Follow Us @soratemplates

02/02/2019

Tahun ke 12

February 02, 2019 2 Komen

2019 masuk tahun ke-12 saya menjadi penjawat awam
Alhamdulillah
Masih diberi peluang untuk berkhidmat kepada anak bangsa

Tahun ke-12
Memang tak dinafikan motivasi untuk bekerja memang semakin merudum
Tambah lagi dengan persekitaran kerja yang tak best
Buat kerja ala kadar je
Asal capai KPI
Nak lebih dari tu memang dah takde dah
Saya perasan itu

Saya dan dulu jauh berubah
Dulu saya sangat suka perubahan
Nak buat itu, nak buat ini
Fikir projek itu, projek ini
Sekarang... malas nak fikir
Nak buat lebih pun banyak banyak halangan

Persekitaran kerja dan bos sebenarnya main peranan
Dapat bos yang supportif memang semangat nak buat itu ini
Dapat yang tak tau apa, memang ko akan down

Sekarang saya lebih fikirkan anak-anak
Baik jaga kebajikan anak sendiri
Ambik anak balik sekolah, sediakan bekal anak ke sekolah
Itu lagi penting sekarang

Entahlah sampai bila nak jadi macam ni
Servis ada banyak tahun lagi
Hahahaha

Takpe, follow the flow je
Kalau nak stay tahap ni je pun ok jer kot.. wakaka


Yep.. saya kerja hari ni
Macam biasalah kerja hujung minggu 
Kejar KPI jugak, nak cuti ganti jugak
Macam tu lah
Nak buat macam mana lagi kan?

Ni nak buat kerja tertangguh pun takde mood
Tunggu punch out jam 5 je lagi ni
Iols is bertabah dan bersabar je
Layan mata layan lagu
Nak layan blog pun dah tak ramai yang memblogging sekarang
Hahaha





31/01/2019

( OST PUJAAN HATI KANDA ) AMANDA - IPPO HAFIZ ( OFFICIAL LYRIC VIDEO)

January 31, 2019 0 Komen




OST #pujaanhatikanda semua best!
Ippo Hafiz King of OST buat lagu memang tangkap leleh
Sejak Teman Lelaki Upahan dulu dah mula jatuh cinta dengan lagu Ippo

Dalam ceta PHK ni lagu Amanda, manis bersemut sangat
Lagu yang dia buat untuk anak angkatnya
Bestnya jadi anak Ippo... dapat lagu khas dari papa


Ippo Hafiz - Amanda

Kau hadir dalam hidupku
Tuhan temukan ku denganmu
Saat manis yang telah terukir
Tenang hatiku melihat mu

Sayang dengarlah
Buah hati papa
Untuk kamu
agar kau selalu denganku

Papa sayang cinta
Jadi lah yang paling indah
Buat tuhan ku bersyukur
Kerna dikurniakan cahayamu

Oh temankanlah aku
Hiasi puisi tentang cinta kita
Mata yang terlukis surgawi
Anugerah sempurna darimu
Buat si comel ku

Bila jauh
Ku tak menentu
Cinta hati memanggil pulang
Dan bertapa ku bahagia
Menjadi apa pun
Dirimu tetap indah

Pujaan Hati Kanda

January 31, 2019 0 Komen
Pujaan Hati Kanda!!!
Still... belom dapat move on!!
Rindu baby Iqy.. kanda Danny.. dinda Tiara!!


Kalaulah MF dan RI ni couple betol² kan best
Suka sangat gandingan diorang
Sesuaiiiiiiii!!!

Bukan selalu Ibu crazy dengan cerita Melayu tau!
Certain cerita jer
Remy Ishak ni baru sekarang suka tengok dia berlakon
Kikiki

Air Tangan Ibu

January 31, 2019 0 Komen
Minggu lepas Ibu demam
Demam yang teruk
Terasa bersalah kerana dapur tak berasap selama demam tu
Bekal ke sekolah pun Nenek yang sediakan
Itu lah kasih sejati seorang insan bergelar Ibu
Bila tau anaknya demam, semua disuruh tranfer ke umah Nenek
Ye lah Ayah kan takde sapa lagi nak diharapkan
Kalau tak support system, Bapak Mak dan adik² semua kan? Kan?

Minggu ni baru terasa larat sikit nak masak
Selera makan  pun dah mula menjengah
Si kakak dan Imran pun dah alhamdulillah beransur sihat
Cuma tukar syif, si abang pulak tak sekolah hari ni
Abang pulak yang demam dan ada tonsil..huhuhu
Terjangkit Ibu jugak la tu
Maafkan Ibu anak² Ibu...

Semalam seharian hujan lebat
Rasa nak western je anak tekak ni
Mengenangkan tekak ni la.. balik keja Ibu sanggup mengharungi hujan lebat
Beli bahan-bahan nak masak spagetti
Ye lah.. stok kat umah tinggal berapa kerat je lagi
Belom lagi shopping stok bahan dapur sejak payday ari tu

Dalam kepala meatball spagetti bolognese
Nak cari meatball brand Marina memang takdelah kalo setakat nak shopping dekat umah
Kat Giant jugak baru ada
Rembat je apa yang ada... Ramly pun okay

Dan..
Bila dah siap masak si kakak kena tunggu Ayah dan abang pulak balik dari klinik
Baru dapat makan sama²
Semalam balik sekolah Abang dah demam
Memang nak kena ke klinik jugak
Abang ni jenis tak suka nasi bubur
Bila ditanya nak makan spagetti dia nak pulak
Ok la.. malam tadi semuanya makan dengan berseleranya
Walaupun abang makan sikit
Tapi ada jugak makan sebelum dapat makan ubat
Syukur... semuanya dipermudahkan


Tiada apa yang menggembirakan si Ibu bila anak² berselera makan
Gambar tak berseni sebab Ibu takde mood nak ambik gambo
Snap je apa adanya untuk status Whatsapp.. hahaha


Ibu masak tak pernah tak sedap, sebab Ibu masak kan dengan penuh kasih sayang


Auwww.. tak boleh tahan punchline si kakak
Memang mulut manis.. hehehehe

Memang masak lebih malam tadi sebab nak bekal untuk bekfes pagi ni
Kakak ari ni 1st day sekolah setelah 3 hari tak sekolah
Si kakak pun bawak bekal yang sama

Ibu rasa memang Ibu pun dah lama tak masak western ni

Takpe, meatball semalam pun masih banyak lagi
Plannya nak buat meatball + blackpepper gravy pulak
Nak buat mac & cheese pun on
Hahahaha... memang air liur western je lepas demam ni

Layannnnnn jer


30/01/2019

Kembali

January 30, 2019 0 Komen
Alhamdulillah.
Catatan pertama di tahun 2019.
Semoga ianya bukan catatan terakhir.

Sepurnama di tahun 2019, telah diuji dengan sakit.
Syukur tidak serius tetapi sangat menginsafkan.
Benar bagai dikata, sakit itu penghapus dosa.
Semoga dengan rasa keinsafan akan terhapus jua dosa-dosa kecilku.

Seminggu tidak berfungsi dengan sempurna.
Tidak berfungsi sebagai ibu.
Kesian anak² tidak terurus ke sekolah apabila si Ibu sakit.
Sangat menginsafkan.
Andai Ibu pergi dahulu....

Kesian mereka
Ya Allah... lindungi mereka lindungi kami Ya Allah

13/12/2018

Happy 10th (Tin/Aluminum) Anniversary!

December 13, 2018 0 Komen

Awal bulan lagi dah menghitung hari tapi bila dah 13hb
Boleh pulak terlupa hari yang sangat istimewa ni.. hiks

Masa nak gi keja.. masuk dalam keta.. tetiba Whatsapp masuk
Rupanya si dia antor mesej... wish anniversary
Apuuu... baru teringat.. ampunkan saya penunggu gua 😜

Yup.. tahun ni tahun ke-10 kami dah bersama melayari bahtera rumah tangga
Cheh..ayat tajuk cerekarama lah sangat
Orang kata 10 tahun pertama agak 'sakit' ek?
Kot la.. mungkin betul
Ye la.. dengan anak² tengah membesar lagi
Tetiba kena PJJ pulak.. memang macam²

Tapi dalam pahit ada jua manisnya
Sedangkan lidah lagi tergigit
Gaduh memang biasa.. yang tak pernah gaduh tu sebab tak berkomunikasi kot
Hahahaha
Ada ke suami isteri tak bergaduh?
Gaduh² manja la
Bukan gaduh sampai lontar² barang
Sepak terajang
Maki hamun
Tu semua tak normal tu
Nehi.. nehi.. jangan itu macam lorrr

Alhamdulillah.. kami beginilah seadanya
Nak kata makin kaya tak.. miskin pun tak
Kaya anak.. mungkin ya
Wakakaka 😛