Follow Us @soratemplates

25/04/2019

Semua Tentang Kita

April 25, 2019 4 Komen
Sesambil bloghopping pagi ni sesambil tu juga dengar Youtube, saja layan lagu-lagu lama. Tetiba randomly kuar lagu Peterpan. KLMJ sangat. Dulu time masih belum jadi mak orang, belom jadi isteri orang memang suka sangat lagu Peterpan. Siap beli CD lagi. Semua lagu Peterpan pun saya tau. Hahahaha.

Sapa yang minat lagu Indon dulu?? Hahaha.

Saya sejenis yang suka lagu Indon masa masih single dulu. Dapat lagi ex-boifren (Mr Husband) pun gilakan lagu Indon jugak. Memang melanun jer lah kerjanya kami 2 orang. Asal ada lagu baru je kitorang share. Macam berlumba-lumba je sapa yang jumpa lagu baru dulu. Hahaha.

Banyak lagi band dari Indon yang jadi kegilaan kami, Gila lagunya je lah, artisnya tak berapa nak kenal, tau nama band je. Boleh pulak gitu kan? Nasib lah.

Antara lagu Peterpan yang saya suka, lagu Semua Tentang Kita kat bawah ni. Hmm... 


Waktu terasa semakin berlalu
Tinggalkan cerita tentang kita
Akan tiada lagi kini tawamu
Tuk hapuskan semua sepi di hati

Ada cerita
Tentang aku dan dia
Dan kita bersama
Saat dulu kala

Ada cerita
Tentang masa yang indah
Saat kita berduka
Saat kita tertawa

Teringat di saat
Kita tertawa bersama
Ceritakan semua tentang kita




Sebenarnya.. semualah saya suka lagu diorang ni.

24/04/2019

Segmen Bloglist Fizacrochet

April 24, 2019 6 Komen

Ini kali kedua saya join Segmen Bloglist untuk bulan April ni. Bulan lain tak tau lagi sebab tak tau boleh aktif sentiasa atau tak. Hihihi.

Best jugak sebenarnya ada segmen macam ni, at least dapat jugak kenal geng blogger baru. Geng-geng lama semua dah pencen (kot). Hehehehe.

Bila first time baca blog Fiza ni excited sungguh saya. Ye lah jumpa orang kampung, walaupun tak berkenalan dari kampung mana. Hahaha. Tapi jarang jumpa blogger Sarawakian ni tu yang excited tu.

Sesiapa lagi yang nak join, jom la. Kita kenal-kenal geng blogger yang lain. T&C nya senang jer. Klik sini untuk join k.





23/04/2019

Rambut Bidadari Goreng

April 23, 2019 2 Komen
Pagi ni masa #theimans breakfast, saya explain lah dekat diorang, benda yang diorang makan tu bukan spagetti tapi angel hair. Spagetti kan besar dan tebal, angel hair ni nipis je. Terus si kakak berbunyi, oh, rupanya kita makan rambut bidadari goreng. Hahaha.. ye lah nak. Rambut bidadari pun rambut bidadari lah.

Bekalan Ibu dan anak² yang sempat disnap pagi tadi. Bekalan untuk #theimans yang di sekolah rendah takde dalam gambar sebab dah siap packing dalam beg masing².

Alkisahnya, minced beef dah takde stok, ayam jer ada. Cincang² ayam manual style untuk masak angel hair goreng ni. Buat macam pasta goreng tapi guna si angel hair. Untuk kakak, kalau bekal makanan yang berkategori pasta ni kena bawak lebih, sebab kawan-kawannya suka. Kesian pulak kalau berebut² makan nanti. Si abang pun Ibu bawakkan lebih hari ni, sebab ari tu bekal pasta goreng dia cakap ramai kawan dia mintak. So nanti jamuan hari guru senang je lah Ibu buatkan pasta goreng je untuk semua.

Si abang ni suka bercerita, ada kawan dia di sekolah tak bawak air. Satu hari tu duit pulak lupa bawak. Air tak ada, nak beli makanan kat kantin duit takde, alahai kesiannya. Ibu tanya, abang bagi tak makanan kat dia, abang cakap kawan dia taknak. Sedih pulak Ibu dengar.

Budak darjah 1, kecik lagi, ye pun nak ajar budak berdikari suruh beli makanan di kantin tapi at least air tu bawaklah dari rumah. Kesianlah budak² yang tak bawak bekal ni. Alahai mak-mak. Air masak jer pun.

#theimans ni memang tak pernah tak bawak bekal. Memang kena bawak hari-hari. Tak sanggup nak fikir diorang tak makan waktu rehat, perut pulak lapar, macam manalah nak belajar nanti. Diorang ni nak ke sekolah pun kena isi perut dulu kenyang². Memang risau kalau diorang tak makan. Alhamdulillah, memang #theimans dah terbiasa breakfast berat. Paling diorang suka, nasik goreng lah. Weekend kalau tak sediakan breakfast asyik kena soal je Ibu masak apa, Ibu masak apa. So memang takde hari yang tak masak. Hahaha. Kalau malas sangat beli je nasik lemak untuk breakfast, setel.

So, mak-mak kat luar sana, bekalkanlah air masak untuk anak-anak ke sekolah ye. Kesian tau, budak-budak ni dah la kuat bermain kang dahaga kesian diorang. Kalau boleh, elakkan bekal air manis, sebab nanti bawak air manis budak-budak cepat nak terkencing. Ada sesetengah budak tak suka pergi toilet di sekolah. Lagipun budak umur ni tak elok banyak minum air manis.

Seronok tau bila anak balik sekolah bagitau, Ibu.. bekal abang habis ari ni, ada kawan mintak jugak, abang makan share² dengan kawan. 

Bak kata pepatah, hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Biar sedikit tapi berkat. Budayakan amalan berkongsi ketika anak² masih kecil.

Irfan & Silat Cakar Harimau

April 23, 2019 0 Komen
Sedar tak sedar ni dah bulan ke-4 dah Irfan, #anakno2 belajar silat. Dia belajar perguruan silat cakar harimau yang buat latihan di Majma Mall. Tapi Ibu tak jumpa lagi baju silatnya. Susah betul nak cari baju silat yang saiz kecil. Ada pulak jumpa yang kainnya keras dan kaku. Tak sedap pulak pakai kalau jenis yang keras. Lagipun Tok Guru dah bagitau brand mana yang selesa pakai. Walaupun belum ada baju silat, tapi si abang ni yakin belajar. Mulanya dulu macam takmo nak belajar tapi sekarang dia dah boleh ajar adik-adiknya pulak di rumah. Semoga istiqamah, anakku.

Gambar yang disend oleh Tok Guru. Yang tak pakai baju silat tu Irfan lah. Hehehe.

Setiap kali habis training diorang akan bergambar dan upload gambar kat page diorang. Walaupun Tok Guru tu otai, tapi rajin pulak dia balas whatsapp tau. Tok Guru 3 dari kiri di barisan belakang. 


22/04/2019

Review The Loftplaza Hotel

April 22, 2019 2 Komen
Awal bulan 3 ari tu kan validasi di hq di Putrajaya, so time tu saya try hotel yang tak pernah kami check in. Kalo hotel wajib check in memang Tune Hotel di Depulze kalau ada keja di Putrajaya. Selalunya saya suka baca review di Agoda dulu sebelum booking. Pernah jugak booking hotel area Bangi tapi bila nak check in, hotel tu dah disita. Memang ke hulu ke hilir lah carik hotel nak check in. Hahaha. Kenangan betul. Dahlah ramai time tu, semua #theimans pun ada. Kesian diorang.

Hotel yang kami try bulan lepas ialah di The Loftplaza Hotel area Bandar Puteri Bangi. Time tu baru lepas PRK memang masih terasa bahang kempen PRK dengan poster-poster calon time tu. Ok lah kita layan gambar je lah.

Ini haa full address nya. Menurut kata cik adik hensem yang jaga kaunter check in tu hotel tu baru lagi. Dalam 9 bulan gitu kot, tak ingat plak. Hehehe. Ownernya plak Melayu.

Saya biasalah ringan mulut suka bertanya sampai ke owner pun ditanya sebab shower nya macam gambar kat atas tu. Bila dia cakap owner Melayu, hmm... no wonderlah kan?

Ni ruangan lobi. Ye lah hotel baru, masih cantik suci murni lagi tu.

Sebelah lobi, ada disediakan coffee corner ni. Memang dalam bilik takde heater tapi boleh ke lobi untuk beli hot coffee. Drinking water tu free jek.

Lif ada 1 ni jek. Dan kecik!! Hehehehe.

Siap ada warning lagi. Tak boleh buat macam rumah sendiri. Hehehe. Bagus ni biar berdisiplin sikit.

Koridor menuju ke bilik.

Ini haa bilik nya. Basic saja ye. Selimut nipis. Harap² yang tu akan ditambahbaik pasni.

Toiletnya. Ok lah kan? Setakat nak tidur semalam 2 pastu pagi² dah kuar pi keja petang baru balik.

Bawah hotel ada kedai nasi kandar. Banyak lagi kedai makan melayu area situ. Makan memang takde masalah kat sini.

Nak tengok live bola pun ada.

Last but not least, adik gebu ni lah yang rajin melayan pertanyaan saya sewaktu check out. Hihihihi.

Eh, satu lupa. Rate semalam RM70 untuk standard room. Ok lah kan? Dah lah hotel baru. Tapi nak stay sini kena ada transport lah. Susah jugak kalo asik mengharapkan grab. Tapi nak ke Aeon Nilai dekat jer ni. Hihihi. Dan 1 lagi, hotel ni takde family room. Susah lah kalau nak bawak famili ramai². Tapi setakat pegi keja balik keja tumpang tido semalam, recommended sangat.
















Kem Anak Soleh Anak Hebat

April 22, 2019 2 Komen
Jumaat lepas, cuti umum kat Sarawak ni. Cuti Good Friday untuk penganut agama Kristian. Hari ni pun banyak jugak sekolah yang cuti peristiwa sebab Easther Monday. So last week memang panjanglah weekend. Tapi hari ni takdelah semua sekolah yang ambik cuti peristiwa, mana yang berkenaan je. #theimans semua sekolah hari ni sebab abang dan kakak sekolah agama.

Oh, ya minggu lepas dalam entri ni saya ada bagitau si kakak request nak pegi 1 kem motivasi yang dibuat ari Jumaat lepas. Last minute saya cari no kontek penganjur. Mujur dalam grup sekolah ada parents lain yang forwardkan. Daripada daftar seorang, si abang dan sespupu diorang pun terus join sekali Kem Anak Soleh Anak Hebat (ASAH) ni.

So walaupun cuti takde maknanya nak bangun lambat atau nak bermalas-malasan. Bangun awal jugak macam sekolah ari tu sebab kem start jam 8. Lagipun ari Jumaat ari tu Ibu pun ada persiapan tempat untuk program PIBG di sekolah. Memang macam hari bekerja jugak lah hari cuti tu. Yang tinggal di umah nenek, si #anakno3 dan #anakno4 je. Hehehe.

Kem ASAH tu mula jam 8 pagi hingga 5 petang. Sebelah petangnya parents dijemput berjemaah di masjid dan menghadiri upacara penangguhan kem ASAH. Petangnya bawak 2 orang budak sekali ambik kakak dan abang.

Program ni buat di bilik seminar Masjid Al-Abyad, Matang Jaya. Besar sangat masjidnya. First time jugak pergi sebab ni bukan area taman kami. Ada 2 bangunan. 1 memang ruang solat, 1 lagi memang khas untuk bilik-bilik seminar dan pejabat am.


Imran marah sebab Ibu bawak pegi masjid pakai seluar pendek. Nampak aurat katanya. Hahaha. Malas pulak Ibu nak tukar seluar bagai, nak. Nanti Ibu jugak yang membasuhnya.

Kat area parking masjid. Tempat parking pun luas giler. Masa sampai sebelah petang tu ada pengantin nak akad nikah jugak di bilik seminar sebelah. No wonder projek masjid tu dulu lambat siap sampai mintak sumbangan dana bagai rupanya luas dan besar masjidnya. Alhamdulillah, memang sesuai untuk komuniti nak buat program atau sewa untuk akad nikah.