Potluck Ramah-Tamah Gong Xi Raya

Hari tu sebelum raya cikgu dah announce dalam grup kelas majlis ramah tamah gong xi raya untuk anak-anak batch sekolah menengah ni. Bila tengok abang kakak sibuk buat persediaan potluck, Awan Alan pun sibuk jugak tanya-tanya Ibu bila sekolah diorang ada ramah tamah hari raya. Ada tak cikgu bagitau kat grup kelas. Ai, exited pulak anak-anak ni. Budak-budak kan memang suka raya.

Awal pagi seawal 3.30 pagi saya dah berperang di dapur. Nak masak nasi serai, rupanya minyak sapi tak habis, terpaksa la guna butter. Nasib baik ada butter, kalau tak guna planta je la jawabnya. Lepas setel nasik, terus rebus macaroni dan buat macaroni bolognese pulak. Ayam masak merah dah siap dah malam tadi. Balik kerja petang semalam terus defrose ayam dan buatlah apa yang patut. Cili, bawang blend semua masih ada, so senang sikitlah kerja, takdelah rumit sangat.

5 pagi dah siap semua menu. Mesti jiran-jiran pelik, siang malam rumah ni masak. Hahaha.

Ayam masak merah baru je buat hari Ahad hari tu untuk bekal Iman ke kelas tambahan. Sekali kawan-kawannya nak lagi, sebab tu lah buat lagi untuk potluck kelas Iman. While macaroni bolognese pulak untuk kelas si abang. Macaroni bolognese ni menu paling senang dan paling laku la kalau buat untuk potluck anak-anak. Tak pernah tak habis. Semoga balik nanti semuanya licin.

Kalau ikutkan tahun ni kerajaan dah umum tak boleh buat 'rumah terbuka' untuk jabatan dan kementerian, tapi sekolah Iman dah plan dan announce sebelum pengumuman kerajaan tu dibuat lagi. Kami pun macam tak buat, tapi akan buat jugaklah guna nama program lain, bukan sambutan raya. Hihihi.

 

Post a Comment

15 Comments

  1. Betul, memang seronok beraya di sekolah siap pakai baju raya

    ReplyDelete
  2. Kalau dah sampai 2x org request , maksudnya mmg sedap sgt ayam masak merah & nasi serai Kak Mim tu.

    ReplyDelete
  3. sekolah anak2 rasanya tak buat sambutan. jabatan cie pun tak buat macam sebelum ni jemput 1 hosp. buat makan2 sesama staf jela.

    ReplyDelete
  4. sedap nampaknya macaroni tu..

    ReplyDelete
  5. Sek men anak buat jumaat ni, sekali majlis perpisahan guru2.. ad yang dapat transfer la tu..
    Linda ni, sampai mimpi2 dapat surat transfer.. moga2 jadi kenyataan lah..aamin..

    ReplyDelete
  6. Wah...gigih la ibu masak ye demi menjayakan majlis anak-anak...betul open house Malakoff sepatutnya buat di Hilton PJ di batalkan so kami buat sendiri je kat auditorium office next week

    ReplyDelete
  7. wah request lagi tu maknanya sedap le air tangan mim. Kita orang pun dah cancel program raya Hospital tapi jabatan sendiri pulak buat secara tertutup.

    ReplyDelete
  8. Terbaiklah ibu 👍🏻menu bukan kaleng² tu, memang kena bersilat awal la hihi

    ReplyDelete
  9. kat my opis pun tak leh buat jamuan la syawal ni...nak kena tunggu abih syawal hahahah padahal ala2 potluck jer pun tp tak lehhhh sbb takut menyalahi polisi yg baru di war war tu

    ReplyDelete
  10. waahhhh seawal 3.30 pagi ibu dah bgun demi anak-anak jamuan raya ehehe

    ReplyDelete
  11. Sedap menunya tu.
    Tak boleh sambut raya jabatan, buatlah.. makan² sesama rakan🤭

    ReplyDelete
  12. untung jd kwn iman dpt mkn sedap2😊

    ReplyDelete
  13. Eh tapikan kalau sekolah bukannya di luar dari kementrian kak? Kalau kementrian saya paham Krn pasti pakai uang negara, sekolah biasanya kan pakai budget mereka apalagi sekolah swasta. Atau tidak?

    Rajiiiin lah kakak masak sendiri. Saya kalau sekolah anak ada buat begini, dah pasti saya pesan 🤣. Demi keselamatan Orang2 yang makan 😅

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!