Follow Us @soratemplates

13/12/2018

Happy 10th (Tin/Aluminum) Anniversary!

December 13, 2018 0 Komen

Awal bulan lagi dah menghitung hari tapi bila dah 13hb
Boleh pulak terlupa hari yang sangat istimewa ni.. hiks

Masa nak gi keja.. masuk dalam keta.. tetiba Whatsapp masuk
Rupanya si dia antor mesej... wish anniversary
Apuuu... baru teringat.. ampunkan saya penunggu gua ๐Ÿ˜œ

Yup.. tahun ni tahun ke-10 kami dah bersama melayari bahtera rumah tangga
Cheh..ayat tajuk cerekarama lah sangat
Orang kata 10 tahun pertama agak 'sakit' ek?
Kot la.. mungkin betul
Ye la.. dengan anak² tengah membesar lagi
Tetiba kena PJJ pulak.. memang macam²

Tapi dalam pahit ada jua manisnya
Sedangkan lidah lagi tergigit
Gaduh memang biasa.. yang tak pernah gaduh tu sebab tak berkomunikasi kot
Hahahaha
Ada ke suami isteri tak bergaduh?
Gaduh² manja la
Bukan gaduh sampai lontar² barang
Sepak terajang
Maki hamun
Tu semua tak normal tu
Nehi.. nehi.. jangan itu macam lorrr

Alhamdulillah.. kami beginilah seadanya
Nak kata makin kaya tak.. miskin pun tak
Kaya anak.. mungkin ya
Wakakaka ๐Ÿ˜›



07/11/2018

Kurang Gula Dalam Darah atau Hypoglycemia

November 07, 2018 0 Komen

Hari nih saya dan mak ke hospital, melawat 2 nenek sedara yang sakit. Sorang baru keluar dari ICU sorang lagi masih tak sedarkan diri selepas terjatuh. Memandangkan kat SGH memang susah bangat nak dapat parking so saya dan mak decide ambik Grab. SO saya pegi ofis mak dan tinggalkan keta kat situ dan kami ambik grab dari situ.


Timing memang cun sebab kami sampai memang dah masa melawat. Mulanya kami melawat makcik yang tak sedarkan diri. Doktor dah sahkan brain dead tapi siapa tau kan ada miracle di situ. Hari ni hari ke-4 dia tak sedarkan diri. Semoga diberikan syifa untuk nenek saudara saya, Wa Ji Sah.


Ok done melawat Wa Ji Sah kami melawat Nek Su pulak. Mereka di tingkat yang sama. Alhamdulillah Nek Su dah semakin sihat cuma masih dalam pemerhatian gula. Gula masih on off, sekejap tinggi sekejap rendah. Sembang punya sembang, tetiba saya rasa mengantuk amat sangat dan menguap. Menguap sambil mata pejam rapat, macam lain jer rasa. Kepala pun terasa berat, mata dah berpinar-pinar. Adeh deh... macam rasa lepas turun bukit bulan 8 hari tu jek. Badan pun dah mula berpeluh-peluh. Pandangan makin pudar, kepala makin berat. Saya bagitau mak, rasa macam nak pitam je. Nak muntah pun ada. Terus diorang suh saya duduk di kaki Nek Su atas katil tu. Mintak gula-gula kat mak sebab tau mak mesti ada stok gula-gula dalam handbag. Ya betul, tapi nak bukak bungkusan gula-gula pun rasa tak larat. Tangan dah rasa kebas-kebas dah. Mintak tolong mak bukakkan dan barulah rasa ok sikit bila gula-gula masuk mulut.


Oh, ya.. sebenarnya saya berpuasa hari ni. Ganti puasa hari yang ke-2. Semalam berbuka tak makan banyak, tak ambik air manis jugak. Malam pulak langsung tak makan apa-apa. Sahur pulak dengan air masak je. Hmm... sebab tu saya sendiri tau saya rasa macam tu kerana kurang gula!! Tau salah sendiri. 


Nasib baik ambik grab kan. Memang masih tak selesa rasanya nak drive. Kuar je dari wad terus beli 100 Plus dan pau di Hospimart. Cukuplah dulu untuk menampung air dan glukosa dalam badan. 


Nasib tak pengsan kan?? Kalo pengsan memang menyusahkan orang lain lah pulak. Ok now kita cerita pasal hipoglisemia k.


Apakah Hipoglisemia??

Hipoglisemia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. Tetapi kebanyakan pesakit diabetes yang mengambil insulin juga sering mengalami masalah ini. Hipoglisemia terjadi apabila paras glukosa dalam darah jatuh terlalu rendah berkemungkinan kerana beberapa sebab tertentu. Antaranya ialah:

  • Menggunakan terlalu banyak insulin(bagi pesakit diabetes)
  • Makan terlalu sedikit, makan terlalu lewat atau kerana tidak makan langsung
  • Menggunakan tenaga untuk melakukan kerja berat melebihi tenaga yang dibekalkan oleh karbohidrat yang diambil.
Bagi kes saya, kerana saya berpuasa dan tidak bersahur.


Simptom Hipoglisemia
  • Merasa lapar
  • Jantung rasa berdebar-debar
  • Kepenatan dan letih lesu
  • Penglihatan menjadi kabur
  • Hilang fokus
  • Berpeluh dengan banyak
  • Menggigil
  • Sakit kepala
  • Kulit berwarna pucat dan rasa sejuk
  • Pertuturan menjadi tidak jelas
Bagi kes saya, semalam memang saya rasa penat dan mengantuk sangat padahal duduk depan komputer je pun di ofis. Simptom lain memang ada semasa di hospital tu kecuali pertuturan kurang jelas.

Cara mudah merawat Hipoglisemia

Apabila anda atau ahli keluarga anda mengalami tanda awal hipoglisemia, anda disarankan untuk mengambil 15-20 gram gula glukos atau karbohidrat ringkas.

Cadangan cara segera untuk menghilangkan simptom Hipoglisemia:
  • Minum air buah-buahan/ air kotak yang manis
  • Mengambil setengah tin minuman ringan
  • Mengambil dua sudu teh gula pasir
  • Makan snek yang manis
  • Menggosokkan serbuk glukos ke gusi
  • Makan gula-gula manis
*Tanda-tanda hipoglisemia akan beransur hilang setelah anda mula makan.

Lepas ni memang fobia rasanya tak ambik makanan manis. Saya memang jenis tak minum air manis sangat. Saya memang lebih ke air suam. Nak tak nak dalam sehari kena jugak ambik minuman manis selepas ni. Takut pulak tetiba datang hipo lagi. ๐Ÿ˜ญ







12/03/2018

Day 12: My Shoes

March 12, 2018 0 Komen

Lamak dah sik da kasut favourite.. yang nyaman dipakei... santai
Dan yang penting rasa muda ๐Ÿ‘ง
Hahaha ๐Ÿ˜‚

Murah jer kasutnya
Beli di Cotton On
Kotor.. basuh.. kotor... basuh
Kotan tek sayang nak buang
Nak carik yang kedak ya agik blom jumpa gik
Ada jumpa ala² ya tapi bertali
Encik Suami madah.. carik yang sik bertali nyaman kitak makei
Main rasok ajak
Aoklahhhhh

Maka.. lom ada kasut k berjalan yang nyuruh mak anak 4 rasa muda
Ahahaha.. silakan tetak besar ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜๐Ÿ˜‚

11/03/2018

Day 11: Flowers

March 11, 2018 0 Komen

Selalunya perempuan sinonim dengan bunga
Tapi.. saya sik berapa minat bunga
So sik tauk nak cerita apa pasal bunga

Post pun dah lambat
Macam sik sempat jak nak curi masa
Malam pun gia.. ingat nak update tapi dah tertido ๐Ÿ˜€

So pendek cerita kitaaaa....

10/03/2018

Day 10: Close Up

March 10, 2018 0 Komen

Gambar 2 minggu yang lepas.
Close-up pipi si abang kena ramus si adik.
Tedah abang.. kalah juak oleh adik.
Mala jadi mangsa adik.
Tujuan gambar diambik sebab nak mereport dengan nenek sidak ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

09/03/2018

Day 9: Something New

March 09, 2018 0 Komen
Apa yang new nektok?
Macam sikda jak
Yang terbaru dapat jemputan jadi Exco PIBG
Dan saya sahut cabaran ya
Ya jak lah kot
Lain² macam samaaaaaa jak
Mendatarrrrrr jak

Kenak saya nerimak cabaran ya tek?
Ngenang.. apa sumbangan saya tok dengan komuniti
At least ada juak sumbangan untuk anak² di sekolah

Pasya..
Sokongan dari bapak kesayangan juak
Nya madah.. macam kitak orang tok
Mun ada chance nak join aktiviti pakei masyarakat, join jak
Masuk PBB kah.. erkk ๐Ÿ˜•

PBB? Memang tak lah.. hahaha
PIBG jadi lah
Ada juak sumbangan dengan anak² sekolah
Pengorbanan masa? Belom tauk lagik
Insya Allah.. akan dibahagi juak sama rata

Doakan Kakmim k ๐Ÿ’ช๐Ÿ˜