Follow Us @soratemplates

06/10/2021

05/10/2021

Riadah Di Hujung Minggu

October 05, 2021 9 Komen

Pernah terbaca pasal Fort Margharita di Kuching, Sarawak?
Inilah peninggalan bangunan bersejarah dari zaman penjajahan Brooke dahulu.
Dulunya masa PMR, kami buat kerja kursus mengenai Fort Margharita ni.
Kena pergi ke sana, interviu, ambik gambar.
Kalau dulu... seram ya amat tempat ni.
Sekarang dah dipulihkan dan dicantikkan semula.


Dan...
Buat pertama kalinya sejak beberapa bulan yang lepas baru berani bawak #theIMANs ni keluar rumah. Selalunya destinasi mereka umah nenek, umah mak ngah. Itu je lah. Memang selebihnya memeram dalam rumah je. Tengok la hepi sangat diorang.



Destinasi kami di pagi minggu hari tu di taman area DUN dan Fort Margharita je. 
Nasib baiklah masa tu tak ramai orang. Hanya dua tiga buah kereta je ada. 
Lepas tu kami anak-beranak je konkur kat situ.


Dahaga ke tu?


Sebenarnya ini pertama kali jugak saya ke Taman Botani ni.
Luas jugak kawasannya.
Puas saya kayuh basikal. Mungkin sebab orang tak ramai tu yang luas sebab takde kereta. 
Tapi naik bukit tu masih seram sebab baru pertama kali jugak main basikal yang ada gear ni.


Sebenarnya bukan kami anak-beranak je yang pegi.
Adik-adik saya pun ada jugak. 
Kami pergi 3 buah kereta. 
Dengan budak-budak lagi. Basikal lagi.


Puas hati sangat sampai sunburn tangan. 
Muka je tempek sunblock, tangan pulak lupa. 
Mana tak sunburn dekat nak 11.30 pagi baru nak gerak balik. 
Hihihi.


Fountain ni sebenarnya tak bukak lagi.
Sebab tu orang tak ramai kot beriadah ke sini.


Hanging Garden.


Bangunan DUN yang menjadi latar belakang basikal si pengayuh.
Cun pulak lighting kan?



 

01/10/2021

Kit Ujian Kendiri Covid Menggunakan Saliva Mudah Digunakan

October 01, 2021 13 Komen

Salam 1 Oktober!
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan ke-10 kita di tahun 2021
Buat pertama kalinya sepanjang hampir 2 tahun hidup bersama Covid, saya membuat saringan kendiri Covid
Syukurlah sekarang dah ada self-test kit yang sangat mudah digunakan di rumah
Hanya menggunakan air liur sahaja!



Tapi sebelum tu kita kena make sure brand tu trusted dan disahkan oleh KKM
Dan syukur jugaklah harga siling bagi self-test kit ni pun dah diselaraskan
Kalau dulu saya pernah beli yang RM39.90
Sekarang ni semuanya dah RM19.90





Alkisahnya semalam 2 orang staf di ofis disahkan positif Covid-19
Pengarah dan juga staf admin
Dan kedua-duanya saya pernah berurusan dengan mereka hari Jumaat yang lepas
Syukurlah Isnin saya BDR memang takde jumpa mereka
Sebab tu lah terus buat self-test
Biasalah bila dah tau jadi kontak ni teruslah rasa nak demam lah, hidung rasa nak tersumbatlah
Tekak gatal lah
Memang psiko terus


Alhamdulillah kedua-duanya negatif
Ayah IMAN ni biasalah memang prosedur di hospital, kalau orang di rumah ada kontak memang wajib declare dalam sistem mereka. Ofis saya pulak memang tutup hari ni, Ayah IMAN pula terus mohon cuti sebab nak buat self-test dulu.


Fefeeling buat pregnancy test pulak di awal pagi. Haha!! 
Last buat pregnancy test 6 tahun yang lalu.
Lama dah wei! Tak ingat perasaannya macam mana dah.
Tapi ni buat Covid test memang lain sangat perasaan, bukan excited.
Tapi DEBOR!
Nasib tak keluar double line.

Semoga takde apa-apalah lepas ni.
Masih seram lagi ni.


 

25/09/2021

Menahan Marah Diganjari Bidadari

September 25, 2021 11 Komen


Menahan Marah Diganjari Bidadari


عَنْ سَهْلِ بْنِ مُعَاذِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ كَظَمَ غَيْظًا وَهُوَ قَادِرٌ عَلَى أَنْ يُنْفِذَهُ دَعَاهُ اللَّهُ عَلَى رُءُوسِ الْخَلَائِقِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ حَتَّى يُخَيِّرَهُ فِي أَيِّ الْحُورِ شَاءَ


Daripada Sahl bin Mu'adz bin Anas dari Ayahnya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mampu menahan amarahnya sedangkan ia mampu melampiaskannya, maka Allah akan memanggilnya di hadapan seluruh makhluk pada hari Kiamat hingga Allah memberinya (kebebasan) memilih bidadari yang ia suka." (Sunan Ibnu Majah No: 4176) Status: Hadis  Hassan


Pengajaran:

1.  Beruntung mereka yang sentiasa mampu mengawal marah

2. Muslim yang mampu mengawal marah ketika dia boleh dan berpeluang untuk marah, di hari akhirat akan diganjari dengan kelebihan boleh memilih mana-mana bidadari di syurga.

3.  Muslim yang mampu mengawal marah, memiliki akhlak terpuji yang dijanjikan syurga. Sabda Rasulullah:


عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ....لاَ تَغْضَبْ وَلَكَ الْجَنَّةُ


Daripada Abi Darda, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda…."Jangan kamu marah, maka kamu akan masuk Syurga (Tabrani No: 1762)


Marilah kita berusaha mengawal perasaan marah yang tidak bertempat.



23/09/2021

Throwback Thursday: Camping Merdeka

September 23, 2021 8 Komen

 


Gambar 3 tahun yang lepas.
Mereka acah-acah camping ealaupun hanya di carporch.
Makan pun bawak depan khemah.
Seronoknya jadi kanak-kanak.
Asal jadi pun dah happy.

Khemah ni diorang suka bawak jugak kalau staycation di hotel.
Suka nak berkhemah dalam bilik hotel.
Macam-macam je idea diorang ni.

Update entri yang lepas: 

Sambal paru dah habis!
Masa Ayah IMAN pegi tapau di kedai Nasi Lemak Ganja di Medan Selera Kubah,
Dia cal bagitau banyak lauk dah habis.


Mungkin sebab payday dan malam Jumaat kot.
Orang banyak tapau untuk sedekah.
Tapi takpelah takde rezeki paru hari ni.
Kita sungkei nasi lemak ayam berempah je.

Gambar tak sempat snap sebab balik lambat hari ni.
Sempat sediakan teh O panas je dan terus azan Maghrib.
Syukur atas nikmatNYA hari ni.
Banyak urusan setel di ofis.
Mungkin diberikan rezeki masa yang barokah dariNYA.
Alhamdulillah! 

22/09/2021

Mengidam Sambal Paru Berlado

September 22, 2021 9 Komen


Adoi la malam-malam begini mengidam sambal paru berlado pulak.
Terus bukak Shopee tapi sambal paru garing idaman takde stok!
Sabar.. sabar mudahan ada rezekinya besok

Dulu..
Saya tak pandai pun makan paru ni
Tiber tahun lepas teringin nak makan
Bila rasa.. adoi terus jatuh cinta rasanya yang chewy tu
Mungkin sebab masa 1st try dulu-dulu masa kat KL paru tu hanyir
Bila rasa lagi tahun lepas.. boleh pulak masuk
Tak hanyir pun
Sedap jer kedai tu masak

Eh
Mengidam berlemak je ni tau
Bukan mengidam 'berisi'
Jangan fikir lain pulak
Hahaha