Follow Us @soratemplates

17/04/2015

Cantiknya gelang you!

April 17, 2015 0 Komen

Alkisah semalam saya ke Bank Rimau. Bukak akaun untuk kelab kitorang. So prosedur nak bukak akaun tu ada verification Mycard dan cap jari. Bila Amoi staf Bank Rimau tu panggil kami pun pergilah ke kaunter. Tiba giliran saya.

Amoi: Eh, cantiknya gelang you. Mesti mahal.
Saya: Hehehe. (Blur.. tetiba jek)
Amoi: Betulllah. Cantik. Mahal you beli kan?
Saya: Err.. biasa jek. Kalau tangan you kecik murah lah jadinya.
Amoi: Eh, mana ada. Mesti mahal jugak ni. Saya ada tengok ini macam. Husband saya beli 1 set untuk saya masa harga emas drop hari tu. Tapi tak pakai. Sayang beli mahal-mahal.
Saya: Hehehe

Lepas tu terus scan ibu jari dan berjaya. Tutup cerita Amoi dan emasnya.

Emas ni, pendapat saya lah, bukan lambang kemewahan. Tapi sebagai pelaburan dan saving jugak. Manalah tau kot-kot satu masa nanti bila tiba saat-saat terdesak kita takde cash banyak, tapi nak perlu pakai. Boleh lah jugak cover-cover time tu. Sebab tu kalo ada rezeki saya prefer beli gelang emas. Kalo cincin saya tak suka pakai. Even cincin kahwin pun jarang pakai. Dan saya prefer cincin emas kuning tu daripada emas putih. Emas putih memang mahal tapi nanti nak jual balik takde harga. Dan rupa pun lebih kurang macam silver jer.

Sekarang pulak dah jadi trend berdinar, berdirham untuk beli dan simpan untuk simpanan. Ada ler jugak beli satu 2 jongkong untuk anak tapi tak banyak lagilah. Insya Allah lepas ni nak simpang emas jongkong pulak untuk saving anak-anak. Kalau simpanan macam ni memang susah nak dicairkan. Lagi selamat maksudnya. Hehehe.

Eh, gelang dalam gambar tu sekadar hiasan. Culik dari Google jer. Hehehe.



15/04/2015

Happy birthday, Imran Mudzaffar!

April 15, 2015 0 Komen
Tadaaa!!!


Lucu.  Muka ada senyum tapi takde gigi. Kikiki.

Hero kecik Ibu ni dah setahun hari ni tapi gigi baru nak masuk 2 batang. Kesian pulak Imran. Masih macam baby. Hehehehe. Sebab tu lah Ibu suka cakap Imran ni awet muda.Dah setahun tapi masih baby. Hehehehe.

Apapun, Happy birthday, sayang!! Semoga Imran Mudzaffar menjadi anak lelaki Ibu yang soleh dan berbakti kepada keluarga. Ibu sayang Imran.


14/04/2015

Sekarang..

April 14, 2015 0 Komen
Sekarang bukannya saya takde kerja. Ada. Tapi kelas dah takde lah, hanya buat kerja-kerja pengurusan sekarang. Hari ni mood nak buat kerja memang ke lautan dalam. Entahlah. Masuk jer bilik ai yang terperuk paling hujung ni, terus terbukak hati nak isi e-Filing. So setel bab e-Filing. Rajin jugak kan? Ala.. bukan susah pun, print jer e-penyata kemudian kelentong sana kelentong sini jer lah. Masih lagi cukai terlebih bayar. Tapi dalam payslip ada jugak potongna PCB. Malas nak ambik tau. Pelik, kata terlebih bayar tapi masih ada potongan. Apapun, memang tak paham bab-bab ni. Bukan nak aniaya diri sendiri, tapi memang malas nak faham. Ok titik.

Sekarang, kerja saya asik update page jer. Isnin lah paling sibuk. Bukan page sendiri, page Kolej tau. Dulu memang ini antara tugas saya lah. Tapi semenjak 2 menjak dah tak pegang post 'tu' lagi terus ler pencen sekejap. Pernah gak cuba nak update tapi memang takde 'kuasa'. Pastu tetiba bila tampuk pemerintahan bertukar, tugas tu disepak balik ke ai. 2 orang pegawai selepas ai tak buat kerja-kerja mengupdate ni kot. So sekarang memang tugasnya menghapdet jer lah. Tak susah pun nak menghapdet ni tapi macam sekarang lah bila mood ke Lautan Pasifik, memang 1 status pun nak tertaip di sana. Di sini, banyak pulak. Hahahaha.

Sekarang tengah fikir nak buat proposal research. Tajuk dah ada cuma takde action. Yang dibuat pun action research jugak. Mati ler ai. Malas ni bukannya boleh ditawar-tawar. Tapi kalo rajin tu datang, rasa taknak balik umah pun ada. Apa nak jadi dengan research akak ni. Apuu... insya Allah, last minit nanti mesti boleh. Last minit? Last minit pun last minit lah. Maleh nak fikir..

Sekarang... haaa... sekarang gatal ni menjadi-jadi jer tumbuh di badan. Kekadang malas nak ubat. Tapi bila dah tak diubat, digarunya pulak. Makin lah membunga-bunga di badan. Hmm... rasa macam terseksa pun ada jugak. Tapi ye lah, dah takdir. Takdir? Takdir ke? Entah lah.

Sekarang, baiklah ai jadi macam ini budak. Bestnya tak fikir apa-apa pun pasal hidup, pasal GST, pasal bil Astro, pasal menu makan malam ni, pasal esok nak pakai baju apa. Pasal pasal pasal. Best kan jadi budak. Semua kita yang uruskan. Hmm...


Masa ni sebelum dia pergi taska. Pergi bekfes dengan Ayah sekejap. Baju Superman tapi pakai topeng Power Rangers. Pastu order teh o peng, bukak topeng sikit. Gelak jer orang kedai dengan telatah si Superman ni. Itulah Irfan Mustaqim.

Sekarang rindu pulak dengan budak-budak 3 orang tu.


My Triple IMAN

April 14, 2015 0 Komen
  • Iman Madihah
  • Irfan Mustaqim
  • Imran Mudzaffar
Kesayangan dan cinta hati Ayah dan Ibu. Macam-macam ragam anak yang 3 orang ni. Setiap daripada mereka berlainan perangai dari kecik lagi. Ada jugak yang lebih kurang sama tapi kebanyakannya memang tak sama lah. Baru 3 orang kan? Bayangkan mereka yang mempunyai anak 6-7 orang. Mau tak pening dibuat melayan kerenah anak-anak. Yang 3 orang pun dah macam apa kalau pergi outing. Tapi tetap jugak Ayah dan Ibu bertabah membawa mereka outing. Kalau tak, jarang tengok dunia luar lagilah haru. At least dah biasa okay ler jugak, walaupun fenattttt.

Sekarang bila dah agak berusia kot, atau anak dah ramai, atau malas? Jarang sangat dah nak ambik gambar kalau outing. Dulunya masa zaman si Kakak, outing jer ambik gambar, untuk letak kat blog, kononnya. Sekarang, nak up di FB pun maleh. Hehehe. Mungkin faktor umur lah kan? Hahahaha. Ye lah zaman kegemilangan dulu-dulu dah berakhir. Sekarang zaman reda sikit dan senyap. Hahaha.

Baiklah, sementara ada gambo diorang adik-beradik, haruslah dishow off di sini. Sebelum external tu tamat tarikh luputnya, at least ada jugak kenang-kenangan di awan-awangan di sini. Layannn...















Hehehe. Hambik kau. Bukan selalu pon nak menghapload gambo budak-budak ni. Dan mereka inilah penawar hati kami suami isteri, The IMANs.



Imran Mudzaffar

April 14, 2015 0 Komen
Perasaan sekarang hanya nak update blog. Terasa lama sangat tak menaip di blogger. Sekarang, taiplah apa nak taip. Hmmm...

Ya. Sebenarnya saya jarang menulis pasal anak ketiga saya di sini. Kesian Imran. Mungkin itulah agaknya bila dah ramai anak. Anak yang pertama banyak sangat pulak ceritanya, yang kedua makin sikin dan yang seterusnya makin berkurang. Esok Imran Ibu dah setahun, 15 April 2015. Cepat jer masa berlalu. Umur Ibu pun dah meningkat. Tahun ni Ibu 34. Ya! 2015 -1981. Semakin menghampiri angka 40. Alhamdulillah cahayamata dah 3 orang. Amanah Allah tu. Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami sekeluarga.

Baiklah sebenarnya sempena ulangtahun Adek yang pertama esok, Ibu nak upload gambar Adek banyak-banyak kat sini. So far takde perancangan lagi untuk birthday Adek. Kan? Nampak tak di situ? Masa Kakak dulu memang takde sambutan sebab masa tu kami tengah travelling ke Utara, masa Abang, ada buat makan-makan sikit di umah. Adek pula, so far belom plan apa-apa. Takpe, Ibu tempek gambar Adek kat blog dulu lah.

Gambar ni diambil bulan lepas, Mac 2015. Tengok mimik-mimik muka Adek dari masam ke senyum. Senyum sebab dah berjaya meneran. Hehehe. Rindu Adek









Kalau rajin Ibu tempek lagi muka Adek di sini. Hehehe.


07/04/2015

Mocca - Hanya Satu (OST. Untuk Rena)

April 07, 2015 0 Komen
Tetiba rasa nak layan lagu lama
Teringat zaman single dulu
Dengar lagu ni dalam #kelisabiru
Auww..
#klmj ler pulak



 Mocca - Hanya Satu (OST. Untuk Rena)
============================

Hanya satu pintaku
Tuk memandang langit biru
Dalam dekap seorang ibu

Hanya satu pintaku
Tuk bercanda dan tertawa
Di pangkuan seorang ayah

Apabila ini
Hanya sebuah mimpi
Ku selalu berharap
Dan tak pernah terbangun

Hanya satu pintaku
Tuk memandang langit biru
Di pangkuan ayah dan ibu

Apabila ini
Hanya sebuah mimpi
Ku selalu berharap
Dan tak pernah terbangun

Hanya satu pintaku
Tuk memandang langit biru
Dalam dekap ayah dan ibu