Follow Us @soratemplates

05/10/2020

Staycation dengan Agoda VIP Gold

October 05, 2020 0 Komen
Staycation? Kalau sebut jer staycation mesti imagine tido hotel kan? Ataupun homestay. Kalau vacation, kita jalan-jalan tapi staycation, memang mereput je lah jawabnya. Kah kah.

Hmm.. Siapa yang excited bila tido hotel? Diorang ni la. Walaupun si kakak ada takut-takut sebab Covid katanya.

 

Actually memang dah lama jugak tak staycation dengan diorang ni. Ye lah dah musim Covid ni siapa yang berani nak check in hotel bagai. Hotel pun tempat PUI kuarantin dulu. Tapi mengenangkan diorang ni, booking jugaklah dari Agoda hari tu setelah sekian lama Agoda terbiar begitu sahaja. Last bukak Agoda hati tu pun bulan Februari hari tu.

Bila dah lama tak bukak Agoda, terkejut jugak hari tu tengok dah tukar status ke VIP Gold. Taktaulah dah lama tukar ke tapi tak pernah perasan, wallahu alam. Kah kah kah.


Aktif berAgoda ni bila PJJ hari tu. Selalu kalau ke sana, selalu check in sebelum atau selepas hadir tugasan rasmi. Lepas tu kalau bawak budak-budak ni pun kalau tak Agoda si ibu, Agoda si ayah lah untuk booking hotel. Pernah jugak husband booking hotel yang telah disita. Pusing-pusing jer cari hotel memang betul dah alamat yang kami pergi tapi dah tak beroperasi. Tapi hotel baru lagi. Hahaha. Itulah kenangan dengan budak-budak 4 orang ni. Sampai sekarang pun diorang masih ingat kes hotel tu.

Last weekend tu kitorang check in ke Grand Margharita je. Bukan first time kat sini, berkali-kali jugak dah. Kat sini swimming poolnya best yang untuk kids tu tapi dah agak dah zaman Covid ni pool tak bukak. Pilihan room pun memang selalu ambik yang river view. Suka tengok kampung-kampung di seberang hotel tu.

Permandangan dari bilik kami, nampak tak Kampung Boyan di seberang tu. Seberang tu dah area Petra Jaya. Nak ke sana naik sampan lah yang paling cepat. Tambang 50 sen je. Selalu kalau bawak pelancong nak beli kek lapis di area Kampung Boyan tu sukalah bawak naik sampan. Biar merasa sikit pengalaman naik sampan. Hihihi.

Oh ya, masa kami staycation hari tu cuaca memang agak tak sporting. Sekarang ni kan memang musim hujan sebelah petang dah petang tu pun hujan. Tengoklah awan kumulonimbus yang berkepul-kepul tu. Plan nak jalan-jalan ke Waterfront pun tergendala sebab bila dah hujan kemalasan pun melanda. Budak 4 orang ni pun syok jer main kat bilik. Siap berendam dalam bath tub lagi diorang. Nak mandi swimming pool tak boleh, sebab tu jugak suka kat sini sebab ada bath tub.

Bilik tak berubah dari dulu lagi. Memang macam ni je. Hehehe.

Pool untuk budak tak nampak pulak. Malam-malam meriah jugak orang dinner kat bawah tu. Kami order grab food jer. Macam tak berbaloi jer nak bayar mahal buffet dinner kat bawah tu dengan budak-budak yang memilih bab makan. Alasan diorang, kamek suka makan masakan ibu ajak. Hmm... alasan yang buat ibu tak jadi nak marah.

Eh, lupa pulak tunjuk bath tub tempat diorang ni berendam sakan. Sukati korang lah nak. Hehehe.

Nampak gaya tahun 2020 ni memang macam tu je. Tak bebas ke mana, tak boleh jugak nak ke mana-mana. Hari ni sepatutnya saya kena fly ke JB, ada kursus. Dah mintak permisi bos, tak pergi sebab risau Covid ni la tambah lagi Sarawak dah ada tatacara baru untuk kemasukan ke Sarawak bermula semalam. Kalau pergi jugak ke JB, balik nanti kena kuarantin 14 hari, kursusnya 3 hari je. Alahai dah terbuang masa kat situ demi kursus 3 hari. Nasibbaiklah hari Jumaat hari tu urusetia kursus pm tepi bagitau peserta dari Sarawak tak perlu hadir. Yeay! Alhamdulillah. JB pun ada kluster dari Sabah tu tau. Belum lagi kalau dalam flight, kebarangkalian terdedah dengan individu yang dah terjangkiti Covid tu memang tinggi. Nasib jugaklah urusetia tak izinkan kami pergi. Er, tapi kursus tu tetap on tau. Pelik jugak sebab ada beberapa bengkel/kursus yang suppose proceed dalam minggu ni dah ditangguhkan. Mungkin dah komit dengan pembayaran hotel lah kot.

Bila dapat mesej ni takdelah rasa bersalah sangat tak hadir sebab saya dah hantar surat pengesahan hadir kursus sebelum tu. Hehehehe

Eh, bercampur-aduk pulak ceritanya. Hahaha. Janji update sebab hari Isnin jer ada masa free sikit. Besok lusa dah sibuk kelas.










01/10/2020

Bila Internet Down

October 01, 2020 0 Komen

Semalam seharian internet down di ofis... macam ada hardware jer rosak rasanya. 2 hari 2 malam dah kontraktor berkampung di bilik server tu. Pagi ni baru setel..

Bila internet down terasa putus nyawa sekejap. Ye lah dah LAN pun problem nak print keja pun tak boleh. Nasib baiklah untuk kelas semalam aku dah siap print semua amali dan tugasan, tinggal nak masuk kelas je.

Bila dah masuk kelas, sebelum ni bawak fail jer, slides semua dah simpan dalam drive. Tapi bila dah offline nak access drive pun tak boleh, semalam terpaksa jugak la cucuk pendrive. di pc lab. Hehehe. 

Macam tu lah agaknya kalau henpon takde data ye. Mengharapkan wifi tapi tak semua tempat ada wifi. Hmmm... bila internet dah jadi satu keperluan sekarang, bukan pilihan.


Semalam ada 1 kelas jer. So target semalam nak setelkan keja management, nak key in data dalam sistem. Bila dah internet down, memang tergendalalah KPI semalam. Dah la hari ni dah 1 Oktober, dah masuk bulan baru. Kalau setel semalam, cantik sikitlah data bulan lepas. Hmm...

Itulah kita hanya merancang. Apapun jom kita start bekerja.


27/09/2020

Carik Sizzling Mee Di Kuching?

September 27, 2020 0 Komen

 


Yuhuu!!! Lamak dah sik update oo? Bila update terus up gambar makanan. Ko rase? Hahaha.. iboh marah ooo kelak makin lapar.. Kikiki

Lapar sik nangga gambar sizzling mee tek? Sabar lok, baca lok post tok sampei abis pasya bolehlah turun carik sizzling mee.

Bagi yang sezaman sis, yang lahir di tahun 80-an kompom tauk sine sizzling mee ternyaman tahun awal 2000 dolok. Tauk sik? Tauk sik? Yahhh... sikkan sik tauk...

Sine tek? TJ? Apa TJ ya?

Eh, adik-adik BBNU nektok mesti sik berapa familiar dengan TJ. Dolok zaman mek orang gik muda remaja, TJ antara shopping mall yang agak sinonim dengan mek orang. Zaman 2000 gia area sia nang digelar segitiga emas Kuching. Riverside Shoopping Complex, Sarawak Plaza & Tun Jugah. Arum bulak lepas pegi SP, nyeberang makan di TJ food court pasya nangga wayang di Riverside. Camyalah mainan sidak gai dolok. Kah kah kah!! Nektok apa jadi di sia? Pegi pasar nun tangga dikpun.

Aih heh alu melelat maka tek nak cerita pasal sizzling mee. Zaman ya eh nak makan sizzling mesti pegi TJ. Sizzling di food court sia jak nyaman dolok koh. Sik juak pernah nemu tempat lain jual sizzling juak ya lah di sia jak tempat ternyaman nak makan sizzling mee. Kiranya signature food di sia dolok sizzling mee lah, selain ya ada gik sigek, nasik love ya. Hahaha! Tauk sik nasik love? Nasik ya dibentuk love bah. Eh, jangan alu KLMJ nak leput kita terselap indah dengan can lamak. Hihihi.

Ok sambung gik cerita mee sizzling tok, dah lamak dah sis sik nemu sizzling mee nyaman oi! Baruklah ria encobo kata urang tua di Mom Laksa 24 Hours ya. Sine ya? Aihhh... di shoplot baru depan rumah YB Daud ya bah. Dapat sik imagine?

Mula tek adik sis madah sizzling sia nyaman alu sik sabar rasa sis nak encobo. Menar oi!! Nyem!! Nya ada 3 pilihan mee, mee kuning, kuey tiaw dengan mee pok. Opkos sis pilih mee pok baruk ori rasanya. Pernah juak sis makan mee sizzling makei mee macam mee maggi ya... lariiiii rasanya. Sis sik suka!!

Sizzling di stall sitok tek, cukup rasa bagi sis. Terubat rindu rasa sizzling mee di TJ dolok. Anak sis pun madah nyaman. Siaplah mun nya dah suka alu nya ajak lah nak order, apa disuka mak nya mesti disuka nya juak! Ne ndak mak nya siktauk nak order apa sebab dah diorder anaknya. 

Bah, cerik lok kitak orang, mun nyaman komen sitok agik. Mun sik nyaman komen juak. Biasalah citarasa kita sik sama bah. Sikda nak medo juak.

Eh, lupak madah rega. Reganya RM7 jak. Ok nak? Turun gik nun order sizzling mee ok. Sik ingat sis nama stall orang ya tek.

Eh, ada gik lupak nak madah. Sizzling mee tok dijual orang di stall banyak-banyak di Mom Laksa sia. Sik semestinya kitak orang ke sia makan laksa Sarawk ajak, makan sizzling mee pun boleh.

Sine tek? Mom Laksa 24 Hours. Sik jauh dari Taman Seri Wangi sia. Seberang nya nampak rumah YB Daud yang tersergam indah. Try lah kelak, komen juak k. Bye!



24/09/2020

Bengkel PID

September 24, 2020 0 Komen

               

2 hari ni sis berbengkel jadi inspektor 😂😂 Bengkel yang menarik ni sebenarnya sebagai penjawat awam. 

Contoh slaid pertama ni memang semua orang ada buat kot. Secara langsung atau tak langsung 😅 Keluar ke shopping mall semasa ofis hours! Pernah buat ke tak? Jeng jeng jeng 🤪

Hati-hatilah ye especially kalau hari Khamis in case ada pegawai berkenaan buat ‘mystery shopping’. Kang kantoi pulak dengan baju batik 😅😅

Tau hak masing-masing ye, jaga diri, jaga perkhidmatan. Ingat Allah tu ada 😊

22/09/2020

Gambar Pertama

September 22, 2020 2 Komen


Gambar pertama? Yo yo o je. Boleh la nak gelak kalau rasa nak gelak. 

Bukan pertama apa pun. Gambar pertama yang tak menggunakan Android la. 😂 Setelah sekian lama sis setia dengan Android akhirnya sis beralih arah jugak ke iOS. Dah 39 umur sis baru terbukak hati nak pakai Ipong. Sebelum ni setia jer, kononnya.

Sebelum ni sis pakai Oppo, memang cantik flawless gambar. Bila dah ke Ipong memang terserlah segala mak  nenek freckle di muka. Baru original. 😂😂😂

Sis tengah membiasakan diri dengan button Ipong ni. Selalu ada button Back, sekarang tengah adjust lagi. Bagi sis masa k. Hahaha.

Berbaloi sis cuti dari hari Khamis - Jumaat tau, walaupun Sabtu-Ahad kerja, pastu Isnin cuti lagi. Banyak urusan sis setel. Stor rumah dah berjaya dikosongkan. Baju-baju yang tak berapa nak muat dah disisihkan. Yeay!!

Kad ATM Bank Rakyat juga telah diaktifkan. Haha! Konon nak aktifkan akaun jer rupanya memang perlu tukar kad jugak sebab kad lama orang dah tak pakai dah. Hahaha!

Cantik jugak ek kad ATM Bank Rakyat ni. Hahaha.. jakun

Bila akak kat kaunter tu tengok kat ATM lama sis..

Eh, kad lama ni puan, puan takde terima sms dari kami ke tahun 2017 dulu?
Mak ai, lama gila dah rupanya orang tukar ke kad baru. Nasib baik ada sorang lagi akak selepas sis pun urusan yang sama jugak, tukar kad ATM sebab dia pun macam sis masih guna kad lama yang warna oren tu. Hihihihi.

Puas hati ambik cuti kan kalau banyak urusan yang disasarkan selesai. Nak cuti lagi lepas ni sebab weekend ni keja lagi. 😜