Siapa suka dark chocolate? Hari tu masa di Putrajaya singgah di outlet Beryls' yang di Alamanda. Tak tau nak beli apa, beli coklat je lah mudah untuk ole-ole #theIMANs dan adik-adik. Nampak je dark chocolate terus sambar untuk adik no 3. Dia memang hantu dark chocolate. Dan berjnagkit dengan kakak sulungnya pulak.
Beli yang 70% dan rasanya memang pahit. Pure cocoa rasanya.
Dulu-dulu kan saya tak tau kewujudan dark chocolate ni. Memang pulun chocolate Dairy Milk tu je lah. Masa zaman kampus, Black Forest Dairy Milk tu mesti ada untuk teman study. Nak makan kena patah kecik-kecik. Kena jimat la kan, student manada duit nak beli coklat mahal selalu. Zaman student kira mahallah makan coklat Dairy Milk. Hehe.
Alhamdulillah bila dah bekerja, dah pegang duit sendiri, semua yang diidamkan memang insya Allah akan reward untuk diri sendiri. Termasuklah bab makan-makan ni.
Lambat sikit la habis sebab memang tak minis langsung pun! Hahaha. Ibu takde pesaing. Boleh makan sorang-sorang.
Lain pulak KitKat edisi dark ni. Yang ni #theIMANs makan pulak. Kalau beli yang ni kena reserve awal untuk stok di ofis. Bila ngantuk-ngantuk mulalah selongkar drawer carik coklat. Saya memang suka 'sembunyikan' coklat di drawer ofis. Hihi. KitKat Dark edisi Borneo ni memang sedap.
Tau tak kelebihan dark chocolate? Jom baca..
- Tinggi antioksidan - Mengandungi flavonoid yang membantu melawan radikal bebas dan mengurangkan keradangan.
- Baik untuk jantung - Pengambilan sederhana boleh bantu menurunkan tekanan darah, melancarkan aliran darah, dan kurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
- Tingkatkan mood - Merangsang pengeluaran endorfin dan serotonin—hormon gembira yang boleh bantu kurangkan tekanan.
- Meningkatkan fungsi otak - Flavonoid dalam dark coklat membantu aliran darah ke otak, menyokong fungsi kognitif.
- Kawal gula darah - Indeks glisemik rendah, jadi tak menyebabkan lonjakan gula darah seperti gula biasa.
- Baik untuk kulit - Antioksidan bantu melindungi kulit daripada sinaran UV dan memperbaiki tekstur kulit.
Tip: Pilih dark coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% kandungan koko untuk manfaat maksimum. Ambil dalam kuantiti sederhana, ya!



14 Comments
kak ana pun kalau makan memang pilih dark chocolate berbanding milk chocolate. Mungkin sebab dah tak boleh terima kemanisan sangat dalam makanan..
ReplyDeletemungkin sejajar dgn pertambahan usia kak... sy pun mcm tu jugak.. hehe
DeleteSuka jugak dark chocolate. Rasa pahit-pahit tu best dan yang penting tak manis sangat. Bagus untuk kesihatan. Tapi kena makan berpada-pada juga macam KakMim cakap tu.
ReplyDeleteItu la, sbb pahit² pun jadi akan lmbt sikit nk mkn.. slow² nk habiskan
DeleteI love dark chocolate. Kadang makan dark coklat masakan macam tu ja. Gian.
ReplyDeleteBeryls ni, suka yg ni or yg ada mint warna hijau. Memang tak share la jika sudah dapat. Daktiga tak gemar.
wow... choc masakan pun dia bedal.. hahaha... mmg sah hantu dark choc ni
Deletesaya bkn choc lover tp boleh jer mkn sekali sekala (saya mkn cadbury yg ada fruit n nuts tu)
ReplyDeleteoh, peminat fruit & nut ye... sy jarang ambik yg ada fruit tu MZ.. hihihii
DeleteKak SA sedikit kureng dengan dark chocolate tapi boleh je makan
ReplyDeleteBoleh la kak... setiap org ada citarasa sendiri... sy dlu lagi la, x suka, skrg dh jd suka
DeleteSaya tahu dark coklat bagus. Tp ntah kenapa tak bisa enjoy menikmati nya. Anehnya, kopi yg lebih pahit, saya sukaaaa. Tp dark choco malah tak suka 😅😅
ReplyDeleteDark chocolate really is an acquired taste the first bite feels bitter, but then it slowly becomes your go-to comfort snack. 😅 I keep a small stash in my drawer too, especially for those sleepy afternoons.
ReplyDeleteI also like how it actually helps with mood and stress. Balancing work, fitness, and everything else gets overwhelming sometimes. I check my fitness progress using tools like http://aftcalculator.io, and honestly, a piece of dark chocolate right after makes the day feel a bit easier.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSaya pula hari ni ke Putrajaya atas urusan kerja, lama sungguh tak ke sana.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!