Follow Us @soratemplates

13/07/2015

Air Ketuban Kurang Boleh Menjejaskan Kandungan?

July 13, 2015 0 Komen
Semalam bukak buku pink, nak tengok bila next appointment dengan doktor. Terkejut la wei, plan doktor nak jumpa pada minggu ke 36/52 (9 bulan) dan tarikhnya ialah 13 Julai 2015! 9 bulan tu!! 36 minggu! Tanjat gegirl. Ye la baru semalam jumpa nurse di  KKIA check up 33 minggu so sepatutnya minggu ni 34 minggu. Tapi nurse di KK bagi appointment 36 mingggu pada 13 Julai 2015. Takpe. Hari ni kita pegi je.

So sesampainya di KKPJ, dapat turn no 1. Ye lah dah 7 setengah dah tercangok kat situ. Orang pun tak ramai lagi. Dalam kol 8.15 no 7101 pun dipanggil. Maka aku pun masuk la ke bilik ultrasound, sekali ditemani si Encik Suami.

Dengan ramahnya aku pun bercerita lah.

Aku: Saya peliklah doktor, baru semalam pegi KKIA check 33 minggu tapi sekali tengok appointment KKPJ minggu ni dah 36 minggu. Hehe. (Tapi secara berseloroh la)

Doktor: Haaa... saya pun pelik. Puas saya kira, 34 minggu. Tapi kenapa appointment ni awal sangat.

Aku: Hehehe.

Bla bla bla. Doktor belek-belek lagi gambar scan yang dulu-dulu, Betul la 34 minggu. Sebab tu lah pentingnya 1st scan. Itu yang akan menentukan EDD kita, kata doktor muda bernama Isnani tu. Hmm... baru saya tahu, penting rupanya 1st scan ni. Aku scan sebab nak sahkan betol ke tak pregnant. Hahaha.

Sebab dah sampai kat situ kan, doktor cakap, takpe kita proceed scan je. Kita check lagi progress baby bersamaan dengan week ke berapa. Baiklah, doktor. Hahaha.

Dan bila scan, Encik Suami pun tengok jugak, sebab before ni dia tak ikut sekali, rugi peluang nak tengok gender baby bila baby dah tunjuk ari tu. 3x scan nak tengok gender sekali je doktor cakap baby boy, Tu pun masa ayah dia tak ikut sama. Masa sekali kat private tu baby takmo show off, dia kepit kaki, Dan previous 1 di KKPJ doktor tu tak tau tengok, siap suggest gi private untuk tengok gender. Pastu cakap maybe girl. Hahaha. Langsung aku tak percaya doktor lelaki tu. Doktor hari ni pun tak berani nak cakap apa-apa sebab baby kepit kaki dia sekali lagi. Hihihi. Dr. Isnani tu cakap ikut instict ibu lah. Ibu rasa baby apa. Dulu Ibu rasa baby girl tapi 1st time scan nak tengok gender, baby kepit kaki, 2nd time baby tunjuk tapi cuma doktor jer yang tau, aku memang tak lah paham nak tengok burger ke sosej ke, kalo Encik Suami ada, dia tau nak tengok. Dan yang ke-3 awal bulan ni, doktor tak reti nak tengok. Hahahaha. So aku pun memang taktau boy ke girl. Takpe lah doktor, janji baby sihat sempurna jer.

Ok, dah siap scan, berat baby 2.3 kg dan progress baby bersamaan 34 minggu. Syukur. Tapi biasalah klinik kesihatan (gomen) kan tak print gambar. So takdelah gambarnya. Hehehe. Yang ada ni je lah.



Doktor cakap kan, doktor cakap, air ketuban agak kurang. Agak.. ok. 10 je katanya. 10 ml kot. Tak tanya plak air ketuban diukur dalam unit apa. Hehe. Tapi 10 tu dia cakap, ok lah untuk 34 minggu tapi apa yang ditakutkan bila dah 36 minggu ke atas nanti nombor tu makin berkurang. So nanti next scan diorang akan review lagi. Hmm... 

Risau lah jugak dengar. Sape tak risau kan? Aku tanyalah camne nak atasi masalah ni. Taknak tau kenapa tapi biarlah tanya bagaimana nak atasi. Doktor cakap memang takde cara nak tambah air ketuban ni. Dia cuma cakap normal sebab bila dah selalu deliver air ketuban akan berkurangan sedikit pada next pregnancy tu. Oh, ok. Baru 4x, belum lagi 6 atau 10x. Huhuhu. Takpe nanti balik boleh gugel. Dan hasil daripada gugel adalah seperti di bawah.

Apakah Air Ketuban?

Air ketuban ni satu cecair yang dikenali sebagai cecair amnion. Ia ujud kira-kira 12 hari selepas persenyawaan. Kagumnya dengan kuasaNya. Awal sungguh air ketuban ujud sebagai persediaan untuk menempatkan seorang manusia di dalamnya.
Selepas 20 minggu kandungan iaitu dalam masa lebih kurang usia kandungan lima bulan, air ketuban dihasilkan dari air kencing bayi. Ini kerana pada masa trimester kedua ini, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya balik sebagai air kencing untuk bantu mengekalkan jumlah isipadu air ketuban.
Jumlah air ketuban menjadi maksima pada usia kehamilan 34 minggu iaitu kira-kira 800ml.

Apakah Fungsi Air Ketuban?

  • Untuk melindungi bayi dari hentakan yang mungkin berlaku. Ibarat macam kusyen yang menyerap sebarang hentakan atau trauma yang mungkin terjadi.
  • Mengekalkan suhu persekitaran supaya bayi tidak mengalami kehilangan haba.
  • Membantu dalam perkembangan paru-paru dan sistem penghadaman bayi.
  • Membantu perkembangan otot dan tulang bayi kerana bayi boleh bergerak dalam air ketuban tersebut. Ia juga bagi ruang pada tali pusat daripada terhimpit.

Ada Apa Dalam Air Ketuban

Air ketuban terdiri dari 98% air dan 2% terdiri dari zat-zat organik, lemak (yang menutupi bayi baru lahir) dan protein. Kualiti air ketuban amat mempengaruhi pertumbuhan janin. Air ketuban yang tidak keruh menjamin kecukupan zat dan nutrisi untuk bayi.
Bertambah atau berkurangnya air ketuban dari yang sepatutnta akan memberi komplikasi pada bayi atau ibu. Jadi air ketuban yang terlalu sedikit atau terlalu banyak perlu diberi perhatian untuk mengelakkan sebarang kesan yang tidak diingini.
Di usia kehamilan 25-26 minggu, isipadu air ketuban adalah sebanyak 239ml. Ia menjadi 984ml pada kandungan menghampiri 33-34 minggu dan mulai menurun pada akhir usia kandungan iaitu sebanyak 836ml.

Masalah Air Ketuban Terlalu Sedikit

Adakah anda mengalami masalah ini sekarang? MJ pernah ada kawan yang menghadapi masalah air ketuban kurang ni. Kesian beliau terpaksa warded dan juga terpaksa bercuti dari bekerja kerana memerlukan pantauan dari doktor di hospital.
Maknanya ia bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan.
Masalah air ketuban terlalu sedikit ini disebabkan bayi menelan tetapi kurang mengeluarkan air kencing. Ia dikenali sebagai oligohydramnion.

Apakah Penyebab Air Ketuban Kurang?

Banyak sebabnya antaranya adalah:
  • Masalah pada sistem saluran kencing atau buah pinggang. Kemungkinan ada masalah pada buah pinggang bayi atau kemungkinan tiada buah pinggang langsung.
  • Air ketuban bocor dan ia tidak disedari. Masalah ini boleh menyebabkan jangkitan kuman.
  • Uri yang bermasalah. Jika uri tidak dapat bekalkan nutrien yang cukup pada bayi, ada kemungkinan bayi tidak mengeluarkan air kencing yang mencukupi.
  • Kehamilan yang melebihi tempoh 42 minggu berisiko untuk mendapat air ketuban yang kurang.
  • Masalah kesihatan ibu sendiri seperti ibu ada masalah darah tinggi atau diabetis.

Masalah Yang Timbul Akibat Air Ketuban Kurang

  • Berkemungkinan bayi akan lemas kerana masalah tali pusat terhimpit. Aliran darah dan oksigen akan terganggu.
  • Pembesaran bayi menjadi terhad kerana ruang yang sempit dan tidak mencukupi.
  • Meiningkatkan risiko kelahiran pramatang.

Bagaimana Cara Mengatasi Masalah Air Ketuban Kurang?

Ibu yang hadapi masalah ini mesti risau kan apatah lagi mengenangkan bayi dalam kandungan. Bimbangkan keselamatan bayi kerana kita tidak nampak apa perkembangannya apatah lagi di dalam perut.
Berhubunglah dengan doktor anda untuk pemeriksaan lanjut dan pelbagai rawatan boleh dilakukan oleh doktor yang bertauliah seperti memberi ubat ubatan dan sebagainya.

Bagaimana Saya Nak Tahu Ada Masalah Ini Atau Tidak?

Ibu-ibu boleh berjumpa dengan doktor dan membuat ujian ultrasound untuk mengetahuinya. Jika mengesyaki ada masalah kebocoran ketuban dan sebagainya segera berjumpa pakar.

Kredit to: Permata Hatiku


Dalam blog ni  ada pulak dia nyatakan penyebab kekurangan air ketuban ni. Tapi sumbernya takde pulak dia nyatakan. Takpe, aku ikut je cakap doktor, mungkin dia nak sedapkan hati aku ke, takpelah. Tapi dari pembacaan blog ke blog yang ada masalah macam ni  selalunya bed rest jer untuk monitor air ketuban bertambah ke makin berkurang. Takpe. Kita doa banyak-banyak. Positif, positif. Dulu masa pregnant Imran pun doktor detect perkembangan baby tak selari dengan pertambahan minggu. Doktor cakap kepala baby kecik, tapi alhamdulillah bila semakin dekat hari nak melahirkan normal jer scan. Semoga dipermudahkan urusan ke-4 ni. Amin

Bila dah baca penyebab tu, macam menyesal plak beli breakfast McD tadi. Hihihi. Ooops..


08/07/2015

Kegatalan Pada Kulit Semasa Hamil Kali ke-4: Suatu Dugaan

July 08, 2015 0 Komen
Alhamdulillah, dah sampai ke trimester ketiga. Dah 33 minggu dah pun. Badan pun dah semakin berat dah ni. Baby Adek pulak semakin aktif bergerak. Kekadang tak selesa nak duduk. Sebab tu Ibu makin malas kot. Adoi.

Sepanjang pregnant kali ni, alhamdulillah semuanya ok. Masalah HB low dah macam kemestian, dari kakak Iman lagi. Dah macam trending dah. Cumaaaaa... cuma.. kali ni dilanda gatal yang sangat teruk. Macam takut tengok badan diri sendiri. Kalo gatal, bila dah garu tu memanglah sedap, nikmat. Tapi kesannya, menakutkan! Nanti maca bersalin confirm semua orang akan tanyalah. Nak buat macam mana, memang dah tak tahan rasa nak menggaru tu.

Entah kenapa baru terasa nak google pasal masalah ni. Nurse dan doktor pun cuma cakap perubahan hormon. So saya takdelah kisah sangat. Tapi ada jugak fakta yang menakutkan bila google. Harap-harap dijauhkanlah.

Dipetik dar blog Kak Yong

Sebenarnya, gatal kulit ketika mengandung adalah perkara normal. Namun, perlukan pengawasan sepanjang tempoh kehamilan. Simptom kegatalan ini akan bermla seawal 6 minggu dan berakhir selepas sahaja proses kelahiran. Punca kegatalan, masih tidak dapat dikenal pasti.

Walaupun begitu, ada yang menyatakan bahawa gatal kulit ketika mengandung adalah disebabkan oleh perubahan hormone dalam badan. Kegatalan akan semakin ketara jika berada di bawah cahaya matahari. Hormon estrogen yang berlebihan ketika mengandung akan menyebabkan rasa gatal pada kulit.

Kak Yong sendiri mengalami gatal kulit ketika mengandung bermula dari trimester kedua. Gatal di bahagian tapak kaki dan juga betis. Macam kena gigit nyamuk, padahal tiada apa pun. Cara untuk melegakan kegatalan, Kak Yong sapukan herbal blend. Memang membantu mengurangkan proses kegaruan. Lama-kelamaan rasa gatal kulit pun hilang.
Masuk sahaja minggu ke 24 naik pula ruam di sekitar belakang bahu Kak Yong. Memang gatal sungguh. Nasib baik kerja di tempat penghawa dingin. Jika tidak, alamatnya sudah semacam beruk tergaru-garu di Pejabat. In Shaa Allah kali ini juga, herbal blend menjadi rutin untuk disapu.

Tetapi, suka Kak Yong hendak mengingatkan ibu hamil yang mengalami masalah gatal kulit ketika mengandung ini. Jika, anda mengalami kegatalan melampau, menggaru sehingga melecet dan mengelupas kulit walaupun tiada tanda ruam mahupun digigit serangga, elok kiranya berjumpa dengan doktor.

Terdapat sejenis penyakit yang digelar kolestasis intrahati kehamilan (ICP) yang boleh membawa kematian kepada bayi yang dikandung. Puncanya  terjadi apabila hormon kehamilan mengganggu kemampuan hati untuk menmgankut asid hempedu di dalam darah. Toksin yang terkumpul dalam asid hempedu akan menyebabkan kegatalan serta memberika kesan buruk kepada jantung bayi. Jumpalah doktor dan lakukan pemeriksaan jika kegatalan yang dialami semakin teruk.

Di blog Dr Zubaidi pun ada isu gatal semasa hamil ni, tapi biasalah blog tu bukan boleh dicopy paste pun. So kalo ada yang nak baca fakta dar pengamal perubatan sendiri, bolehlah klik link ni >>>> http://drzubaidi.com/blog/kegatalan-kulit-semasa-hamil/

Semoga gatal-gatal ni hilang selepas bersalin. Malu pun malulah dengan parut-parut gatal di badan janji lepas bersalin gatal ni hilang.

23/06/2015

Puasa, hamil dan menyusukan anak, menurut Fatwa Ibn ‘Abbas dan Ibn Umar

June 23, 2015 0 Komen
Alhamdulillah, hari ni hari ke-5 berpuasa walaupun dah 32 minggu. Masih gagah lagi. Harap-harap maintain gagah bila dah start kelas next week. Hihihi.

Bila pregnant, yang selalu menjadi kerisauan dan kemusykilan, perlu ke tak ganti puasa kalau tak berpuasa. Di sini  dikongsikan artikel dari Dr MAZA di FB untuk rujukan kita bersama.


Fatwa Ibn' Abbas dan Ibn Umar tentang wanita hamil dan menyusu?


Soalan: Sesetengah wanita mengandung dan menyusu setiap tahun. Amat sukar bagi mereka untuk berpuasa dan menggantikan puasa jika keadaan demikian. Adakah di sana pandangan fekah yang lebih mudah untuk golongan seperti ini?

Jawapan;

1. Fuqaha (sarjana fekah) bersepakat bahawa wanita hamil dan menyusu boleh berbuka puasa mereka jika tidak mampu. Bahkan wajib untuk mereka berbuka jika membahayakan diri ataupun anak dan janin.

2. Adapun gantian bagi puasa yang mereka buka itu merupakah masalah khilafiyyah yang para fuqaha berbeza pendapat mengenainya. Ada yang mewajib qada dan kifarah seperti Mazhab Syafie dan Hanbali. Di samping mereka membezakan antara berbuka puasa kerana bimbang keselamatan diri dan keselamatan anak. Ada yang mewajibkan qada sahaja di mana mereka seperti keadaan orang yang sakit. Ini pandangan Sufyan al-Thauri, Mazhab Hanafi dan lain-lain. Ada yang memberi pilihan antara qada dan kifarah seperti pandangan Ishaq bin Rahuyah (atau dibaca Rahawaih) seperti yang disebut oleh al-Imam al-Tirmizi dalam sunannya. Ada yang tidak mewajibkan qada dan tidak juga kifarah seperti Mazhab Ibn Hazm al-Andalusi dan ini dianggap ganjil oleh sesetengah ulama.

3. Ya! di sana sebenarnya ada pandangan dari dua tokoh ilmuwan sahabat Nabi iaitu 'Abdullah bin 'Abbas dan 'Abdullah bin 'Umar telah berfatwa dengan fatwa yang meringan bebanan wanita yang mengandung dan menyusukan anak tanpa mengira samada wanita itu kerap mengandung ataupun tidak. Menurut mereka berdua wanita yang mengandung dan menyusu jika buka puasa kerana bimbang keadaan diri ataupun anak hanyalah perlu membayar fidyah (beri makan orang miskin) tidak wajib qada (ganti) puasa.

4. Dalam riwayat al-Tabari dengan sanad yang sahih Ibn 'Abbas menyebut:
إذا خافت الحامل على نفسها ، والمرضع على ولدها في رمضان قال : يفطران ، ويطعمان مكان كل يوم مسكينا ، ولا يقضيان صوما
"Jika wanita hamil bimbang terhadap dirinya, wanita menyusu bimbang terhadap anaknya pada bulan Ramadan maka dia boleh berbuka serta ganti setiap hari dengan memberi makan orang miskin dan tidak perlu ganti puasa"

Dalam riwayat al-Daraqutni dengan sanad yang sahih, Ibn 'Umar atau Ibn ‘Abbas berkata:
الْحَامِلُ وَالْمُرْضِعُ تُفْطِرُ وَلَا تَقْضِي

"Wanita yang hamil dan menyusu boleh berbuka tak perlu qada"

Dalam riwayat sahih al-Daraqutni juga:
أنَّ امْرَأَتَهَ , سَأَلَتْهُ وَهِيَ حُبْلَى , فَقَالَ: أَفْطِرِي وَأَطْعِمِي عَنْ كُلِّ يَوْمٍ مِسْكِينًا وَلَا تَقْضِي

"Isteri Ibn ‘Umar yang hamil bertanya tentang puasanya, jawab Ibn 'Umar: "Kamu boleh buka dan beri makan setiap hari seorang miskin, tidak perlu qada (ganti puasa)".

5. Maka wanita yang menyusu atau hamil itu jika mampu berpuasa, maka wajib mereka berpuasa. Jika tidak mampu mereka boleh berbuka dan diganti pada hari yang lain. Jika dia sekadar mengganti puasa sahaja, maka itu juga memadai. Ini pendapat yang dipilih oleh sebahagian para ulama. Jika keadaan yang sukar seperti dia sentiasa mengandung dan menyusu saban tahun disebabkan kekerapan anak dan menggantikan puasa menjadi beban untuk dihimpunkan selepas itu, maka jika dia sekadar membayar fidyah sahaja, maka itu merupakan salah satu pendapat fekah yang boleh diamalkan. Islam itu bersifat mudah dan memberikan kelonggaran kepada mereka yang kesusahan.

6. Maka, Ibn ‘Abbas dan Ibn ‘Umar itu lebih memudahkan kaum wanita yang mengandung yang biasanya memakan masa selama 9 bulan kemudian kemudian diikuti dengan kelahiran dan menyusukan anak pula selama 2 tahun. Jika mereka diwajibkan qada tentu satu yang agak membebankan untuk menghimpunkan semua yang mereka tinggal dalam tempoh tersebut. Apatahlagi jika tahun berikutnya mereka mengandung lagi.

19/06/2015

Keistimewaan oat sebagai makanan utama bersahur

June 19, 2015 0 Komen
Assalamualaikum!

Selamat berpuasa di 2 Ramadhan. Alhamdulilah 1 Ramadhan berjaya dilalui dengan tenang dan lancar. Adek Baby pun alhamdulillah, berpuasa penuh semalam. Kakak Iman pun macam tu jugak. Syukur. Dan tahun ni merupakan kali ke-2 Kakmim berpuasa di trimester ke-3. Mudahan dipermudahkan sehingga ke penghujung Ramadhan kelak.

Hari ni hari ke-2 bersahur. Kalau diikutkan tahun lepas, sahur kami sekeluarga on-off. Selalu jer terlajak. Tahun ni harapnya tak lah. 

Hmm.. apa untuk bersahur? Hari pertama semalam makan nasi berlauk, ayam masak merah dan kacang panjang tumis kicap. 


Ayam masak merah, Kakmim style, semestinya tak pedas

Kacang panjang tumis ayam berkicap

Masak untuk dinner sekali dengan sahur. Ayam masak merah pun permintaan si anak dara. Pagi tadi pula bersahur dengan nasi putih dan sambal udang kering je. Dan mengejutkan, berseleranya makan macam ni! Tapi memang dah diduga pun sebab sambal ni memang signature family Kakmim dan memang selalu menjadi pembuka selera. So next, rasanya nak makan benda yang simple lagi, Macam telur goreng? Hmm...

Telur goreng selalunya memang lauk utama semasa bersahur, Sebabnya memang tak berselera nak makan time pagi-pagi buta macam tu. Tapi kesian pulak dengan kakak Iman kalau makan telur goreng setiap hari. Dan perancangan lepas ni akan ikut menu kakak Iman ler jawabnya.

Tapi.. Kakmim terasa nak cuba sesuatu yang baru. Yang tak pernah dicuba sebelum ni. Selalnya kalau bersahur memang akan makan nasi. Paling tak sempat pun makan kurma. Pasni Kakmim nak try makan oat pulak. Kenapa oat pulak?

Cuba tengok ranking tu?

Haa..kenapa oat? Apa istimewanya oat ni sampai ia di ranking pertama makanan paling mengenyangkan untuk berpuasa.

Keistimewaan Oat

Oat  mengandungi serat yang membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan serta mencegah masalah ketidakselesaan perut seperti sembelit dan buasir.
 
Ia mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Salah satu kompenen penting di dalam oat iaitu Beta-Glukan yang mampu mengurangkan kadar kolesterol di dalam badan. Ia terdiri daripada serat yang mudah larut di dalam saluran pemakanan dan menghasilkan lapisan seakan-akan agar-agar (gel) yang bertindak mengumpulkan kolesterol berlebihan bersama-sama bahan seakan-akan kolesterol.

Oat juga boleh memberikan perut berasa kenyang dalam masa yang lama. Menurut Panduan Diet Malaysia 2010, separuh daripada pengambilan bijirin penuh harian terdiri daripada bijirin penuh, iaitu 2-4 saiz sajian sehari. Jadi jika anda berasa mengantuk dan hilang tumpuan terhadap sesuatu kerja yang memerlukan berfikir seperti belajar, ambillah oat sebagai makanan yang mampu memberikan anda tenaga dan khasiat yang anda perlukan.

Kan? Dulu masa sekolah selalulah jugak breakfast oat bila mak buatkan. Lepas tu bila semakin dewasa jarang-jarang dah makan oat. Ada pun bila teringin jer. Lepas ni nak kena beli stok oat la. Dulu semasa berpantang memang stokkan oat untuk breakfast tapi selalu jer tak habis sampai ler expired. Membazir betul. Nak try test uji Kakak Iman makan oat jugak. Nak tanya dia mana yang lebih mengenyangkan dan memberi tenaga sepanjang hari berpuasa. Hehe.


18/06/2015

Hutang

June 18, 2015 0 Komen

Bercerita pasal hutang, nang pelik urang kinek tok. Urang yang dihutang gik pandei malu nak nagih urang yang berutang dengan nya. Ne gayo ya? Nak direct nagih lagik lah segan. Haih, sapa yang berutang? Hadohh. Sik takut urang kedak tok kali, sik bayar hutang. Mun urang nak dihutang ya sikmok menghalalkan duit yang dihutang nya, macam ne? Kenak sik terpikir ooo??

Nektok banyak cara kita berkomunikasi nak oh? Yang paling glamer, whatsapp lah. Ok, in case urang ya sik ada whatsapp, selalunya memang sms lah, back to basic. Tapi sms pun sik direply. Mun whatsapp dapat juak kita nangga double tick rona biru, oh, nya baca ajak tapi sik reply. Ya nang ngelat lah ya.

Tapi.. hutang lamak lom bayar. Ada hati agik nak berutang baru. Tetiba direct whatsapp kita makei nombor lain. Apakah? No way lah man! Sekali ku dah kena, 1000x ku jerak. Dolok nak nolong keloarga lah kata nyo, tapi ya lah.

Haih, baruk stat posa alu ngerepak saya tok. Ok lah saya sik ngerepak agik. 


Selamat berposo nyo!



16/06/2015

Servis Murah Design Cover Page FB

June 16, 2015 0 Komen
Tadaaa! Blog berwajah baru sudah. Mekap-mekap sikit.. touch-up, touch up. Ok lah ya nak? Lejuk juak nangga sama jak dari tahun ya tek. Kedong malas nak molah kerja, jadilah kerja di blog tok. Ahaha. 

Sik lamak gik posa ooo? Makin cepat jak rasa masa berlalu. Banyak benda nak dikarang dalam blog tok, pakei baca dudi ari, tapi malas koh. Ya lah susah mun malas. Semua sik menjadi. Tapi kerja opis jadi oi! Kerja di sitok jak sik jadi. Sik penting juak nak oo? Sik apalah.

Eh, kedong seminggu 2 tok saya malas nak ngagak kerja hakiki. Bukan apa, malas nak nyuruh otak berfikir jak, jadilah kerja-kerja di AI. Adalah juak beberapa cover page FB kawan-kawan yang dah dipolah. Mun maok boleh jak komen or PM saya, saya boleh design pakei kawan-kawan. Tapi ada servis cas lah. Hehehe. Pakei cover GST. Hihihi. 

Antaranya ialah:

Page Shaklee

Page Shaklee

Page Butik Muslimah

Page Homemade Pizza

Page Shaklee

Eh, baruk perasan. Rupanya banyak page  Shaklee duhal. Ada gik 2-3 orang masih KIV sebab sidak masih belum cukup material pakei engkah di cover page. Yang siap tok semua yang material sedia ada.

Untuk page Kolej dah banyak juak dah dipolah. Ya lah best jadi Admin sukati jak nak nukar cover page ekot mode semasa, bak kata boss. Nasib juak saya tok pandei molah nak gitok nak? Macam sik lamak gik nak posa, cover page pakei posa udah ready dah. Hihihi. Cuma untuk Gawai ria sik terpolah sebab time ya audit MQA masuk ke Kolej.

Aoklah, pakei mengabadikan poster blog lamak, ya nya dibah tok:

Poster blog sebelum tok
Bih kurang jak nak dengan yang baru tok, sebab saya suka ngan gambar profail rempuan ya. Tang ada unsur-unsur seksi dan menyaspenkan jak. Ahahaha. Tapi blog saya baru tok lebih besar layoutnya. Kali mata tok dah sik berapa nak nampak kali. Maklumlah umur makin bertambah. Hihihi.

Ya jak lah lok.  K bai.