Kursus hujung minggu yang lalu. Saya bukan peserta kursus, saya penyelaras je. So tak adalah hands on buat keropok lekor from the scratch. Sebab saya tukang ambik gambar. Ingatkan lama nak buat keropok lekor ni, rupanya tak lama pun. Cuma part yang lama part nak siang isi ikan tu nak buat surimi. Tapi bagi yang dah mahir tu, sekejap je lah nak tarik isi ikan tu.
Nak buat keropok lekor ni pengajar kami guna ikan sardin. Paling sedap katanya ikan tamban.
Lepas basuh isi ikan dengan air asam jawa, isi ikan tu akan dikisar dan dicampur tepung sagu dan serbuk perasa sebelum digulung. Cara gulung pun cikgu ajar sebab kena ada teknik yang betul supaya keropok tak merekah.
Tadaa.. dah siap rebus boleh lumur minyak supaya tak melekat.
Hari tu peserta belajar 2 resepi, 1 resepi yang original, yang boleh terus makan lepas rebus, satu lagi yang crunchy, yang crunchy ni jenis yang digoreng. Tapi 2-2 resepi ni pun boleh juga digoreng sebab ada je orang tak reti makan keropok lekor yang rebus, macam saya la tu. Dulu ex-roomate zaman kampus orang Ganu, setiap kali lepas cuti sem confirm dia bawak stok keropok lekor Losong. Tapi dia sejenis terus makan yang tanpa digoreng tu, memang selalu ajak saya makan tapi tak reti jugak.
Keropok lekor yang dah digoreng untuk semua peserta testing, makan panas-panas memang sedap. Pengajar kursus kami ni orang local, owner kedai kek lapis pulak tu tapi dia belajar buat keropok lekor di Terengganu. Menjadi dan sedap sangat resepi yang dia share.
Selepas setel keropok lekor, peserta diajar cara buat sos keropok lekor pulak. Sebelum tu dia ajar cara nak hasilkan cili boh untuk dijual. Yang bestnya bila pengajar seorang usahawan memang dia akan share sekali tips untuk bisnes. Nak tetapkan harga, nak beli bahan murah, semua dia share. Orang yang tak kokek ilmu ni memang murah rezekinya.
Di akhir kursus, peserta dapat bawa balik keropok lekor, cili boh dan sos keropok lekor.
Penganjur pun dapat jugak. Hihi. Balik rumah terus goreng untuk santapan minum petang.
Begitulah kerja handle kursus untuk komuniti ni. Banyak ilmu baharu dapat, nak tak nak je nak cuba. Saya memang lambat sikit nak try. Selalunya kalau peserta yang dah mula berniaga, saya support je beli daripada peserta. Ok lah jugak kan?








16 Comments
Bestnyaaa. Kalau lah I dpt peluang blaja mcm ni. Masa PKP dulu pernah buat keropok lekor tapi blaja kat youtube, jadi ilmu tu blom meresap sgt. hihi. Nak kena berguru, baru lah cantik kejadiannya kan.
ReplyDeleteBetul tu kak.. kena berguru jugak br puas hati
Deleteokey nak cari keropok lekor kejap lagi.
ReplyDeletetapi betul, keropok ni mudah je senarnya. cousin kita, dia citer dia buat keropok lekor camtu ja.
"ikan, kalo tak habis kakIta buat kepok, tambah tepung uli-uli, goweng" camtu je dia citer masa tgh masak dgn loghat ganunya. i like, eh??? gitu ja?
Bila org pakar mcm tu lah, mcm cikgu ni jugak la, beli ikan fresh masuk peti, rasa nak makan dia buat pastu trs goreng jamu anak cucu minum ptg.. best kan bila serba-serbi pandai
Deletesedap betul makan panas2....
ReplyDeleteItu lah, dah la pure ikan lagi bkn tepung lebih, mmg sedap sgt
Deletebest nya dpt join belajar buat keropok lekor
ReplyDeletePenyelaras pun dapat jugak ilmu serba sedikit dan dapat bekalan. rezeki tu
ReplyDeleteAna salah seorang yg suka mkn keropok lekor yg rebus tu. sedapppp sbb tanpa minyak! hehehe
ReplyDeleteSedapnya dapat makan keropok lekor fresh. Ooo ada ek yang boleh dimakan terus. Kalau gitu saya pun tak pandai makan. Cantik hasil kejadian keropok lekor tu.
ReplyDeleteBestnya dapat peluang belajar buat keropok lekor.
ReplyDeletePuas hati mkan bila buat sendiri. Aien orang terengganu. Kekdng balik kg, mak akan buat keropok lekor sendiri utk kudap2. Paling sedap guna isi ikan tamban. Kalau nak rasa keropok lekor T20, boleh guna isi ikan aye. Sedapp
ReplyDeleteSha pun tak pandai makan yang rebus tu.. Mesti nak kena goreng juga..
ReplyDeleteDulu-dulu masa kerja dekat politeknik, rajinlah ikut kursus-kursus pendek macam ini dekat Kolej komuniti.. Sekarang memang dah tak berpeluang..
ReplyDeleteBagus tenaga pengajar... tunjuk segala ilmu.
ReplyDeleteRezeki tu rahsia Allah.
Pertama kali saya coba Lekor, saat kuliah di Penang. Langsung sukaaaa, karenaaaa kuliner ini ada yg mirip di Palembang. Tapi kami sebut pempek. Cuma beda ikan. Pempek pakai ikan tenggiri atau bisa juga ikan belida.
ReplyDeleteCuma kalo Lekor warnanya agak gelap kan, pempek warnanya putih.
Lalu kuahnya dari cuko dan gula merah. JD manis asam pedas.
Kalo Lekor kuahnya merah.
Saya suka 2-2 nya, Krn punya istimewa masing2. Rindu pula makan Lekor
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!