Follow Us @soratemplates

26/02/2021

Belajar mengatakan TIDAK

February 26, 2021 8 Komen


Adakah anda sejenis spesis yang mudah berkata 'Tidak'? 

Saya sejenis manusia yang sukar mengatakan 'Tidak'.
Prinsip saya semasa bekerja mudah.
Kita mudahkan urusan orang, Allah mudahkan urusan kita.
Saya sedaya upaya akan buat termampu untuk mudahkan orang.
Saya puas.
Biarlah saya bersusah-payah asalkan saya puas.


Namun pernah jua terlintas di hati kecil saya.
Saya asyik nak mudahkan orang. 
Tapi ada orang lain yang lagi mudah sebab tak buat apa.


Sesuatu terjadi hari ini.
Saya memang sibuk.
Nak tanyak kabar anak pun tak sempat.
Tiba-tiba mesej masuk.
Bila dia dah mula hmm..
Saya dapat rasakan mesti berkehendak sesuatu ni.


Ya, benar.
Dia ada harapan.
Ya benar.. saya sibuk.
Saya tidak respon 'ya', juga 'tidak'.
Saya cuma diam.
Saya teruskan kerja.


Tak lama kemudian. dia telah redha.
Gembiranya!
Silent treatment yang berjaya!


Tau tak perasaan suka tu tiba-tiba ada?
Oh, begitu rupanya bila cuba berkata 'Tidak'.
Walaupun cuma diam seribu bahasa.
Ternyata strateginya berjaya.


Saya puas kerana saya tidak membantu hari ini.
Aneh perasaannya ya.
Saya selfish?
Eh... tidak!
Mungkin tiba masanya saya perlu ruang untuk saya sendiri.
Cukup-cukuplah menjadi lilin.


Hahahaha!
Perasan sungguh nak jadi lilin!





22/02/2021

Semoga Berjaya Semua Calon SPM 2020

February 22, 2021 9 Komen




22 Februari 2021 - Biar menjadi sejarah. 
Anak-anak yang lahir pada tahun 2003, yang sepatutnya menduduki SPM pada tahun 2020 akan menduduki SPM di usia 18 tahun.


Kami yang bertugas di IPT pun terkesan dengan 'penangguhan' SPM 2020 kerana tiada kemasukan perdana pada Sesi Jun/Julai pada tahun 2021 sepertimana rutin-rutin kami pada tahun-tahun sebelum ini.


Walau bagaimanapun, saya mendoakan semua calon yang bakal menduduki SPM pada esok hari akan dipermudahkan urusan menjawab kertas soalan, dilancarkan pemahaman dan diterangkan hati ketika menjawab kertas soalan.


Usaha, doa dan tawakal. Insya Allah.
 

20/02/2021

Mini Snickers Cheese Cake Tersedap

February 20, 2021 13 Komen


Sepanjang minggu ni memang agak busy. Hari yang sepatutnya BDR pun saya rela ke ofis. Meeting hampir setiap hari. Penat otak bersambung pula di rumah. Macam biasalah bila sel-sel otak dah berhubung di rumah pun sanggup on pc buat apa yang patut. Tak sabar pulak rasanya nak mulakan semester baharu awal Mac ni.


Bila dah fokus dengan kerja tipulah tak rasa stress kan? Apalagi kalau jiwa kacau kenalah ada self-reward. Nak ke shopping mall macam tak sesuai je dengan situasi sekarang ni. Apalagi kita reward diri sendiri dengan makanan sedap-sedap. Okay tak okay tak? Haha!


Bila kawan sendiri open order, apalagi kita grab je lah! Dah macam pucuk dicita ulam mendatang, orang mengantuk disorongkan bantal. Lama jugak BFF saya ni tak open order Snickers Cheesecake. Tapi kali ni dia buat yang mini jer. On saja! Confirm sedappp!


Lawa kan gift box ni? Hari tu brownies tower dapat box hitam. Hari ni color pastel pulak. Jatuhhh cintahhh.


Mini Snicker Cheese Cake


Nampak tak ada Snickers tertanam dalam kek tu? Heaven sungguh dengan rasa lemak-lemak cheese dan kacang-kacang dalam Snickers tu bersatu. Hormon kegembiraan pun terangsang! Auww!



Oops! Box yang tantek itu dah masuk almari dahh. Sayang nak buang. Buat hiasan dalam almari kaca je lah. 


Akhir kalam, jangan lupa untuk bahagia ya! Jom kita sebarkan bahagia melalui penulisan. Tiberr!







 

16/02/2021

Manusia Ignorant

February 16, 2021 29 Komen

Saya agak kecewa dengan sikap manusia yang ignorant, tak cakna dengan isu-isu yang berlaku di sekeliling kita. Nak kata duduk di ceruk kampung sana, tak jugak. Nak kata takde access dengan media sosial, dia guna jugak Facebook tu untuk buat marketing produk yang dia jual. Contoh je la. Tapi? Masih tak cakna dengan apa yang berlaku di sekeliling kita.


Kisah benar. Satu alasan utama manusia yang tak cakna info semasa ni ialah tak minat politik. Itu yang selalu saya dengar kalau kita berbincang santai tentang isu semasa yang melibatkan politik, mereka terus potong stim yang lain. Orang nak berbincang secara sihat pun terus down. Ai... tak best langsung manusia macam ni. Itu contoh kalau kita cerita bab politik. Memang itulah alasan utamanya. 


Sekarang ni kan orang tengah heboh tentang vaksin Covid-19. Semalam balik kerja Encik Husband ceritalah diorang ada taklimat tentang vaksin tu semalam. Diorang akan ambik vaksin ni pada awal Mac nanti. Encik Husband jadi salah seorang fasilitator so ada 2 orang staf mintak bantuan nak setting MySejahtera. Encik Husband cakap, masa tu dia agak terkejut, speechless sekejap. Takkan tak ada MySejahtera? Tak pernah guna MySejahtera ke?


Encik Husband: Kitak sik ada MySejahtera? 

Staf: Tok kah? (Dia tunjuk apps yang jabatan diorang pakai) 

Encik Husband: (Speechless)


Masa Encik Husband cerita saya macam annoying pulak dengar. Seriously??? Saya tanya Encik Husband lagi sebab tak puas hati. 


Saya: Senior kah? 

Encik Husband: Eh, sik lah.. macam baya-baya kitak jak. 


Apuu! 


Itu lagi satu masalah. Penjawat awam yang tak tau dasar-dasar kerajaan. Kita ni dah bergelumang dengan pandemik ni dah setahun dah. MySejahtera pun dah diwajibkan digunapakai di semua premis, takkanlah tak pernah guna MySejahtera? Mungkin di tempat kerja mereka scan aplikasi yang jabatan guna, baiklah dimaafkan. Tapi takkan nak ke supermarket ke, shopping mall ke tak pernah tengok orang scan MySejahtera. Wujud jugak rupanya manusia macam ni. Kenapa eh? Kenapa? Saya pelik.



Contoh di atas tu cuma sikit je tu. Mungkin ada lagi contoh-contoh lain kes manusia tak cakna yang pernah korang jumpa kan? Kesimpulannya, semuanya bermula dengan kita sendiri. Kita bukan nak jadi penyibuk, bukan nak jaga tepi kain orang atau bukan nak jadi profesor serba tau tapi isu-isu semasa yang berlaku di sekeliling kita ni kenalah ambik tau.  


Begitulah.