Follow Us @soratemplates

08/04/2021

40 minit

April 08, 2021 12 Komen

Bila 40 minit lambat.. hmm, kelam-kabut jadinya. Rutin sepatutnya mesti bangun pada jam 5.00 pagi tepat. Tapi benda dah jadi kan? Salah sendiri jugak. Nasib baiklah semua dah ready malam tadi. Mulanya memang dah bangun macam biasa sebelum pukul 5 tapi biasalah monolog awal pagi, alaa.. awal lagi tido lagi sekejap. Haa... hambek kau kan dah terlajak sampai 5.40 pagi.


Selalunya jam 6 pagi kami dah bergerak dari rumah. Hari ini 6.30 pagi baru bergerak dari rumah. Hari dah terang dah! Sebab tu dapat ambik gambar. Kah! Kah! Selalunya kami gerak hari masih gelap lagi.

Walaupun terlambat tapi alhamdulillah semuanya dipermudahkan. Tak sabar nak tunggu hari Jumaat. 2-3 hari ni memang letih sangat.  


Hari korang pulak macam mana? Minggu depan dah nak puasa dah. Rindu kan Ramadhan masa PKP tahun lepas.


05/04/2021

'Mee Kolok PM' di Sepinang Sari

April 05, 2021 13 Komen

Jumaat lepas cuti umum Good Friday. Hari ini pulak Easter Monday so ada sekolah yang ambik cuti peristiwa. Sekolah Awan cuti peristiwa while sekolah kakak, abang dan Alan sekolah macam biasa. Kalau SK (A) dan PASTI pun cuti peristiwa Easther Monday memang something wrong somewhere dah tu!


Lama Ibu tak hantar Alan ke sekolah sejak Ibu dan Ayah dah tukar syif. So hari ni memandangkan Ibu ambik cuti ganti sebab semalam dah kerja, so hari ni dapatlah hantar Alan ke PASTI. KPI hari ni mesti ke DBP nak beli buku teks Awan sebab ada buku teks yang dapat dari sekolah hari tu memang dah uzur sangat dah. Lepas ni dah takde dah minggu transisi. Dah start belajar macam biasa dah, bakal beratlah beg Awan bermula besok.


Nak ke DBP kan awal lagi, setel hantar Alan ke PASTI baru pukul 7.30 pagi. Kedai DBP pun tak bukak lagi so Ibu tanya Awan nak bekfes apa. Dia request mee kolok putih, mee kolok kat kedai bawah PASTI Alan tak sedap dia cakap. Bukannya tak sedap tapi diorang ni memang tak suka mee kolok kicap. Mee kolok putih ni macam original Chinese style. So Ibu bawak ke kedai favourite diorang. Mee kolok di Sepinang Sari Cafe ataupun Mee kolok Hj Salleh. Baru-baru ni PM Tok Abah pun makan kat sini masa lawatan kerja di Kuching.


Macam biasalah nak makan kat sini memang kena queque tunggu meja kosong. Tapi nasib kami agak baik pagi ni sebab orang belum ramai queque.


Peace yo! Kamek Awan atau nama sebenar kamek, Imran. Hehe!



Kedainya takdelah hipster atau moden. Kedai lama je. Memang dari zaman saya sekolah sampailah dah beranak-pinak sekarang kedainya macam ni je lah. Takde renovation atau extend walaupun customer memang tak putus-putus.



Kami dapat meja depan sekali, meja no 1. Hihihi.


Sementara tunggu order kita selfie lah dulu.


Saya order mee kolok special mee lebih. Order 1 je sebab dah mee lebih kan? Pastu mintak mangkuk 0 dan sharelah dengan Awan. Ibu bagi banyakkkk kat Awan. Habis kau! Hahaha!


Oh, ya apa yang special tu? Kalau order tendon + daging lebih haa itulah special. Walaupun mee kolok Hj Salleh ni glamer kat Kuching tapi tak semua orang suka mee kolok kat sini. Sebab ada orang lebih favor mee kolok kicap. Bagi saya mee kolok kicap tu dah ikut taste orang Melayu. Saya prefer yang putih, macam yang kaum Cina jual. Lepas tu sup kat sini rasanya memang agak berempah sikit ataupun memang diorang ada letak herba, memang rasa lain. Dan rasa sup tu lah sesetengah orang tak suka. Tapi kami sekeluarga suka! Haha! Citarasa masing-masing kan?


Ni masa Tok Abah PM dan isteri makan mee kolok di Sepinang Sari hari Jumaat yang lepas. Gambar takde kena-mengena dengan saya. Dapat dari  forwarded message di whatsapp group jer.


Yang bagi souvenir kat PM tu lah owner Sepinang Sari, Hj Salleh. Akhirnya jumpa jugak Tok Abah dengan Hj Salleh, dulu bukan main lagi bagi contoh peniaga mee kolok Hj Saller masa perutusan masa PKP dulu.  Hihihi. Nak buat disclaimer, saya takde di tempat kejadian. Hihi!


Tak lama lagi puasa kan? Masa bulan puasa yang best kat sini diorang akan bukak lepas solat terawih. Memang ramailah lepak makan mee kolok lepas terawih. Tapi tu dulu-dululah masa kita bebas merdeka tak perlu hadap norma baharu macam sekarang ni. Tahun ni kalau bazaar ramadhan jadi bukak pun memang takkan pegi lah. Kita kena jaga kita. Kan? Kan?












 

03/04/2021

Catatan Si Kakak 2018

April 03, 2021 9 Komen


Godek-godek FB pagi ni tetiba terscroll post tentang si kakak. Si kakak ni memang suka menulis dan menconteng. Nah! Catatan Iman pada 2018! Rupanya ada hati nak jadi blogger terkenal. Hihihi!


Iman antara push factor kenapa saya aktif blogging dulu. Ye lah anak pertama ada je nak diupdate. Sampai member-member blog yang follow sejak saya bertunang, buat persiapan kawen dan sehingga pregnant teruja nak tengok baby bump saya masa 2009! Mungkin sebab tu lah kot Iman pun suka menulis. Kalau digilap mungkin boleh pergi jauh sebab sekarang memang dia suka belajar bahasa. Sekarang dia suka belajar bahasa Jepun. Dia ada buku nota vocab bahasa Jepun nya. Saya tanya kenapa taknak belajar bahasa Korea, dia cakap dia suka bahasa Jepun. Tapi saya rasa sebab dia suka tengok anime Jepun. Tu yang sampai nak belajar bahasa Jepun tu.


Ibu Ayah tak kisah anak-anak Ibu Ayah nak jadi apa besar nanti. Nak belajar di Jepun pun Ayah dah bagi green light. Janji pandai jaga diri sendiri. Tapi kakak ni cita-cita nak jadi doktor veterinar. Hmm.. memang tak samalah dengan Ibu masa kecik dulu.

02/04/2021

Don't Worry I'm Okay

April 02, 2021 7 Komen

 2 hari lepas saya post 1 entri yang bunyinya agak stress dan down. Ramai pulak yang bagi positive support walaupun tak tau apa yang sedang saya alami. Saya hargai sangat-sangat. Terharu! Terima kasih semua. Walaupun kita tidaklah kenal secara in person tapi kata-kata semangat tu dah menaikkan semangat saya kembali.

Alhamdulillah jangan bimbang sahabat semua. Semalam saya ok. Oleh itu saya share gambar saya selfie lepas balik kerja k. Hihihi.

Selalu to kill the time saya selfie masa tunggu lampu merah tukar ke hijau on the way ke ofis tapi hari ni selfie kat depan rumah sebelum masuk rumah lepas habis keja. Haha! Alhamdulillah hati manyak senang hari ni. Beberapa urgent task di ofis saya dapat selesaikan hari ni. Rasa macam lega sangat.

Sebenarnya task yang saya selesaikan tu task orang lain. Sebab tu lah saya stress hari tu. Dah dimintak aduyai paling susah nak bagi, last-last kena usaha cara lain. Tak boleh dah nak tunggu. Saya ni jenis selagi kerja tak setel memang saya akan asyik fikir je benda tu. Susah! Kacau fikiran. Bukan tak nak trust orang tapi saya ada KPI saya sendiri di mana saya perlu selesaikan kerja saya yang ni pada sekian hari dan tarikh. Saya tak boleh nak tunggu lama-lama selagi benda tu senang saya akan usahakan setel awal. Nampak komplikated kan? Sebab tu orang tak suka saya kot. Suka sangat nak cepat. Suka sangat nak ikut cara saya. Saya dah cuba slow down, ikut air orang, haa macam hari tu lah jadinya. Saya akan stress, balik rumah bila masih fikir benda tu anak-anak dan husband pulak jadi mangsa. Kesian mereka yang tak bersalah.

Memang tak boleh lah macam tu. Selesai je.. lega habis. Memang ada part yang belum setel tapi apalah daya saya memang itu bukan job saya. Saya kena tunggu jugak empunya badan pass semua report sebelum setel semuanya. 

Dan menunggulah kita sehingga habis due date Isnin ni.

Oh ya kami di Sarawak cuti umum hari ni, Good Friday. Sebab tu saya happy jugak kot. Hihihi. 




01/04/2021

Throwback Thursday: Budak Bucuk Masam

April 01, 2021 6 Komen

 


Gambar 2017
Awan time ni 3 tahun, Alan 2 tahun.
Selalu jer orang fikir mereka berdua ni kembar sebab lebih kurang sama je besar diorang ni. Saya pun tak sangka terberanak setahun seorang. Hahaha! Ye lah orang kata kalau full BF dapat menjarakkan anak rupanya tidak. Makin subur adalah. Kah! Kah!

Geram je tengok ekspresi muka budak berdua ni dalam gambar ni. Agak-agaknya apalah yang si Awan tu cakap dalam hati sambil jeling adik dia yang khusyuk pegang henfon tu??

Rindu tau masa anak-anak kecik-kecik busuk masam ni. Dengan Awan yang suaranya serak-serak basah, Alan pulak time ni gigi masih cantik putih bersih tersusun. Bau pun sedap bila bangun tidur. Hihi! 

Sekarang semuanya dah besar. Dah suka kalau ditinggalkan di rumah saja tanpa perlu ikut Ibu Ayah ke mana-mana. Merdeka kata diorang. Ye lah merdeka main PS4 sampai lupa makan dan minum. Budak-budak ni macam tu lah. Masa cuti dimaafkan, kalau dah start sekolah nanti no way lah.




PM Abah Lawatan Rasmi Ke Kuching

April 01, 2021 5 Komen

Si kakak excited tadi bagitau dia tengok berita RTM siang tadi yang PM datang ke Kuching. Ibu iyakan aje.

Iman: Kenak PM datang Kuching, bu?
Ibu: Nya ada lawatan kerja kat sitok.
Iman: Ohh.

Entah kenapa pulak dia yang excited, tak faham pulak Ibu.
Hahaha!

Antara aktiviti PM di Kuching siang tadi yang Saya xilok dari page FB Jabatan Penerangan. Untung laa kan dah dapat full dose vaksin dah boleh rentas negeri tanpa kuarantin.

SOP kuarantin yang terlalu lama sebenarnya yang rakyat sini bising sebenarnya. Kuarantin lama-lama kes masih jugak banyak. Hmm..