Follow Us @soratemplates

18/06/2019

Supermom Mode Activated

June 18, 2019 2 Komen
Hai! 14 Syawal dan Selamat hari raya!! Mode hari raya masih di mana-mana tapi yang penting sekarang mode SUPERMOM saya dah activated. Baru jer balik hantar Ayah Iman di airport. Back to routine, PJJ. Ayah pun balik ke sarang mencari rezeki.

Lama tak update kan? Hahaha. Malasnya nak update bila bercuti. Kat ofis jugak best menaip. Saya baru jer masuk opis semalam. Hihihi. Memang gak lama jugak la bercuti. Dari cuti gawai bersambung ke raya. Ayah malam raya baru balik so dia cuti lama lah lepas raya. So wajib jugaklah si Ibu follow cuti Ayah kan? Sepatutnya Ayah Iman balik hari Ahad ri tu so semalam sepatutnya 2-2 dah masuk keja balik tapi Ayah extend pulak cuti sampai hari ni. Hehehe.

Apapun, Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin dari Kakmim sekeluarga. Syukur raya tahun ni disambut sederhana, #sempurnaseadanya.

Famili korang tema apa tahun ni? Kami baby blue warna pilihan si Ayah. Kikiki.

31/05/2019

26 Ramadhan

May 31, 2019 0 Komen
Berdebar-debar pulak Ramadhan dah semakin meninggalkan kita
Dan semestinya Syawal pun menghampiri kita
Syawal sinonim dengan bulan #familybonding
Ye lah time ni je kita melawat mak pak sedara dan kawan-kawan

Eh, korang dah cuti ke?
Rasanya tahun ni lah saya ambik cuti raya banyak daripada tahun sebelum ni
Sebelum ni budak baru daftar seminggu lepas raya
Tahun ni ada lambat sikit
So bolehlah beraya dulu


Tahun ni raya puasa bertembung dengan gawai
So sebenarnya banyak save cuti sebab cuti umum kan
Majoriti orang ambik cuti 2 hari je
Tapi saya pulak lebih-lebih

Kita extended lagi!!!
Dan menggenapkan 16 hari tak ke ofis dalam bulan Jun
Wohooo!!!

Mungkin ini last entri untuk bulan Mei
Besok dah bulan Jun
Dah setengah tahun di tahun 2019
Sekejap jer kan?

Apapun bagi yang nak balik ke kampung tu, hati-hati di jalan raya k
Make sure takde yang tertinggal, rumah semua dah kunci
Saya tak ke mana pun
Tunggu Encik Suami jer lah balik malam raya nanti

29/05/2019

24 Ramadhan

May 29, 2019 0 Komen
Pejam celik pejam celik dah 24 Ramadhan
10 malam terakhir di bulan Ramadhan

Tahun ni buka puasa dan sahur belom lagi di umah sendiri
Sedih pulak nak balik rumah sendiri
Padahal bukan jauh pun
Balik pun basuh & jemur baju je

Encik Suami tahun ni tak balik pun bulan puasa
Malam raya karang baru balik
Sebab nak ambik cuti masa hari raya kan?

Makanya memang risau lah nak berkemas seorang diri di umah
Nasib baik ada adik² tempat meminta pertolongan

Oh, ya zakat kami anak-beranak tahun ni pun dibayar di Putrajaya
Selalunya Encik Suami balik cuti bayar zakat kat sini


So lainlah resit zakat kami tahun ni
Tulisan jawi

Korang dah bayar zakat ke belom?


22/05/2019

17 Ramadhan

May 22, 2019 0 Komen
Yuhuuu!! Lama menyepi. Malas pulak nak update. Jangan marah ye.. hehehe. Lagipun sekarang ni musim busy kat Kolej. Asyik menerima tetamu je. Pastu balik pulak awal, memang macam sekejappppp je kat ofis. Bila jam 4, eh dah balik ke? Hahaha.. macam tu lah gamaknya.

Ok, ada satu gambo ni. Jap eh, saya nak share.

Jeng.. jeng... jeng! Tau kan? Pensel! Hahaha

Ni jer yang saya sempat collect masa bengkel ari tuh. Biasalah mak ramai anak ni memang macam tu. Setahun memang berkotak-kotak stok pensel kena ada. Paham-paham jer lah kan budak-budak sekolah. So masa kursus la masa yang paling best buat collection pensel. Ada jugak yang hotel tiap kali slot kalo pensel takde ada meja diorang akan top up. Ada jugak yang kedekut top up sekali sehari je. Hehehe.

Ni kira ok lah. Boleh jugak buat stok untuk top up stok kat umah. Hihihi. Bukan curi tau, daripada membazir kita bawa baliklah. Dapat jugak dimanfaatkan oleh anak-anak.

Hmmm... Sapa habit macam ni??? Hihi.. bolehlah kita geng. ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Eh, hari ni ada orang cuti ye? Kami tak cuti. Salam Nuzul Al-Quran ye!!

16/05/2019

Masak Lemak Cili Api De'Salai Bangi Station

May 16, 2019 1 Komen
Petang ni masak apa untuk berbuka?? Masak lemak sedap kan?? Hehehe. Baru jer mak masak semalam. Sepanjang puasa ni belom lagi berbuka kat umah sendiri, #theimans nak buka & sahur kat umah nenek. Sunyi kot diorang. Tunggu Ayah balik nanti baru lah kot seronok berbuka kat umah sendiri.

Tahun lepas ke bazaar ramadhan Putrajaya singgah beli masak lemak cili api kat satu gerai ni. Tapi daging salai time tu dah abis, so terima jer lah apa adanya lauk yang ada. Tapi tauke tu sempat lagi promote restoren dia kat Bangi. Alhamdulillah, tahun ni dah rezeki kot baru sempat nak makan kat situ.

Kat Bangi Gateaway jer pun ni. Malamnya parking lot depan tu ada Uptown Bangi Gateway. 

Kami memang target nak makan masak lemak pun. So pergilah dalam kol 10 camtu dengan harapan lauktengah hari dah ada. Sampai jer lauk masih tak banyak tapi staff dia cakap dah masak, tunggu nak angkat dari dapur jer lagi. Oklah, kami jenjalan kat Pasar Karat dulu.

Bila dah habis pusing Pasar Karat yang belum banyak jugak kedai dah bukak, kami kembali menjenguk lauk yang dah ada. Yeay!!! Dah boleh makan dah.

Tengoklah lauk suami isteri. Mestilah taknak rugi. Sorang ambik daging salai, sorang ambik ikan keli. So 2-2 dapat rasa kan?

Tapi, daging salai ni memang serius sedap. Pernah jer masak sendiri tapi dagingnya tak lembut. Yang De'Salai ni memang lembut sangat. Nak nangis jer rasa. Hahahaha.

Close up sikit. Hehehe. Ikan keli ni mestilah saya yang punya. Tapi daging salai lagi lagi lagi lagi lagi sedap. Nyam nyam... Tangan pun cepat jer pindah kat pinggan depan tu haa..

Oh, ya sambal gesek tak boleh tinggal. Sambal gesek dan masakan berasaskan santan memang tak dapat dipisahkan kot. Memang wajib ada baru ada kick rasa makan. Hehehe. Nak story pasal sambal gesek ni, dekat area sambal gesek tu memang ada friendly reminder comel, AWAS! SAMBAL GESEK INI PEDAS MELAMPAU. Ingatkan takdelah pedas sangat. Rupanya ini bukan cobaan, memang betul² pedas. Hahaha. Tapi kan tak sedap tak kick pulak makan kan? Puas hati lah. Tapi kan, tapi lagi ek.. hahaha... member cakap masak lemak cili api kat Masta lagi sedap. Saya pun tak tau area mana, orang kata Sungai Merap situ lagi sedap dari De'Salai ni. Nanti kita try situ lah pulak. Hehehehe.

Last but not least, saya dan my botak man.. kah kah kah.. sampai jer KL ari tu terkejut tengok si botak ni, rasa takmo ngaku plak husband I ni samseng kontot. Wakakaka. Boleh pulak dia botakkan rambut sebelum saya sampai KL. Hahaha.. whatever la.




15/05/2019

10 Ramadhan

May 15, 2019 1 Komen
Ouch! Last update hari tu 1st day posa kan? Ari nih dah 10 hari kita berpuasa. Nampak sangat busy tak menyempat kan? Bukan busy beribadat tau, huhu.. kesiannya Kakmim tak rebut peluang bulan penuh keberkatan ni.

Eh, eh. Apa ni?



Ya. Sekarang ni musim budak nak masuk U. Hari tu pegi bengkel kat KL pun disebabkan semakan UPU nak keluar lah. Makanya balik je dari bengkel memang dah musim busy. Muka wanted dah di ofis. Selalu jer orang carik ataupun call. Hehehe.

Yang merenyam dalam hati bila kes-kes merayu ni. Dah merayu buatlah cara merayu jangan demand atau mendesak-desak orang ye. Hahaha. Ni parents la lebih dari anak. Anak ko kat sebelah tu rilek je. ENtah-entah kalau tak dapat rayuan pun dia okay jer. Hahahaha.

Ye lah, mak bapak mana yang tak sayangkan anak. Mesti semua nak yang terbaik untuk anak. Tapi dah mintak tolong orang tu, buat la cara mintak tolong kan. Hihihi.

Ok, done membebel. K bye!