Follow Us @soratemplates

18/02/2019

Sejadah Kesayangan

February 18, 2019 0 Komen
Merenung sejadah selepas solat dan teringat ni lah sejadah yang aku dah guna sejak dari sekolah rendah lagi. Bukan tak ada sejadah lain di rumah tapi bila ko pindah rumah sendiri sejadah ni pun ikut pindah sekali. Sentimental value sejadah ni tak ternilai rasanya. Hmm... Sebak plak rasa πŸ˜”



Lets Maghrib countdown!! Lepas tu nak masak dinner lagi. Daaa 😁

Validasi oh Validasi

February 18, 2019 0 Komen
Isnin minggu lepas muncullah tarikh validasi di E-Sis. Tarikh yang dinanti-nantikan sejak Oktober yang lalu. Hihihi. Iklan kenaikan pangkat keluar akhir Ogos 2018 lepas tu sibuklah menyediakan dokumen yang perlu diupload.



Dan selayaknya memang sibuklah sampai 1 Mac nanti. Tarikh validasinya ialah 4 Mac 2019. Tempat??? Nun di sana.... terbanglah kita bersama fail-fail ke Putrajaya. Wish me luck ya. Hahahaha.

Fail-fail semua dah ready cuma dalamnya masih ada lagi yang lompong sana sini. Masih ada sedikit waktu lagi untuk berjuang ni.



23 Februari 2019 - Meeting pra-AGM PIBG untuk membincangkan usul
2 Mac 2019 - Mesyuarat Tahunan PIBG.. confirm sehari ni dah tak boleh nak touch up dokumen

KPInya semua mesti cantik dan kemas pada 1 Mac 2019. Nak packing dalam bag lagi. Hahaha. Gelak je lah takkan nak nangis kan??



13/02/2019

Ibu Comel Sik?

February 13, 2019 0 Komen

Ibu: Alan, Ibu comel sik?
Alan: Comel


Ibu: Abang, Ibu comel sik?
Abang: Comel

Kedua-duanya jawab dengan muka takde perasaan. Hahahaha.. walaupun boring, letih dan lapar tapi Ibu tau anak² Ibu ikhlas. Hahaha

Ibu jer perasan comel kan? Wakaka.



Kek PUBG

February 13, 2019 0 Komen
12 Februari 2012... 7 tahun yang lalu, Kakmim berjaya melahirkan Irfan Mustaqim #anakno2 secara normal setelah kelahiran kakak secara LCSC atau ceaser pada tahun 2009. Perasaannya tak terkata masa tu. Ye lah masa anak pertama ceaser memang ada rasa down sikit. Bila dapat lahir secara normal memang tak terhingga kepuasannya.

So hari ni hari ulang tahun Abang yang ke-7. Happy birthday, Abang. Macam biasa celebration di umah je bersama kazen² jer. Kazen² ajer pun dah ramai. Dan yang best nya hampir setiap bulan akan celebrate bersama di umah nenek walaupun hanya sekadar sebijik birthday cake.

Birthday Boy

Dah namanya budak memang excited jer. Kakmim pernah buat birthday party untuk si kakak jer pata tahun 2011. Adik² yang lain tak pernah lagi buat secara besar-besaran. Hehehe. Standardlah kan anak sulung kan memang ada lain dari yang lain sikit.

Oleh kerana trending sekarang ialah game PUBG. Ibu layankan ajer beli kek PUBG. Keknya Russian Black & White. Bukan Abang yang request. Ibu yang excited tengok IG baker yang promote kek ni. Hehehehe.

Tadaaaa... PUBG theme cake!!


Dalamnya.. Russian Black & White

Ayah & hero-hero PUBG

Ni kazen² rakan sepermainan PASKAL & PUBG.. hahaha

Bebudak ni semua memang tengah season main PASKAL kalau tak pun PUBG. Kalau main dengan jiran depan umah nenek lagilah dia ada banyak koleksi senapang dan pistol. Memang feeling PUBG habislah tukar² senapang konon. Hahaha. Indahnya zaman kanak².

Another birthday is bulan April!!! Si #anakno3 dah ada bau² jeles semalam. Nanti dia nak kek birthday Mobile Legend!! Hahaha.

Bulan 4 nanti ada 2 yang akan sambut birthday. Hihihi. Sorang lagi si kazen the one & only yang perempuan tu. Kita tungguuuuuuuu!!!


10/02/2019

#10yearchallenge

February 10, 2019 0 Komen
Sesuai sangatlah #10yearschallenge dengan blog ni. Sepanjang 10 tahun lebih ni memang blog ni ada ups and downs. Mulanya aktif, banyak posting. Lepas tu semakin berkurang sejak adanya media sosial seperti FB dan IG.

Belakangan ni memang kakmim sedaya upaya nak buat 1 posting sehari. Sayang kat blog ni banyak kenangan. Rasanya sepanjang pregnancy semuanya ada cerita masing-masing kecuali pregnancy ke-4 yang takde cerita pun kat sini. Kesian si bongsu.

Aha.. 10 tahun ye? Si sulung kakmim pun dah 10 tahun tahun 2019 ni. Sesuai kan? Lagipun memang cerita dia yang banyak dalam blog ni. Itulah specialnya jadi sulung. Hehehe.


Dulu semua progres #anakno1 memang cerita kat sini. Dulu pun pernah guna nickname Ibu Iman jugak. Hehehe.

Begitulah kenangan 10 tahun lebih berblog. Nak baca kisah #anakno1 ni senang cer klik jer label IMAN. 😁😁😁

09/02/2019

1st time menang contest di FB

February 09, 2019 1 Komen

Tadaaaa.. Hakak menang contest!!! Yahoooo πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ‘

Suka-suka jer pun teka orang masak lauk apa mlam tadi. Tetiba menang RM5 cash. Syukur. RM5 dapat beli sebungkus nasik ayam tu. Konyanggg. Hehehe.

Apapun, thanks Mama Mel πŸ’• sebab santai² buat contest 🎁