Lunch di Eric Mu'allaf Restaurant

Mulanya takde idea nak makan apa dan di mana. Dalam kepala saya nak nasik je. Tapi bukan nasi ayam gepuk or geprek. Macam boring pulak dah. Tetiba teringat smoked duck. Lama jugak tak makan smoked duck dan akhirnya membawa kami ke kedai Eric Mu'allaf ni
Kedai ni terletak di area Matang Jaya. Lama tak pergi dah bertambah 1 lot kedai lagi dah rupanya. 

Ahaaa.. yang diidam-idamkan. Sedapnyaaaa

Creamy butter chicken with egg floss ni memang sedap.

Ikan bawal emas sweet & sour, saya tak minat masakan sweet & sour ni tapi Iman suka. Lepas tu dia pulak cakap sweet & sour kat sini so-so je. Memang saya tau pun, tapi dah dia nak jugak. Saya kalau order ikan prefer masak steam, tak kisah laa steam halia ke lemon ke, saya memang suka steam.

Mix vege ni memang sedap, ala hotel. Menu ni yang sampai dulu makanya kita meratah sayur je la dulu.

Dah setel makan, dah setel bayar, baru rasa nak bergambar. Alhamdulillah kenyang sampai ke malam. 

Begitulah, weekend je gantung kuali. Esok Ahad tak tau lagi, nak masak ke nak makan kat luar. Hari Sabtu korang macam mana pulak?

 

Post a Comment

11 Comments

  1. Alhamdulillah, semakin maju bisnes nya...sedap2 nya menu...kekadang sweet sour ni depa bubuh byk sos jer, ikan steam lg best...makan luar jg hari Sabtu semalam..

    ReplyDelete
  2. Bagus kerjasama utk bergambar sekeluarga tu.
    Loved the effort. Butter chicken tu looks nice.

    ReplyDelete
  3. semlm hari sabtu, saya dok rumah ajer!! kuar sekejap utk hantar dan ambil my razeen pergi tusyen kumon

    ReplyDelete
  4. Sabtu duduk rumah, Ahad baru keluar dinner.

    ReplyDelete
  5. nampak sedap smoked duck tu..
    Hari Sabtu Nani bersemangat nk pergi tengok Naura bersukan. Tapi tersilap tarikh. Beria ia bersiap. hehe..

    ReplyDelete
  6. Pergh!! Smoked duck tu nampak mengancam betul.. Menarik untuk dicuba ini..

    ReplyDelete
  7. Sedap-sedap menu yang dipesan. Biasalah tu KakMim, dah tengok makanan tak ingat bergambar dah. Dah makan kenyang semua baru ada feel bergambar. Sabtu follow up kat hospital je. Pastu tak kemana.

    ReplyDelete
  8. Macam nyaman jak semua menu di restoran tok. Boleh la singgah mun balit kuching.

    ReplyDelete
  9. Aiiiiih kaaak, lihat smoked duck nya, langsung terliur. Nampak juicy daging yaaa 🤤🤤🤤😍😍😍. Sedap pasti

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!