Follow Us @soratemplates

14/10/2020

Pencopet

October 14, 2020 6 Komen

Pagi ni masa punch card dikejutkan dengan berita rumah sewa student kena masuk pencuri. Handphone yang tengah dicharge si pencuri tu ambik. Nasib baiklah laptop masih ada dalam beg, dia tak ambik. Mungkin si pencopet tu memang aim handphone jer kot sebab senang nak jual. Hmm..

Bila dengar cerita tak best macam ni sedih pulak. Ye lah dah nama student yang jauh dari keluarga ni, kesian la. Wallet diorang selamat pulak mungkin tau duit tak banyak kot. Ei, geram betol dengan manusia pemalas macam ni.

Kakmim dulu pernah jugak kena masa study dulu. Time remaja tu memang suka lah bawak beg sandang kat belakang. Bila dah bersesak-sesak tu memang senang jer lah pencopet nak ambik purse yang letak di belakang. Memang mistake sendiri jugaklah sebab cuai. Yang ko letak purse di belakang apakehal. Tapi biasalah zaman student duit memang tak banyak, cuma perlu buat report sebab ic tu jer lah hilang.

Masa tu mak datang KL, so bila mak datang KL wajib lah Kakmim di Serdang turun ke KL dan teman mak shopping di Jalan TAR (tempat favourite orang Serawak) ๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†. Haa.. time bersesak-sesak nak masuk Kamdar kot, time tu lah kejadian tak best tu berlaku. Lepas tu sampai sekarang tobat dah tak letak purse kat beg belakang. Kalau bawak jugak beg sandang kena ada sling bag jugak untuk letak purse.

Bila dah semakin senior ni, memang tak main lagi dah beg sandang. Kalau ada pun anak-anak yang bawakkan. Sekarang lebih prefer sling bag, senang jer lagipun selamat jugak sebab melekat jer kat badan.

Berbalik ke kisah student tadi, walaupun henfon dah hilang tetap jugak diorang semangat datang awal ke Kolej. Semoga dipermudahkan urusan mereka lepas ni. Report polis pun takkan dapat punya henfon tu balik. Hish, geram betol lah dengan pencopet ni.



13/10/2020

Waiting Game

October 13, 2020 5 Komen

 

Hari ni tiba-tiba mood malas pulak singgah check-in. Takde mood pulak nak masuk kelas. Nasib baiklah semua preparation masuk kelas dah siap semalam. Eh, minggu lepas lagi dah siap. Nasib lahhh.

Kenapa tetiba takde mood pulak ni? Aku rasa macam aku tau jer puncanya. Ini kerana quotation dari company tak dapat lagi ni. Argh, malasnya nak tunggu lama-lama cenggini. Dah la nak kena mohon EP jugak dalam minggu ni. Inilah yang buat aku malas ni. Risau!! Itu yang sebenarnya. 

Whatsapp sudah.

Takkan aku nak cal setiap 1 jam?

Nanti jam 3 habis kelas aku cal.

Kalau tak dapat jugak hari ni?

Huwaaarrghh!!





Tips Menulis

October 13, 2020 6 Komen
Lepas ni nak update topik XYZ ni lah kat blog. Semangat!

Tapi bila dah on pc, on laptop, tetiba kaku pulak jari nak menaip. Macam takde idea pulak apa nak ditaip! 

Pernah tak ada deja-vu macam ni? 

Saya pernah tak jenguk blog berbulan-bulan lamanya, sampai ada 1 tahap tu terlupa yang saya ada blog. Nak kata busy sangat, itu bukan alasan sebenarnya. Menyesalnya tak fokus dulu-dulu. Nasib baiklah saya tak pernah ambik keputusan untuk delete blog ni.

Kalau pernah dapat sindrom macam kat atas tu, cuba baca tips dari Khairul Hakimin Muhammad kat bawah ni. Insya Allah, semoga membantu.

Kalau rasa sangkut, tak tahu nak tulis macam mana walau kita tahu cerita, tahu kisah, tahu benda itu. Namun bila nak tulis jadi blank, kalian kena:


1. Pergi ambil buku, baca sekurang-kurangnya 5 helai = 10 muka.


Itu kalian dah dapat lebih 500 patah perkataan yang kalian baca.


2. Pilih buku yang ada emosi, biasanya adalah novel.


3. Main media sosial, kalau sentiasa membaca buku tiada emosi seperti buku motivasi, buku DIY, buku resipi dan sebagainya, boleh jadi penulisan kita akan mendatar. 


Kena baca benda yang berbagai. 


Membaca akan menambah perkataan dalam kepala. BLANK, BLUR, SANGKUT tak boleh nak tulis tandanya kalian tidak ada perkataan dalam kepala. 


Begitulah!


Kredit to : Khairul Hakimin Muhammad,

Kalau nak share, kreditkan ke sini okeh: https://t.me/ContentKHM


#notakakmim: Nampaknya saya kena rajinkan diri baca novel balik, patutlah tulisan mendatar sebab baca penulisan fakta je.

12/10/2020

Apokalips 1 2 3 Do Re Mi

October 12, 2020 2 Komen

1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Ba Ta A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Siapa tahu lagu ni? Lagu Apokalips dendangan M.Nasir ni antara lagu favourite saya dari M. Nasir selain daripada lagu Mentera Semerah Padi.

Tapi, tahukah anda siapakah penulis lirik lagu Apokalips ni?

Lagu: Apokalips
Penyanyi : M. Nasir
Lirik : Loloq
Lagu : M. Nasir

Ya, allahyarham Loloq atau nama sebenarnya Rosli Khamis. Allahyarham Loloq ni boleh dikatakan antara legend tanah air kita dalam bidang hiburan yang banyak menyumbangkan lagu dan lirik dalam bentuk ketuhanan dan dakwah. Walaupun tidak secara straight forward tapi tersiratnya memang menjurus ke arah itu. 

Apa Yang Menariknya Lagu Apokalips ni?

Semestinya liriknya! Liriknya tak straight forward, puitis. Dia macam nak menegur, tapi berlapik. Nak bagi nasihat, tapi beralas. Macam nenek moyang kita dulu lah, nak bagi nasihat tapi masih sempat berpantun.

Interpertasi lagu Apokalips ni dari kaca mata seorang blogger Fairuz Hafeez

1 2 3 Do Re Mi
// Kita manusia selalu berfikir tentang duit & hiburan

Apa nak jadi
Alif Bata A B C
// Kita meminggirkan al-Quran dan juga ilmu yang bermanfaat

Apa nak jadi
Akan terjadi
// Qada & qada

Hujan pasti berhenti
// Alam mengikut peredaran yang telah ditentukan
// Hujan sebagai lambang rahmat yang pasti ada penamatnya

Ada masanya aku suka berteman
// Solat berjemaah & segala aktiviti bermasyarakat

Ada masanya aku suka bersendiri

// Solat tahajud, solat taubat, muhasabah diri
Ada masanya aku suka berjalan
// Menziarahi & bergerak mencari ilmu / rezeki / sahabat / hiburan

Ada masanya aku suka berehat
// Rehat dan tidur – itulah had kita sebagai makhluk yang pasti penat

Ada masanya engkau suka berteman
Ada masanya engkau suka bersendiri
Ada masanya engkau suka berjalan
Ada masanya engkau suka apa yang ku suka
// Kita semua sama, “bebas” melakukan apa yang kita suka dengan izin Allah.

Hidup dan nasib roler koster
// Roler koster – permainan yang mengujakan, kadang kita rasa takut, kedang kita rasa seronok. Begitu juga aras kebahagian dan rezeki kita, kadang ada, kadang tiada. Jika mahu thrill yg lebih menguja silakan pilih roler koster yg lebih mencabar, jika tidak pilih saja yg layaknya untuk kanak-kanak.

Susah dan senang bersilih ganti
// Alif Laam Miim,[1]. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:”Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?[2]. Surah Al-’Ankabut, ayat 1 & 2

Bila-bila boleh naik dan turun
// Kita tidak tau apa nasib kita maka ingatlah 5 perkara sebelum 5 perkara.

Apokalips x 4

1 2 3 Do Re Mi
Apa nak jadi
Alif Bata A B C
Apa nak jadi
Akan terjadi
Hujan pasti berhenti

Ada masanya kita suka berteman
Ada masanya kita suka bersendiri
Ada masanya kita suka berjalan
Ada masanya kita suka

#notakakmim: suka baca lirik lagu dan memahami apa yang nak disampaikan, especially lagu-lagu zaman 80-an dan 90-an


Kisah Si Pemakai Gelang Pink

October 12, 2020 2 Komen

Pagi ni topik Kool Talk di kool.fm agak menarik jugak, berkenaan pemakaian gelang untuk individu yang menjalani Home Surveillance Order.

Ihsan gambar dari Google

Sebenarnya warna untuk gelang tu takde makna apa-apa pun. Ingatkan sebelum ni kalau yang pakai gelang pink tu yang dikuarantin kerana balik dari oversea, yang kelabu balik dari SM atau SS, dan ada lagi warna-warna yang lain jugak. Rupanya kan warna-warna ni sama je. Kebetulan je yang ramai tertangkap tu semuanya pemakai gelang pink.

Penggunaan warna ni sebenarnya berdasarkan stok yang ada di Pejabat Kesihatan Bahagian/Daerah! Tu jer.

Tapi, si pemakai gelang kerana HSO ni sebenarnya besar dan berat tanggungjawabnya. Kalau dah dapat HSO tu sepatutnya janganlah keluar dari rumah, jangan merayau-rayau di bandar, pergi bank ke, pergi Mydin ke, pergi Tesco ke. Jangan!! Sepatutnya duduk jer kat rumah tu, stay dalam bilik jer, jangan bergaul dengan ahli keluarga yang lain yang takde arahan kuarantin. Kalau bergaul macam biasa, sama jer lah merayau kat luar. Sebab dalam tempoh ni si pemakai gelang tu masih dalam incubation period di mana virus Covid-19 tu aktif ke tidak dalam badan diorang.

Dulu masa PKP, adik Kakmim pernah dapat arahan home quarantine kerana close contact dengan individu positif Covid-19. Masa tu takde lagi gelang-gelang ni semua. Mula tu adik seorang jer yang kena pergi swap tapi oleh kerana tempoh kontak tu dah melebihi 2 minggu so adik Kakmim kena ambik darah jer. Tak kena swap. Alhamdulillah result darah negative, ertinya takde history virus Covid-19 tu pernah ada dalam darah. Syukur sangat.

Masa adik dapat arahan kuarantin tu, dia memang stay dalam bilik dia jer. Toilet pun dia sorang jer pakai. Kat rumah mak ada 6 orang semuanya, termasuk si adik yang kena kuarantin. So yang lagi 5 orang tu semua mandi kat toilet bawah, yang toilet atas tu memang khas untuk adik yang kuarantin tu jer selama 2 minggu. Makan pun kena hantar letak depan bilik jer, tak makan bersama dengan yang lain. Nasib baiklah rumah ada wifi, so dia layan movie je lah, layan karok sorang-sorang dalam bilik tu.

Lepas sehari dia kuarantin, mak bapak dan adik beradik yang lain pun dapat arahan kuarantin jugak. Ah sudah, 1 rumah dah kuarantin. Tapi masa tu memang PKP, memang tak keluar ke mana-mana pun. Cuma kalau ada keperluan yang takde atau dah habis kami 2 beradik yang kat rumah lain yang tolong belikan. Bahan-bahan basah pun sama jugak, kami beli dan letak kat luar rumah je. Nak masuk pun tak berani. Ye lah, kita takut kan. Masa PKP yang bulan April tu memang history sangat sebab sebelum mak bapak dan adik-adik kena kuarantin, husband Kakmim pun kena kuarantin jugak. Tapi dia lagi haru lah sebab kena kuarantin di pusat kuarantin. Kakmim pernah cerita kat sini.

Berbalik kepada kisah si pemakai gelang berwarna-warni ni, apabila dah dapat HSO ni, diharap korang ni ada rasa tanggungjawab terhadap komuniti. Duduk diam-diam kat rumah tu, jangan nanti bila dah 2nd swap, tetiba pulak positif, tapi sebelum tu dah pernah pegi bank, pergi renew lesen, pergi supermarket, kan ke menyusahkan orang lain pulak. Tak pasal-pasal orang lain pulak jadi mangsa. So, tolong lah. Tolonglah jangan selfish.

Kalau tengok trend sekarang ni, 1st swap negatif tapi bila 2nd swap positif! Macam makin lambat pulak incubation period Covid 19 ni sekarang. Dah bukan dalam masa 2 minggu lagi dah.

Bila tengok statistik harian di Malaysia sekarang ni, memang seram. Setiap petang tunggu statistik keluar dengan perasaan berdebar-debar. So far di Sarawak terkawal lagi. State cepat jugak lah tutup border/airport dan perketatkan SOP hari tu cuma yang kes baru-baru ni terlepas sebab time tu belum ada arahan ketat untuk self-quarantine di rumah. Tu pun kes yang baru balik dari KK, Sabah. Hmm...

Statistik semalam di Sarawak, 11 Oktober 2020.






11/10/2020

APA LAGI YANG LEBIH MEMBAHAGIAKAN

October 11, 2020 8 Komen

Penantian saya bakal berakhir gais. Ada yang nak tempah ke? Er, tempah apa? ๐Ÿ˜‰

Ini haaa. Naskah buku Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan yang bakal terbit tak lama lagi! Cover dah release dah pada tarikh keramat 10.10.2020. Seharian ni geng-geng penulis semua sibuk update di FB masing-masing tentang ALYLM ni. Tipulah kalau tak excited sebab 1st time kan. Sebelum ni ada juga penulisan ilmiah yang diterbitkan (dibaca: untuk tujuan kenaikan pangkat) tapi untuk penulisan kreatif, inilah yang pertama. Ibarat nak bersalin anak sulung gitu feelingnya.

Sebenarnya saya memang suka menulis sejak dari bangku sekolah lagi. Masa di sekolah menengah saya pernah buat cerpen, tapi nak dikatakan cerpan pun boleh jugak kot sebab boleh tahan panjang jugaklah ceritanya cuma belum setaraf novel lagi lah. Saya ingat lagi time tu saya tulis dalam buku latihan sekolah yang tak habis jer. Lepas tulis, saya sembunyikan. Entah bagaimana adik saya pernah terjumpa buku yang ada cerpan tu lalu terus dibacanya. Adoi.. segan nak mati!! Terus saya marah-marah adik saya dan lepas tu saya pun buang buku latihan yang ada cerpan tu. Kah kah kah! Sampai macam tu sekali ye. Kesian pulak, cerpan yang tak berdosa tu jadi mangsa pulak. Dan lepas tu saya dah tak menulis lagi dah. Cuma menulis untuk BM SPM jer. Sampailah saya dapat 1 untuk BM. Ya, saya SPM 1998 masih guna agregat lagi. Masa form 4, 1st test BM saya pernah gagal dan sejak itu saya request dekat bapak nak tusyen BM. Dan sejak itu memang saya target BM mesti dapat 1 walaupun sepanjang ujian BM masa form 4 dan form 5 susah betul nak score A untuk BM. Eh, cerita zaman SPM pulak.

Sebenarnya susah jugak saya nak mula menulis untuk ALYLM ni. Mungkin tak terbiasa kot. Kalau menulis di blog, lain lah, memang tak sama rasanya dengan menulis secara formal ni. Tapi saya cuba jugak lah. Mungkin penulisan saya antara yang tak best dalam ALYLM tu tapi takpe, kalau tak cuba kita takkan bermula ye dok? Manalah tau ini akan terus menjadi pendorong kepada saya untuk serius menulis, bukan setakat menaip untuk blog sahaja.

Apa yang saya sumbangkan di ALYLM? 

Ala.. kisah biasa je. Ayat pun rasanya straight to the point je. Saya buat macam update blog je. Hihihi. Mungkin saya lebih serasi dengan penulisan macam di blog kot. Takpe, lepas ni saya akan terus belajar dan membaca. Insya Allah. Kalau nak tau, boleh jer nak tempah sekarang.

Dengar cerita banyak jugak penyertaan ALYLM ni. Sebab tu sampai ada 3 Bahagia tu. Tapi kan tulisan saya belum tau lagi di Bahagia yang mana 1. Adakah 1 atau 2 atau 3?

APA sebenarnya ALYLM ni? 

Oh, ini merupakan projek antologi coretan rakyat Malaysia Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan (ALYLM) yang menghimpunkan coretan dan catatan rakyat Malaysia berkaitan Covid 19 dan juga PKP. So semua kisah dalam ALYLM ni semestinya berkisahkan Covid-19 dan PKP. Bukan coretan sorang jer tapi beratus coretan dan catatan dari rakyat Malaysia. Rasanya ada jugak penyertaan dari Singapura dan Brunei jugak. Nantilah kalau buku dah sampai di tangan nanti, saya cerita lagi k.

Semoga kita semua bahagia hari ini, esok dan selamanya. Kerana.. bahagia itu boleh dicari dan diusahakan. Betul tak?