Bangun pagi tanya Encik Suami pagi ni nak sarap apa? Hehe. Biasalah hari Sabtu memang cuti masak sarapan, dah Isnin-Jumaat makan sarapan air tangan sendiri. Hari Sabtu selalunya tugas Encik Suami pergi belikan sarapan.
"Kamek rasa nak makan rojak la," kata Emcik Suami.
"Haa.. kamek tauk, mesti rojak ayam nak? Sebab kamek dari malam tadi dah rasa nak makan rojam ayam," sambung Puan Isteri pulak.
Selalu jer macam tu, instict makan sama. Hahaha. Kalau tak laki bini, adik-beradik atau bapak-anak, selalu jer tersama keinginan nak makan.
"Kamek pegi beli rojak ayam lah, sidak beli laksa jak," kata Encik Suami lagi. Makanya sarapan pagi ni rojak ayam untuk mak paknya, laksa Sarawak untuk anak-anaknya. Dan 3 jenis pek kuih. Karipap, kek batik dan kuih cina yang warna merah tu. Alhamdulillah.
Rojak ayam sebelum dituang kuah. Hirisan timun & tauge, ayam goreng, cucur rangup, tauhu goreng. Cucurnya memang rangup, sedap.
Setelah dituang kuah, kuahnya manis so kicap pedas pun seller bagi. Baru perasan takde telur rebus.
Laksa Sarawak anak-anak. Balik mengaji setel licin semua 3 bungkus. Alhamdulillah sekali lagi.
Hari ni kita masak, yang lelaki mengemas rumah, ada yang kemas bahagian luar belakang rumah, ada yang mengemas ruang tamu, si kakak pula melipat kain. Cuaca so far terang lagi, ada mentari. Tapi petang nanti tak tau lagi.
Korang pulak buat apa hari ni?



6 Comments
Sedap semua ya....alhamdulilah....
ReplyDeleteyums sedapnya rojak!
ReplyDeleteAda ayam goreng lagi bertambah sedap :)
ReplyDeleteAgaknya memang hari cuti masak sedunia kot kalau Sabtu Ahad jarang masak. Cuti masaklah kiranya kan.
ReplyDeleteKami suami isteri pagi ni sarapan roti canai sebab sama-sama teringin. hihi...
Sedap kalau cucur rangup. Campur kuah pun masih lagi rangup gitu.
Saya belum pernah lagi makan laksa Sarawak. Kena rasa dulu versi original kat Sarawak baru cuba di semenanjung.
Aduh..tgok time ni dalam MRT terus rasa lapar la...
ReplyDeletemenanti asben pulang sambil mikir hendak makan apa. adeih~
ReplyDeletesedapnya rojak, tapi rasa nak makan tosei.
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!