Makan Malam & Sarapan

Kalau goreng ikan, kena buat sayur tumis belacan berkuah sikit. Memang surrr. Jangan dilupa kicap cili cuka. Cili tu kena picit sendiri, iya guna sudu la. Kang pijar pulak guna tangan.

Dinner malam tadi. Ikan kembung sekilo. Hahaha. Lumur kunyit dan garam saja dan goreng. Memang berlemak ikan kembung saiz kecik ni.

Fuh.. ini mantap ni. Kicap cili cuka tu memang wajib. Taknak sambal kicap pedas, tak asyik.

Dan tumis belacan sayur sawi batang putih, kuah lebihkan sikit untuk basahkan nasik. Nikmatnya makan, terasa makan masa kecik-kecik dulu je, tapi time tu arwah nekwan yang suap. Al-fatihah buat nekwan, rinduuuu.

Tidak dilupa limau mandarin yang manis leting ni. Saya dah ingat muka cina penjual buah di Medan Niaga Kubah tu. Memang trusted, bukan scammer. Bila saya tanya, manis ka? Manis, gerenti, jawabnya sambil menghulurkan sebiji buat tester. Confirm manis, boleh rasa, sambungnya lagi. Dan memang bukan scam, terus pilih-pilih dan timbang. Dulu beli honeydew pun sama, memang manis dia tak tipu. Boleh jadi kawan budak cina ni. Hehehe.

Eh, ikan goreng lagi? Ada balance malam tadi kita buat nasik aruk makan dengan ikan goreng. Saya pasang telinga Encik Suami sembang-sembang dengan Awan Alan di meja makan pagi tadi, inilah bekal orang-orang dulu sebelum turun ke kebun. Muahaha.

Alhamdulillah, lepas sarapan nasik aruk dan ikan goreng saya nak ke kebun dulu ya. 



 

Post a Comment

22 Comments

  1. wah!lauk simple ni la yg paling sedapppp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kan? kuah sayur tu kena pedas jugak... mmg ummpphh

      Delete
  2. cicah cili kicap tu mmg style. tuan asben pun da pandai buat sendiri bila saya tak rajin nak bersambal belacan.
    pak mentua pun ikut sama. ahahaha~

    ReplyDelete
    Replies
    1. kami kalau ikan goreng mmg kena cicah kicap cili picit mcm ni

      Delete
  3. Nak tiru la resepi ni .. dah keluarkan ikan tapi tak tau nak masak apa lagi ... Cili kicap tu tambah cuka ye Kakmim? Sy tak pernah buat lagi, nak try juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuka sikit supaya x plain sgt, ada masin, masam, pedas.. nnt update ye.. hihi

      Delete
  4. Ngam padanan lauk ni. Ada ikan goreng, ada lauk sayur tumis dan sambal. Suka ikan kembung kecil. Rasa manis dia tu sedap.
    baguslah penjual tu tak tipu. Manis limau tu baru best makan. Alhamdulillah ada lebih boleh buat bekal. Tak susah nak layan tekak yang dah biasa makan lauk begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah fiza, ada lebih kita buat bekal... x lah membazir... hehehe

      Delete
  5. Menu simple tapi boleh buat tersandar kekenyangan + kalau nasi lembik lagi surr.. hahaha..
    Betullah, kalau saya beli dan dia layan baik, memang akan beli lagi dengan dia.

    Nota: Entry Tumbuk Rusuk saya tu hampir sampai ke penghujung, masih ada beberapa part lagi sebelum selesai sepenuhnya. Perlahan2 saya cuba lengkapkan kesemuanya termasuk satu entry eksklusif berkenaan penceramah tersebut. stay tune.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh... pasni sy sambung baca entry tumbuk rusuk tu

      Delete
  6. Sedap makan menu gini. Ulam timun pun sedap juga padankan dengan ikan goreng & cili kicap tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy jarang ulam timun... timun tumis telur je lah kalau ada timun... hehehe

      Delete
  7. Ahh.. paling suka kembung goreng gitu... lemak² rasanya.
    Menarik resepi kicap cuka cili tu. Boleh try bila².
    KM siang ikan buang kepala ya. Akak suka ratah² kepala ikan🫢

    ReplyDelete
    Replies
    1. kadang buang, kadang tak... tgk kerajinan ms menyiang tu kak.. haha

      Delete
  8. Lauk orang Sarawak nang pesen simple kedak tok jak kan. Kmk pun lebih kurang juak giya, goreng ikan kelapa dgn sayur midin / paku tumis belacan pun dah boleh bertambah nasi dalam tapak. Mun ada sambal belacan dgn ulam timun lagi la berselera makan sik noleh kiri kanan gik dah 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aok, mun x rebus ajak ka.. pun dh bertambah mkn... anak kmk pn kadang request sup udang (udang rebus ngn serei bawang jak) hahahaha

      Delete
  9. Sedapnya Kak Mim. Nani kalau ikan goreng or ayam goreng suka makan dengan masak lemak putih. Limau tu nampak sedap. Cina selalu jual bagi tester rasa. Pandai die tarik pelanggan dan biasanya memang manis. Kalau sesetengah peniaga Melayu tu (selalu terkena) cakap manis tapi bila balik rasa masam.. Sudahnya blend buat air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu naniey.. mmg plan nk masak lemak labu tp malas pulak.. itu yg masak tumis belacan... ada 2 option selalunya kalau ada ikan goreng.. hehehe

      Delete
  10. kakmim goreng sekilo terus ke? anak2 linda tak reti sangat makan ikan.. bosan lah asyik ayam je.. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyaaa... ahahaha... semua mkn cicah dgn kicap

      Delete
  11. Langsung ingat mama juga kalo lihat menu ikan goreng begini 😍😍😍. Sukaaaa, saya pun LBH suka yg size kecil begitu kak. Memang lebih sedaaaap.

    ReplyDelete
  12. simple tapi sedap! terliur la plakkk

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!