Pagi ni hanya berdua je dengan si sulung, Iman dalam kereta. Abang 'direhatkan' sebab penggiliran SPM. Yang form 4 takde penggiliran, so setiap hari kena ke sekolah. Bertabahlah ye Iman, next year awak pulak SPM, makanya takde dah honeymoon year dah form 4 ni.
Boring pulak topik di radio pagi ni, so saya on Youtube Music, album pilihan kami pagi ni album nasyid pulak. Teringat pulak zaman kegemilangan nasyid ketika saya form 4, tahun 1997 yang lalu. Sebaya Iman la masa tu. Masa tu memang kumpulan Raihan tengah top dengan lagu Iman Mutiara. So saya ceritalah dengan Iman kumpulan-kumpulan nasyid yang top di awal tahun 2000 dulu. Semuanya kumpulan nasyid budak-budak U. Ada dari UIA, ada dari UUM, yang masuk matrik sama dengan saya di UPM pun ada. Tak ingat dah sapa budak Saujana tu dulu. Dia ambik matrik medic, saya pulak sains hayat. Memang 1 kolej di KoMat, kekadang terjumpa jugak masa kelas di fakulti. Hihi. Zaman tu dah la baru nak berhidup sendiri di Semenanjung, jakun pulak bila terserempak artis. Hahaha. Artis la sangat.
Rabbani - saya pernah dapat 1 album kaset Rabbani ni masa first sem degree (2000) dari sorang coursemate. Warna biru covernya, album Intifada.. Try google tak jumpa pulak. Dulu-dulu kan memang suka bagi-bagi lagu. Masa tu suka sangat lagu Intifada ni, sebab semangat lain macam. Mungkin jugak lagu KRU so memang lain macam jugak la vibenya dulu. Memang layan la. Masa zaman awal 2000 dulu budak-budak U selalunya ada walkman, saya dulu Sony Walkman.
Haa.. macam ni lah walkman saya dulu, KLMJ betul. Ni lah peneman di saat boring, dengar radio, dengar kaset. Saya sejenis tak suka tengok tv ramai-ramai di bilik TV, so dengar lagu dengan walkman je lah di bilik. Nasib baik bila di semester 2 dapat room mate dari JB, dia angkut CD player dia dari rumah. Masa tu meriah la jugak bilik dapat dengar CD. Hehehe
Intifada
(Intifada, oh) ah-ah-ah-ah, ah-ah-ah
(Intifada, oh) ah-ah-ah-ah, ah-ah-ah
(Intifada, oh)
Merdu lafaz syahdu, jiwa pun merindu
Merakam rasa kalbu, gemersiknya lagu
Angin kota cahaya bertiup berarak
Kencang meredah maya hanya untuk dia
Bangkit segar seirama
Meluruskan rentak saf-Nya
Riuh rendah, basah lidah
Kalam wahyu mewangi di taman
Oh, semerbak harum, bingkisan An-Nur
Berterbangan tinggi ke intifada
Oh, merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari
Gema siang-malam, alunan suara
Burung turut menyanyi, zikir tidak henti
Lunak diukir seni halus menghiasi
Persada alam ini hidup tidak mati
Bangkit segar seirama
Meluruskan rentak saf-Nya
Riuh rendah, basah lidah
Kalam wahyu mewangi di taman
Oh, semerbak harum, bingkisan An-Nur
Berterbangan tinggi ke intifada
Oh, merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari
Oh, semerbak harum, bingkisan An-Nur
Berterbangan tinggi ke intifada
Oh, merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari
Masihkah punya bicara?
Menjalinkan yang terpisah
Semarak terus berusaha
Pastinya ia akan berjaya
(Intifada)
Oh, semerbak harum, bingkisan An-Nur
Berterbangan tinggi ke intifada
Oh, merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari
Oh, semerbak harum, bingkisan An-Nur
Berterbangan tinggi ke intifada
Oh, merentas misi risalah suci
Mewangikan taman yang dicemari
Ada ke peminat kumpulan nasyid zaman 2000-an dulu? Brothers, In-Team, UNIC, Saujana, Hijjaz, Nowseeheart, haa itu je yang saya ingat. Terkejut Iman bila saya bagitau Faizal Tahir dulu pun dari kumpulan nasyid jugak.
Saya cerita jugak dengan Iman, masa zaman kampus, saya kerja di CC kolej sebab nak stay kolej. Kalau nak stay 'dalam' kan kena aktif, so tunjuk la muka dengan senior-senior & MPP. Nak jadi MPP memang tak lah, entah la tak minat pulak dulu-dulu. Nampak pulak dia excited, bestnya katanya.
"Kamek sik pernah pergi CC", katanya lagi. Eh, wujud lagi ke CC zaman Unifi bagai ni ek??
Er, lama tak post selfie kan? Selfie tak ready ni sebab dengar dah ada orang naik tangga di bawah. Hihihi. Kang kantoi pulak berselfie bagai di cermin tangga.
Apapun, salam hari Khamis ya uols!! Hari ni buda-budak ambik UPKK akan merdeka petang nanti. Yeay!!!!!



12 Comments
KLMJ sungguh! thn 1997 tu saya 1st year study kat uia gombak! memang lah walkman tu benda wajib hampir setiap student kot including me!
ReplyDeleteKan? kalau anak² skrg diorang xtau walkman tu apa... hehehe
DeleteSy pun ada Walkman Sony tu, beli dekat Pertama Complex kot. Balik kg pakai Walkman tu, rasa bangga weyh haha...
ReplyDeleteSy pun hampir lupa FT dulu ahli kumpulan nasyid hehe
kita sezaman PH...mcm wajib ada pulak walkman zaman study dulu kan?
DeleteTahun 1997 Cie baru form 1. Tahun 2001 SPM. Duduk asrama tahun 2000-2001 curi2 bawak walkman. Sekarang macam takde dah kan walkman. Mengimbau pulak.
ReplyDeleteBetul tu cie.. anak² sy pun x tau walkman tu apa, utk apa..ahaha
DeleteMasa saya sek men dulu pernah ada walkman Sony ni warna merah.
ReplyDeleteBetul.. betul.. lagi Intifada tu memang menaikkan semangat.
ReplyDeleteMasa kat U akak banyak simpan kaset lagu-lagu nasyid.
Saya punya walkman Sony warna hijau, ihiks~
ReplyDeleteZaman walkman ni, tahun saya SPM 2001. Asyik kena pulau je di asrama, jadi saya layan walkman.
Saya baru dengar lagu Rabbani, tp pas dengar pertama, langsung teringat style lagu KRU 😍. Saya sukaaa dengan KRU soalnya. Lagu2 mereka yg sering menemani saya zaman kuliah di Penang 😄
ReplyDeleteOhh KakMim layan nasyid dulu. Ni kumpulan nasyid legend best-best lagunya.
ReplyDeleteA'ahlah, lama tak nampak KakMim posing depan cermin ni. hihi..Ceria berbaju kuning. Tetap cantik berseri-seri.
Lagu intifada ni memang best, hasil Edry Abdul Halim KRU memang terbaik. Lagu2 ciptaan KRU memang ohsem.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!