri Talasemia dan ingin berkahwin, anda perlu bersikap terbuka dan berbincang mengenainya dengan pasangan anda. Bakal pasangan anda perlu menjalani ujian darah untuk mengetahui sama ada dia juga mempunyai ciri Talasemia atau tidak. Langkah ketiga, jika kedua-dua pasangan membawa ciri Talasemia, mereka perlu mendapatkan nasihat dan keterangan lanjut mengenainya dengan penghadiri kaunseling genetik. Ini perlu kerana sekiranya kedua-dua pembawa gen Talasemia berkahwin, kemungkinan besar anak yang dilahirkan merupakan pesakit Talasemia major yang boleh membawa maut. Sekiranya kedua-dua ibu dan bapa adalah pembawa gen Talasemia, 25% kemungkinan anak mereka adalah pembawa Talasemia, 50% kemungkinan anak mereka adalah pembawa dan 50% kemungkinan anak mereka normal.


09/03/2015

Ter-update ler pulakkkk

March 09, 2015 0 Komen
Halu.. halu... lama tidak bersiaran langsung di blog kan?
Hehehe..
Nampaknya kena terima hakikat jugak bahawa kakmim bukan seorang blogger tegar dah sekarang
Kekadang tak teringat pun ada blog
Sungguh... kijam kan?
Nasib baiklah blog ni takde hati dan perasaan
Kalo tak mau direportnya kerana diabaikan
Atau difailkan perceraian kerana tak bagi nafkah
Wakakakaka

Hah? Hari ni apa mimpi update?
Ala.. dah update jangan ler tanya pulak mimpi apa
Aktiviti pagi ni ialah menyelongkar khazanah lama di blog
Kerana nak bantu BFF yang dalam persediaan menerima orang baru
Ye lah kakmim kan orang lama.. erk
Orang lama?
Lama lah tu.. anak dah 3.. oops
Sharing is caring la...
Dah member macam blur.. kita share jer lah apa yang kita pernah buat
Lagipun itu pun sebenarnya tujuan berblog

Selongkar punya selongkar.. jumpa jugak la entri lama
Tahun 2011.. masa pregnant Akim
Hmmm... Akim is Irfan Mustaqim ok
Sekarang senang panggil dia Akim jer
Dulu panggil Irfan
Tapi kat taska memang teacher panggil Irfan
Kitorang kat umah jer panggil Akim

Aha.. ingatkan masa sebelum dapat Iman dulu pernah buat entri pasal persediaan keperluan baby ni
Rupanya tidak uols
Masa nak dapat Akim baru sibuk buat kat blog
Tapi masa nak dapat Iman dulu memang ada 1 buku nota kecik khas untuk checklist ni semua
Segala arkib lama tu pun dah tak tau ke mana
Wassalamu je lah
Tapi rasa macam pernah jer buat kat blog ni
Agaknya di label lain kot
Hmm..tu lah.. dulu-dulu bukan tau kegunaan label di blog ni
Sekarang baru mak tau
Kan senang kalo buat jer entri ikut label
Memudahkan pencarian di blog
Tau? Haaa... baru mak tau
Hihihihi

Sekarang masa kelas.. budak tengah buat preparation presentation
So menyempat sekojap
Nanti-nanti kakmim bersiaran lagi yek
Hihihihi



26/01/2015

Yang tertulis untuk permulaan 2015 keluarga The IMAN's

January 26, 2015 0 Komen
Baeklah.
Entri ke-2 untuk 2015.
Sebenarnya Kakmim agak 'blur' setelah bercuti rehat menjaga anakanda yang sakit selama 4 hari.
4 hari bekerja dan 2 hari hujung minggu.
Hah, hambek kau!
Sebab tu otak masih ke laut ni.

4 hari bercuti di awal tahun?
Hmm... macam bukan petanda yang baik.
Tapi, apa boleh buat, terpaksa jugak kerana anakanda ku terpaksa admit ke SGH.


Kesian tengok si kecik terlantar macam ni.
Mulanya demam, batok, tak aktif, semput.
Dan akhirnya 'check in' di 'hotel' yang beribu-ribu bintang.
Kerana jangkitan paru-paru.


Pandangan yang menyedihkan sesiapa yang melihatnya.
Drama king jugak anak Ibu ni kan?
Tapi.. macam tu lah keadaannya masa mula-mula di hospital.
Tak aktif dan bad mood.


Kesesakan nafas dan salur pernafasan yang agak kesempitan memaksa anak bujang Kakmim ni di'neb' 4 jam sekali masa mula-mula admit. Dan bila hari ke-3 dan seterusnya dikurangkan ke 6 jam sekali. Masa neb ni lah masa yang paling mencabar. Saat Ibu perlu 'berlawan' dengan si kecil yang takmo dineb. Tengok je bendalah neb tu dia dah meraung. Memang fobia sangat tengok bendalah tu.


Masa ni hero kecik ni dah semangat sikit nak makan. Mula-mula tu memang takmo makan. Menyusu botol pun susah, nak kena paksa. Nak 'melekat' dengan Ibu je dia. Anak manja ni, Imran Mudzaffar.


Sehari sebelum discaj. Dah ada mood sikit nak bermain, tengok-tengok orang. Tapi muka serius tetap maintain especially kalo doktor dan nurse datang melawat. Hehehe.


Kronologi:

  • Isnin (19/1/15) - Balik dari kerja, BS cakap Imran lemah, asik tido, bernafas kuat. Malamnya 8.15 baru gerak dari rumah Mak pergi ke Poliklinik. Rasa macam tak sedap hati jer nak tangguh ke keesokkan harinya. Condition makin lemah dan tidak aktif.
  • 9.15 malam - Tiba di A&E, SGH. Pergi neb di yellow zone review doktor. Doktor suruh x-ray. Review x-ray lung tak clear. Sah! Kena admit malam ni.
  • 11.00 malam - Admitted di Wad Paed 2B. Kali ke-3 Ibu 'check in' di wad ni. Dulunya masa si abam Irfan jaundice dan demam (dehydrated) pada tahun 2012 dan 2013.
  • Selasa - Rabu - Khamis - Rutin, neb, antibiotik, drip IV, oksigen
  • Jumaat (23/1/15) - Dibenarnkan discaj pada pukul 4.30 petang. Tapi jam 6 jugak meninggalkan Wad Paed 2B tu.

Alhamdulillah, sepanjang di wad, mendapat layanan yang sewajarnya daripada nurse dan doktor. Cuma ada seorang wad atendan tu (yang tukang hantar makanan tu) yang ada kerek semacam. Macam ko kerja bagus sangat la. Malas nak ingat. Tak terkesan pun. Tapi nak jugak tulis kat sini, in case kalo ada yang post sama macam tu jangan kerek sangat lah. Orang lain tak bising pun.

Hmm.. macam tu lah yang telah tertulis untuk pembuka awal tahun 2015 keluarga kami. Syukur kerana semuanya telah berlalu. Semoga anak Ibu, Imran Mudzaffar semakin sihat hendakNYA.

Orang kata tak elok tulis atau post tentang anak-anak sakit di FB. Takut ramai orang dengki ek? Tapi Kakmim nak jugak catatkan di sini untuk rujukan Kakmim sendiri di masa akan datang.

Yang baik datangnya dari Allah SWT dan yang buruk datangnya dari Kakmim sendiri.



Entri #1 di tahun 2015

January 26, 2015 0 Komen
2014 telah 26 hari ditinggalkan.
2014 hanya ada 29 entri.
Nampaknya prestasi semakin merudum.
Mungkin tanggungjawab dan komitmen yang semakin bertambah?
Mungkin?
Mungkin?
Mungkin?

Hendak seribu daya, taknak 1001 dalih.
Ye tak?

Apapun.. mungkin blog bukan lagi zaman kegemilangan.
Tapi Insya Allah 'Monolog Kakmim' akan diupdate jua.



24/12/2014

Balo Kito 2014 mencipta sejarah

December 24, 2014 0 Komen
Hmm... hari ni dah 24.12.2014.
3 hari telah berlalu.
Namun kehangatan Majlis Balo Kito 2014 masih terasa.
Gambar-gambar semasa majlis berlangsung masih menjadi viral di laman sosial dan juga di grup Whatsapp Balo Kito dan Dangsanak.
Ternyata majlis ini telah meninggalkan kenangan manis bagi semua keluarga Balo Kito dari Kampung Lingga, Sri Aman, Sarawak Bumi Kenyalang dan Dangsanak dari Kampung Burong Pingai, Brunei Darussalam.




Bah, kita menjamu mata dulu.


Utusan Borneo, 23.12.2014



Borneo Post, 23.12.2014

Alhamdulillah.. majlis Pertemuan Jejak Kaseh Balo Kito & Dangsanak Pureh Burong Pingai telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21.12.2014 di Kompleks Belia dan Sukan, Kuching. Gambar di atas adalah Dangsanak seramai 132 orang yang telah membanjiri bandaraya Kuching selama 4 hari 3 malam. Mereka datang ke Kuching menggunakan jalan darat dan jalan udara. Syukur semuanya telah dipermudahkan.


Orang-orang kuat

Yup. Majlis ini tidak akan berjaya tanpa AJK Pelaksana yang berhempas-pulas siang dan malam untuk menjadikan majlis ini sempurna. Memang.. majlis ini belum mencapai tahap sempurna 100% tetapi ianya sangat membanggakan. Dan semakin bangga kerana Kakmim juga sebahagian daripadanya. Semuanya terasa berbaloi bila melihat wajah-wajah tua gembira pada malam tersebut. 

Tag urusetia

Plaque cenderahati dan plaque penghargaan generasi tertua Balo Kito & Dangsanak

Pentas
Dengan bangganya, persiapan pentas telah dilakukan kami adik-beradik #mfbn dan kazen-mazen #TheASAZ dan tidak lupa my dear hubby. Hehehe. Semuanya kami, daripada backdrop, deco scallop dan peralatan di atas pentas termasuk kain dan gong. Gong dan kain untuk deco dipinjam dari Kolej. Hihihi. Terima kasih Pengarah KKMG kerana tiada halangan meminjamkan kain dan gong untuk majlis kami ini.

Superman pun sibuk juga membantu. Hihihi

Kami semua boleh. Chaiyok #mfbn

DIY Guest Book dari kami the #mfbn


Seperti biasa, kalo handle majlis selalu lupa bergamba. Kalo time kerja pun macam tu jugak. Memula ingatkan boleh bergambar 1 famili sebab semua dah pakai 'uniform' tapi at last lupa jugak. Hihihi.

Bersama mfbn #2
Gambar ikhsan hp orang
Backstage ladies...pun ikhsan hp orang lain
Dari meja VIP Balo Kito & Dangsanak
Rombongan Dangsanak yang bertolak dari Brunei ke Kuching menggunakan bas

Sempat jugak mengadakan golf persahabatan yang telah dimenangi oleh Balo Kito
Di mana ada kemahuan, di situ jugak boleh bermain golf.

Apapun, tahniah kepada semua ahli kelurga Balo Kito dan Dangsanak Pureh Burong Pingai di atas penganjuran reunion keluarga yang telah terpisah berabad-abad lamanya ini. Semoga silaturahim di antara 2 rumpun dari Kepulauan Borneo ini akan berkekalan.Amin.






12/12/2014

Disember Bulan Cinta

December 12, 2014 0 Komen
Okay. Dah Disember.
Misi November hampeh... tak tercapai.
Hihihi.
Sibuk.. memang tak dan nak menaip entri di ofis.
Di rumah, otak dah letih... memang tak larat nak on laptop segala.

Hari ni 12.12.14
Kita #throwback apa yang berlaku pada 12.12.08
Iaitu 6 tahun yang lalu.
Jeng jeng jeng!!!

Ya!!! Ini yang berlaku ya...

Berlakunya malam tadi.



Siang ni berlakunya ini...




Rumah pun dah berseri macam ni



Hehehehe...
Tak sangka 6 tahun dah berlalu.
Dan hari ni Kakmim dapat jemputan majlis kawen seorang blogger.
Ya! Ertinya 6 tahun dah kenal melalui blog dan masih kontek hari ni.
Walaupun jarang berjumpa tapi selalu ada di laman sosial.
Begitulah penangan blog.
Dari tak kenal jadi kenal.
Dan rasa macam excited pulak nak ke majlis Fieza cik adik yang gila purple ni.
Heharap dapatlah jumpa blogger yang lain.

Anyway, selamat menghitung hari untuk menukar status single kepada married ye cik adik Fieza!
Insya Allah kamek akan datang ke majlis kitak kelak.