Follow Us @soratemplates

05/05/2015

Mobile Apps Development: Kisah away minggu lepas

May 05, 2015 0 Komen
Lama sudah tak bersiaran. Chewah! Haha. Last week I berada di over the sea. Nun di seberang Laut China Selatan. Sekrang dah kembali di pangkal jalan, di Sarawak Bumi Kenyalang. Hihi. Buat apa di over the sea? Oh, I ada kursus 5 hari, di The Summit. So far, ok. I makan banyak! Ahahaha! Biasalah time kursus mesti makan 6x sehari. Tapi nasib baik masa tu takde kelas malam. Kalo tak, memanglah 6x sehari. So kitorang punya kursus makan 5x sehari je.

Hotel tu hotel lama. The Summit. Familiar kan? The Summit USJ. Di Subang. Tengok hotel lama macam dapat instinct mesti makanan tak sedap. Rupa-rupanya ramalanku salah belaka. Bermula dengan dinner, sampai jer hotel petang Ahad. Lepas check in terus koyak kupon untuk dinner. Dinner tak banyak pilihan tapi masih boleh diterima. Syukur. Lepas dinner terus pergi taklimat dulu. Rupanya terus install software untuk digunakan sepanjang minggu tu. Dub dab jugak lah tuh di sini. Lama weh tak buat programming.



Lepas tu sambung cerita makan, cerita breakfast pulak keesokkan harinya. Not bad. Sedap, then minum pagi kol 10 pun sodap. Lepas tu lunch! Mak oi, banyaknya pilihan! Sodap jugak. Minum petang pukul 3, alamak... sodap jugak lah. Ahahaha! Dan hari-hari berikutnya, dengan menu yang berlainan, memang macam-macam ada lah. Hihihi. Ramai pulak tu orang gomen yang kursus kat situ. 


Ni haa.. menu western confirm ada masa lunch. Pas makan nasik, bedal pulak western. Astaghfirullah! Ahaha. Tapi sikit jer lah, jangan tak merasa kan? Tapi last day lunch (Rabu) memang dah pasang niat mest ambik western dulu. Hihihihi.


Last day di The Summit hari Khamis. Habis jer kol 10 kami terus gerak. Malas nak tunggu lunch. Nasib baik hari last tu lauk tak sedap!. Breakfast lagi dah tak sedap. Agaknya tukar syif Chef kot.


Cerita pasal makan jer. Padahal tujuan asal berkursus nak belajar kan? Hihihihi. Ya, kami belajar buat mobile apps. Yang guna Android, memang syok lah. Terus jer run apps bila dah siap coding. Yang pakai Ios terpaksa guna emulator. Memang best lah, tapi pening sikit sebab programming. Walaupun basic tapi lama dah tak tengok memang kena menggagahkan kepala jugak untuk ingat codingnya.


Macam tak cukup jer nak belajar 3 hari bendalah ni. Nak buat apps berbulan-bulan tapi belajar 3 hari jer. tapi seriously memang interesting!


Di hari terakhir beginilah jadinya di skrin hp S4 I. Walaupun hp dah usang tapi berbakti jugak bila kursus ni. Hehehe. Yang guna emulator, macam gambar kat bawah tu. Ada skrin hp di skrin komputer. Hehehe. Slow sikit la kalo guna emulator ni.


Kesimpulannya, trainer kami memang sempoi lah. Dia ada apps di PlayStore, lupa pulak nama gift apps yang dia buat. Hehehe. Bukan dengki tau! Tak ingat. Ada carik tapi tak download. Jarang nak guna bagi gift beli online ni. Hehehe.



24/04/2015

Persiapan Harian Anak-Anak ke Taska

April 24, 2015 0 Komen
Hari Ahad ni dah fly! Terobang untuk berkursus. So triple IMAN terpaksa ler tinggal sama Nenek, Mami, Mak Ngah & Dedek ya. Eh, Mami pun travelling. Kesian anak-anak Ibu.

Rasanya ni lah paling lama tinggalkan diorang lama-lama. Entah macam mana lah rasanya nanti. Dah la besok kena kerja. Huhuhu.


Benda yang paling penting ialah persiapan diorang ke taska. Mesti sediakan check list supaya Usu diorang senang nak kemaskan barang-barang si dua beradik. Si kakak takde sangat cuma Nenek perlu buat bekal jer lah.

Semoga semuanya dipermudahkan. Insya Allah.


Ruang Tamu Simple Lagi Menggoda

April 24, 2015 0 Komen
Tempek lagi.. tempek lagi gambar. Adoi! Seksi nya ruang tamu ni. Kenapa la suka sangat warna merah ni. Takkan semua merah dalam rumah kan? Nanti jadi tokong Cina pulak. Oops. Takpe saya tempek jer.

Frame kosong merah tu lawa kan?
Temper jer. Hehehe. Nanti boleh lah deco macma ni. Tapi ruang tamu rumah saya takdelah luas macam ni. How meh????

Berangan jer lah dulu. Huuuuu.........


Cabinet Merah Hitam - Antara Impian dan Kenyataan

April 24, 2015 0 Komen
Sekarang geram sangat rasanya nak mendeco rumah, tapi kemalasan melanda. Kain pun tak habis-habis lipat lagi. Habis 1 batch, datang lagi 1 batch. macam manalah nak habis. Membasuhnya pulak hari-hari. Kalau tak, mau 10 towel dibasuh pada hari Jumaat, belum lagi towel yang kat umah. Yang 10 tu towel budak-budak taska 2 orang tu. Hehehe.

Lama kan tak bercerita impian rumahku istana, eh.. rumah ku hotel.. pun boleh lah. Hotel kan ada housekeeping hari-hari. Hahaha. Berangan ler tuh. Baiklah bercerita pasal rumah. Masa scrol wall di FB tetiba ada sesuatu kuch kuch hota hai. Auw! Apa tu? Jom jom tengok kat bawah ni.


Sangat menggoda lah uols. Seksi sungguh! Dengan tile putih lagi tu. Cantik kan? Cantik kan? Kalaulah saya ada rumah sebesar tu. Hmm....

Apapun, bersyukur jugaklah. At least impian saya telah menjadi kenyataan walaupun masih ada lagi rasa nak add on top up sana sini. See.... hawa nafsu perempuan ni tak pernah nak puas kan?


Sikit lagi nak sama kan? Mulanya memang plan nak buat sink sama macam gambar di atas tu. I mean tempat yang sama. Tapi kontraktor cabinet tu cakap dia takleh buat kat situ. Sob sob. So terpaksa buat kat tengah-tengah tu jer lah. Tapi, tak apalah. Syukur..syukur. Lepas ni nak mengemas rumah supaya jadi macam hotel lah. Ahahaha. Pastu si Iman cakap, wah... cantiknya rumah kita. Terima kasih Ayah, terima kasih Ibu! Ahahaha... drama queen betol anak dara ku itu.


23/04/2015

Kelebihan Adobe Illustrator Yang Anda Tidak Tahu

April 23, 2015 0 Komen
Phew! 11.30 baru masuk opis. Setelkan urusan printing banner & bunting untuk Kolej. Kena setelkan sebelum travelling untuk berkursus minggu depan. Esok ambil pulak. Tengok la kalo rajin keluar awal, kita ambik kalo malas, mintak driver ler ambikkan. Hehehe.

Lately, hampir setiap minggu saya dah buat design balik. Menajamkan skill lagi untuk menggunakan AI. Kalo takde kerja, takdelah nak mendesign. Nak design saja-saja? Hai.. banyak lagi benda lain boleh buat. Bila dah selalu guna AI ni rasa macam "menyesalnya tak kenal AI dari dulu lagi". Hehehe. Sekarang dalam masa sejam pun dah siap 1 design simple untuk page. Janji cukup info, memang AI memudahkan kerja. 

Tapi kenapa orang lebih prefer Photoshop? Kenapa orang suka nak belajar Photoshop berbanding Illustrator? Macam saya dulu jugak lah. Tak kenal maka tak cinta. Dulu taktau pun camne nak guna Illustrator ni. So mana-mana pun kalo design mesti sinonim dengan Photoshop. Tapi bila dah kenal, dah cinta, Photoshop tak pandang lagi ler uols. Hehehehe. Illustrator memang lagi senang daripada Photoshop. Trust me!

Oklah, saya bagitau siapa yang bagus guna Photoshop, siapa yang bagus guna Illustrator. Kalo yang suka edit gambar tu memang wajiblah guna Photoshop. Kemestian tu. Tapi kalau yang suka design baju ke, logo ke, poster ke, lebih jimat masa kalo guna Illustrator. Betolll! Illustrator main drag-drag, copy paste jer. Cuma kena kreatif nak buat susun atur font dan vektor jer.


Hoyeah!! Jom jom kita tengok dulu apakebenda PS dan AI ni. PS ni mula digunakan sejak 1988 lagi dan semestinya fungsinya dari dulu ialah untuk mengedit gambar. Hari ini pun orang masih menggunakan PS untuk mengedit gambar. Malah, lebih dari itu. Untuk design web pun boleh.

AI pulak awal setahun dilancarkan daripada PS ni, iaitu pada tahun 1987. Fungsinya lebih kepada untuk design logo dan sekarang penggunaannya lebih meluas dalam pembuatan produk digital.

Tapi kan, kita takleh pulak nak paksa orang nak guna PS atau AI. Kalo orang tu rasa dia lagi senang dan mudah nak guna PS, teruskan. Sebab benda ni skill individu. Mungkin sesetengah orang dia memang dah hafal semua shortcut key fungsi-fungsi dalam PS so dia rasa senang lagi daripada dia menggunakan AI, kita patut terus bagi galakan kepada orang tu. Tapi personally, AI ni mudah sebab kita boleh download banyak vektor dari Internet. Dan dari imej vektor tu lah kita olah mengikut citarasa kita. Hehehe. Short cut sungguh kan?

Kesimpulan yang dapat disimpulkan (hasil pembacaan dari SINI) ialah:

Photoshop
  • Graphics: Raster
  • Current version: Photoshop CS6
  • Popular tools: Brush, healing, type, clone stamp, blur, image adjustments and filters
  • Used by: Designers, artists, photographers, film and video professionals, and illustrators.
Illustrator
  • Graphics: Vector
  • Current version: Illustrator CS6
  • Popular tools: Pen, blend, warp, mesh, type, pathfinder, and masks
  • Used by: Designers, artists, illustrators, animators, publishers, film and video professionals.
Tapi, bagi saya, saya memang suka AI sebab ada banyak vektor yang best yang kita boleh download dari Internet. Hehehehe.


22/04/2015

Resepi Congo Bar dan Brownies

April 22, 2015 3 Komen
Hujung minggu selalunya saya makan sedap-sedap. Cheat day katanyer. Hahaha. Badan pun rasanya dah melebar jer sekarang. Takpe, janji sihat dan bahagia. Akak layan jer anak tekak. Ahahaha. Last week hari Sabtu order combo congo bar dan brownies dari sorang member baker saya. Dulu permah buat brownies. Dulu lah. Sekarang malas lah. Order jer senang, terus masuk mulut, ngapp! Ahahaha. Tapi kita layan resepi dulu lah. Nampak senang kan? Nanti rajin saya buatlah. Hehehe.

Apakah Congo Bar? 

Congo Bar ni adalah brownies + cookie dough + choc chip cookies. Kesimpulannya... Congo Bar ini seperti brownies. Selalunya brownies guna coklat sebagai bahan perisa utama, manakala Congo bar gula perang dan mentega. Rasanya seperti caramel. Manis, chewy, lemak, wangi. Tekstur seperti kukies coklat cip lembut. Bahan penambah kesedapan congo bar ini ikut sukahati. kacang walnut, kacang pecan, kelapa, Coklat M & M. Tapi bahan wajibnya coklat chip.

Selain dikenali sebgai congo bar ia juga dipanggil sebagai Blondies. Entahlah ia ke tidak. Nanti kita cuba.

Kenapa panggil ‘bar’? Sebab ia dipotong seperti bar, empat segi panjang tu.

Sedap ke? Kesedapan Congo bar ini bergantung bahan yang digunakan. Oleh kerana bahan utamanya gula perang dan mentega, carilah yang terbaik. Harum satu rumah. Guna mentega tulin bukan marjerin atau mentega campuran nanti kesedapannya kurang.

Mari layan resepinya..

Congo Bar  – 10 x 10 inci
  • 335g  Tepung gandum
  • 2.5 sudu kecil Serbuk penaik
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 150g Mentega
  • 400g Gula perang
  • 3biji telur (gred A)
  • 1 sudu kecil vanila
  • 330g cip coklat
  • 130g kacang pecan

Cara-cara;
  • Panaskan oven 180 darjah selsius. Alas loyang 10 x 10 inci.
  • Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Letak tepi.
  • Putar mentega dan gula hingga sebati.
  • Masuk telur satu persatu dan vanila. putar sebati.
  • Campurkan tepung. Putar hingga sekata.
  • Gaulkan kacang pekan dan cip coklat.
  • Masuk dalam loyang, ratakan dan bakar. 30 minit.
  • Keluarkan dari loyang, biarkan 5 minit dan potong.

Resepi dari OnePieceBakery.Com

BROWNIES adalah sejenis kek yang dipotong empat segi, yang berasal dari Amerika Syarikat dan sangat popular di negara itu. Dan kini brownies mempunyai peminat di merata- rata dunia. Kalau anda ingin tahu, Brownies mempunyai permukaan satu lapisan sangat nipis dan rapuh selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Kelainan brownies adalah pada teksturnya. Teksture kek adalah lebih lembut. Tetapi Teksture brownies adalah lebih padat, lembap dan apabila dikunyah seperti mengunyah gula- gula lembut. Ini adalah kerana Brownies lebih kaya dengan kandungan coklat dan gula, berbanding kek. Kemeriahan coklatnya meletakkan Brownies no1 dihari peminatnya. Walaubagaimanapun, brownies yang sedap menggunakan coklat yang bermutu tinggi. Walaupun harganya agak mahal - See more at: http://comelnyercupcake.blogspot.com/2012/06/apa-perbezaan-brownies-dan-kek.html#sthash.MzPQ4LHL.dpuf

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Apakah Brownies?

BROWNIES adalah sejenis kek yang dipotong empat segi, yang berasal dari Amerika Syarikat dan sangat popular di negara itu. Dan kini brownies mempunyai peminat di merata- rata dunia. Kalau anda ingin tahu, Brownies mempunyai permukaan satu lapisan sangat nipis dan rapuh selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Kelainan brownies adalah pada teksturnya. Teksture kek adalah lebih lembut. Tetapi Teksture brownies adalah lebih padat, lembap dan apabila dikunyah seperti mengunyah gula- gula lembut. Ini adalah kerana Brownies lebih kaya dengan kandungan coklat dan gula, berbanding kek. Kemeriahan coklatnya meletakkan Brownies no1 dihari peminatnya. Walaubagaimanapun, brownies yang sedap menggunakan coklat yang bermutu tinggi. Walaupun harganya agak mahal - See more at: http://comelnyercupcake.blogspot.com/2012/06/apa-perbezaan-brownies-dan-kek.html#sthash.MzPQ4LHL.dpuf

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ
Brownies sebenarnya di antara kek dan biskut. Bahan lebih kepada kek tapi rupa dan rasa lebih kepada biskut. Cuma tekstur memang tak sama dengan kek dan biskut, menyebabkan namanya brownies. Hehehehe. Tekstur kek lebih lembut dan spongy manakala brownies lebih padat, moist dan fudgy. Brownies bertambah yummy, indah dan best apabila wujudnya kekacang, choc chips, atau dihias dgn frosting choc yang melting rupa dan rasanya. Hehehe.

Brownies biasanya dipotong 4 segi dan berasal dari AS dan sangat popular di negara itu. Perasan kan brownies di Secret Recepi?. Dulu masa saya ke Bandung, saya pun beli brownies yang dikatakan popular di sana untuk dijadikan ole-ole. Masa tu brownies belom glamer lagi di kalarangan rakya Malaysia ni. Hehehe.

Kesimpulannya, brownies mempunyai lapisan yang nipis dan padat dan agak rapuh selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Kelainan brownies adalah pada teksturnya.  Ini kerana kandungan brownies lebih kaya dengan kandungan coklat dan gula berbanding kek.

Resepi yang mudah? Sangat mudah. Bahan pun simple jer.

  • 6 sudu besar serbuk koko
  • 1/4 cawan mentega cair
  • 1 cawan gula perang
  • 1/2 sudu kecil vanilla
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1/3 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 cawan kekacang (optional mana-mana jenis kacang yang telah dipanggang)


Cara-cara


  • Panaskan oven suhu 160-170 darjah celcius. Taburkan sedikit tepung dalam loyang empat segi berukuran 18cm 
  • Masukkan mentega cair, koko, gula, vanilla, garam, tepung dan telur ke dalam mangkuk.
  • Gaul sebati. Masukkan kekacang jika mahu.
  • Masukkan adunan dalam loyang dan bakar lebih kurang 25-30 minit.

Resepi dari Kakinakl.Com

Gambar? Haa... gambar combo yang saya order last week ada lah. Gambar yang saya sendiri buat? Ada! Saya pernah buat di tahun 2012 tau! Brownies jer la. Congo bar baru tahun lepas glamer so memang tak pernah buat.

Ini saya order
Eh. Tak percaya? Klik jer link nih untuk Brownies Sulung saya. Hehehe. Pun ada resepi kat situ. Layannn..


BROWNIES adalah sejenis kek yang dipotong empat segi, yang berasal dari Amerika Syarikat dan sangat popular di negara itu. Dan kini brownies mempunyai peminat di merata- rata dunia. Kalau anda ingin tahu, Brownies mempunyai permukaan satu lapisan sangat nipis dan rapuh selepas dibakar akibat pengkaramelan gula. Kelainan brownies adalah pada teksturnya. Teksture kek adalah lebih lembut. Tetapi Teksture brownies adalah lebih padat, lembap dan apabila dikunyah seperti mengunyah gula- gula lembut. Ini adalah kerana Brownies lebih kaya dengan kandungan coklat dan gula, berbanding kek. Kemeriahan coklatnya meletakkan Brownies no1 dihari peminatnya. Walaubagaimanapun, brownies yang sedap menggunakan coklat yang bermutu tinggi. Walaupun harganya agak mahal - See more at: http://comelnyercupcake.blogspot.com/2012/06/apa-perbezaan-brownies-dan-kek.html#sthash.MzPQ4LHL.dpuf

Copy and WIN : http://ow.ly/KNICZ