Kursus Gubahan Bunga Sabun

Saja nak simpan di sini kursus pendek terakhir untuk tahun 2025. Minggu lepas kami ke Rumah BAKAT Pangkalan Udara, Kuching untuk melaksanakan kursus gubahan bunga sabun bersama ahli-ahli BAKAT. Happy tengok bila peserta berjaya menggubah bunga sendiri dan bawa balik sebouquet sorang.

Soft je kaler pink.

Semua peserta dan bouquet masing-masing. Tak sangka pulak baju kami sedondon dengan ahli BAKAT. Dah tak tau dah mana peserta mana urusetia. Hehehehe. Cikgunya of course la yang baju kaler lain dari yang lain kat tengah tu.

Dapat souvenir hamper buah-buahan dan juga sijil penghargaan dari BAKAT. Boleh la key in dalam MyPerformance.

Lengkap fasiliti Rumah BAKAT ni. Pantri pun ada. Nak buat kursus masak-masak pun takde masalah lepas ni.

Sekarang dah boleh tutup sepenuhnya untuk tahun 2025. KPI dah lama dah capai. Now tengah brainstorming dengan diri sendiri dan teammate untuk perancangan tahun 2026 pulak. 

KPI Akademik done ✅
KPI PSH done ✅
KPI Kualiti done ✅

Permudahkan pula untuk tahun 2026 kelak. Nak pasang strategi awal ni. Kalau boleh sukuan kedua kena dah capai KPI sendiri. Fighting!!! Chaiyokk!!

Korang pulak macam mana work performance 2025?

 

Post a Comment

14 Comments

  1. Kalau letak sejambak wangi sabun tu naik tak?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..kitanya simple je, semua dah tercapai...
    Terus rindu nak sarung baju BAKAT.. rumah BAKAT memang complete, mesin jahit pun ada, kalau nak guna untuk menjahit..

    ReplyDelete
  3. Best ni. Dapat tambah skill menggubah bunga pulak. Cantik gabungan warna-warna bunga dan pembungkusannya.

    ReplyDelete
  4. Dah nak habis tahun ni semua kena capai. Tahun depan kena fikir agenda baru pulak. Bestnya dah lawa lepas tu wangi pulak

    ReplyDelete
  5. wahha.. boleh tahan berseni ya jari jemarinya

    ReplyDelete
  6. eleh cakap orang kreatif, dia pun sama. elok kejadiannya.
    bunga ni la yg mymom kerjakan dulu, tapiii bakatnya tu tak sampai kat saya sebab saya tak suka bunga.

    ReplyDelete
  7. Menariknya course ni... Boleh jana pendapatan dan jimat duit utk beli bouquets ni.

    ReplyDelete
  8. cutenya bunga2 sabun tu! best sbb dpt free lah tu kan heheh i pernah beli bunga sabun bouquet ni masa anniversary zmn PKP ie celebrate kat rumah ajer so beli utk snap2 pic kenangan

    ReplyDelete
  9. Cantiknya....bagus ada minat..boleh buat pendapatan sampingan jugak kan

    ReplyDelete
  10. Cantiknyaaa!. Zmn 90 an dulu org buat juga tapi tak nampak halus berseni mcm ni.

    ReplyDelete
  11. wowww... cantik hasil kejadiannya, mesti wangi tu.

    ReplyDelete
  12. Cantiiiik bunganya. Mudah tak buatnya kak?

    Kalau saya duduk rumah nih, target saya dalam hal traveling dan managing finance 😄. Yg traveling achieved, ada tambah 1 negara baru. Kalo yg finance, memang tak achieve profit untuk investasi tahun ini 🤣🤣.

    ReplyDelete
  13. Moga tahun 2026 nanti lebih baik dari tahun ini. Moga rutin harian kita semua dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  14. Kacak eh! Ya nang ada bakat tangan orang nok menggubah sabun jadi bunga ros ya 😍

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!