Follow Us @soratemplates

28/11/2019

Kisah Dalam Lagu - Stay The Same

November 28, 2019 2 Komen
Pagi ni time nak ke ofis dengar lagu Stay The Same by Joey McIntyre di Kool.fm. Perghh... KLMJ terus beb. Lagu ni ialah lagu favourite masa lepas SPM tahun 1998 dulu. 

Masa lepas SPM dulu ialah zaman kegemilangan MIRC Kakmim. Hahahaha. Kakmim ni hantu chatting tau tak? Zaman tu manade FB lagi, masa tu YM je ada dengan MIRC. So kalau tak lepak YM, lepak di channel #petrajaya di mirc. Server dalnet kot kalau tak silap. Hahahaha. Giler lah.

So zaman tu memang ramai member chatting. Ada yang jumpa, ada yang tak pernah jumpa. Ada yang jumpa dan kawan sampai sekarang pun ada, ada yang lost contact. Biasalah zaman BBNU walaupun zaman tu manada up sangat pun.

Kenapa suka lagu si 'Joe makan tayar' ni? Biasalah masa chatting tu memang ada beberapa member yang kita favor. Nak kata bercinta idok lah tapi suka lah chatting. Kekadang ada jugak la calling-calling. Tapi serius memang tak sampai declare couple ke bercinta ke. 

Antara topik chat kitorang masa tu ialah lagu kegemaran lah. Dan masa tu lagu si Joe ni memang up lah. Kami beberapa orang memang suka lagu ni. Liriknya takdelah cintan-cintun sangat. Nak kata motivasi pun ada.

Dan lagu ni teruslah menjadi favourite masa masuk matrix. Masa matrix pulak, kami member-member chat ni membawa haluan masing-masing. Ada yang dapat matrix jugak, ada yang terus dapat masuk U. Dan kami masih contact lagi. Bila dah kurang chatting, kami sambung pula guna medium mel siput. Hahahaha. Tau medium mel siput? Tulis surat la!! Hahahaha. So masa matrix memang jadi habit balik jer kelas check inbox di bawah blok hostel. Hihihi. Excited tau!. Email pun main jugak kekadang kalau ada free set time masuk MIRC sama, selalunya weekend lah. Nasib lah masa matrix dulu Kakmim jumpa dormmate yang suka chatting jugak. Hahahaha.

Syok sungguh zaman study dulu. Takde pulak rasa depress. Term depress pun tak pernah tau. Stress jer tau tapi rasanya happy je. Hahaha.

Stay The Same _ Joey McIntyre
Don't you ever wish

You were someone else
You were meant to be
The way you are exactly
Don't you ever say
You don't like the way you are
When you learn to love yourself
You're better off by far
And I hope you always stay the same
'Cause there's nothing 'bout you I would change
I think that you could be

Whatever you wanted to be
If you could realize
All the dreams you have inside
Don't be afraid
If you got something to say
Just open up your heart
And let it show you the way
Don't you ever wish

You were someone else
You were meant to be
The way you are exactly
Don't you ever say
You don't like the way you are
When you learn to love yourself
You're better off by far
And I hope you always stay the same
'Cause there's nothing 'bout you I would change
Believe in yourself

Reach down inside
The love you find will set you free
Believe in yourself
You will come alive
Have faith in what you do
You'll make it through
Oh,
Don't you ever wish

You were someone else
You were meant to be
The way you are exactly
Don't you ever say
You don't like the way you are
When you learn to love yourself
You're better off by far
And I hope you always stay the same
'Cause there's nothing 'bout you I would change
Don't change

Dan tau tak part mana yang Kakmim suka? Part ni laaa...

 Believe in yourself
Reach down inside

The love you find will set you free
Believe in yourself
You will come alive
Have faith in what you do
You'll make it through
Oh, 

Rasa termotivated sangat bila part tu. Dengan si Joey tarik suara dia lagi. Hihihi... 

Rasanya setiap orang mesti ada kisah di sebalik lagu kan? Contohnya bila dengar lagu ni, teringat kisah ni, dengar lagu tu, ada lah kisah tu. Kan? Kan?

Yang baca entri ni jom lah buat 1 entri kisah di sebalik lagu pastu tag Kakmim. Eh, camne plak nak tag kat blog, komen je nanti Kakmim baca & komen balik. Hihihi. Nak tempek gambar macam kat bawah ni pun Kakmim okay jer.




27/11/2019

Sambal Belacan Tomato

November 27, 2019 0 Komen

Sejak Ayah diorang ni dah kembali ke pangkuan keluarga, sambal belacan dah jadi menu wajib ada setiap kali kami sekeluarga makan. Selalunya saya akan buat untuk 2x makan je. Kekadang sekali makan pun dah abis. Hehehehe.

Dulu pernah buat sambal yang versi kedai makan di Semenanjung sana. Google jer cara buat alhamdulillah menjadi. Buat stok banyak dan letak dalam peti sejuk lagi sedap. Tapi lama dah tak buat. Rela tumbuk manual guna lesung batu daripada blend. Hehehe.

Selalunya saya akan gilir-gilirkan ikan bilis atau udang kering kalau nak buat sambal belacan. Dan kena ada perahan limau kasturi jugak. Suka rasa masam-masam gitu. Hehehe. Malam tadi terasa nak makan sambal tomato so tambahlah tomato. 


Sambal Belacan Tomato versi Kakmim

Bahan Tumbuk
Cili Padi (Kuantiti kut level kepedasan masing-masing)
1 kiub belacan (dibakar)
Udang kering atau ikan bilis (rendam sekejap dan tumbuk selepas cili lumat)

Tomato (dipotong dadu) campur dan gaul ke dalam sambal belacan tadi. Perah sebiji limau (bagi yang suka masam, sebab tomato pun dah ada rasa masam) dan taburkan sedikit gula putih untuk mengimbangi rasa pedas dan masam. Jadi pedas, masam manis masin rasanya.

Sesuai dimakan dengan lauk masak lemak atau kari. Yeehaaa!!!

Selamat mencuba resepi simple tapi membuka selera.


26/11/2019

Rezeki

November 26, 2019 0 Komen

Siapa sangka saya akan beranak setiap tahun dulu? Hahaha. Gelakkan diri sendiri.



Masa single macam pelik jer tengok orang ada anak yang cuma beza setahun. Ibarat setiap tahun beranak. Bila kau sendiri terkena, haaaa.. baru kau tau. 'Accident' punya pasal. Terimalah setiap tahun kau cuti bersalin ye. Tahun 2014 dan tahun 2015.

Sekarang kembar lain tahun Kakmim ni dah 5 tahun dan 4 tahun. Dulu masa bersalinkan si adik, si abang masih lagi BF. So abang ni kira beruntung jugak la sebab banyak dapat kolustrum Ibu, masa adik dia tidur maka dialah yang pulun BF. Hahaha. Mungkin sebab tu si abang, masa tu baru setahun 4 bulan rapat dengan Ibu sampailah sekarang. Dia tengok dan layan Ibu pun lain macam je. Mungkin tu lah bonding bila kita BF. 

Sekarang bila dah besar, si abang 5 tahun ni (Imran) memang lebih manja dan rapat dengan Ibu berbanding adik (Idlan) yang rapat dengan Ayah. Yang anak² lelaki Kakmim memang semua fully BF tapi rasanya tempoh BF si Imran macam lagi lama jer. Bayangkan Kakmim BF since 2012 sampailah 2015. Actually si adik awal lagi dah wean-off sebab masa tu Kakmim dah malas nak buat stok. Hihihi. Ada pulak macam tu kan? Tu lah sebab dah lama sangat BF kot.



Anak no 3 dan anak no 4 ni jarang sangat Kakmim cerita di blog ni. Blog ni kebanyakkannya cerita pasal si kakak. Ye lah anak sulung tetap istimewa di hati kan? Tapi tak bermakna anak² lain tak istimewa. Tapi... susah nak explain, korang pun tau kan macam mana perasaan dengan yang pertama?

Walaupun menjadi yang pertama, si kakak ada kisah sedih jugak sebab si kakak ni Ibu tak BF pun. Itulah bukan rezeki yang pertama. Masa tu memang takde ilmu pasal BF. Dan juga si kakak pun kena ceaser. Adik-adik yang lain semuanya normal. Kan? Bukan lagi rezeki yang pertama.

Gambar fresh from OT

Al-kisahnya masa mengandungkan yang pertama si Kakak ni jenis 'degil' kot. Hahaha. Dia 'duduk' jer kat dalam sana takmo turun. Sebab tu lah dia kena keluar ikut tingkat. Cerita pasal yang pertama yang berada dalam kedudukan breech ada je kat dalam ni. Masa tu memang cerita pasal pregnancy si Kakak je lah. Hehehehe.

Bila terkenangkan balik pengalaman mengandung, bersalin dan berpantang memang betullah semuanya ada rezeki masing-masing.

  • Anak no 1 (2009) - rezeki ceasarian kerana songsang.
  • Anak no 2 (2012) - rezeki bersalin normal, so pengalaman pertama normal delivery. Rezeki
  • Anak no 3 (2014) - rezeki keluar awal tak ikut EDD. Masih kerja lagi so driver jabatan hantar balik rumah. Rezeki.
  • Anak no 4 (2015)  - rezeki keluar awal jugak tak ikut EDD dan sama birthday Ibu. Rezeki.

Kan? Perancangan Allah itu memang terbaik. Rezeki setiap anak Ayah Ibu pun sekali tumpang, ada lah rezeki dalam karier masing-masing.


  • 2009 - rezeki Ayah promotion dapat bertugas dari hospital ke klinik kesihatan
  • 2012 - rezeki Ibu dapat APC untuk tahun 2011
  • 2014 - rezeki Ayah bertugas di klinik kesihatan yang berdekatan dengan rumah
  • 2015 - rezeki Ayah mohon promotion dan ditugaskan di Putrajaya pada 2016.
  • 2016 - rezeki Ibu berpindah ke tempat kerja yang berhampiran rumah

Memang betul kan setiap anak tu pembawa rezeki. Ada rezeki masing-masing. 

Rezeki PJJ pulak dapat masa 2016. Si bongsu time tu baru je 7 bulan. Memang rezeki si bongsu membesar tanpa sentuhan kasih sayang sepenuh masa daripada si Ayah. Rezeki hujung minggu je dapat jumpa Ayah, tu pun bukan setiap hujung minggu. Tapi, itulah rezeki si ibu dan si ayah. Kita terima dan hadap jer dengan hati terbuka. Alhamdulillah, 2019 keluarga kami dah tak perlu PJJ lagi dah. Tak perlu nak video call setiap masa. Tak adalah Ibu sorang² ke sana sini seorang diri menguruskan anak-anak.

Itulah, rezeki daripada Allah memang datang dalam pelbagai cara. Terpulang kepada kita jer lagi bagaimana nak mensyukuri nikmat yang diberiNYA.




24/11/2019

Terima kasih silent reader

November 24, 2019 0 Komen

Tetiba si adik tagged saya di status FB. Ingatkan apa lah. Rupanya cerita pasal silent reader blog Kakmim yang juga bos dia. Apuu!!

Tak sangka pulak masih ada orang view blog ni. Ye lah updatenya on off. Lainlah yang jenis update hari-hari atau follower ribu raban. Itu memang kes lain.

Apapun terima kasih kepada silent reader yang tersinggah dan membaca coretan merapu di sini. Maaflah dah lama tak menulis entri yang bermanfaat. Mood mengarang hilang entah ke mana. Impian tu memang ada tapi ....

Insya Allah.. ada rezeki mengarang terupdatelah blog ni. Terima kasih ya!!

16/11/2019

Semakan UPSR 2019 Menggunakan SMS

November 16, 2019 0 Komen

Beberapa hari lagi results PPSR (UPSR) akan diumumkan. Mesti calon-calon UPSR semua tengah berdebar kan? Apapun, semoga kejayaan milik kalian, amin. Ingat, UPSR bukan penentu segala.

Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah boleh diperoleh pada 21 November 2019. Calon-calon boleh menyemak keputusan UPSR 2019 dan PASR 2019 secara SMS seperti gambar di atas.

Jangan lupa baca Bismillah, k! All the best!


15/11/2019

Kisah Angan-Angan & Impian Sugarless

November 15, 2019 0 Komen
Hai, blog!

Lamanya tak bersiaran di sini kan. Berhabuk bersawang semua ada dah kat sini. Ya, saya di rumah ni. Tak boleh tido. So layan² You Tube sesambil layan jiwang. Hihihi. Tua² pun nak jiwang. Ape daaa...

Maggi Hot Cup?? Oh, itu hanya gambar hiasan. Sekarang ni memang nak jaga makan malam kononnya. Konon lah. So try jugak tak ambik dinner tapi at last sebelum tidur terpaksa jugak bersantap seperti yang di atas tu. Hihihi. Tak tahan laporrrrr. Nak diet macam mano?? Kah kah kah.

Saya sebenarnya sejenis yang susah nak naik berat badan. Dulu!! Bukan sekarang okay. Sejak umur dah menginjak 35 ke atas ni tetiba plak berat menaik, menaik dan terus menaik. Sekarang dah mencecah 50 dan lama jugak dah tak naik penimbang ni. Hihihi. Malas lak nak ambik tau tapi memang terasa 'kenaikan' ini. Hahaha.

Nak jogging lah, nak join run lah, nak fun walk lah, semuanya... hanya angan-angan. Konon taknak ambik minuman bergula. Tak tahan jugak. Minum jugak tek O itu. Tu jer minuman bergula yang saya pandai. Bila dah minum jugak, macam mana nak maintain???

Sorilah, masih belum ada keinsafan. Seriuosly, memang serius rasa bersalah, tipulah tak. Dulunya saya sejenis yang minum plain water je sebab tu kurus cekeding kot di samping metabolisme yang tinggi. Tapi bila dah bawah ofis ko ada kedai mamak, memang harus ko order teh o mamak. Gilalah!

Semoga dibukakan hati ku ini untuk istiqamah jaga kesihatan diri. Bila umur dah semakin menghampiri 40 ni takut jugak didatangi macam² penyakit zaman moden ni. Huhu.

Korang macam mana pulak? Berapa scoop gula sehari? Adei, bila teringat kejahatan gula putih ni memang rasa bersalah dengan diri sendiri tapi apakan daya masih jua perasaan pentingkan diri tu menguasai hati. Semoga kita semua dilindungiNYA, sempat beramal ibadat sebelum terlambat. Aminnnn...