Follow Us @soratemplates

31/10/2020

Happy Birthday Puteri Sulung Ibu

October 31, 2020 5 Komen

Entri terlewat. Sibuk sangat kat umah tak terpublish pulak entri ni.

Gambar keluar dari OT

30 Oktober 2009 - 11 tahun yang lalu lahirlah puteri sulung Kakmim yang diberi nama Iman Madihah. Alhamdulillah. 

Dah lah 1st time nak merasa pengalaman bersalin terus diuji terpaksa melahirkan dengan cara pembedahan. Masa tu frustated sangat. Kenapa? Ye lah kalau dah ceaser means anak limited 3 orang je lah berdasarkan pengalaman saudara dan kawan-kawan.

Alhamdulillah sekarang 4 cahaya mata dah. Adik-adik semuanya selamat dilahirkan dengan normal. Cuma yang sangkutnya sorang jer lah puteri. 

Tak kisahlah, amanah tetap amanah. Bukan senang nak mendidik anak zaman 4IR ni. Hmm..

Gambar masa darjah 1, 2016

Gambar terkini, darjah 5, 2020







 

27/10/2020

Bermulalah Sesi 'Online Class'

October 27, 2020 6 Komen


Esok nak start online class dah! 

Pulun habiskan amali hari ni sebab ada yang takde PC or laptop di rumah. Sebelum tu kita share dulu free theme untuk Google Slides or Microsoft Powerpoint kat diorang. 

Boleh search di www.slidesgo.com k!!

#notakakmim: semoga kami dilindungi dari wabak C-19 ni

26/10/2020

Dia Mengganas Lagi

October 26, 2020 6 Komen

Allahu! Masuk ofis bukak Telegram dapat perkhabaran sahabat kami di Semporna, Sabah telah disahkan positif Covid-19. Suami isteri pulak tu. Dah la orang Semenanjung, tinggal bertiga je dengan anak sorang di sana. Ya Allah, ya Allah... macam mana nasib anaknya. Risau pulak nasib si anak yang baru 4-5 tahun gitu so Kakmim bukak FB beliau, fuh, nasib baiklah rupa-rupanya maknya ada di sana. Semoga anak dan maknya sentiasa negatif dan takkan dijangkiti dari mereka berdua. 

Kes di Sarawak semalam.

Trend di Kuching pulak semakin menaik 2-3 hari ni. Seram.. seram! Semalam dah 15 kes sahaja di Kuching dengan kluster baharu. Ada tempat dah dibuat ACD untuk buat saringan semua kontrak rapat. Ada lagi yang belum habis disiasat lagi. Sebuah sekolah lagi ditutup minggu ni. Minggu lepas sekolah rendah, minggu ni sekolah menengah. Doakan yang kes positif di sekolah minggu lepas tak menjangkiti guru-guru dan pelajar yang lain. Risau bila dah melibatkan sekolah ni.Macam kat Seremban, berapa orang pelajar sekolah menengah yang positif.

Tapi kan abang dan kakak sekolah hari ni sebab si kakak ada ujian PKL (Pentaksiran Kompetensi Literasi). Esok tak sekolah lah kot. Rasanya bulan Oktober ni lah paling banyak rekod 0 diorang 2 beradik ni. Bukan apa, sekolah tu murid dah lah ramai, kita tak tau perjalanan parents mereka. Tu yang buat perasaan was-was. Sekarang ni tak dapat dah nak percaya sesiapa. Agaknya kalau semua buat swap test entah-entah ramai sebenarnya yang dah positif sebab trend sekarang memang takde simptom.

Sekarang dah jadi macam PKP hari tu dah. Setiap petang menunggu dengan penuh debaran statistik terkini kes positif di Sarawak dan juga Malaysia. Semoga cepat-cepatlah putus rantaian Covid-19 ni. Dah dekat nak setahun dah kita hidup dibelenggu Covid-19.











23/10/2020

Milo Crepe Montok & Gebu Tersedap di Kuching

October 23, 2020 2 Komen

Ehem! Tajuk biar gempaq! Jangan kecam ya ampun. Orang Kuching tak baca blog Kakmim ni, biarlah. Kah kah. Milo Crepe ni memang favourite Kakmim.

Er, korang pernah makan bendalah Milo Crepe ni tak? Adoi, time macam ni la teringin. Makan time chill ni memang sedap.

Kakmim ada cerewet sikit bab Milo Crepe ni atau kod rahsianya MC. Hahaha. Kakmim cuma makan yang BFF Kakmim buat jer. Pernah jugak try beli dengan baker yang lain, memang tak setanding MC yang BFF Kakmim buat. Tengoklah milonya memang melimpah ruah! Ini barulah Milo Crepe. Yang pernah Kakmim order dari baker lain, fresh cream jer banyak, milonya seciput jer. Memang sedih kemurungan mengenangkannya.

Selain MC ni satu lagi signature BFF Kakmim yang selalu sold out tak sampai 10 minit kalau dia open order ialah Durian Crepe. Pun sama, durian banyak daripada fresh cream, sebab tu menjadi kegilaan netizen. Hahaha. 

Tapi malangnya Kakmim tak makan Durian Crepe. Kakmim cuma setia dengan si MC akak Milo Crepe ni. Hihihihi.

Montok dan gebu kan? Manalah tak geram.