Hai.. salam maulidur rasul. Long weekend lagi ye minggu ni? Korang ke mana tu? Kami tak ke mana pun. Nak plan macam mana, tusyen on, Ibu pun kerja jugak Ahad nanti. Makan tidur je la kat rumah. Memang balas dendam tido je.
Lama saya tak blogwalking. Blog ni pun mintak tolong Onjeng si ChatGPT yang buatkan content. Saya prompt je nanti dia buatkan lepas tu saya paste ke sini. Korang perasan tak tu? Hihi.
Hari ni hero-hero mengaji di masjid, ganti kelas esok. Esok hari takde mengaji sebab ustaz-ustaz terlibat dengan perarakan maulidur rasul di Padang Merdeka. Mulanya saya pun nak join jugak tapi tak ramai staf perempuan yang available so tak jadi, student dan staf lelaki je join perarakan besok.
Eh eh ada pulut kuning la. Balik mengaji hero bertiga bawa balik sorang satu. Ustaz bagi katanya. Alhamdulillah rezeki untuk sarapan pagi tadi. Kenyang sampai tak lunch sebab saya makan 2 pack. Hihi. 2 pack tu dah sebiji telor rebus dah.
Rezeki hari ni, tengah hari lunch date dengan bff, pun ditaja jugak makannya. Tapi saya tak makan berat pun, just kudap-kudapan je. Takde gambar lepak dengan bff, just fokus update cerita masing-masing je. Hehehe.
Hari ni dapur cuti, saya lepak dengan bff keluar rumah dari 11.30 pagi, Ayah pulak bawak semua #theIMANs makan nasik kandar lepas solat Jumaat. Malam ni pun dapur macam off lagi je. Kenyang lagi ni. Hehe. Tapi memang sedap pulut kuning orang sedekah tu. Berkat agaknya, lama sungguh kenyangnya. Alhamdulillah.

10 Comments
Penyamaran rupanya skrg chatgpt pun boleh tolong update blog. Sedapnya pulut kuning.
ReplyDeleteamboi, dia guna chatgpt saja ye.
ReplyDeletesaya follow perarakan lagi tahun ni, so awal pagi dah tinggal rumah.
alhamdulillah, all is well. salam maulidur rasul kakMim.
Nampak pulut dengan rendang, alaa lama tak makan.
ReplyDeletex kisah pasal Chatgpt...ramai je yang buat kan....tapi yang akak kisahkan pulut dan rendang ayam tu...nampak sedap danmakanan fav arwah Mak Pah
ReplyDeleteHebat chatGPT menyamar eh. Alhamdulillah rezeki dapat pulut kuning dan rendang. Okaylah tu KakMim dapat rehat dirumah topup tidur mana yang tak cukup tu. Recharge energy. Saya balik kampung je. Tak jalan mana-mana sebab malas nak bersesak. huhu..
ReplyDeletesedapnya! my fav ni
ReplyDeleterendang tu nampak sedap.
ReplyDeletealamak.. yang mana satu KM yang mana satu Onjeng
ReplyDeletePulut ini memang lebih kenyanglah drpd nasi. Tiap makan pulut pun saya lebih kenyang lama. Apalagi makan 2 Packs ya kak. Sedap berarti nih 😉👍
ReplyDeleteTerliur tengok pulut kuning rendang ayam
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!