Follow Us @soratemplates

09/09/2020

Pengalaman Mengambil Peperiksaan Google Certified Educator

September 09, 2020 2 Komen

Saya ni dah lama sangat tak ambik exam. Bila saja tekad nak ambik GCE exam, memang dah berperang dengan perasaan. Tak tenang dibuatnya πŸ˜…


GCE exam? Apa tu? Jom kita tanya Google jer lah. 


Google Certified Educator (GCE) is a program designed and managed by Google for educators who use G Suite for Education as part of their teaching and student learning. The program combines classroom experience with Google developed training resources and examinations that lead towards certification.


Alkisahnya kami baru jer dapat akaun G-Suite bulan Ogos hari tu. Apa yang best G-Suite ni ialah kita dapat unlimited data untuk Google Drive. Staf dapat, pelajar pun dapat. Makanya hip hip hooray jer lah. Sebelum ni ada jugak mohon email eDidik so alhamdulillah dapat jugak akaun G-Suite. Terus rambang mata nak pakai yang mana 1. Hahaha... tamakkk 😝


Sebelum ambik exam, kenalah study dulu kan. Saya mohon GCE ni melalui SOLS 24/7, member yang rekomen. Sebelum tu dah nak ambik di eDidik dah. Online class selama 2 jam selama seminggu. Kelas via Google Meet jer. Untuk ambik kelas ni kita boleh pilih sama ada nak guna BM atau BI, saya ambik yang BI jer sebab exam pun dalam BI jugak.


Lepas habis kelas seminggu tu, kita kena ambik online exam tu dalam masa 7 hari. Ni syarat dari SOLS 27/7. Saya habis online class pada 28 Ogos, so plan ambik exam dalam cuti hujung minggu tu. Dari hari ke sehari nak exam tak jugak exam, sebab tak konfiden. Tak study lagi. Memang la  follow kelas, buat homework tapi selagi tak study rasa tak konfiden je. Pagi 31 Ogos tu lepas subuh, saya tekad register exam hari tu jugak. Lepas register tu kita kena ambik dalam masa 24 jam daripada masa kita register tu. Bila dah dapat email dari Google yang exam kita dah ready, berdebarnya mak ai. Lepas siapkan lunch hari tu, bagi budak² makan saya on PC. Habiskan dulu study topik mana yang tak konfiden tu. Hihi.


Eh, apa soalan exam? Apa yang dibelajar? Actually GCE ni menguji kefahaman dan kemahiran kita dalam penggunaan pelbagai aplikasi Google. Daripada Gmail, Calendar, Docs, Sheets, Slides, Sites, Forms, Drive, Classroom dan YouTube!! Haaa... semua tu kena uji test dalam masa 3 jam. Ada 20 soalan MCQ dan soalan scenario (prktikal). Jawapan untuk MCQ tu kan macam serupa jer! Tapi ada jugak soalan macam padankan la, drag & match. Untuk praktikal memang kita kena buat seperti kehendak soalan, material pula memang dah disediakan di Drive. 


Oh, ya!! Masa exam ni syaratnya mesti kena ada webcam yang aktif. Sebab Google akan capture gambar kita sedang exam tu randomly. Hihihi. 




Katanya result keluar dalam masa 14 hari tapi tak sampai 5 hari dah tau result dah. Alhamdulillah. Berbaloi sangat seminggu balik lambat dari ofis walaupun dah punch in awal ke ofis. Hihihi.


Level 1 valid untuk 3 tahun jer. Bila ntah nak ambik Level 2. Doakan ye terbukak hati nak ambik Level 2 pulak πŸ˜ƒ




07/09/2020

Playing Tourist Di Hometown Sendiri

September 07, 2020 0 Komen

Sabtu lepas sehari suntuk tak duduk rumah. Itulah selalunya kalau tak plan memang menjadi. Plan hari tu nak makan sea food jer sebelah petang dengan mak, bapak dan adik² semua. Sekali bangun pagi Encik Suami ajak bekfes kat luar. Okay ajeng, on! Sebab baju² memang dah basuh & sidai siap² sebelah malam nya so takde lah risau sangat 😁😁 rumah? Takpe, hari Ahad masih ada untuk berjuang πŸ˜‚

Paginya lepas bekfes kitorang jalan² di mall yang dulunya hot sekarang dah hidup segan mti tak mahu di bandaraya Kuching ni. Sebelum tu dah bekfes di Teh Tarik Cafeteria. Kalau orang yang dok di Petra Jaya, Kuching tak tau Teh Tarik memang bukan orang PJ lah kot 🀣🀣 saya memang tak prefer sangatlah tempat ni tapi En Suami nak ke situ. Honestly pilihan memang banyak sebab ada banyak stall tapi sorry not my taste la πŸ˜‚ so takde gambar 😏 menu biasa jer kitorang order, saya Laksa Sarawak, anak² Mee Kolok, si ayah nasi dagang. Kalau saya tak habis makan tu memang potong selera betollah. Saya ni jarang tak habiskan makanan, sayang rezeki.

Sebelah petangnya kami ke Beach Seafood di Buntal, dah on the way nak ke Santubong. Gambar makanan takde pulak ambik sebab semua dah lapar πŸ˜‚ awal pulak ye lapar.. Haha!  

Lauk pilihan kami ialah siakap sweet & sour, sotong goreng tepung, ambal masak kari, sweet corn soup, butter prawn, midin belacan, cangkuk manis tumis telor & oyster omelette. Gambar memang takde. Tapi gambar view ada πŸ˜…

Belakang tu laut. Tenang jer pemandangan. Sebab tu lah saya geram nak bawak famili makan kat sini, boleh tengok sunset selepas selesai makan.

Bersama si bongsu kami si #anakno4 πŸ˜πŸ’– dia cakap kalau bergambar dia tak boleh senyum nampak gigi sebab gigi dia putus tapi putus sikit jer 🀣🀣 baiklah nak, whatever πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Malamnya pulak sambung jadi tourist jalan² di Waterfront pulak. Hehehehe..


Saya belanja gambar je lah yek.. Takde idea pulak dah ni πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

1, 2, 3 dan 4 πŸ’–

Di belakang sana, seberang sungai tu bangunan DUN Sarawak.

Belakang sana Jambatan Darul Hana.. Time ni tengah lepak tunggu Ayah beli aiskrim gulapong viral πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Ehem.. Tu dia.. Milk Tea Boba Ice Cream Gulapong.. Hambek kau panjang nau namanya πŸ˜‚πŸ˜‚
Next??? Rasa nak jenjalan lagi laaa πŸ™ŠπŸ™ŠπŸ™Š







04/09/2020

Rindu Nak Jalan-Jalan

September 04, 2020 0 Komen


Bak kata pepatah dulu-dulu, jauh berjalan luas pengalaman 😊 bijak kan orang tua dulu²? Buat pepatah pun dah sama standard dengan pakar psikologi.

Sejak pandemik Covid-19 ni pergerakan kita agak terbatas, nak bawak anak² jalan² pun susah. Nak naik flight apatah lagi, memang takkkklah untuk tahun ni.

Si #anakno3 dan #anakno4 pun selalu bagi hint, rindu naik belon lah, rindu rumah pangsapurilah 🀣 rumah pangsapuri tu apartment kat Putrajaya. Macam²lah diorang ni.

Sekarang ni nak ke shopping mall pun masih takut² πŸ™Š bawak memang bawak tapi takdelah selalu. Walaupun dah takde kes, tapi masih kena #kitajagakita 😍

Korang ada plan nak bercuti ke mana-mana ke tu? πŸ™Š antara yang selalu #theIMANs ulang² cerita sesama diorang, pegi kat sini laa πŸ˜…

Time main kat Times Square ni la paling berbaloi rasanya.. Dari pagi sampai ke malam di situ jer. Setiap game repeat 2x punyalah diorang takmo balik 🀣🀣 rindu nak jalan² cuti Malaysia lagi.

Pergi Kidzania juga antara pengalaman yang tak dapat dilupakan bagi #theIMANs 😍

Mandi-manda di PD dan bagi makan penyu 😊 best jugak πŸ˜…

Aquaria pun 2x jugak lalu terowong ikan tu 🀣🀣🀣

Siapa cakap Malaysia tak best? Banyak jer tempat² menarik nak bawak anak² jalan² even kat Sarawak ni pun tak abis jalan lagi πŸ˜…πŸ˜…

Lama dah tak jalan² Jambatan Darul Hana tengok musical fountain menghadap bangunan DUN Sarawak

Hmm... Rindunya nak jalan² #familybonding bersama #theIMANs ni πŸ˜…














03/09/2020

Doa Agar Dimudahkan Urusan

September 03, 2020 0 Komen

Ini doa yang kita lazimi dari sekolah. Boleh jadi dulu-dulu kita tak faham dan tak tahu apa maksudnya.

Sungguhnya doa ini sangat hebat, kita memohon Allah mudahkan urusan kita hari ini. Jadi mari amalkan selalu.

Bismillah.