Follow Us @soratemplates

25/07/2021

Merentas Negara di Hujung Minggu

July 25, 2021 11 Komen



Sawadikap! Cerita semalam.. kami dah selamat merentas negara.

Perkara pertama yang nak kena buat, kenalah isi perut dulu. Masuk 1 kedai ni, orang tak ramai. Ada 2 couple je kot. So kami bebas nak memilih lokasi meja.

Sesambil tunggu order sampai, kita selfie dulu buat kenangan di negara Thai. Ahaks.

Set yang biasa kami pilih, RM49.90 tapi kali ni tak pilih option ikan pun.

Tomyum Soup with Mix Seafood.. eh, tomyam campurlah sonang


Kangkung Goreng Belacan

Fried Chic Wing with Thai Sauce

Tada!!

Ini kisah kami Ibu Ayah #theIMANs semalam. Nak survey tablet untuk PDPR #theIMANs sebenarnya. Sementara diorang bermalam kat rumah nenek, Ibu Ayah ni krik krik kat rumah, baik pergi shopping mall. Lamaaaa giler tak dine in. Excited lah jugak walaupun takut-takut jugak almaklum si delta ni dah ada kat Kuching. Tapi jangan risau SOP memang kena follow selalu. Sikit-sikit sanitize tangan. Nasib tak habis sebotol sanitizer saya kerjakan.

Viva City MegaMall.. lama giler tak jejak kaki ke sini. Dari awal tahun kot tak ke sini.

Penatlah jugak lama tak membetis dalam mall kan? Tabletnya tak ada pun. Semuanya OOS nak kena order. Ipad pun sama. Nampaknya musim PDPR ni semua orang hunting tablet agaknya kan? Tapi saya booking jugak la Samsung tab yang baru itu. Hihihi. 






 

24/07/2021

Vaksin Sinovac Berkesan Terhadap Varians Delta

July 24, 2021 7 Komen

Ada kan.. certain orang yang dapat Pfizer macam bangga diri je. Orang Sarawak cakap 'berdengah'. Frontliner semua dapat Pfizer pun tak berlagak. Eh, apakehal? Hina sangat ke orang dapat Sinovac?

Syukurlah kerajaan Malaysia dah bagi vaksin free. Dulunya saya sebolehnya pun nak Pfizer tapi daripada tak dapat langsung, apa yang dulu terima je. Nanti dicop anti vaksin pulak kan? Nak memilih-milih di kala negara kita perlukan herd immunity macam ni, memang selfish lah.

Mungkin Sinovac ni dari China so orang downgrade Sinovac lah ye? Coronavirus tu pun khabar-khabarnya berasal dari China jugak. Hmm..


Sekarang Sarawak menjadi negeri yang paling top dengan varians delta pulak dah. Ini semua salah PATI daripada negara jiran lah ni. Masuk negeri orang guna jalan tikus lepas tu bawak varians yang berbahaya pulak. Geram sungguh. Bagi warganegara yang bawak masuk PATI tu better penjarakan seumur hidup je. Memang menyusahkan!



Ini petikan akhbar Harian Metro semalam.

Kuala Lumpur: Sinovac Biotech Ltd, syarikat yang membangunkan vaksin Covid-19 CoronaVac, mempertahankan keberkesanan vaksin dua dosnya, termasuk terhadap varian Delta.

Jurucakap syarikat Liu Peicheng berkata, meskipun belum ada lagi data tersedia mengenai kesan perlindungannya, kajian membuktikan keberkesanan vaksin itu di beberapa negara seperti Brazil, Indonesia, Chile dan Turki yang menggunakannya secara meluas.

"Keberkesanannya melebihi 90 peratus terhadap jangkitan parah dan kemasukan ke hospital. Kami juga melihat bahawa kadar jangkitan selepas vaksinasi sangat rendah di negara-negara ini, dan gejala yang ringan dalam kebanyakan keadaan.

"Walaupun ada penurunan dalam kesan peneutralannya, vaksin Sinovac ketika ini (CoronaVac) tetap efektif terhadap varian Delta," kata Liu, yang berpangkalan di ibu pejabat syarikat itu di Beijing, dalam jawapan bertulis kepada Bernama.

CoronaVac Sinovac, adalah vaksin tidak aktif dan antara vaksin Covid-19 paling banyak digunakan di dunia.

Namun, akhir-akhir ini terdapat kebimbangan mengenai keberkesanannya terutama terhadap varian yang lebih mudah berjangkit seperti Delta.

Pada 16 Julai lalu, kerajaan Malaysia menyatakan akan menghentikan penggunaan vaksin Sinovac di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 (PICK). Bagaimanapun, 14 juta dos vaksin masih tersedia untuk negeri dan syarikat swasta yang berminat, bermula bulan ini hingga September depan.

Sementara itu, mengenai keperluan suntikan penggalak, Liu berkata, walaupun penyelidikan Sinovac menunjukkan peningkatan kadar antibodi yang ketara seleps dos ketiga, syarikat itu masih mengkaji keperluannya dan prosedur lain yang berkaitan. 

"Sinovac sedang giat menjalankan penyelidikan klinikal ke atas vaksin khusus varian baharu sebagai suntikan ketiga untuk meningkatkan imuniti.

Vaksin baharu itu akan memberikan perlindungan lebih tinggi khususnya terhadap varian Gamma dan varian Delta yang mudah berjangkit.

"Selepas penyelidikan selesai, kami akan mempertimbangkan keperluan untuk mengemukakan cadangan dos ketiga kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berdasarkan penemuan tersebut," katanya.

Pengeluar ubat Pfizer dan rakannya BioNTech, baru-baru ini mengumumkan sudah memohon kelulusan pengawal selia Amerika Syarikat dan Eropah untuk menawarkan suntikan penggalak, mendakwa bahawa terdapat bukti menunjukkan individu lengkap divaksin juga berisiko besar terkena jangkitan kerana keberkesanan vaksin menurun selepas enam bulan.

Di rantau Asia Tenggara, Sinovac, pemaju dan pengeluar vaksin terkemuka di China, setakat ini sudah mengeksport lebih 150 juta dos vaksin ke negara termasuk Indonesia, Malaysia, Filipina, Thailand, Kemboja dan Singapura.

Sementara di Malaysia, syarikat China berkenaan bekerjasama dengan Pharmaniaga Bhd untuk membekalkan 14 juta dos vaksin Covid-19 secara pukal untuk anak syarikatnya, Pharmaniaga LifeScience Sdn Bhd (PLS), untuk dikilangkan di sini.

Kumpulan vaksin pertama, yang dihantar pada 27 Februari lalu, berjaya dilancarkan pada 18 Mac di bawah PICK dengan Pharmaniaga berjaya menghantar semua 12 juta dos vaksin kepada kerajaan bulan ini, lebih awal berbanding jadual. 

Setakat ini, Liu berkata, Sinovac sudah menghantar sejumlah 16 juta dos vaksin 'ready-to-fill' dan vaksin siap kepada Malaysia pada separuh pertama 2021 dan syarikat akan membekalkan tiga juta lagi dos vaksin siap serta 4.44 juta dos 'ready-to-fill' pada bulan ini.

"Kerjasama antara Sinovac dan Pharmaniaga berjalan lancar. Dengan sokongan Sinovac, Pharmaniaga telah meningkatkan kemampuannya dan vaksin yang dihasilkan telah diluluskan untuk digunakan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

"Pada separuh kedua 2021, Sinovac akan terus memastikan kerjasama yang erat dengan Malaysia dan membantu memenuhi keperluan program vaksinasi Malaysia," katanya.

Katanya, berdasarkan kemampuan pengeluaran tahunan sehingga dua bilion dos, syarikat itu yakin dapat menyokong program vaksinasi di lebih banyak negara.

Kredit: Harian Metro

23/07/2021

Tapau Nasi Lemak Ganja di Foodcourt Kubah Ria Satok

July 23, 2021 13 Komen

Dia: Yang, tapau je lah baru balik.
Saya: Oh, ok jugak tu
 (dalam hati dah menjerit keriangan tak payah masak)
Dia: Nasik lemak nak?
Saya: Haa!! Nak!! Nasi lemak ganja
Dia: Orait!!



Ini kisah semalam.
Bawak #theIMANs ronda-ronda dalam kereta je.
Alkisahnya semalam kami suami isteri kena turun ke pejabat.
 Ada urusan kerja pulak.
Semalam Sarawak cuti umum, Sarawak Day.
Masalahnya negeri lain tak cuti.
So kami ni terpaksalah mengorbankan hari cuti.
Sebab tu lah kena ganti balik masa bersama #theIMANs.



Nasi Lemak Ganja ni agak well-known di Kuching.
Terletak di foodcourt Kubah Ria, Medan Niaga Satok.
Kalau order yang biasa memang dah ada ayam goreng.
Saya kalau tapau suka add on sambal paru.
Ayahnya pula rendang daging.
Sebelum ni saya tak reti makan paru.
Tapi lepas try paru di sini jadi suka pulak.
Nasinya cukup lemak dan masin.
Sedap dimakan begitu saja.
Sambalnya pun power.

Orang bangsa lain pun ramai yang makan kat sini.
Paling ketara, orang Cina lah. 
Balik keja ramai-ramai singgah makan di sini dulu.


Kalau kawan-kawan dari Semenanjung datang, kalau dah takde tempat lepak malam-malam bolehla lepak kat sini.
Tapi.. bilakah tiba masa itu?
Covid ni macam lambattttttt lagi nak pergi.


 

Resepi Kek Hati Yu Yang Telah Diinovasikan

July 23, 2021 11 Komen

Assalamualaikum! Salam Aidil Adha. 

Hari ni saya bersiaran di ofis. Hari tu tak sempat nak update blog cerita raya haji. Alaa.. raya haji tak macam raya dah sebab takde korban kat sini. Ibadah korban semuanya ditangguhkan di Sarawak. Makanya masak-masak biasa je lah untuk makan-makan keluarga.

Petang raya haji saya buat kek Lumut. Nantilah saya share. Sekarang excited nak share kek yang first time saya try. Dah la first time, siap modified lagi. Kih! Kih!

Petang raya baking, pastu raya pastu lepas raya baking lagi ye. Biasalah bila mood membaking sedang membara, macam-macamlah nak dibuatnya. Alkisah semasa hari raya haji hari tu, kami sembang-sembang adik-beradik, Encik Suami pun bukak cerita dia dengar pendengar di Radio Sarawak.fm bagitau deejay dia buat kek hati yu untuk hari raya haji. 

Soalannya, ada ke kek hati yu? Kalau kek hati parek, tau lah.


Adik saya pun tak puas hati, takpe, kita google ada ke tak kek hati yu. Adalah you! Saya pun baru tau jugak. Simple jer bahannya. Saya cakap ala semua bahan ada kat umah, nanti akak ko ni buatkan.

Jeng jeng jeng!

Bila dicheck balik bahan di rumah, ada yang takde. Contohnya horlick. Horlick ni ibarat bahan mesti ada kalau resepi kek legend Sarawak ni. Sampai ada perumpamaan kalau ada horlick dalam resepi, kompom sedap kek tu.

Takde horlick, takde hal. Saya nekad akan buat ikut apa saja bahan yang ada di rumah.

Nestum pun tak cukup, takpe kita kan nak gunakan apa yang ada. Resepi asal 2 gelas, yang cukup cuma setengah gelas je. Ok saya redha. 

Oleh sebab tak masukkan horlick, saya letak susu ni setengah kotak, supaya lebih berlemak kononnya. 


Resepi sendiri ni sebab nak buat kelainan rasa. 2 sudu kecil dibancuh air panas sedikit.



Sedapnya Milo



Warna hitam berkilat lebih terselah setelah dimasukkan browning sugar.


Saya guna acuan 8x8. Griskan acuan dengan lebihan butter dengan baking paper supaya kek tak melekat di acuan dan kek mudah dikeluarkan. 


Jangan lupa packing ketat-ketat dengan aluminium foil supaya air kukusan kek tak termasuk ke dalam acuan.



Full resepi yang telah saya olah semula adalah seperti di bawah. Ada yang kurang dari resepi asal, ada bahan yang takde langsung dalam resepi asal. Saya olah sendiri dan saya namakan kek ni "Kek BDR" bersempena musim BDR sekarang. Kah! Kah!


Kek BDR 
(Kek Hati Yu yang telah diinovasikan)

250 gram mentega (saya guna mentega buku Golden Churn)
1/2 gelas gula kastor
8 biji telur ayam
6 sudu makan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 gelas Nestum Original (dikisar)
1 gelas Milo
2 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar browning sugar
2 sudu besar chocolate paste
1/2 kotak kecil Susu Dutch Lady
2 sudu kecil serbuk Nescafe (bancuh dengan air panas sedikit)
1 gelas tepung kek

Saya kukus 3 jam guna steamer Trio ni.



Ini haa resepi asal kek hati yu.


Saya guna gelas ni untuk sukatan cawan


Resepi yang telah saya olah, insya Allah sedap, tak terlalu manis dan agak moist. Sebab tu saya nak share di sini so lain kali nak buat boleh refer di blog sendiri je. Biasalah bila dah start modified sana modified sini memang selalu nak lupa. Siapa suruh derhaka resepi kan?


Siap dipotong untuk diagihkan. Satu rumah mak, satu rumah adik.

'
Selamat mencuba!!



 

19/07/2021

Apakah Hoarding Disorder?

July 19, 2021 19 Komen

 


Malam ni dah takde keja kan saya bukak kotak khazanah bercinta dulu-dulu sebab nak tunjuk semua tiket wayang masa kitorang dating dulu kat Ayah IMAN! Hahaha! Gelak je kami laki bini sambil susun-susun tiket ni. Tak sangka masih okay lagi kondisi tiket-tiket ni. Ada yang Star Cineplex tu, dah tak wujud lagi dah di Kuching ni sejak GSC dan TGV masuk ke Sarawak.


Resit-resit masa shopping barang tunang dan kahwin pun masih tersimpan rapi. Sentimental value lah sangat tapi sebenarnya ini sejenis penyakit kan? Huhuhu.


Tapi, jangan risau, saya belum tahap disorder lagi. Makanan tak habis saya buang (jangan kecam saya membazir pulak). Baju-baju pun saya bagi orang kalau dah tak pakai. Baju yang dah tak elok saya buang. Botol-botol saya buang. Tupperware yang banyak jadi koleksi pun saya gunapakai semua dah, yang cantik-cantik je simpan untuk special occasion. 


Tapi, tabiat menyimpan yang kecik-kecik ni masih lagi. Even gambar-gambar dalam henfon pun sayang nak delete padahal dah save ke cloud pun. Takpe, saya cuba beribah sikit-sikit.


Jom tengok apakah Hoarding Disorder ni. Ni saya copy dari FB Aiman Psikologi. Baca tau!


HOARDING DISORDER - PENYAKIT MENYIMPAN BARANG


Ini antara keadaan mental yang agak berbahaya dan sukar untuk dibuang.


Penghidap biasanya akan mengalami kesukaran untuk membuang, menjual atau melepaskan apa-apa barang miliknya, walaupun barang tersebut sudah hilang nilai kegunaannya.


Mungkin ada yang menganggap ini sebagai sentimental value, tetapi itu hanya sebagai pemula. Keadaan yang semakin teruk, apabila sudah masuk sebagai Disorder.


Yang lebih menyukarkan lagi rawatan ialah, kerana penghidapnya tidak melihat penyakit ini sebagai satu masalah, malah satu perkara normal.


Rawatan untuk keadaan mental menjadi pulih, salah satu faktor kritikal ialah penghidapnya mahu diubati. Namun bagi penghidap Hoarding Disorder ini, mereka berada kesukaran di peringkat ini.


Kondisi awal mereka bermula sebagai:


1. Perhubungan melampau (obsessive attachment) terhadap objek yang sudah tiada guna dan tak nampak keperluan untuk dilepaskan


2. Tempat penginapan mereka akan menjadi semakin padat dengan barang-barang yang dikumpul dan disimpan (walaupun tiada guna). Malah makanan pun boleh dikumpul dalam peti sejuk sehingga sudah berkulat.


3. Semakin melarat, apabila mula mengumpul sesuatu yang bukan milik peribadi, contohnya tisu daripada restoran bekas makan, atau surat-surat lama yang tak terpakai, dan akhirnya mula menyimpan sampah-sampah.


Ada juga yang jenis tidak bersepah, malah tersusun rapi, cuma sayangnya, penyakit itu tetap ada. Tetap barang-barang yang sudah tidak perlu yang disusunnya.


Kerana setiap kali mereka mahu membuang, akan sentiasa terfikir dalam kepala, "Elok lagi ni, nanti mesti ada nak guna."


ITU LAH SIMPTOM TERBESAR NYA.


"Percaya bahawa objek tersebut pasti akan ada gunanya satu hari nanti."


Punca Hoarding Disorder boleh terjadi?

Tidak diketahui, masih misteri. Kemungkinan stress, genetik, keadaan kimia otak dan macam-macam lagi penjelasan.


Bagaimana untuk mengatasi nya?

Rawatan untuk kondisi ini hanya boleh dijalankan oleh yang pakar, iaitu Psikiatri atau Psikologis/Terapis yang bertauliah. 


Antara cadangan untuk mengawal diri daripada kondisi ini semakin melarat ialah, TOTAL CLEANING.


Kemas rumah anda, buang barang-barang yang anda tidak perlukan. Tip nya mudah, sekiranya barang tersebut tidak disentuh atau digunakan selama 3-6 bulan, secara psikologinya memang dah tak diperlukan, walaupun semahal mana pun harganya.


Tak semestinya buang, boleh juga diberi hadiah atau dijual, contohnya jika melibatkan perabot, pakaian atau sebagainya. Jika barang masih elok, boleh dibawa ke FREE MARKET.


Sekarang dah semakin ramai yang mula menyertainya 🙂


Walaupun sukar untuk dibuang, percayalah, selepas itu akan lega. Nak simpan juga beberapa objek sentimental boleh, asalkan tidak melebih 10% daripada jumlah barangan anda yang hendak dibuang tadi itu.


Kredit to: Aiman Amri, #PengkajiMindaManusia