Saat Aku Tahu. Ada ke yang follow drama bersiri ni? Saya tak follow di kaca tv tapi tengok video pendek di media sosial je.
Kisah drama ni menjengkelkan ye tapi tak mustahil berlaku di dunia hari ni. Kisah seorang kawan baik yang makan kawan baiknya sendiri demi seorang lelaki yang bergelar suami orang. Kisah anjing yang menggigit tangan tuannya sendiri. Saya ni dah la tak minat si Ummi Nazeera, dia bawa watak antagonis macam ni jadi makin la tak minat tengok dia. Hahaha. Mintak maaf ye fan Ummi.
Dulu dia disondol masa jadi Suri, sekarang jadi Maira dia pulak menyondol. Dan si Anna Jobbling tu pun saya tak minat jugak, tapi suka cara dia balas balik kejahatan BFF dia sendiri dalam cerita ni.
Netizen kecam cerita ni cerita tak beriman. Ya, betullah tu. Boleh pulak ye terang-terangan bersekedudukan, hidup macam suami isteri yang sah. Meang tak patut. Sampai sanggup buang nenek deni suami kawan baik sendiri yang disondol. Anak pun jadi mangsa asbab nafsu si Maira ni.
Now tak sabar nak tunggu kifarah dan pembalasan buat si Maira dan Zarif. Mungkin anaknya, Airis yang menjadi korban kot? Ah, lantaklah kau Maira. Padan muka pempuan saiko macam kau.
Ah, geram!

7 Comments
Saat Aku Tahu nonton filmnya, tak kira gratis.. ternyata bayar viu premium.
ReplyDeletehahaha
mmg geram sama kalau tgk cite2 cam ni kan.
ReplyDeleteKamek sik ambik port drama2 Melayu sbb jalan ceritanya sik lari dari rumahtangga kenak sondol, suami curang, isteri curang, mak mertua benci menantu, klise gilak drama Melayu tok hihi. Kmk suka drama melayu tentang kisah2 kehidupan di kampung kedak drama Nur Kasih, Opah dgn drama2 masa bulan puasa hehe
ReplyDeletedh lama i tak folo apa2 drama kat tv... anyway i suka anna jobling sbb lawa hhehehe
ReplyDeleteLama tak tengok drama baru kat tv. Dulu rajin juga update. Pelakon best tu mesti ceritanya pun best.
ReplyDeletesaiko giler tengok cara maira tu. haha..
ReplyDeleteSebenarnya mudah angin tengok cerita wanita penyondol ni. Tak berkenan. Hmmm....tapi pernah la tengok lepas tu berbakul2 mengutuk pelakon. Hehe
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!