Follow Us @soratemplates

14/01/2020

Monolog 4

January 14, 2020 2 Komen
Tetiba rasa down sangat.
Cam malas sangat nak kerja.
Macam takde 1 pun yang berfaedah.
Bila balik umah rasa nak marah jer.
Tak suka perasan camni.

Kekadang kalau jadi outspoken sangat pun orang tak suka kita.
Apatah lagi rebellious.
Tapi takkan nak jadi lembu dicucuk hidung.
Makanya mau jadi apa?
Yes No. Yes No.
Itu sebenarnya yang orang suka.
Tapi kita pun ada pendapat kita jugak.
Takkan nak yessssss je memanjang.

Hmm... susahlah.




12/01/2020

Kisah Dalam Lagu: Januari

January 12, 2020 2 Komen
Yeah.. Kisah dalam lagu yek
Aha.. Memandangkan ni bulan Januari
Tau tak lagu Januari? Lagu Indon
Penyanyinya Glen Fredly


Biasalah dulu² zaman muda anak dara
Layan lagu Indon
Lagu Januari ni adalah somebody yang introduce
Somebody yang nak jadi bf tapi tak jadi
Wakakaka
KLMJ pulak kan
Ye lah.. Dah nama kisah dalam lagu
Alkisahnya..
Dia bagi lagu ni supaya saya dengar
So kita dengar je lah dan layan

Kasihku... Sampai di sini kisah kita
Jangan tangisi keadaannya
Bukan kerna kita berbeda

Lepas tu lupa lirik
Rangkap last sekali ingat...

Kisah kita berakhir di Januari

Hahaha
Nasiblah kalau somebody tu terbaca blog ni
Kalau dia ingat, ingat la 不不不

Tapi rasanya tak ingat pulak kisah tu berakhir bila
Bulannya lagilah tak ingat 不不不不



Ok dah.. Esok kelas jam 8
Jom tido

11/01/2020

Hujung Minggu Bekerja Dua Ploh Dua Ploh

January 11, 2020 2 Komen
Ya. Hujung minggu pertama bekerja pada tahun baru 2020 ni.
Penat ya ampun sebab non stop bercakap.
Mengajar kursus lagi penat daripada PdP biasa.
Ye la sebab nak kejar silibus untuk dihabiskan dalam masa 7 jam.
Kalau PdP biasa, boleh sambung lagi next kelas kalau tak capai objektif.
Begitulah perbezaannya.

Ni cubaan mengupdate dari atas katil jer, guna henpon.
Tak larat nak on pc dah.
Tadi balut buku PASTI pun mata dah tak boleh bukak dah.
Ada banyak lagi belum dibalut.
Malam besoklah sambung lagi sebab besok kerja lagi.

Peserta untuk kursus Microsoft Word saya yang pertama di tahun 2020

Ok lah.. Nak tido dah
Besok kita kerja lagi
Kursus Powerpoint pulak.
Selamat berhujung minggu gais!
Saya 7 hari bekerja non stop minggu ni

10/01/2020

Apam Kartun Comel

January 10, 2020 2 Komen
Hmm... takde idea nak review apa. Tapi oleh kerana hari ni hari untuk review kita scroll jugak gambar di henpon usha² apa yang boleh direviewkan. Walaupun takde idea, tapi rasa terpaksa nak update tu ada.. sebab diri sendiri yang tetapkan menu² untuk penulisan di blog ni kan? So far, lembaran ke-10 di tahun 20-20 masih lagi maintain mengudapte blog. Esok lusa tak tau lagi. Hmm...


Tadaaaa!! Apam ninja turtle untuk birthday #anakno4 pada bulan April yang lalu. Comel kan? Tak ingat pulak ada update ke idok celebration birthday Idlan Muhaimin di sekolah hari tu kat blog. Tapi apam ni memang comel walaupun coloring tu memang banyaklah kan? Takpe lah, sekali-sekala. satu lagi ada apam mickey mouse.


Inti apam ni semua nutella lagilah budak suka makan. Dah la comel kan? Geram nengok rasa sayang pulak nak makan. Apam ni semua saya order dari kawan kat FB. Rasanya macam dah 2x dah repeat order. Comel dan teliti sangat kerjanya. Rasa pun sedap. Dia jual ni 50 pcs RM25. Yang di area Kuching, yang ingin nak order bolehlah jenguk di FB Kasz SyauQina. Kek lapis premium & customised birthday cake pun dia jual. Dan yang paling best sebab dia boleh COD. Saya suka sangat yang suka COD ni. Hehehehe.

Sekian saja untuk review minggu ini!! Review ini tidak berbayar ya!! Daaaa~

09/01/2020

Kenapa bekal ibu sikit?

January 09, 2020 2 Komen
Sedang Ibu mandi. Tok.. tok.. tok.. pintu tandas diketuk. Ibu pun bukalah pintu in case ada urgent nak terkucil ke.

Imran: Ibu, ibu, ni bekal ibu kan?
Ibu: Aah
Imran: Kenapa kecik sangat?
Ibu: Kan sikit jer tinggal tadi, ibu letaklah bekas kecik
Imran: Ooo... (sambil tersengih-sengih)

Jangan tak merasa, 2-3 suap jer pun ni.

Ini ha... si cinonet ni yang Imran kecohkan tu.


Entah kenapa si #anakno3 ni excited sangat tengok tupperware yang kecik cinonet tu. Hihihi. Bila dibandingkan bekas bekal anak² dan bekal si ibu memang jauh beza saiz dan kuantitinya. Hahaha. Itulah pengorbanan seorang ibu di pagi hari ye tuan² dan puan². Hahaha

Pagi² memang masak breakfast untuk mereka bawak bekal dan jugak makan kat umah sebelum ke sekolah. Si ayah pun makan sama. kalau ada balance, adalah bekal untuk ibu. Kalau takde, ibu breakfast kat luar je kat mamak bawah kolej. Tapi kalau Isnin dan Selasa ibu make sure memang kena bawak bekal sebab 2 hari tu ibu kelas jam 8 so kena breakfast ala kadar dulu sebelum masuk kelas, kalau tak, perut kosong bahaya untuk bot-bot kecil. Eh. Hahahaha.

Menu bekal pagi ni mee Lee Fah goreng (ala-ala mee maggi) tapi kalau bawak bekal selalu kawan² #TheIMANs cakap mee sedap tapi sebenarnya bukan. Mee ni mee kering yang dicelur dan ditumis macam buat mee goreng. Tapi biasalah tak letak sayur sebab kalau letak pun berbahaya untuk bot-bot kecil... ahaha... ye lah nanti ibu jugak yang terpaksa buat urusan pemilihan sayur² untuk disingkirkan. Baik toksah letak siap-siap.

Dan menu ni memang diorang suka sebenarnya. Biasalah budak² selalu suka mee sedap tapi ibu kalau dah terpaksa baru bekal mee sedap, lebih suka goreng sendiri je. Sebab tu pagi ni Imran makan bertambah-tambah, si abang memang tiap-tiap hari bertambah makan breakfast. Ibu pun tak tau macam mana selera makan tu boleh ada awal-awal pagi macam ni. 

Er, korang pulak breakfast apa? Menu apa?