Follow Us @soratemplates

17/07/2021

PdPR Pendidikan Seni Tahun 1: Model Rumah Burung

July 17, 2021 10 Komen

Lagi cerita tentang PdPR #theIMANs ☺️
Biasalah setiap minggu ada Pendidikan Seni.
Dan ada je lah projeknya.
Minggu ni kena buat model Rumah Burung.

Budak tahun 1 tukang posing jek 🤣

Kalau bahan-bahan memang dah sedia ada kat rumah Insya Allah boleh je buat. Tapi selalunya kakak atau Ibu lah yang buat 🤪 Bak kata kakak kepada adiknya, Awan untung ada kakak, dulu kakak semua buat sendiri.

Awan ni memang lain macam sikit. Dia tak berapa gemar mewarna. Kalau disuruh mewarna confirm tarik muka. Kadang-kadang terpaksa mintak rescue si bongsu, Alan. 

Benda-benda seni ni memang Awan ni sekadar tengok je. Nak buat sendiri sepenuhnya macam belum pernah lagi semasa PdPR ni. Nasib ada kakak kan. Akakkk jugak. Kesian kakak.

Rasanya bukan kami saja yang tukang buat kerja PdPR anak-anak masa pandemik ni, baca di FB kawan-kawan pun sama je. Tapi kerja-kerja untuk subjek yang lain memang Awan buat sendiri, untuk PS ni je special case. Kah! Kah!



Bila Dah Suka

July 17, 2021 6 Komen



Kenangan semasa menjadi pegawai pengiring untuk program keusahawanan pelajar di KL pada tahun 2016. Sukanya diorang first time naik flight. Sekarang 2 tahun dah tak ada big event, tak handle konvo, takde program weekend, adhoc program menteri turun. 

Alahai rindu!!

Dengar cerita next semester pun budak-budak mendaftar secara online. Nampak gayanya kena ready material untuk online lagilah kot. Tau tak mengajar bersemuka memang tak sama feelnya dengan online. Banyak kekangan mengajar secara online ni. Mungkin yang teori takde masalah tapi bila part hands-on memang mati kutu dah tak tau nak tolong macam mana.

UPU dah keluar dah semalam. Kalau sebelum ni musim ni lah saya akan busy 2x ganda. Henfon tak lepas dari tangan melayan whatsapp dari calon pelajar yang nak merayu lah nak tukar kolej lah nak tanya rumah sewa lah. Meriah! Masa mula-mula pegang portfolio tu weekend pun saya sanggup ke ofis. Tapi bila dah lama-lama dah steady je handle musim UPU keluar ni.

Mungkin sebab tu orang cakap macam ni kot.

Setuju ke?


 

16/07/2021

Yeay! Cuti Rehat dan Cuti PdPR!

July 16, 2021 12 Komen


Sarawak dah masuk PPN Fasa ke-2 walaupun macam varians Delta tengah mengganas jer di beberapa lokaliti yang telah diPKPDkan. Seram memang seram. Ingatkan kerajaan negeri nak buat u-turn rupanya tidak. Dah la nak raya haji, hmm. Orang kita ni bukan boleh percaya sangat. Cuma mampu jaga keluarga sendiri je la.


Semalam, Khamis.. first day masuk ofis dan bekerja macam biasa, 8 jam sehari. Walaupun masih tak ramai staf di ofis saya tetap tak tanggalkan facemask. Memandangkan manusia tak ramai so saya malas nak guna double mask. Buat Google Meet dengan #budakkaran pun masih dengan facemask. Macam paranoid pulak dah.  Bukan apa, bila aircond centralized memang takut-takut je. Dengarnya varians baru ni merebak melalui air borne dan dalam beberapa saat sahaja dah boleh menjangkiti kontak rapat kita. Ya Allah, jauhilah kami semua dan lindungilah kami dari virus yang jahat ini. Rasanya lama lagi kita kena mengadap Covid 19 ni. 

Bukan saya cakap, KKM yang cakap.


Hari ni Jumaat dan Isnin saya dah mohon cuti rehat. Nak tenangkan fikiran, nak jugak bercuti dari PdPR ni. Walaupun kebarangkalian PdPR ni akan disambung adalah tinggi, saya malas nak fikir dulu. Yang penting saya perlukan tempoh bertenang dalam sehari dua ni. Penat sangat otak dengan online meeting ofis, setel PdPR lagi. Hari ni pun banyak buku aktiviti yang digunakan sepanjang PdPR ni perlu dihantar ke sekolah. Phew!

Sebab itulah jugak saya mohon cuti. Selain daripada tak perlu fikirkan laporan BDR saya boleh keluar ke sana ke sini dengan aman. Eh. Takdelah nak ke mana pun, nak ke sekolah #theIMANs je pun. Hahaha!


 

15/07/2021

Kisah Dalam Lagu: Miss You Like Crazy

July 15, 2021 4 Komen


Baru-baru ni saya terdengar si anak dara saya, Iman menyanyi lagu Welcome To The Black Parade (My Chemical Romance). Terkejut beruk jugak Ibunya ni macam mana si anak tau lagu zaman Ibu dulu.

Ibu: Macam ne kitak tauk lagu ya?
Iman: Kamek dengar dari Youtube.
Ibu: Ya lagu zaman Ibu masa muda-muda dolok ya.
Iman: Haih? Hahaha!

Harap-harap boleh la faham bahasa Sarawak ni sikit-sikit kan? 

So bila lepak-lepak anak beranak lepas makan malam saya bukalah cerita si kakak tau lagu zaman Ibu ni dengan si Ayah. So kami pun mulalah #throwback lagu-lagu dulu-dulu.

Macam-macamlah lagu boyband yang keluar. Si anak tukang dengar je lah sambil gelak-gelak tengok si ayah dan ibu bergaduh-gaduh main teka lagu.

1 lagu yang saya pun tak ingat tapi Encik Suami ingat ialah lagu dari The Moffats ni. Lagu ni masa saya form 5 rasanya. Encik Suami ingat sebab BFF dia zaman kolej dulu memang pagi petang siang malam dengar lagu ni. Siap ada kaset lagi. Tau tak lagu apa? Miss You Like Crazy! Hahaha! Saya pun tak ingat dah lagu ni. Tapi seronok jugak dengar lagu-lagu lama ni. KLMJ sungguh!



"Miss You Like Crazy"

I used to call you my girl
I used to call you my friend
I used to call you the love
The love that I never had
When I think of you
I don't know what to do
When will I see you again
[Chorus:]
I miss you like crazy
Even More than words can say
I miss you like crazy
Every minute of every day
Girl I'm so down when your love's not around
I miss you, miss you, miss you
I miss you like crazy
You are all that I want
You are all that I need
Can't you see how I feel
Can't you see that my pain's so real
When I think of you
I don't know what to do
When will I see you again
[Chorus]

 

Masa kami search lagu ni di Youtube, ada version tahun 2020 di aman adik-beradik ni dah 'senior'. Haha! Kalau saya pun dah 40 tahun ni rasanya adik-beradik Moffats ni pun lebih kurang gitu jugaklah kot. Dalam lingkuangan 40-50an. Tapi nice jugaklah muzik dia sekarang, bak kata Encik Suami, lebih matured.


Beza dulu dan sekarang. 

13/07/2021

Rojak Kucei Batu Lintang

July 13, 2021 7 Komen

Rindu tak suasana macam ni? Rindu tak?
Pagi-pagi dapat lepak-lepak makan di kedai kegemaran
Ah! Bila lagi nak dapat bebas macam ni?

Actually gambar ni muncul di FB, memori tahun 2019 dulu.
Masa ni zaman PJJ dan masa ni Encik Suami balik cuti.
Biasanya bila dia balik cuti, saya sebagai isteri muslimah pun akan cuti jugak. Masa dia di sana, saya pulun kerja hujung minggu untuk kumpul cuti ganti. Haa.. macam tu lah strategi orang PJJ. Hehehe.

Bila si dia balik cuti, rutin wajib kami ialah dating la tanpa #theIMANs.
Lepas hantar #theIMANs ke sekolah kami akan pergi breakfast menu yang takde di Melaya sana seperti mee kolok Sepinang Sari (wajib), rojak Kucei, laksa Sarawak. Ni antara menu breakfast yang mesti makan. Dah macam pelancong pulak laki aku time ni.

Lepas tu air tin wajib yang dia mesti order, jus oren Sundrop ni.
Rojak Kucei ni sebenarnya rojak ayam je.
Kucei tu nama foundernya.
Kedainya terletak di Batu Lintang.
Rojak ni memang terkenal dari dulu-dulu lagi. 
Sekarang ni anak-anak Kucei pulak yang mewarisi perniagaan ni.
Saya pun dah lama tak makan rojak Kucei ni.
Saya pun tak tau tang mana sedap sangat rojak Kucei ni.
Sebab kalau makan rojak ayam saya memang ada kedai lain yang saya favor. Ye lah selera lain-lain tak sama kan?
Saya layan je lah sebab Encik Suami memang favor rojak ayam Kucei ni.

Soalan...
Kak Ret pernah makan kat sini tak?