Follow Us @soratemplates

17/04/2019

Bloghopping dan jumpa blogger aktif

April 17, 2019 2 Komen
Hari ni macam free sikit so banyaklah post ari ni. Ada yang dah draf tapi ari ni baru siapkan dan publish. Hahahaha.

Dan tetiba rajin nak bloghopping, excited tau jumpa blog yang updated. At least takdelah nak baca status FB orang jek. So iols pun join jugak lah segmen bloglist Shu ni.



Lagipun syaratnya senang jer:

Terma & Syarat :
1. Follow blog Shuhaida Saad ni.
2. Komen bersama link blog korang.
3. Entri nak buat atau tak, terserah.
4. Tunggu shu update dan masukkan dalam list shu.
5. Done.


Tarikh Tamat :
18-Apr-2019 (8.30 malam)


Tengok tarikh tamat, oh sempat lagi. So selamat berkenalan kepada blogger Shu.

PROKIDS Tour Ustaz Ebit Lew di Kuching

April 17, 2019 0 Komen
13 April PROKIDS di Kuching. Registernya bulan 1 ari tu dah. Tapi bulan ni baru gitau Kakak. Takut dia excited kalau gitau awal. Hahahaha.

Respon kakak - best. Moral of the program dia taknak tinggal solat, sayang Ibu Ayah, jadi anak yang baik. Semoga istiqomah ye anakanda.

Hari tu saya ada kursus pendek kat Kolej so takleh nak antar kakak ke PCC tu walaupun dekat jer dengan Kolej. So Ayahlah yang antar. Pastu Ayah gitau kol 4 nanti parents pun dijemput sekali untuk sesi doa bersama anak. Apalagi, mesti la tak lepaskan peluang. Biar punch out awal tapi family tetap priority. 

Ramai sangat orang ari tu. Masuk jer dewan memang susah lah nak cari si kakak. Semua budak dah nangis dah, sesi refleksi. Saya ni tengok orang nangis mudah jugak nak berjangkit. Hihihihi.

Dapat snap dari jauh jer Ustaz Ebit.

Jumpa jugak kakak.

Kakak dan anak jiran depan rumah.


Jumpa anak member terus ajak bergambar sebab tak jumpa maknya, bergambar dengan anak pun jadilah.

Jumaat ni cuti umum di Kuching. Si kakak dah pandai request nak join kem anak soleh yang selalu dibuat waktu cuti. Tengok tentatif memang okay sangat. Oklah, Ibu registerkan kakak. Sekali dengan adik k.






Glory Beach Resort, PD

April 17, 2019 0 Komen
Yeah, ini bukan kali pertama saya di PD. Ni dah kali ke-3 di Glory Beach. Kali pertama masa kursus induksi 2007 yang lalu. Kemudian kursus CPCM pada tahun 2012 dan tahun lepas 2018 di PNB Ilham, Tanjung Tuan, PD. 

Cantik jugak PD ni tu yang geram nak bawak budak-budak ke sini. Tapi antara Glory dan Ilham, Ilham lagi cantiklah pantainya. Air pun biru je. Pastu ada Bukit Batu Putih jugak untuk dipanjat. Hehehe.

Apapun layankan gambar je. PD ni saya booking thru Agoda. Kebetulan ada vacant terus jer grab. Gambar random so takde story di sebalik gambar. Hehehehe.


















Restoran 3 Dara dan MAPS

April 17, 2019 0 Komen
Sambungan cuti² kami hari tu... hehehe

30 Mac 2019 - Lepas check out dari i-City kami bergerak ke Ipoh pulak. Lepas lunch di Shah Alam, kami teruskan perjalanan ke Ipoh. Hujan time tu so En Husband drive tak laju. Nak ke Ipoh agak jem jugak so berenti di RnR Tapah agak lama jugak.

Kat Ipoh kami stay di homestay. Cari di FB, tengok page agak ok, so terus pm owner. ALhamdulillah dapat owner dan rumah yang ok dan selesa. Plannya sampai di Ipoh terus nak masuk MAPS tapi dah exhausted sangat so kami terus je check in. Memang tak ke mana pun di Ipoh. Malamnya keluar makan di Restoran 3 Anak Dara. Itu pun google jugak. Hahaha. Nasib baiklah ada Mr Google ni kan?

Homestay kami terletak di Chepor Indah. Macam jauh jugak kot tapi tak jauh dengan MAPS. Owner sangat membantu. Saya tanya dia ok jer layan. Bolehlah usha DD Homestay di FB kalau ada yang berminat.

Simpang masuk ke perumahan homestay kami.

Recommended kedai makan ni, walaupun servis agak lambat tapi puas hati tunggu. Sedap!

Otak-otak ni pun sedap!! Habis semua sebakul kami kerjakan. Hahaha.

Ni request budak-budak tu haaa.. haha

Bukti..licin semua.. siap order lagi nasik tambah.. hahaha! Beli pakej ada set. Ada ikan, udang, sayur, tapi murahlah... no wonder orang kata makan kat Sarawak mahal sebab kat Ipoh ni makan murah.. huhuhu. Terbaiklah!!

Makan sehingga butir nasi terakhir ke? Hihihi

Sebab tunggu order lambat sampai, makanya menyempatlah to kill the time kata Pakcik Mat Salleh. Hahaha.


Keesokkan harinya kami bekfes di umah je. Lepas bekfes gerak pulak ke MAPS. Ingatkan jauh rupanya memang dekat. Memang owner tu tak tipu. Hehehehe. Sempat tau bergambar di depan homestay sebelum bergerak ke MAPS.

Pastu owner upload gambar kami ni ke page DD Homestay pulak. Hahaha


Tadaaa... kami sampai dalam 10 pagi macam tu, orang masih tak berapa ramai.


Family photo sebelum semuanya mandi peluh.

Another family photo. Kali ni Encik Husband yang snap so dia takde dalam gambar. 


Famili photo jugak tapi wefie-style. Hehehehe.


Kat sini pun ada bangunan terbalik rupanya.

Yang lelaki tengok 4D movie Boboiboy dengan Ayah, kakak pegi rumah hantu Riana. So bongsu plak tak lepas masuk 4D theater so Ibu layankan dia di Didi & Friends park. Layankan ajer ye.

Oleh sebab Deklan menjenguk Didi sorang², takde geng so dia macam blur je. Ibu pulak yang macam excited. Hihihi.











Sekian MAPS, k bai!! Hahaha. Kalau rajin saya update lagi. PD pulak ye. Hihihihi



15/04/2019

Birthday si anak no 3

April 15, 2019 0 Komen
Selamat hari lahir yang ke-5 #anakno3 Ayah Ibu πŸ’• Request nya tahun tok bukan kek PUBG macam abang, tapi kek sekda gambar, ada nombor ajak 😊 Tq Auntie Naz yang merealisasikan impiaan nya πŸ‘



Si bongsu sik jadi toklah yang paling rapat dengan Ibu sampei digelar 'temunek'. Nya lah bodyguard Ibu, mun Ibu stay up molah keja ofis di umah waktu malam kah, berkemas umah kah, melipat kain kah, nya lah yang akan setia dengan Ibu sampei tengah malam. Nya akan nunggu sampei Ibu setel semua kekadang sampei tertido di kerusi nya 😍😍😍

Mun abang nya nak tido umah nenek nya lah paling susah hati, nya mun dapat sikmok abangnya jauh dari nya πŸ˜‚πŸ˜‚ muka nang serius tapi suka senyum.. Kekadang sikda papa pun tersengeh ajak 😁

Mun Ibu marahnya siap jak, manasnya nangis sebab baginya Ibu sik boleh marah nya sebab nya sayang Ibu 🀣 Kelak nya rindu Ibu πŸ˜‚

Walaupun gap nya dengan adiknya rapat tapi nya paling manjak daripada adiknya. Dan nya lah yang bf paling lamak antara semua adik beradik 😊😊

15 April 2019, happy 5th birthday Imran Mudzaffar πŸŽ‰πŸŽŠπŸŽˆ

Soalan yang selalu Ibu tanyak nya, kelak Ibu dah tua, muka Ibu dah sik cantik agik, sayang Ibu agik sik??

Sayanggggg... Cepat jak nya jawab koh. πŸ˜πŸ’•πŸ˜

Ari tok celebrate di sekolah, cun ada geng juak yang celebrate birthday 6 tahun. Meriah kek jadinya. Hehehe.

Happy birthday Imran & Fatin

Geng keras di sekolah