Follow Us @soratemplates

13/07/2021

Rojak Kucei Batu Lintang

July 13, 2021 7 Komen

Rindu tak suasana macam ni? Rindu tak?
Pagi-pagi dapat lepak-lepak makan di kedai kegemaran
Ah! Bila lagi nak dapat bebas macam ni?

Actually gambar ni muncul di FB, memori tahun 2019 dulu.
Masa ni zaman PJJ dan masa ni Encik Suami balik cuti.
Biasanya bila dia balik cuti, saya sebagai isteri muslimah pun akan cuti jugak. Masa dia di sana, saya pulun kerja hujung minggu untuk kumpul cuti ganti. Haa.. macam tu lah strategi orang PJJ. Hehehe.

Bila si dia balik cuti, rutin wajib kami ialah dating la tanpa #theIMANs.
Lepas hantar #theIMANs ke sekolah kami akan pergi breakfast menu yang takde di Melaya sana seperti mee kolok Sepinang Sari (wajib), rojak Kucei, laksa Sarawak. Ni antara menu breakfast yang mesti makan. Dah macam pelancong pulak laki aku time ni.

Lepas tu air tin wajib yang dia mesti order, jus oren Sundrop ni.
Rojak Kucei ni sebenarnya rojak ayam je.
Kucei tu nama foundernya.
Kedainya terletak di Batu Lintang.
Rojak ni memang terkenal dari dulu-dulu lagi. 
Sekarang ni anak-anak Kucei pulak yang mewarisi perniagaan ni.
Saya pun dah lama tak makan rojak Kucei ni.
Saya pun tak tau tang mana sedap sangat rojak Kucei ni.
Sebab kalau makan rojak ayam saya memang ada kedai lain yang saya favor. Ye lah selera lain-lain tak sama kan?
Saya layan je lah sebab Encik Suami memang favor rojak ayam Kucei ni.

Soalan...
Kak Ret pernah makan kat sini tak?

 

10/07/2021

Lunch Meatball Bolognese, Dinner Nasi Goreng Corned Beef

July 10, 2021 14 Komen

Hari ni ingat nak masak lemak daging salai cili api campur rebung tapi malas pulak nak carik rebung di pasar minggu sana. Encik Suami cakap takpelah kita makan simple-simple je lah.

Orait!! Kalau simple westernlah jawabnya. Kebetulan ada stok meatball kita masak meatball bolognese je. Sonang! Kegemaran semua pun ya.
 

Lambat check in kat dapur sebab tu lah kena masak benda yang express!


Tadaaa! Ni Encik Suami punya. 
Hari ni pakai angel hair je sebab takde stok spagetti.


Ini Abang punya. Rupanya tak cukup, tambah lagi dan lagi.


Malamnya.. ada balance kuah sikit sebab dah bagi kat umah adik dan umah mak. Gaul sekali biar adil dan saksama bagi semua pemakannya.


Eh, ada nasik goreng corned beef jugak la. Hihi. Sebab siang tak makan nasik so malam kena ada nasik.

Begitulah ya kawan-kawan semua.
Kita boleh je merancang macam-macam tapi kadang-kadang tak semua yang kita rancang akan dapat direalisasikan. Oleh itu, bersyukurlah urusan kita dibuka jalan seluasnya dan dipermudahkan Allah.

Plan malam ni nak stay up nak lipat baju, nak key in markah #budakkaran. Harap-harap mata ni sportinglah. 



 

Review: Love Earth Mushroom Seasoning

July 10, 2021 19 Komen







Saya suka tengok video chef-chef instafamous memasak. 
Kadang-kadang nampak simple jer cara diorang masak.
Yang simple-simple tu memang akan tiruvasi lah.
Apalagi, memang tu pun tujuannya nak follow IG mereka.
At least dapat belajar something.
Kan?

Mushroom seasoning.
Bendalah ni saya selalu nampak @yatiekitchen guna masa memasak.
Mushroom seasoning ni pengganti ajinomoto.
Ingat bolehla kurangkan ajinomoto dalam masakan.

Saya pernah cari di beberapa supermarket besar di area Kuching.
Tapi tak jumpa.
Rupanya kawan saya cakap ada di Everise tapi masa saya carik memang tak pernah jumpa.
Yang ni saya beli di Shopee je.
Nampak sangat kan dah takde benda lain nak search di Shopee.
Bahan masak pun search jugak.

So far saya guna untuk masak masakan bergoreng.
Nasi goreng, mee goreng, sayur.
Untuk lauk-pauk seperti kari, masak lemak saya tak berani lagi campur ni.
Takut pulak rasanya lari.
Hahaha! Rasa pun boleh lari yek.

Close up sikit.


Siapa yang masak kari campur mushroom sesasoning ni komenlah ye.

Produk ni dari negara jiran kita, Singapore.
Tapi yang penting ada Halal certified.


Dia ada 2 lubang, 1 besar, 1 kecik. 
Nak masuk sikit tuang je ikut lubang kecik tu.


Baiklah semua, jom kita tengok apa lagi manfaat mushroom seasoning ni. 
Yang ni saya copy dari web Love Earth, syarikat pengeluar seasoning ni.


Top 7 Benefits of Mushroom Seasoning

 

One of the most important part of cooking is seasoning. Seasonings are much more than just adding salt and pepper, seasonings create deep flavors and marries together different ingredients to a balanced and flavorful food. Seasoning can be sweet, savory, acidic, spicy or bitter. Without it, a dish can be bland and not appetizing. If you are looking for a magical ingredient, get mushroom seasoning!

 

What is Mushroom Seasoning?

Mushroom Seasoning is made of dried shiitake mushrooms and salt. The perfect blend to provide Umami flavor – fifth basic taste, which also described as savory and meaty.  It is a versatile seasoning that you may find yourself sprinkling it on just about everything.

 

Why is Mushroom Seasoning Good?

Not only it enhances flavor to your dish, using mushroom seasoning actually provides many benefits.

 

1) Contains High Natural Glutamate

Mushroom Seasoning is made of Japan’s most popular mushroom- Dried Shiitake Mushrooms. It contains strong, earthy smell and the glutamate content is especially high when it’s dried.

 

2) Made of Ingredients Known as Superfood

Shiitake Mushroom has always known to be a superfood. This mushroom is packed with B vitamins, minerals and essential amino acids to make your body healthy.

 

3) Highly Nutritious

Shiitake mushrooms provide a healthy source of carbohydrate, protein and essential amino acids. They’re low in fat and contain high concentration of vitamin D, B6, B9 and B12, and minerals.

4) Provides Numerous Health Benefits

Not only this fungi can improve one’s well-being and boost immune system, shiitake mushrooms have antiviral, antibacterials and antifungal properties. They also help to control blood sugar levels and reduce inflammation within the body. Especially beneficial for those who are immuno-compromised, diabetic, or suffering from obesity and heart diseases.

 

5) Does Not Contain Any Chemical Additives

Made of 100% natural ingredients, only Dried Shiitake Mushroom and Salt. Pulverized and mixed to form the perfect mushroom powder for seasoning. Without any addition of chemical additives such as preservatives, flavorings, coloring, or bleach.

 

6) Best Replacement for MSG

While MSG are known to be excitotoxic (harmful to never and brain cells), mushroom seasoning is the best replacement for MSG for the tasty Umami flavor. Safer to consume as the glutamate (responsible for the meaty flavor) is naturally found in the shiitake mushrooms.

 

7) Suitable for Vegetarians

Mushroom Seasoning is suitable and safe for vegetarians. Great for its meaty flavor in vegetarian dishes.

 

Now you’ve found your healthy and tasty pantry staple, you can cook like a chef too!

 

Kredit to: Jasmine Lim

(Love Earth Nutritionist

[Bachelor of Science Degree in Dietetics (major) &
Food Science (minor) lowa State University, USA]





 

08/07/2021

Setelah Bertahun Tak Jejak Kaki ke Boulevard

July 08, 2021 19 Komen


Fuh! Jangan report ye.
Hari ni balik dari ofis saya temankan si adik bongsu pergi Boulevard.
Dia nak pergi ambik laptop yang dia dah book secara online.
Lama wei tak jejak kaki ke Boulevard Shopping Mall ni.

Sunyi!! Macam ni rupanya mall masa lockdown ni.
Memang mostly kedai tutup.

Tapi.. tiba-tiba ternampak satu kedai saka ni bukak!
Popular Book Store!
Terus bling bling jer mata.
"Jom lah masuk nanti dah ambik laptop susah nak singgah mana-mana."
Cadang si adik.
Si kakaknya apa lagi.

RM13 jer gais!
Walaupun novel lama tapi tetap menarik perhatian!
Bling bling mata bila dapat cuci mata di kedai buku.

Akhirnya beli jugaklah.
Geng Budak Sekolah untuk si abang.

Setel urusan pembelian laptop, kami pun terus je gerak balik.
Tak ada yang nak ditunggu lagi.
Kedai pun tak banyak yang bukak.
So sebelum tu kami singgah sekejap tapau ais kacang.
Si adiklah keluar tapau, kakak kan driver, tunggu je dalam kereta.
Hiks!
Swee Kang ni antara usahawan tempatan yang sinonim dengan ABC.
Ya, bukan ABC saja, jagung susu, metahorn, whitelady.
Dan beliau telah memeluk Islam ye.


Last but not least, yours truly & her little sister!
Daaa~

Jangan risau ye report BDR dah setel hari ni okay!




 

Throwback Thursday: Masria

July 08, 2021 23 Komen

Gambar dulu-dulu. Nampak tak tarikhnya bila? 17.6.2001

Masa ni baru tahun 2 atau tahun 1 degree, tahun millenium. Masa ni Windows Me memang glamer lah. Sampai pc saya masa tu pun pakai Windows Me. Milleniumlah sangat. Henfon pun masa tu baru nak promote sms, so sms masa tu free! Yang best kalau pakai line 017, Timecel ke namanya. 017 ke 017 sms free so memang chat je lah memanjang guna sms. Hahaha! Kenangan habis. Whatsapp memang tak wujud lagi lah, ringtone pun compose sendiri. Hahaha!

Masa ambik gambar ni tak ingat pulak sempena apa. Tapi nampak macam proper je semua makcik dalam gambar ni kan? Berbaju kurung, bertudung litup menutup aurat. Takde idea langsung sempena event apa. 

Dulu masa di kolej kediaman takdelah aktif sangat tapi join jugaklah aktiviti kolej. Akak senior dan junior 1 floor kenallah jugak. Tapi tak ramai yang masih keep in touch. Ex-room mate je masih bertegur-sapa di FB dan IG. Rindu pulak zaman study macam ni. Rutin pegi kelas balik kelas, basuh baju jemur dan angkat di ampaian, macam tu je. Dating? Eh, saya takde boifren masa di kampus dulu. Kawan-kawan je ada. Saya sombong sangat kot agaknya kan? Tapi kan rasa menyesal pulak takde boifren masa di kampus. Hahahaha!!