Follow Us @soratemplates

08/06/2021

Teringin Daging Masak Hitam

June 08, 2021 19 Komen

Semalam saya dan Encik Suami top up barang-barang dapur. Awal pagi lagi dah keluar rumah sebab takmo bertembung dengan orang ramai. Dan seperti biasa bila dah keluar macam tu ibarat nak ke medan perang, penat tau! Penat jaga SOP. Dan seperti biasa jugak, Encik Suami akan cadangkan tapaukan aje lunch terus so tak payah masak bila sampai rumah. Yeay! Mestilah nak. Paling senang tapau KFC je lah kat #theIMANs tu. Call si kakak suh masak nasi je. Makan nasik dengan ayam kepsi. Ok la tu.

Petangnya baru masak untuk dinner. Terasa di tekak-tekak nak makan daging masak hitam. On kan aja walaupun dah pukul 5 baru nak mula berperang di dapur. Resepi daging hitam ni saya pernah share tahun lepas kat sini https://www.kakmim.com/2020/04/daging-masak-hitam-sarawak-versi-simple.html


Sampai jugak hajat nak makan daging masak hitam. Pagi ni sarapan pun masak nasik goreng dengan daging hitam ni jugak.


Kombo dengan kobis & brokoli sos tiram je. Syukur.

Malam tadi saya tidur awal. Tak tengok pun RASN. Hahahaha! Dah nak habis baru nak follow sebab tak suka perangai si Huda tu.



 

Pakar Mahu Ivermectin Dibuktikan Secara Klinikal

June 08, 2021 7 Komen


KUALA LUMPUR: Kes positif dan kematian akibat jangkitan COVID-19 yang terus berleluasa menyebabkan masyarakat semakin bimbang dengan langkah pencegahan dan rawatan wabak itu sehingga ramai yang mencadangkan pengambilan pelbagai jenis ubat dan vitamin untuk rawatan termasuk produk Ivermectin.

Bagaimanapun dalam kalangan pakar bidang farmasi, desakan penggunaan produk Ivermectin sebagai rawatan dan pencegahan COVID-19, tidak boleh dilakukan terburu-buru tanpa bukti klinikal yang kukuh.

Dekan Fakulti Farmasi Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Madya Mohd Makmor Bakry, berkata walaupun terdapat data-data yang mula muncul berkenaan keberkesanan Ivermectin di pelbagai laman sesawang dan media sosial, orang ramai adalah dinasihatkan supaya tidak mengambil Ivermectin untuk tujuan rawatan atau pencegahan COVID-19 hingga terdapat bukti klinikal yang kukuh.

"Kita faham msyarakat bimbang dengan peningkatan kes dan bilangan kematian semakin memuncak, hingga terdapat banyak pandangan untuk menyegerakan penggunaan produk Ivermectin sebagai rawatan dan pencegahan COVID-19.

"Bagaimanapun, hingga kini tiada produk Ivermectin yang berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah PBKD Kementerian Kesihatan (KKM) untuk kegunaan manusia.

"Malah, Pihak Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) dan Agensi Perubatan Eropah (EMA) tidak pernah meluluskan indikasi Ivermectin bagi tujuan rawatan atau pencegahan COVID-19 berikutan tiada data klinikal kukuh yang mencukupi bagi membuktikan keberkesanan produk dalam merawat atau mencegah COVID-19.

"Pada ketika ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hanya membenarkan Ivermectin sebagai rawatan COVID-19 dalam kajian atau percubaan klinikal sahaja.

"Menyahut perkara ini satu kajian klinikal Ivermectin sudah juga dimulakan KKM pada 25 Mei lalu untuk mencari bukti keberkesanan dalam rawatan COVID-19," katanya kepada BH, hari ini.

Dr Mohd yang juga Pensyarah Farmasi Klinikal UKM berkata, Ivermectin adalah produk anti-parasit yang hanya diluluskan untuk kegunaan haiwan.

Bagaimanapun katanya, produk itu mendapat perhatian apabila beberapa kajian kes dan kajian klinikal melaporkan keputusan kajian yang memberangsangkan.

"Namun, bukti kajian klinikal sedia ada masih belum mencukupi. Kebanyakan penilaian Ivermectin adalah dalam bentuk pra-penerbitan dan pada pangkalan data simpanan protokol kajian yang mana penerbitan dapatan kajian tidak melalui proses piawai penerbitan yang memerlukan pewasitan teliti.

"Kajian-kajian yang dilaporkan juga mempunyai kepelbagaian dari segi persoalan klinikal atau hasil rawatan. Data-data meta-analisa sedia ada yang dipamerkan pada beberapa laman sesawang juga mengandungi kajian-kajian berskala kecil, kaedah pencarian kajian yang tidak khusus dan penilaian kualiti kajian yang tidak jelas," katanya.

Tinjauan kajian yang tidak sistematik boleh menyebabkan tersebarnya hasil kajian yang kurang tepat. Dari hari ke hari, akan terdapat pelbagai kajian klinikal yang kukuh menilai keselamatan dan keberkesanan Ivermectin dilaporkan.

"Sehingga kita mendapat cukup bukti klinikal yang kukuh untuk pendaftaran produk ini bagi kegunaan manusia dan rawatan COVID-19, jadi masyarakat dinasihat supaya tidak mengambil Ivermectin ini.

"Selain itu, pengambilan Ivermectin ini mungkin juga menyebabkan seseorang itu merasa kebal terhadap COVID-19 dan menjadi lalai dengan keperluan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Farmasi UKM, Prof Madya Dr Ernieda Hatah, berkata Ivermectin memang ada digunakan di hospital di Malaysia, cuma masih di peringkat 'off-label' dan dan digunakan secara berhati-hati.

"Ini berikutan hanya 11 kajian dari seluruh dunia dilakukan untuk mengkaji kegunaan Iivermectin ini bagi rawatan penyakit COVID-19. Malah ada daripada kajian itu, hanya membabitkan sampel pesakit yang kecil dan penyelidikan itu bukan dalam bentuk kajian yang terbaik, malah ada risiko meningkatkan kematian.

"Oleh itu, Institut Kesihatan Nasional AS masih dalam dilema antara boleh digunakan atau tidak. Ini sekali gus, memerlukan lebih banyak kajian dilakukan.

"Setakat ini, tiada lagi kajian digunakan untuk pencegahan COVID-19. Semuanya hanya untuk tujuan rawatan COVID-19. Maka semua perlu bersabar dan menunggu keputusan seterusnya," katanya sambil menambah produk itu memerlukan lebih banyak kajian sebelum kesimpulan mengenai keberkesanannya dalam merawat pesakit COVID-19 diperoleh.

Bagi Pakar Virologi Universiti Malaya, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, walaupun ramai membaca mengenai kemungkinan keberkesanan Ivermectin untuk COVID-19, penggunaannya masih tertakluk kepada kelulusan KKM terlebih dahulu.

"KKM sedang membuat kajian akan keberkesanannya yang akan membabitkan 500 pesakit.

"Kemungkinan kajian yang lebih menyeluruh perlu dilakukan secara bebas oleh konsortium daripada pelbagai universiti yang boleh membabitkan lebih ramai peserta, sekurang-kurangnya 3,000 orang supaya keberkesanannya boleh dinilai sepenuhnya," katanya.



Pelik-peliklah orang sekarang, dahlah dihasutnya orang tua jangan ambil vaksin, sekarang diorang promote pulak Ivermectin ni pulak dengan warga emas di group Whatsapp. Udah la warga emas ni mudah percaya. Kesian betul.
Terbaca komen netizen di FB, beliau baru saja berjaya pujuk emaknya untuk pergi vaksin, alhamdulillah dah berjaya pergi ke PPV dapatkan dos pertama, balik rumah tengok si ayahnya pulak dah bawak balik Ivermectin ni setelah terpengaruh dengan forwarded message di Whatsapp. Penat.. memang penat. Baca pun penat.
Saya malas pulak nak sebut satu golongan ni. Dah tolak, tolak je lah. Sekarang ni Ivermectin yang digunakan sabagai ubat kutu pada anjing ni korang nak claim pulak boleh mengubat Covid. Mudah sangat terpengaruh. Hairan.. hairan. 
Lagi yang peliknya, ini boleh pulak ye, vaksin tak boleh. Hmm...






07/06/2021

Masterchef Alan

June 07, 2021 16 Komen

Scroll-scroll gallery di henfon tertengok gambar Alan di sekolah. Kesiannya Alan, 2 tahun ni sikit sangat pengalamannya dengan kawan-kawan. Nasib baik jugak dia dah mula bersekolah sejak umur 4 tahun at least ada jugak kenangan manis dengan kawan-kawan zaman tadika. 

Sebenarnya ini aktiviti Alan sebelum puasa dan sebelum sekolah-sekolah di Sarawak ditutup serta-merta hari tu. Lepas raya ni tadika kan dibenarkan bukak tapi saya tak hantar Alan ke sekolah. Cuma saya ajar sendiri di rumah, lagipun dia dah pandai membaca takdelah risau sangat. Aktiviti mereka untuk hari tu diorang nak buat biskut raya sempena kedatangan bulan Ramadhan. So cikgu suruh bawak nestum & chocolate rice. Time tu kat umah takde stok chocolate rice so Ibu bawakkan aja chocolate chip. Itu jer yang ada. Sesiapa yang ada apron cikgu suruh bawak jugak sebab nak buat biskut katanya. Baikkk..


Gambar yang cikgu post di whatsapp group kelas. Semua jadi chef hari tu. Seronok Alan balik rumah masih pakai topi master chefnya.


Bangga Alan dapat buat biskut untuk semua. Kebetulan hari tu bukan ibu yang ambik Alan balik sekolah, ayah yang ambik. Awal lagi dia pesan nanti tinggalkan untuk ibu jugak biskut yang dia bawak balik rumah tu. Semua orang kat rumah nenek kena rasa biskut yang dia buat. 😂😂


Alan dan kawan-kawannya. Yang tengah-tengah tu bff Alan, Umar. Alan ni jenis memilih sikit kalau berkawan. Dia tak suka budak yang kasar, suka membuli, dia takkan kawan dengan budak macam tu. Alan.. Alan.. dia ni sejenis perfectionist sikit. Lagak macam orang dah besar. Sebab kawan-kawan di rumah semuanya orang besar (ye lah dah dia bongsu).

Sekarang dah bulan 6, tup tup lepas ni pejam celik pejam celik nak masuk sekolah rendah pulak dah anak bongsu saya ni. Hmm..

 

Review: Nasi Goreng Ikan Masin Brahim's

June 07, 2021 13 Komen

Sebelum ni selalu nampak kawan-kawan yang nak travel mesti cari stok Brahim's ni. Teringin jugak nak rasa. Sedap ke? Bila terjumpa brand ni kat supermarket terus je grab 1 nak cuba. Ada banyak lagi menunya tapi entah kenapa saya nak cuba nasi goreng ikan masinnya.


Macam ni rupa packagingnya bila keluar dari kotak.


Mati-mati saya ingatkan paste. Rupanya memang nasik yang dah siap digoreng! Ada 3 cara untuk kita nak memanaskan nasik goreng ni iaitu dengan menggunakan microwave, direndam dalam air panas atau digoreng macam biasa atas kuali.


Saya try cara menggoreng je lah. Kalau kita panaskan atas kuali kelebihannya kita boleh campur telor. Ala.. macam kita goreng nasik sendiri lah.


Haa.. dah siap pun nasik goreng ikan masin siap saya campur sawi lagi. Meriah jadinya dengan nasik goreng beras basmathi dan ikan tenggiri masinnya memang terangkat aromanya. Kalau nak pedas boleh tambah cili lagi tapi kalau tak tambah memang ada rasa jugaklah kepedasannya walaupun takdelah pedas namatey ye.


Kalau tak percaya, ini dia dah siap bagitau kat packaging kotaknya. Memang senang. No wonder member adik yang keja offshore memang angkut banyak stok Brahim's ni bila nak masuk kapal. Dulu masa Encik Suami pergi lawatan kerja di German pun kami cari Brahim's ni jugak. Time tu saya belikan nasi tomato. Tapi masa tu memang tak boleh imagine lagi macam mana rupanya. Now dah tau dah. Sedap pulak tu. Masuk ke anak tekak saya. Nanti boleh la repeat lagi kalau teringin. Hihihi.




 

06/06/2021

6.6 Flash Deal di Photobook World Wide!

June 06, 2021 8 Komen

Ehem! Benda yang dicheck out beberapa minggu lepas dah selamat landing di Bumi Kenyalang hari Jumaat hari tu. Tadaa..!



Ada 4 photobook semuanya

Tapi ada kualiti gambar nampak gelap sikit kali ni. Tak tau kenapa.. tengok gambar dekat henfon okay je. Ya.. saya ambik gamba guna henfon je pastu upload je dalam apps Photobookww ni. Ada yang saya edit, ada jugak tak. Sebab tu cikgu smart photography saya cakap dulu pentingnya lighting semasa nak snap gambar supaya dapat mengurangkan keja-keja pengeditan. Chewah.. jangan marah. Saya share ilmu yang cikgu bagitau je.

4 buah photobook dengan 3 saiz yang berbeza ye. Yang ni yang paling besar, saiz 11" x 11"


Gambar adik beradik IMAN ni saiz 8" x 8"

Photobook adik-beradik MFBN ni pulak saiz kecik je.. 6" x 6"

Ini pulak gambar konvokesyen Awan, pun saiz 6" x 6"

Dan yang bestnya, hari ini 6.6 photobookww ada buat flash deal + free shipping!! Free shipping tu yang menarik sebab postage memang berapi sikit walaupun servis mencetaknya agak murah. Sesiapa yang nak try tu, boleh kot buat photobook raya 1. Download app photobookww di Playstore dan masukkan code tu.

Cuma saya nak pesan 1 je.

Maksimum untuk print photobook ni 20 pages je.. means ada 20 gambar terbaik je tau! Kalau lebih dari 20 gambar harganya dah tak sama seperti yang tertera. So jangan syok sendiri ye, selalu alert tengok berapa gambar dah diupload. 

Kenapa saya pesan awal-awal macam ni? Dulu ada la kawan-kawan kata diorang kena spam sebab diorang buat mahal je takde lah murah macam yang saya cakap. Dia jadi mahal sebab dah lebih dari 20 keping gambar! Lain kali baca la betul-betul 🤭🤭 saya tak bersalah sebab saya print memang dapat harga murah ☺️☺️

 Baca juga:

Sidang Media Khas Pengoperasian Sekolah

June 06, 2021 9 Komen


Tak sabar tunggu pukul 10 pagi ni. Apa agaknya yang Dr Radzi Judin ni nak sampaikan? Sekolah nak bukak dah ke? Hmm..

Risau jugak sekolah bukak. Kluster kilang tak habis-habis lagi ni. Kes masih banyak. Kalau dibuat analisis statistik harian kes baharu majoriti dari kontak rapat dari kluster Muara Tabuan, kalau di Kuching ni la. Hari tu 100 lebih pekerja positif. Kontak rapat pulak dah berapa? Paling minimum 200, tapi takkan sorang ada sorang kontak rapat je kan? Risau.. memang risau.

Lepas pukul 10 pagi nanti kita tengok apa kata netizen? Hahaha! Terhibur jugak kalau baca komen-komen netizen ni. 

Sempena sidang media khas dari KPM ni saya buat menu wajib untuk #theIMANs bawak bekal ke sekolah. Lama dah tak sekolah, lama jugaklah dah tak menggoreng mee ni. Mee ni memang menu legend keluarga kami sebab dari sekolah lagi mak selalu buat mee goreng Lee Fah ni untuk saya dan adik-adik ke sekolah. Sekarang menurun ke #theIMANs pulak.

Mee ni ada orang panggil mee pok, kalau saya panggil mee Lee Fah je. Lee Fah tu nama jenama mee tu je. Nama di bungkusannya flat type dried noodle. Haha! Tak taulah nama sebenarnya apa.

Ini haa mee nya. Tak taulah ada jual kat Melaya sana ke tak?


 Nota kakmim: Tak ready lagi nak lepaskan anak-anak ke sekolah