Follow Us @soratemplates

16/12/2019

Wanita dan Tupperware

December 16, 2019 2 Komen
Ehem! Sensitif sikit kan bila disebut tupperware ni. Entah apalah sumpahannya. Walaupun dah ada tetap jua masih mencari. Bilalah nak insof. Hihihi.

Siapa tak suka tupperware?? Tipulah kalau pempuan tak suka tupperware. Kalau boleh setiap bulan nak je tupperware baru tapi tahan.. tahan... sesungguhnya aku berpuasa tupperware. Ye ke??

Weekend ari tu kan Kakmim ada program student. So bermalamlah di tempat budak² camping. Nasib baik bermalam semalam je kau, kalau tak, mau dapat banyak lagi.. ehem... tupperware baru uols!! Hahaha.

Sesambil bebudak buat discussion dalam kumpulan, kami-kami ni (Kakmim dan sorang kawan je) udah ler mata ngantok tangan pun apalagi laju jer lah scrol²  di fb. Alih² terjumpa satu post ni, nampak satu gambar, lawa!! Macam rare je. Hmm..

Nampak ni ha!!!

Amacam? Rare kan? Ye lah sebab ni tupperware oversea. Berangan dulu ni. Pastu scrol lagi dan lagi page tu. Amboih... laju ye tangannya.

Jumpa 1 lagi!!!

Kaler ni rare kan? Hahaha. Gila betoi pastu kami decide untuk proceed 2 set tu pastu share sorang 1, ambik 1 botol sorang. So setiap satu set kami akan dapat. Hahaha. Duduk² macam tu boleh tershopping botol air. Apa? Botol air lah. Tapi maaf la bukan untuk anaknya, untuk mak nya. Anaknya biarlah pakai edisi yang lama dan local. Mak nya kena rare. Hahahaha.

Dan Kakmim terus whatsapp seller dan buat payment. Now tengah tunggu Pos Laju jer lagi!!! Yeehaaaaa!!! Dah ada botol baru untuk tahun baru 2020!! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Botol yang banyak² kat umah tu nak buat apa??? - monolog Kakmim

Tu pun pakai jugak la, bawak pergi shopping ke. Yang macam rare ni macam lawa je ni bawak pegi opis, boleh bawak minum kat kedai mamak. Nanti kalau tertinggal atas meja akak kedai mamak tu marah sis sebab tinggalkan tupperware. Alaa.. Sis tak sengaja la. Hihihi

Apa lah nasib wanita ni kan? Tu lah ada 9 nafsu. ๐Ÿ˜ฉ

13/12/2019

11 Tahun

December 13, 2019 0 Komen
13 Disember 2019. Terasa nak naip dalam bahasa ibunda jak untuk hari special tok. ๐Ÿ˜

Aok, 11 tahun.

11 tahun yang dolok, Kakmim bertukar title menjadi bini si dia. Chewah. Dari kurus kerin Kakmim dolok alhamdulillah nektok dah gems lah juak sikit. Sik banyak tapi ada juak perbezaan dengan 11 tahun yang dolok nak oo. Jadilah... kata urang.

11 tahun dolok.

13 Disember 2008, hari Sabtu, hari akad nikah saya dan dia. Wewitt!! Seawal kol 11 dah gago nak ke kedei mak andam untuk berhias, tapi makan dolok apa indah lah nak oo. Haih, makan juak diingat nyey. Nasib dolok badan jenis maintain. 2019 tok baju akad nikah ya sik dapat dirasok agik dah oi! ๐Ÿ˜œ Ko rase?? ๐Ÿ˜ฑ

Akad nikah dijadualkan kol 3 pm. Tapi kol 2.45 ustaz yang jadi juru nikah lom juak datang. Neves aih. 2-3 kali juaklah cuba call Ustaz Mustapha Kamal (nektok dah jadi Imam Besar Sarawak dah nya) tapi henfon nya macam di-off. Bingongggg aie. Urang dah rami. What if.. what if... nang suka bermonolog lam hati juak Kakmim tok. Suka eh mikir nak bukan-bukan.

Jeng.. jeng.. jeng. Tepat kol 3 petang, muncullah ustaz yang hensem itu depan rumah. Alhamdulillah. Dan majlis pun berlangsunglah. Dah Kakmim tok anak sulung, pertama kali mak bapak mukak kerja kata urang, nang penuh rumah. Alhamdulillah. Semuanya berjalan lancar koh. Khemah pakei makan arum bulak selorong dikonkur. Tapi sebenarnya setengah lorong ajaklah khemah dipasang. ๐Ÿ˜‚

11 tahun.

Selamat dah dengan tema gold kata dirik nya tek. Ras kac jak. Phui!! ๐Ÿ˜›


Dah 11 tahun koh dah melayari bahtera merdeka bersama. PJJ pun udah. 3 tahun 7 bulan Kakmim ngengon anak tanpa urang laki yang bergelar suami. Jadi hujung bulan husband & wife kata sidak urang putih. Berkelaie, beranok, berguro semua udah. Bertaboh bertampar jak sik pernah. Eh, mintak jauh juaklah nok kedak ya nak oo... Biasalah asam garam berumahtanggak kata urang tua. Mun sikda pakei plentey, mendatar jak jadi relationship ya nak oo. Ada plentey, ada guro, ada juak pakei tetak, pakei rajuk, pakei ngesak ati, pakei ingga. Yah.. tauk juak ku tek ingga nak oo? Hahaha. Urang Serawak nang pengingga bah, ne nak molah. Boh ingga. Hahaha ๐Ÿ˜‚

11 tahun.

Dengan 4 orang cahaya mata walaupun 3 tahun lebih PJJ. Dah beranak 4 dolok sebelum PJJ lagik oo. Masa PJJ kilang stop. Hahaha. Nektok belom tauk gik. Mun diberik rezeki terimak jak. Tapi trauma ada juak sebab lamak gilak dah rest koh. Hihihi.

11 tahun.

Susah senang banyak dah dilalu bersama. Syukur alhamdulillah. Ya jak dapat nak dipadah. Terima kasih Allah atas nikmat bahagia kamek orang sekeluarga. Aok, bahagia tok nang perlu dicipta, mun dicarik ajak takut susah nak bertemu sebab tauk ada nak encarik kesempurnaan, makanya haruslah kita jadi sekreatif yang mungkin untuk mencipta bahagia.

Ya jak lah lok. Terima kasih kitak nerimak kamek yang ranjak tok. Gine-gine pun kamek ranjak tetap juak kita netak kamek mun kamek molah muka ranjak. Sikda efek pun oo, alu jadi drama ajaklah kamek tok tek. Kamek bukan molah lawak MLM aie, kamek manas tok. Aih, ditetak nya ajak kita. Aoklah, sik jadi manas alu kita, mari ketawa bersama. Har har har!

Oklah, happy anniversary kitak dan kamek. Terima kasih Allah 11 tahun bersama. Alhamdulillah.

Chow lok! Masa yang sesuai untuk publish entri. 12.07 am sudah!!! Yeeehaaaaa!!!

12/12/2019

Jumanji.. The Next Level

December 12, 2019 2 Komen

Hujung minggu lepas bawak budak-budak #theIMANs ni tengok Jumanji. Masa tengok Ejen Ali ari tu dah diorang tengok iklan Jumanji ni kenalah tunaikan janji. Lagipun Kakmim pun folow ceta ni dari yang 1st dulu lagi. Masa tengok zaman sekolah, tengok video tape rasanya, bukan VCD. Hahaha! 

Semuanya posing tak senyum.

Ingatkan nak tengok hari Isnin sebabnya hari Isnin Kakmim dan ayah diorang dah plan cuti tapi sebab dah tak sabar kan, hari Sabtu tu jugak kami redah ke TGV Vivacity. Nak beli online tapi ayah diorang nak tanya pasal kak TGV nya, so nak tak nak kena gerak awal sebab takut tiket sold out. Bila tanya kat kaunter rupanya TGV ni takde replacement card. Seat yang awal pagi pun dah banyak penuh. Ye lah orang dah beli online dah. Nasib baiklah masih ada seat 11 am di IMAX. On jer lah.

 


Komen? Puas hati. Hahaha. Walaupun pada awalnya agak frust sebab boleh pulak diorang switch character. Macam slow je jadinya, awal-awal pulak dah hilang 1 nyawa. Tapi bila klimaksnya diorang kembali ke karektor asal diorang. Best lah! Kelakar ada, sedih ada. Last part memang agak touching. Si kakak cakap dia nangis. Hihihi.

Plannya nak suruh diorang ni posing macam geng Jumanji ni tapi takpelah, bukan senang nak suruh diorang beraksi depan kamera, walaupun depan henpon jer pun. Jadilaaa janji ada. 

Masa tunggu Ayah redeem popcorn bagai, kami sempatlah selfie

Next si ayah ajak tengok Star Wars pulak. Kakmim macam... erk. Hahaha. Bukan follower Star Wars nak buat camne. Frozen 2 lagi tak minat tengok. Kita tengoklah nanti camne.



06/12/2019

Mee Kolok Sepinang Sari Idaman Kami

December 06, 2019 2 Komen
Kalau ke Sarawak tak sah tak makan mee kolok kan? Tapi sekarang kat Semenanjung pun dah ada orang Sarawak yang bukak stall mee kolok. Tapi kalau makan kat Sarawak lagilah original rasanya. Hehehe.

Mee kolok ni sebenarnya originality dari kaum Cina. Cuma sekarang orang Melayu dah ada yang pakar dalam pembuatan mee kolok ni dan semestinya kalau Melayu buat mestilah halal. 


Mee Kolok Special Tendon Sepinang Sari (Mee Lebih, Daging Lebih)

Kalau ke Kuching, rasanya mee kolok yang paling sedap bagi Kakmim ialah mee kolok di Sepinang Sari atau jugak lebih dikenali sebagai Mee Sapi Hj Salleh. Memang dari zaman sekolah lagi dah makan di kedai ni. Kalau dulu masa kecik Hj Salleh sendiri yang buat tapi sekarang dah diturunkan ke anak perempuannya. Nak makan kat sini memang memerlukan kesabaran kalau peak hour. Kena tunggu Q meja, dah dapat meja kena tunggu order lagi. Kalau nak makan terus dapat meja kenalah datang selepas Subuh. Hehehe.

Muka stress.. dah la tunggu meja lama... tunggu order lagi... bertabah lah anak² ye


Muka happy bila dah dapat order


Aummmm! Hahaha


Apa perbezaan mee kolok dan mee sapi?

Mee kolok ni biasanya kering dan dihidang dengan sup manakala mee sapi pula berkuah. Tapi kalo Kakmim memang suka mee kolok, sup nya memang untuk dihirup jer. Sup di Sepinang Sari ni special sikit rasanya sebab sup nya macam ada rasa campuran herba atau rempah. Kalau tempat lain, sup nya biasa je. Anak-anak dan suami pulak suka makan mee kolok pastu tuang kuah sup. Jadi mee sapi pulak kalau dah berkuah macam tu kan. Hihihi. 


Apa perbezaan mee kolok dan mee kampua pulak?

Satu lagi mee ala chinese style yang menjadi sebutan di Sarawak ialah mee kampua. Kalau orang Semenanjung rasanya mesti lebih kenal mee kolok daripada mee kampua. Kalau terjumpa orang jual pun mesti keliru mee kolok ke mee kampua. Tetapi sebenarnya kedua-dua mee ni menggunakan mee yang berlainan. 

Mee yang digunakan untuk membuat mee kampua lebih lurus berbanding mee yang digunakan untuk membuat mee kolok kerana mee kolok bentuknya lebih kerinting dan halus.


Dan kalau korang nak tau... mee kampua selalunya dihidang di dalam pinggan, mee kolok pulak dihidang dalam mangkuk. 

Mee kampua

Perasan tak? Mee kampua dihidang dengan hirisan daging atau ayam, kalau mee kolok dihidang dengan daging/ayam yang dicincang.

Menurut pemerhatian Kakmim, mee kolok ni menjadi favourite budak-budak. Bukan #theIMANs jer suka makan mee kolok, anak² kawan Kakmim pun suka makan mee kolok. Kenapa budak² suka belum la pulak dibuat kajian. Hehehe.

So kalau korang jalan-jalan ke Kuching, silalah try mee kolok di Sepinang Sari k, area Satok dekat jer dengan Tabung Haji. Hehehe.

04/12/2019

Hari Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak 2019

December 04, 2019 2 Komen


Hari ini sambutan Hari Perkhidmatan Awam 2019 peringkat negeri Sarawak di BCCK. Walaupun Kakmim ni under federal tapi event yang state level khas untuk semua penjawat awam di Sarawak ni memang ditunggu-tunggu. Sebab? Sebab grand sangat!! Last pergi 2017 dulu, 2018 takde dan tahun ni bila ada je jemputan terus je tulis nama pergi. Volunteer gitu. Hehehe.

Macam biasa kami ke sini disarankan naik kereta jabatan. Kalau kereta jabatan takdelah jauh sangat parking. Kalau naik kereta sendiri jawabnya kenalah park kat tempat awam kan? Bukan 100, 200 orang jer pegi ke BCCK tu. Bayangkan kat mana nak parking.


Penuh 1 BCCK tau! Macam 2 tahun lepas kami duduk di bahagian atas lagi cuma tahun ni nasib agak baik memang betul-betul menghadap kat tengah skrin. Memang baik punya pandangan lah. 


Sebelum masuk ke hall utama, perkara wajib ialah selfie!! Rombongan kami kali ni 3 lelaki, 4 perempuan. Yang lelaki 2 orang tengah Q nak bergambar di photobooth, kami menyempat la sekejap selfie untuk gegirl je. Hehehehe.


Inilah hasilnya free printed photo yang kami dapat dari photobook #HPA2019. Oleh sebab kami ada 4 orang, so setiap orang dapat. Free pulak tu. Berapalah agaknya state dah bayar untuk company ni agaknya. Ye lah bukan sikit orang beratur nak bergambar tu. Hmm...


Dan... BTS semasa tengah tangkap gambar. Hahaahaha!! Kecoh la rombongan Mak Jemah ni. Tapi, ada kami kesah. 

Dan.. yang paling suspen bila our CM nak umumkan bantuan kewangan untuk kakitangan federal tu. Mulanya dah nak keluar hall dah. Kuar awal sebab takmo crowded nak keluar nanti then tetiba emcee announce CM ada nak bagitau sesuatu. Terus masuk balik hall. Dengar, on hp video & fokus! Alhamdulillah, last minute discussion katanya, federal pun dapat RM500 jugak tapi akan disalurkan sebelum Jun 2020 nanti. Jadilah kan daripada takde. State dapat RM2000 18 Disember ni, federal di state dapat Jun tahun depan nanti. Apapun, terima kasih CM Abang Joe!!

Apalagi di medsos memang hangat lah update cerita federal di Sarawak dapat RM500 daripada state. Orang Semenanjung (under federal agencies) yang berkhidmat di Sarawak pun dapat. Bagus jugak jadi pembangkang ni kan? Ehem... ahahahahaha. Kalau tak, memang RM500 je setiap tahun kerajaan nak bagi. Oops..


Berbaloi pulak rasa join #HPA2019 tahun ni. Rezeki kan, syukurlah ada rezeki yang dapat dikongsi bersama semua penjawat awam di Sarawak.

Tapi... yang takde rezekinya... cabutan bertuah lah. Hahahaha!


Sesambil makan sesambil orang cabut lucky draw. Memang takde rezeki nak dapat hp free ke, air fryer ke, microwave ke, hair dryer taknaklah. Tak mampu nak dapat benda free tapi mampu tengok orang dapat free je. Hahaha.

Nak lagi lah wish TQ to our CM! Thank you Abang Joe!! An Honour To Serve!!


03/12/2019

Mudahnya Menjaga Kaktus

December 03, 2019 4 Komen

'Toy' terbaru si anak dara. Kaktus. 2x ke Sarawak Agrofest baru-baru ni, kakak mintak belikan kaktus. Bila dah kali ke-2 dah tak sampai hati dah Ibu nak tolak request. Bukan mahal pun. Cuma nanti diorang tak reti jaga je. Dulu pernah jugak belikan 1 pokok apa entah, last² mati jugak. Hehehe.

Tapi, kalau ada benda hidup macam ni, yang bagusnya boleh melatih anak-anak ni jadi bertanggungjawab. Si kakak ni memang suka kucing. Bukan tak pernah request bela kucing tapi Ibu pun takut kucing. Hahaha. Nanti papehal sapa nak cover kan. baik takyah ada kucing. Cukuplah kucing kat umah nenek jer.

"Kamek dah siram air 2x dah ari tok, Bu"

Mak datok! Dia siram 2x sehari pulak kaktus tu. Ibu dah cakap, tak perlu siram banyak kali, tapi dia tak percaya. Lepas Ibu google dan bagi dia baca baru dia nak percaya. Hmmm...

Ni haa.. Ibu bagi dia baca:


TIPS PENJAGAAN KAKTUS

  1. Kurangkan air pada tanaman atau seelok-eloknya kadar penyiraman dilakukan hanya sekali seminggu. Ia untuk pastikan berlakunya penyediakan ruang aliran air dalam tanah. Lebihan air akan menyebabkan akar kaktus cepat reput selain menyebabkan ia cepat mati.
  2. Ditanam menggunakan tanah campuran atau campuran kompos, tanah pasir dan batu kecil atau pecahan kecil batu daripada tanah liat.
  3. Baja yang sesuai untuk tanaman kaktus adalah sama ada jenis baja sebatian, baja campuran, atau baja organik, yang mengandungi unsur nitrogen rendah sebagai contoh seperti baja sebatian NPK 12:12:17:2 atau baja organik NPK 5:5:5 (rujuk dengan penjual/kedai tanaman)
  4. Semua semburan baja ini mesti dilakukan hanya sekali untuk tempoh dua minggu. Kekerapan membaja juga boleh memusnahkan kecantikan kaktus terutama daripada jenis berdaun lembut.


Dia ingat kaktus ni perlukan air sangat kot. Mungkin dia tak boleh relate lagi kaktus tu hidup di kawasan gurun.

Kita tengok sampai bila kaktus ni bertahan. Hehehehe..