Follow Us @soratemplates

26/02/2021

Belajar mengatakan TIDAK

February 26, 2021 8 Komen


Adakah anda sejenis spesis yang mudah berkata 'Tidak'? 

Saya sejenis manusia yang sukar mengatakan 'Tidak'.
Prinsip saya semasa bekerja mudah.
Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita.
Saya sedaya upaya akan buat termampu untuk mudahkan orang.
Saya puas.
Biarlah saya bersusah-payah asalkan saya puas.


Namun pernah jua terlintas di hati kecil saya.
Saya asyik nak mudahkan orang. 
Tapi ada orang lain yang lagi mudah sebab tak buat apa.


Sesuatu terjadi hari ini.
Saya memang sibuk.
Nak tanyak kabar anak pun tak sempat.
Tiba-tiba mesej masuk.
Bila dia dah mula hmm..
Saya dapat rasakan mesti berkehendak sesuatu ni.


Ya, benar.
Dia ada harapan.
Ya benar.. saya sibuk.
Saya tidak respon 'ya', juga 'tidak'.
Saya cuma diam.
Saya teruskan kerja.


Tak lama kemudian. dia telah redha.
Gembiranya!
Silent treatment yang berjaya!


Tau tak perasaan suka tu tiba-tiba ada?
Oh, begitu rupanya bila cuba berkata 'Tidak'.
Walaupun cuma diam seribu bahasa.
Ternyata strateginya berjaya.


Saya puas kerana saya tidak membantu hari ini.
Aneh perasaannya ya.
Saya selfish?
Eh... tidak!
Mungkin tiba masanya saya perlu ruang untuk saya sendiri.
Cukup-cukuplah menjadi lilin.


Hahahaha!
Perasan sungguh nak jadi lilin!





22/02/2021

Semoga Berjaya Semua Calon SPM 2020

February 22, 2021 9 Komen




22 Februari 2021 - Biar menjadi sejarah. 
Anak-anak yang lahir pada tahun 2003, yang sepatutnya menduduki SPM pada tahun 2020 akan menduduki SPM di usia 18 tahun.


Kami yang bertugas di IPT pun terkesan dengan 'penangguhan' SPM 2020 kerana tiada kemasukan perdana pada Sesi Jun/Julai pada tahun 2021 sepertimana rutin-rutin kami pada tahun-tahun sebelum ini.


Walau bagaimanapun, saya mendoakan semua calon yang bakal menduduki SPM pada esok hari akan dipermudahkan urusan menjawab kertas soalan, dilancarkan pemahaman dan diterangkan hati ketika menjawab kertas soalan.


Usaha, doa dan tawakal. Insya Allah.
 

20/02/2021

Mini Snickers Cheese Cake Tersedap

February 20, 2021 13 Komen


Sepanjang minggu ni memang agak busy. Hari yang sepatutnya BDR pun saya rela ke ofis. Meeting hampir setiap hari. Penat otak bersambung pula di rumah. Macam biasalah bila sel-sel otak dah berhubung di rumah pun sanggup on pc buat apa yang patut. Tak sabar pulak rasanya nak mulakan semester baharu awal Mac ni.


Bila dah fokus dengan kerja tipulah tak rasa stress kan? Apalagi kalau jiwa kacau kenalah ada self-reward. Nak ke shopping mall macam tak sesuai je dengan situasi sekarang ni. Apalagi kita reward diri sendiri dengan makanan sedap-sedap. Okay tak okay tak? Haha!


Bila kawan sendiri open order, apalagi kita grab je lah! Dah macam pucuk dicita ulam mendatang, orang mengantuk disorongkan bantal. Lama jugak BFF saya ni tak open order Snickers Cheesecake. Tapi kali ni dia buat yang mini jer. On saja! Confirm sedappp!


Lawa kan gift box ni? Hari tu brownies tower dapat box hitam. Hari ni color pastel pulak. Jatuhhh cintahhh.


Mini Snicker Cheese Cake


Nampak tak ada Snickers tertanam dalam kek tu? Heaven sungguh dengan rasa lemak-lemak cheese dan kacang-kacang dalam Snickers tu bersatu. Hormon kegembiraan pun terangsang! Auww!



Oops! Box yang tantek itu dah masuk almari dahh. Sayang nak buang. Buat hiasan dalam almari kaca je lah. 


Akhir kalam, jangan lupa untuk bahagia ya! Jom kita sebarkan bahagia melalui penulisan. Tiberr!







 

16/02/2021

Manusia Ignorant

February 16, 2021 29 Komen

Saya agak kecewa dengan sikap manusia yang ignorant, tak cakna dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita. Nak kata duduk di ceruk kampung sana, tak jugak. Nak kata takde access dengan media sosial, dia guna jugak Facebook tu untuk buat marketing produk yang dia jual. Contoh je la. Tapi? Masih tak cakna dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.


Kisah benar. Satu alasan utama manusia yang tak cakna info semasa ni ialah tak minat politik. Itu yang selalu saya dengar kalau kita berbincang santai tentang isu semasa yang melibatkan politik, mereka terus potong stim yang lain. Orang nak berbincang secara sihat pun terus down. Ai... tak best langsung manusia macam ni. Itu contoh kalau kita cerita bab politik. Memang itulah alasan utamanya. 


Sekarang ni kan orang tengah heboh tentang vaksin Covid-19. Semalam balik kerja Encik Husband ceritalah diorang ada taklimat tentang vaksin tu semalam. Diorang akan ambik vaksin ni pada awal Mac nanti. Encik Husband jadi salah seorang fasilitator so ada 2 orang staf mintak bantuan nak setting MySejahtera. Encik Husband cakap, masa tu dia agak terkejut, speechless sekejap. Takkan tak ada MySejahtera? Tak pernah guna MySejahtera ke?


Encik Husband: Kitak sik ada MySejahtera? 

Staf: Tok kah? (Dia tunjuk apps yang jabatan diorang pakai) 

Encik Husband: (Speechless)


Masa Encik Husband cerita saya macam annoying pulak dengar. Seriously??? Saya tanya Encik Husband lagi sebab tak puas hati. 


Saya: Senior kah? 

Encik Husband: Eh, sik lah.. macam baya-baya kitak jak. 


Apuu! 


Itu lagi satu masalah. Penjawat awam yang tak tau dasar-dasar kerajaan. Kita ni dah bergelumang dengan pandemik ni dah setahun dah. MySejahtera pun dah diwajibkan digunapakai di semua premis, takkanlah tak pernah guna MySejahtera? Mungkin di tempat kerja mereka scan aplikasi yang jabatan guna, baiklah dimaafkan. Tapi takkan nak ke supermarket ke, shopping mall ke tak pernah tengok orang scan MySejahtera. Wujud jugak rupanya manusia macam ni. Kenapa eh? Kenapa? Saya pelik.



Contoh di atas tu cuma sikit je tu. Mungkin ada lagi contoh-contoh lain kes manusia tak cakna yang pernah korang jumpa kan? Kesimpulannya, semuanya bermula dengan kita sendiri. Kita bukan nak jadi penyibuk, bukan nak jaga tepi kain orang atau bukan nak jadi profesor serba tau tapi isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita ni kenalah ambik tau.  


Begitulah.


15/02/2021

Musim PKP Yang MemBAHAGIAkan

February 15, 2021 24 Komen

Sejak di bangku sekolah lagi saya suka mengarang. Saya suka subjek BM kerana bila kena buat karangan saya suka berimaginasi. Tapi bila menjejakkan kaki di sekolah menengah pula, saya lebih suka karangan jenis perbincangan isu semasa. Masa tu Dewan Siswa jadi sumber rujukan saya untuk mencari isi penting topik-topik semasa. Bila part English, saya akui memang agak slow sikit. Kih kih.


Zaman budak-budak semuanya suka berangan kan? Dah besar nanti, nak jadi ni, nak beli tu, nak pakai macam ni. Begitulah saya, berangan nak menulis novel kononnya tapi sampai sekarang pun tak pernah bermula. Masa di sekolah menengah, saya cuba-cuba jugak buat certot (cerita kontot). Saya gunakan buku latihan sekolah je. Walaupun kontot tapi berhelai-helai jugak lah. Pernah adik saya terjumpa certot tersebut, saya rampas, malu dan buang buku tersebut. Malunya alahai.


Itu zaman dahulu-kala, zaman throwback kata orang sekarang. Sekarang kita nak kembali ke alam nyata pulak. Kisahnya semalam, saya dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali, tapi bukan pulak daripada scammer. Ya, saya siap install True Caller di handphone supaya lebih bersedia untuk 'melayan' scammer. Rupanya dari J&T! Saya dah agak dah apa yang dia nak hantar tu. Nak jugak tiba di hari bahagia 14 Februari ni ye. Tapi J&T hantar parcel tu kat rumah mak. Malamnya barulah berkesempatan ambik di rumah mak. Bayangkanlah bersabar menunggu dari 10 pagi ke 9 malam untuk memegang dan mendakap si Bahagia 1 berwarna biru ni. Hmm..


Apa Lagi Yang Lebih Membahagiakan (ALYLM) ni menghimpunkan coretan pengalaman rakyat Malaysia semasa PKP & Covid-19.  ALYLM ada 3 siri, Bahagia 1, Bahagia 2 dan Bahagia 3. Coretan biasa-biasa saya tersangkut di Bahagia 1, yang bercover biru ni. Biru ni sinonim dengan kaler korporat frontliner kita, PDRM. Itulah cerita di sebalik warna covernya.




Bila menulis untuk genre penulisan kreatif ni tak sama seperti penulisan ilmiah. Penulisan ilmiah kita ada reviewer. Kalau terkurang, mereka yang pakar boleh komen itu dan ini. Berlainan pula dengan penulisan kreatif, editor hanya mengedit mana yang perlu saja tapi ideanya 100% daripada kita. Oh, saya belum ada kreativiti seperti itu lagi. Masih perlu banyak membaca dan belajar lagi. Nak jadi macam Syazni ada novel sendiri. Bestnya!






Sejujurnya saya baru saja bermula untuk menulis. Bermula ketika di usia hampir mencecah ke angka 4 di depannya.  Menulis di blog tak sama seperti menulis untuk sebuah buku untuk diterbitkan. Memang tak sama sekali. Sangat janggal sebenarnya. Penulisan saya yang pertama ini bukanlah yang terbaik bagi saya tapi saya bangga saya berani bermula. Ya! Akhirnya penulisan saya berjaya diterbitkan bersama antologi dari penulis-penulis yang lain. Nota PKP Alan Untuk Ibu sangat biasa dan santai sahaja. Tiada yang menarik, tapi istimewanya ia mungkin luahan sebenar dari Alan yang dia sendiri tak terluahkan. Musim PKP ialah musim yang membahagiakan sebenarnya bagi anak-anak seperti Alan.




 
Adakah saya akan terus menulis?
 Untuk ilmiah, ya. 
Untuk kreatif, belum ada sinar lagi nampaknya. 
Semoga saya diberikan rezeki lagi untuk terus menulis.


13/02/2021

Rezeki Sejak Aktif Blogging

February 13, 2021 19 Komen




Kisah Januari 2021. Pembuka tahun 2021.




Cuya dah whatsapp awal dah dia akan buat digital art tu selepas dia selesai final exam. 
Kakmim tak kisah pun. 
Semalam Cuya send kat whatsapp & telegram.


Sekejap je Cuya buat. Tadaaaaa!


Terima kasih Cuya!! 


Tengah malam tadi masa marathon Start Up saja je check blog kat henpon. 
Terkejut bila baca notification ni.


Tak sangka pulak dapat tempat ketiga di blog Tangan Gebu.
Alhamdulillah.


Ini pulak cerita penghujung tahun 2020.



Rezeki di blog Eza Boom Boom penghujung Disember 2020 yang lalu.
Tak sangka jugak.




Terima kasih Eza.. terus transfer malam tu jugak.



Alhamdulillah. Niat nak support kawan-kawan je tapi boleh termenang.
Rezeki terpijak.
Setiap bulan dapat hadiah dari sahabat blogger.
Sebelum ni bulan November 2020 pernah jugak dapat dari Misya. 





Alhamdulliah.
Speechless. Rezeki kenal orang baik-baik.
Maafkan Kakmim ye kalau tenggelam timbul tinggalkan jejak di blog kawan-kawan.
Biasalah bila dah sibuk dengan tugas hakiki.



 

Pentingnya Bijak Memilih 'Circle' Yang Positif

February 13, 2021 9 Komen


Dua minggu lepas semasa on the way ke ofis saya dengar motivasi dari Coach Arif Azahari di Radio Sarawak.fm. Coach Arif Azahari ni ialah Coach untuk penjawat awam negeri Sarawak. Bagi yang baru bergelar penjawat awam negeri semestinya akan berjumpa Coach AA ni kerana beliau merupakan salah seorang fasilitator untuk 'kursus induksi' kerajaan negeri. Beliau juga merupakan individu yang aktif dalam Toastmasters. 

Baiklah cerita mengenai perkongsian Coach AA pada pagi itu. Ceritanya mengenai 'circle' atau network kita. Pentingnya kita memilih circle yang baik-baik dalam kehidupan seharian kita. Circle yang baik akan membawa kita ke arah sesuatu yang bermanfaat. Maka kita boleh buat pilihan untuk memilih sesiapa untuk berada dalam circle kita. Dan bila kita hendak memilih, kita semestinya mempunyai beberapa pilihan. Tak mungkin kita hidup berseorangan di atas muka bumi ni kan? Nak cari jodoh untuk pasangan hidup pun kita ditemukan dengan beberapa pilihan sebelum kita dapat membuat pilihan untuk diri kita. 


Begitulah juga semasa di tempat kerja. Kalau dicongak-congak kita ada minimum 8 jam berada di tempat kerja. 1/3 daripada 24 jam masa kita dihabiskan di ofis. Belum lagi yang selalu datang awal atau balik lambat kan? Sebab itulah pentingnya pilihan circle yang kita pilih.  Masa kita di pejabat akan ditentukan oleh circle yang kita telah pilih tadi. Kita pilih yang suka 'membawang', maka masa 'membawang' kita mungkin akan lebih banyak daripada masa bekerja. Kita pilih circle yang kerja macam lipas kudung maka kita pun akan terinspirasi untuk membuat kerja dengan lebih produktif. Boleh relate?


Coach bagi contoh, kalau kita berkawan dengan si penjual minyak wangi, kita sebagai kawan pun akan 'terjangkit' sekali bau wangi yang si penjual minyak wangi itu jual. Begitulah.


Macam pengalaman saya sendiri, circle positif di tempat kerja memang sangat membantu dan memberikan motivasi untuk saya menambahbaik kualiti kerja saya. Di mana-mana saja boleh brainstorming pasal kerja, di kedai makan, semasa memandu sambil voice message, sebelum tidur. Semua boleh. Bukannya workaholic tapi kadang-kadang idea tu datang secara tiba-tiba dan untuk tidak 'membantutkan' percambahan idea maka ianya perlu untuk diluahkan segera. Ya segera! Begitulah. Saya lebih suka begitu.


Kalau anda pula bagaimana? Cuba lihat circle anda. Sesekali muhasabah diri perlu jugak kan? 


Selamat berhujung minggu ya.

12/02/2021

Birthday Irfan Mustaqim ke-9 Tahun

February 12, 2021 8 Komen

12 Februari 2021 genap si Abang 9 tahun. Tahun ni plan dengan adik sambut sekali dengan anak buah, si Amirul Musyrif. Amirul 3hb & Irfan 12hb. Jemu pulak nak makan kek tiap bulan. So kita tempah brownies tower je untuk Abang & Amirul.

Brownies tower bertemakan Among Us! Dah takde idea dah nak buat tema apa dah.

Kali ni kami celebrate kat umah mak je. Lagipun dah lama jugak kami adik-beradik tak masak ramai-ramai. Mulanya plan nak order nasik arab lah, nasik beriani lah tapi last minute tukar plan. Masak sendiri je! Lagi puas hati. Buat menu kampung dengan ulam-ulaman. Tapi tak sempat nak ambik gambar sebab bapak dah tak sabar nak makan balik dari solat jumaat. 😂😂

Birthday boy 2 orang ni. Sorang 9 tahun, sorang lagi 7 tahun.


#theIMANs dan sepupu-sepapat. Setakat ni masih lagi 4 + 3 🤭


Last but not least mestilah family photo #imanfamilia 🥰

Baju pun recycle je sebab brownies tower tadi kan dah tema Among Us. Lagipun dah beberapa bulan jugak tak beli baju baru untuk #theIMANs ni. Beli pun takde ke mana jugak zaman PKPB macam ni. 

Untuk Abang, Ibu doakan semua yang baik-baik akan berbalik ke Abang. Abang ni sejenis budak yang taat dan patuh arahan. Sekali je kita bagi arahan, jawapannya mesti, "Ok Ibu". Ibu Ayah sayang Abang. Jadilah anak lelaki sulung yang akan melindungi keluarga suatu hari nanti ye.