Follow Us @soratemplates

18/02/2019

Validasi oh Validasi

February 18, 2019 0 Komen
Isnin minggu lepas muncullah tarikh validasi di E-Sis. Tarikh yang dinanti-nantikan sejak Oktober yang lalu. Hihihi. Iklan kenaikan pangkat keluar akhir Ogos 2018 lepas tu sibuklah menyediakan dokumen yang perlu diupload.



Dan selayaknya memang sibuklah sampai 1 Mac nanti. Tarikh validasinya ialah 4 Mac 2019. Tempat??? Nun di sana.... terbanglah kita bersama fail-fail ke Putrajaya. Wish me luck ya. Hahahaha.

Fail-fail semua dah ready cuma dalamnya masih ada lagi yang lompong sana sini. Masih ada sedikit waktu lagi untuk berjuang ni.



23 Februari 2019 - Meeting pra-AGM PIBG untuk membincangkan usul
2 Mac 2019 - Mesyuarat Tahunan PIBG.. confirm sehari ni dah tak boleh nak touch up dokumen

KPInya semua mesti cantik dan kemas pada 1 Mac 2019. Nak packing dalam bag lagi. Hahaha. Gelak je lah takkan nak nangis kan??



13/02/2019

Ibu Comel Sik?

February 13, 2019 0 Komen

Ibu: Alan, Ibu comel sik?
Alan: Comel


Ibu: Abang, Ibu comel sik?
Abang: Comel

Kedua-duanya jawab dengan muka takde perasaan. Hahahaha.. walaupun boring, letih dan lapar tapi Ibu tau anak² Ibu ikhlas. Hahaha

Ibu jer perasan comel kan? Wakaka.



Kek PUBG

February 13, 2019 0 Komen
12 Februari 2012... 7 tahun yang lalu, Kakmim berjaya melahirkan Irfan Mustaqim #anakno2 secara normal setelah kelahiran kakak secara LCSC atau ceaser pada tahun 2009. Perasaannya tak terkata masa tu. Ye lah masa anak pertama ceaser memang ada rasa down sikit. Bila dapat lahir secara normal memang tak terhingga kepuasannya.

So hari ni hari ulang tahun Abang yang ke-7. Happy birthday, Abang. Macam biasa celebration di umah je bersama kazen² jer. Kazen² ajer pun dah ramai. Dan yang best nya hampir setiap bulan akan celebrate bersama di umah nenek walaupun hanya sekadar sebijik birthday cake.

Birthday Boy

Dah namanya budak memang excited jer. Kakmim pernah buat birthday party untuk si kakak jer pata tahun 2011. Adik² yang lain tak pernah lagi buat secara besar-besaran. Hehehe. Standardlah kan anak sulung kan memang ada lain dari yang lain sikit.

Oleh kerana trending sekarang ialah game PUBG. Ibu layankan ajer beli kek PUBG. Keknya Russian Black & White. Bukan Abang yang request. Ibu yang excited tengok IG baker yang promote kek ni. Hehehehe.

Tadaaaa... PUBG theme cake!!


Dalamnya.. Russian Black & White

Ayah & hero-hero PUBG

Ni kazen² rakan sepermainan PASKAL & PUBG.. hahaha

Bebudak ni semua memang tengah season main PASKAL kalau tak pun PUBG. Kalau main dengan jiran depan umah nenek lagilah dia ada banyak koleksi senapang dan pistol. Memang feeling PUBG habislah tukar² senapang konon. Hahaha. Indahnya zaman kanak².

Another birthday is bulan April!!! Si #anakno3 dah ada bau² jeles semalam. Nanti dia nak kek birthday Mobile Legend!! Hahaha.

Bulan 4 nanti ada 2 yang akan sambut birthday. Hihihi. Sorang lagi si kazen the one & only yang perempuan tu. Kita tungguuuuuuuu!!!


10/02/2019

#10yearchallenge

February 10, 2019 0 Komen
Sesuai sangatlah #10yearschallenge dengan blog ni. Sepanjang 10 tahun lebih ni memang blog ni ada ups and downs. Mulanya aktif, banyak posting. Lepas tu semakin berkurang sejak adanya media sosial seperti FB dan IG.

Belakangan ni memang kakmim sedaya upaya nak buat 1 posting sehari. Sayang kat blog ni banyak kenangan. Rasanya sepanjang pregnancy semuanya ada cerita masing-masing kecuali pregnancy ke-4 yang takde cerita pun kat sini. Kesian si bongsu.

Aha.. 10 tahun ye? Si sulung kakmim pun dah 10 tahun tahun 2019 ni. Sesuai kan? Lagipun memang cerita dia yang banyak dalam blog ni. Itulah specialnya jadi sulung. Hehehe.


Dulu semua progres #anakno1 memang cerita kat sini. Dulu pun pernah guna nickname Ibu Iman jugak. Hehehe.

Begitulah kenangan 10 tahun lebih berblog. Nak baca kisah #anakno1 ni senang cer klik jer label IMAN. 😁😁😁

09/02/2019

1st time menang contest di FB

February 09, 2019 1 Komen

Tadaaaa.. Hakak menang contest!!! Yahoooo πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Suka-suka jer pun teka orang masak lauk apa mlam tadi. Tetiba menang RM5 cash. Syukur. RM5 dapat beli sebungkus nasik ayam tu. Konyanggg. Hehehe.

Apapun, thanks Mama Mel πŸ’• sebab santai² buat contest 🎁


08/02/2019

Persiapan Untuk Pasukan Beruniform Pandu Puteri

February 08, 2019 0 Komen
Pejam celik si #anakno1 dah tahap 2 dah tahun ni. Dah darjah 4. Ertinya dah kena pilih pasukan pakaian beruniform di sekolah. Memandangkan Ibu dulu Tunas Puteri makanya daripada cerita-cerita Ibu si #anakno1 pun terpengaruh nak join Pandu Puteri. See?? Hebat tak kuasa pengaruh seorang Ibu. Hihihi.

Iman cakap cikgu kata beli baju uniform di HQ Pandu Puteri. Yang dijual di kedai² tiruan, logo salah. Ye lah, Ibu layankan aje. So hari ni kami pergi berdua ke sana. Masa Ayah ada hari tu lupa plak nak pergi. Al-maklumlah Ibu ni buta jalan sikit. Hahaha. Tadi pun guna Waze pergi. Area tu tau tapi spesific tu yang tak tau tu yang kena SOS Waze jugak. Hahaha.

Ada cerita jugak ke HQ Pandu Puteri ni. Walaupun guna Waze tapi failed jugak. Apuuu. Punyalah Ibu masuk ke kawasan perumahan kenapalah tak jumpa bangunan HQ ni. Padahal bangunannya seketul gedabak kat tepi jalan jer Ibu boleh tak perasan. Selalu lalu kot tapi ye lah tak tau kenapa tak ingat. Hihihi. Sampai tertido orang yang nak beli baju Pandu Puteri Tunas. Hihihi.

Nasib baik sampai staf tu memang sangat membantu. Iman pun blur baru bangun tido disuruh testing saiz baju. Hahaha. Ibu excited ni nak oi!!


Lepas tu staff tu tunjukkan lokasi lencana² yang patut dijahit di baju. Wajib ambil gambar ni memang tak ingat nanti dah sampai kat umah. Dulu zaman Ibu manade banyak lencana macam sekarang. 


Selain tu, buku-buku pun complete sekali beli di sana. Tak payah lah nak mencari lagi di mana-mana lepas ni. Senangggg.


Total semua ni semuanya RM87.20 sebab tolak seluar. Seluar sekolah biru tua ni ada banyak sebab si #anakno1 ni ke sekolah pakai seluar. Kalau dengan seluar RM100 lebih jugak kata staff tu tadi.


Lega dah Ibu kelengkapan si kakak dah complete. Cuma baju silat si abang pulak ni belum ada stok lagi. Lepas raya cina ni mungkin baru ada stok saiz paling kecik kot. 


Ini haa Pandu Puteri Ibu. Hehehe. Lepas ni ikut Ibu gi ofis dulu sebab alang-alang kalo nak kena hantar balik umah. Hehehe.

Next misi baju silat pulak. Yeeehaaa!!




1 bulan 1 buku

February 08, 2019 0 Komen
Sejak dah matang ni.. Chehh.. Matang yek bukan tua πŸ˜‚πŸ˜‚ Aku jarang nak berazam bagai. Macam budak sekolah pulak pasang azam. Hihihi. So memang lamalah takde azam bila tukar jee tahun baru.

Tapi awal tahun ni macam terpasang azam pulak. Terniat dalam hati nak hbiskan baca 1 buku sebulan. Bukan apa buku tu selalu jugak beli tapi bacanya selalu tak habis 🀦#mybad

Ni dah masuk bulan 2. Bulan 1 tu memang ada beli buku baru tapi tak khatam lagi. Pastu sambung baca buku tahun 2018 tapi masih jugak tak habis² 🀦

Baru² ni si #anakno1 beli buku baru. Mulanya dia nak beli Lawak Kampus. Aku tak berapa gemar diorang baca komik ni. Baik baca buku yang betul² buku. Rondeng punya rondeng, sembang punya sembang dia setuju beli Budak Kelas Belakang ni. Bukan apa, Ibunya yang nak baca jugak. Ni kira untunglah anak baca mak pun boleh baca. Tapi baru habis 1 bab ni. Huhuhu.



Dulu.. Zaman muda dulu, dapat jer buku memang tak tido malam nk habiskan baca. Sekarang?? πŸ’†πŸ’†πŸ’†

Membaca di henpon tak sama dengan baca buku yang kita pegang. Kan? Kan?

07/02/2019

Kuch Kuch Hota Hai 2019

February 07, 2019 0 Komen

Best kan kalo ada Kuch Kuch Hota Hai 2019. Kira diorang reunion balik la. Anjali sorang dah tua, Anjali sorang lagi dah dewasa. Mesti best.

Malam ni excited pulak layan hindustani ni. Berapa kali ulang dah tengok masih tak jemu² lagi.

Tapi yang tak bestnya pulak hari tetiba hujan lebat. Dengan guruh berdentum-dentam, kilat sabung-menyabung pulak tu. Asterok macam biasalah bila hujan. Terpaksa off tv. Nak biarkan on pun bukan dapat tengok apa pun πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Asterok kacau daun orang tengah fefeeling menari hindustani laa. Iskkk 😏

Cuti CNY kami

February 07, 2019 0 Komen
Cuti PH CNY yang lalu memang kami #imanfamilia habiskan masa bergumbira di luar je. Sebelum ni complete cycle ibu dan anak² demam tu yang lama dah tak keluar bergumbira. Hehehe.

Paginya kami beraya dulu lepas shopping sikit² di Aeon. Balik tu lepak umah FIL. Maghrib balik solat di umah dan lepas tu keluar balik. Takde jugak ke mana pegi makan jer pastu masuk shopping mall kejap ambik mood bergambar CNY. Hihihi.

Rasa macam lama jugak dah tak masuk shopping mall. Hahaha. Masa ke Aeon tak pulak bergambar. Di PM jugak bergambar. Ye lah orang dah tak ramai, kami sampai dah 9.30 malam mall dah nak tutup dah. Hihihi. Sempat beli buku di MPH je.

1st sibling potrait diorang untuk 2019

Bertiga jer

Berdua si #anakno2 dan #anakno3

Berdua lagi... hihihi

Complete.. berenam.. hehehe



Tips Khusyuk Solat

February 07, 2019 0 Komen

Ibu perati jer ko nak 😎😎

Idlan ni kalau solat suaranya memang nak lawan suara imam. Selalu sangat macam tu. Kita pun boleh konpius siapa imam ni πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Satu malam tu suaranya tak kedengaran. Hanya berkumandang suara imam jer.

Ibu pun menyorok tepi pintu nak tengok apa kejadiannya suaranya tak kedengaran seperti selalu.

Rupanya!! Orang khusyuk sangat solat sampai pejamkan mata... Wa cakap luuuuπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

Memang khusyuk ah!! 🀣🀣🀣

Anak oh anak 😍😍😍 macam² hal jer πŸ™Š

Oops.. Maaf ye ni bukan tips serius nak khusyuk solat. Ni tips anak² Kakmim jer. Hehehehe 😌