Bye Bye Blog Merah-Hitam



Blog KakmimDotCom Bertema Baharu

Bye blog merah-hitam! Penghujung tahun macam ni kita touch-up blog ke warna tema biru pulak. Okay ke tak okay? Kalau tak okay pun, okaykan sajalah kan? Saya sendiri pun dah jemu dengan kombinasi merah dan hitam.

Biru Lebih Matang?

Sembang anak-beranak dengan Iman, dulu-dulu zaman muda ibunya ni suka warna merah. Iya lah, kahwin pun tema maroon, tona merah jugak kan? Tapi bila dah 40-an macam ni, jadi tak suka dah warna merah. Lebih ke biru pulak. Mungkin sebab semakin berusia, semakin bertambah pengalaman dan dugaan hidup, makanya warna biru lebih menenangkan dan lebih matang kot? Mungkin?

Masih Under Renovation

Banyak lagi yang tak siap ni. Sekadar yang penting dulu. Kalau tak rajin hujung minggu ni, insya Allah minggu depan sambung lagi renovation blog KakmimDotCom.

Terima Kasih Blog Merah-Hitam

Apapun, terima kasih tema lama. Semoga tema baharu yang lebih segar ini (hopefully) akan menyuntik semangat seorang Kakmim untuk terus berkarya menitipkan memori kehidupan di dunia digital blogsphere ini.







Post a Comment

26 Comments

  1. Kalau sendiri dah bosan tu memang kena beri nafas baru. Cie dulu pun paling suka warna merah. Lepas tu minat purple pulak. Dah tua2 ni sendiri taktau dah warna apa kesukaan 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah cie.. dh bosan.. tp coklat masih jd fav sy

      Delete
  2. Betul la tu kakmim... Masuk 40-an nak tenang² je dlm apa perkara pun... Nampak nice warna biru ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biru mata hitam ku ke PH? Hehe.. dh 40an ni kena pandai urus mental health sendiri

      Delete
  3. Pantas saat saya masuk, wow beda home nya 😍😍. Sukaaa yg baru ini kak. Biru buat sejuk mata.

    Sama kita ubah rumah di akhir tahun ya 😄😄. Saya dah bosan juga dengan design purple, jadi ubah ke Red-beige

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah masuk blog fanny dh tukar cat itu yg semangat nk tukar jugak 🤭

      Delete
  4. Kadang-kadang bila kita ubah.. ia memberi semangat baru pada kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu pokcik, harapnya begitulah lepas ni

      Delete
  5. Replies
    1. Sebab markah dah dapat, setel utk sem ni so bolehla menggodek.. hehehe

      Delete
  6. Masuk-masuk je dah lain rupa rumah KakMim. Merah hitam dalam kenangan. Selamat datang warna kegemaran baru KakMim.

    ReplyDelete
  7. Biru peberet saya dulu kini selamanya. Biru mata hitam ku

    ReplyDelete
  8. Nampak bersih ja, suka blog guna based white.
    Sejak menua saya suka warna hijau pekat, emerald. Lately dah boleh terima warna selain hijau, ahahahaaa~

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukurlah dah boleh terima warna selain hijau.. hahaha

      Delete
  9. Saya masih setia dengan warna merah, akan datang mungkin akan bertukar selera, siapa tahu kan. Mungkin belum cukup 'purba' kot.. hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.. semoga terus berjiwa muda 🤭 xpe janji bahagia kan?

      Delete
  10. Wowww..... rumah under renovation... dah siap sepenuhnya mesti lagi lawa.
    Rumah baru apa citer? Lama tak update. Rasa yang last pasal pintu kan🫢

    ReplyDelete
  11. Biru lebih redup mata memandang 😄 kacak rumah baru tok, semoga lebih bersemangat utk update blog bila dah 'renovate' blog 👏🏻

    ReplyDelete
  12. Kreatif..cantik..ringan pantas loading

    ReplyDelete
  13. KakMim, saya masih setia dengan tema merah-hitam.. Memang suka sangat kombinasi warna ni.. Bertukar blog banyak kali masih setia dengan tema yang sama tapi sekarang agak suka dengan warna Tiffany Blue..

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!