Follow Us @soratemplates

29/11/2017

INGGA

November 29, 2017 0 Komen
Hampir 10 tahun dah saya kerja.. tipulah tak pernah down. Demotivated. Bosan. Semua saya pernah rasa, yang negatif². Saya pun bukanlah orang yang beraura positif selalu tapi saya suka mendidik akal dan jiwa saya agar positif. 

Dan kerana ada orang² yang negatif harus dijagai hatinya dan kita yang positif diignore perasaannya, kau rasa? Tak tau nak rasa apa. Marah. Geram. Benci, Down. Boring. Give up. Entah macam² bercampur-baur. Rojak dah jadinya.

Dan yang negatif terasa dirinya bagus. Perfect. Hebat. Baik. Cantik. Kot? Lagi pulak kau rasa annoying. 

Hmmm.....

Orang Serawak madah INGGAAAAAAA!!! Tauk sik????

Tau tak apa tu INGGA? Pernah dengar lagu Amir Jahari? Cuba googgle or youtube sana.

Chowww!!






**Gambar hanya hiasan semata².


23/11/2017

Entri pertama 2017!!!

November 23, 2017 0 Komen

Kebetulan pulak ye. Last update adalah pada 23 November 2016. Setahun yang lepas!! Hahahaha. Memang bersawang giler lah. Mintak mahap blog.

Tetiba hari ni terasa nak memblog. Alkisahnya petang yang indah lagi boring ini.. hihihi... saya pun jenjalan di alam blog aka blogwalking lah tu... saja nak cari ilham untuk masak malam ni. Tu yang tetiba terasa nak baca blog sendiri.

Dan... hasilnya. Terhasillah entri pertama untuk tahun 2017 ni... tapi dah nak hujung tahun pun. Nak abis pun tahun 2017. Sabor je lah ek blog. Takpe lah.. maafkan tuan tanah ye blog.. meh kakmim payung gambar-gambar anak-anak kakmim masa graduation concert hari tu. Senyum k.. senyum... jangan merajuk tau, cik blog. Kikiki..


Anak² kakmim ada 4 orang.. 3 laki² 1 perempuan... see see dah besar kan anak sulung kakmim... kerana dialah blog ni dulu banyak sangat ceritanya.


Hmm... cukup kot kakmim payung 1 gambar jek. Kalau rajin tahun depan kot update lagi. Hahahahaha...



23/11/2016

Menghitung Hari Mengira Cuti

November 23, 2016 0 Komen
Cuti si Dia tinggal 3 hari jer lagi. Kemungkinan tak balik bulan ni, nak save cuti untuk bulan 12 nanti. Bulan 12 ada banyak PH. 

IMAN pun dah asyik tanya bila Ayah balik terutamanya si IMAN-2 dan IMAN-3. Hmm... kesian kat anak-anak. Bersabarlah semua kesayangan Ibu.




Lepas Gian

November 23, 2016 0 Komen
Lamanya dah tak memblogkan diri. Terasa gian plak nak menaip dan mengarang. Tapi macam biasalah bila dah bukak Dashboard ni terus taktau dah nak menaip apa. Padahal semasa gian nak berblog macam-macam jer idea nak dishare di blog. Hmm... baiklah, saya cuba. Saya cuba. saya taip lagi dan lagi k.

Bulan berganti bulan, hari berganti hari, kita semakin menghampiri penghujung 2016. Bermakna dah nak masuk 8 bulan jugak ler kami anak-beranak berjauhan dengan imam kami. Ya! Ayahnya IMAN nun tranfer di seberang laut sana. Sedih plak bila mengenangkan saat-saat awal PJJ. Tapi sekarang alah bisa tegal biasa. Nasib ada famili yang support. Sayang mak, sayang bapak, sayang adik-adik Kakmim. Tanpa mereka entah macam manalah saya nak survive dengan IMAN yang seramai 4 orang tu.

Sori, dah takde idea dah nak menulis. Saya publish saja ya. Haha!


10/05/2016

Terapi

May 10, 2016 0 Komen
Setiap orang ada terapi masing-masing kalo rasa macam ada something yang tak kena kan? Selalunya perempuan ni terapi dia mesti shopping. Kalo saya lah kan, tak semestinya shopping. Buat sesuatu yang saya minat pun dah boleh melupakan apa-apa yang tak best tu. Contoh? Saya buat yang kat bawah ni.


Lagi? Saya buat lagi.


Lagi? Saya buat kerja saya jugak la. Sesambil kan?


Kalo tengah semangat tu sehari saya boleh buat beberapa design. Kalo takde mood tu memang takde langsung atau ada tapi tak puas hati langsung.

Hmm... design ni terapi bagi saya.