Kek Tunjuk-Tunjuk

Raya ke-8 dah, tapi masih lagi mode raya. Malam tadi jam 12 tengah malam baru balik rumah. Paling lambat dalam sejarah hari raya 2026. Tapi tak ke mana pun, berziarah di rumah jiran-jiran rumah mak je. Walaupun kawasan perumahan tapi kami dah macam saudara-mara jugak dah, dari kecik kan dah duduk sama di situ. Anak-anak jiran semua membesar depan mata. Begitu jugak dengan #theIMANs. Dari baby sampailah remaja sekarang, membesar bersama anak-anak jiran.

Tahun ni memang takde homemade kek langsung. Semua main tunjuk-tunjuk je. Beli la beberapa loaf cukup-cukup untuk seminggu raya. Sekarang tinggal 1 loaf je lagi kek lapis premium. Kira ngam-ngam la estimate. Lepas ni kalau nak bukak rumah boleh beli lagi. 

First batch hari tu kek lain, ni second batch kek lain pulak, yang sama kek lapis Cadbury je la sebab kek tu beli setengah acuan. 

Biskut pun tunjuk-tunjuk je. Rindu zaman PKP semua buat sendiri.

Cornflakes honey je la buat sendiri.

Simple-simple aje.

Frame pun tak sempat nak drill di dinding. Main letak je la dulu. Apa adanya. 

Besok dah sekolah. Kembali ke rutin. Masih tak dapat nak move on. Rindu nak balik ke bulan Ramadhan lagi. Rindu rumah lama jugak.

 

Post a Comment

18 Comments

  1. Serawak mesti penuh dengan kek lapis time raya kan.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya kek lapis. Menu kek jarang juga ada sekarang. Biasanya biskut raya je.

    ReplyDelete
  3. Tunjuk2 jadi.... tunjuk2 jadi... hehehhe

    ReplyDelete
  4. lawa la rumah baru mim!! kek dan biskut tunjuk2 pun ok ajer, asalkan sedap!!!

    ReplyDelete
  5. Sedapnya kek lapis..seronok bila rumah ada orang datang berkunjung..
    Kita bila dah balik taman, senyap sunyi jelah..takde dah rayanya..

    ReplyDelete
  6. Samalah kita kak. Semua cake, cookies, main tunjuk saja 😂. Dah dijamin sedap. Kalau saya buat sendiri, sudah pasti failed 😂

    ReplyDelete
  7. Kek lapis Sarawak memang terkenal..trade mak kek lapis sarawak mesti nak bekli jika ke Sarawak..selamat hari raya maaf zahir batin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya cikgu... tp skrg trend org beli butter cheese cake mita dah.. hehe

      Delete
  8. Sik teringat kamek mok bejarah raya rumah kitak Kakmim 😅 raya pertama nang sik ke siney2, di Samarahan jak. Raya kedua ya ada kmk org ke Kch bejarah rumah ex-jiran/ex-colleague di Bintulu lekak ya rumah adik ipar & makcik kmk. Kek lapis India ya paling faveret kmk. Tahun tok mcm x banyak jak rumah kmk pergi ada hidang kek lapis India.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasalah bila dh berkumpul nang kdg lamak gilak di sebuah rumah alu lah x dpt nk ke sine²

      Delete
  9. Rumah saya pun ada kek lapis sarawak free sample dari seller berperisa red velvet

    ReplyDelete
  10. alaaaa.. belum jumpa lagi kek lapis Sarawak.
    Cantiklah combination kaler dengan interior deco belakang sofa tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya ada kedai kek lapis di sana.. sbb tgk ada yg dh ada branch di bangi... tp homebaker lg sedap la

      Delete
  11. Geram nengok pelbagai kek lapis yang berwarna warni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sikit je dana.. ada rumah lg byk kek lapis

      Delete
  12. Tahun ini tak jumpa lagi kek lapis sarawak masa beraya.. Belum rezeki..

    ReplyDelete
  13. Kak SA kan...konon nak buat kek la..nak buat kuih raya la.semua kelaut dalam..x tterdaya badan ni nak buat semua..last2 tunjuk dan bayar je..ni semua kuih Dania dah bawak balik Kolej..dari terbiar x bermakan kan..

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!